Sie sind auf Seite 1von 1

AKTIVITI 3: PELAKSANAAN SEBENAR PERTANDINGAN

Laksanakan pertandingan seperti mana yang telah dirancang. Anda boleh laksanakan
pertandingan dalam satu hari atau beberapa hari mengikut keselesaan dan situasi
sekolah anda.
Rakamkan semua aktiviti semasa pertandingan sama ada mengambil gambar foto
dan/atau audiovideo.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 18 Jun
2014. Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.
AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF
Penulisan jurnal reflektif adalah aktiviti terakhir dalam menyempurnakan tugasan
anda.
Jurnal reflektif merupakan catatan reflektif anda semasa membuat Aktiviti 1,
Aktiviti 2 dan Aktiviti 3.
Penulisan jurnal reflektif meliputi perlaksanaan proses pengurusan,
kemahiran, kejurulatihan dan kepegawaian.
Tuliskan semua catatan anda dalam bentuk karangan esei; dan buat satu
rumusan keseluruhan. (Berikan cadangan-cadangan atau tindakan susulan di
mana perlu.)
Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu; seorang
ibu/bapa; seorang anak; seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia; dan
seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang.
Hadkan penulisan jurnal reflektif bagi tugasan anda kepada 3-5 muka surat
sahaja.

Soalan Panduan untuk penulisan Jurnal Reflektif:
Adakah permainan tradsional ini perlu dikekalkan disebabkan oleh
perkembangan teknologi sekarang
Adakah terdapat nilai-nilai yang dapat diterapkan melalui permainan
tradsional dalam kalangan murid-murid?
Dapatkah pihak sekolah mempopularkan permainan tradisional dalam
kalangan komuniti di sekeliling bagi aktiviti sengang mereka. Apakah reaksi
anda? dan lain-lain perkara yang difikirkan sesuai.
Peringatan: Anda dinasihatkan untuk upload laporan Aktiviti 4
sebelum atau pada 18 Jun 2014. Namakan fail laporan anda
sebagai T1A4.

Das könnte Ihnen auch gefallen