Sie sind auf Seite 1von 27

ISI KANDUNGAN

================================================================

1.0 Sistem Respiratori

1.1 Pengenalan 2

1.2 Struktur anatomi 3

1.3 Proses fisiologi 11

1.4 Fungsi sistem respiratori 18

1.5 Mekanisme homeostasis 18

1.6 Penyakit 20

1.6.1 Asma 21

1.6.2 Bronkitis kronik 22

1.6.3 Pneumonia 23

1.6.4 Barah paru-paru 24

1.6.5 Influenza 25

1.7 Rumusan 26

1.8 Rujukan 27

1.0 Sistem Respiratori


2

Rajah 1.1: Komponen utama sistem respiratori


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy
and Physiology”)

1.1 Pengenalan

SISTEM RESPIRATORI
3

Sel memerlukan bekalan oksigen yang berterusan untuk menjalankan aktivitinya dan dalam
proses tersebut, karbon dioksida dihasilkan. Dalam sistem kardiovaskular, oksigen di bawa
dari paru-paru ke tisu periferi sementara karbon dioksida yang dihasilkan oleh tisu diangkut
ke paru-paru untuk dihembus keluar. Proses pengambilan oksigen dan pembuangan
karbon dioksida ini terangkum dalam sistem pernafasan. Sistem pernafasan terdiri
daripada organ-organ yang boleh menukarkan gas antara atmosfera dengan darah. Organ-
organ tersebut ialah hidung, farinks, larinks, trakea, bronkus dan paru-paru.

1.2 Struktur anatomi sistem respirasi

Sistem respirasi terdiri daripada organ pernafasan yang mempunyai beberapa komponen
utama. Organ pernafasan manusia terdiri daripada dua organ utama iaitu salur pernafasan
dan paru-paru yang terletak di dalam rongga toraks.

i. Salur pernafasan
Salur pernafasan membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari
tubuh. Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, bronkus dan bronkiol.

a. Hidung
Hidung ialah organ penghiduan dan pembauan yang juga merupakan sebahagian
sistem pernafasan. Ia terdiri daripada tulang dan rawan. Lubang hidung terdiri
daripada dua saluran yang dipisahkan oleh septum hidung. Tulang-tulang
dibelakang hidung berhubungan dengan ruang kosong yang disebut sinus. Dinding
sinus membebaskan mukus untuk melembapkan udara dan membantu
pembentukan kualiti suara.
Melembapkan udara yang masuk ke paru-paru merupakan salah satu
fungsi hidung. Udara yang masuk ke paru-paru ini dapat dilembapkan kerana
menghasilkan mukus sebanyak satu liter sehari. Zarah-zarah yang besar
diasingkan oleh bulu hidung, sementara bakteria dan bahan-bahan halus yang lain
diperangkap oleh mukus. Mukus yang telah memerangkap kotoran akan dihantar ke
tekak untuk ditelan atau dikeluarkan. Kemudian, mukus yang baru akan terbentuk
dan proses ini akan berterusan. Sementara itu, bakteria yang ditelan bersama-sama

SISTEM RESPIRATORI
4

mukus tadi dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam gaster. Selain diperangkap
dan ditelan, bakteria juga dimusnahkan oleh lisozim iaitu enzim pembunuh bakteria.
Proses pemanasan udara sedutan dilakukan oleh struktur seperti turbin, yang
terdiri daripada tulang-tulang kecil yang menonjol dari dinding tepi setiap lubang
hidung. Tulang-tulang ini sebenarnya bertindak sebagai radiator. Ia dikelilingi oleh
tisu erektil yang mempunyai bekalan darah yang banyak. Apabila seseorang
menyedut udara sejuk, tisu ini akan mengembang kerana darah dihantar ke
bahagian tersebut dengan banyak. Dengan ini, luas permukaan untuk pemanasan
udara akan meningkat.

b. Farinks
Farinks atau tekak ialah salur berbentuk corong sepanjang 13 cm iaitu bermula dari
bahagian dalam hidung memanjang turun ke bahagian leher. Fungsi farinks adalah
sebagai laluan udara dan makanan serta merupakan ruang bunyi pertuturan
beresonans.

c. Larinks
Larinks atau kotak suara merupakan laluan pendek yang menghubungkan farinks
dengan trakea. Disini, terdapat beberapa tulang rawan antaranya ialah epiglotis.
Semasa menelan, larinks bergerak ke atas. Ini menyebabkan epiglotis menutupi
glotis. Glotis ialah ruang antara lipatan vokal di larinks. Dengan cara ini, larinks
tertutup manakala makanan dan air minuman memasuki esofagus. Jika larinks
dimasuki sesuatu benda, refleks tersedak akan berlaku. Refleks tersedak adalah
satu refleks perlindungan yang berfungsi untuk mengelak benda asing daripada
memasuki paru-paru.
Bunyi berpunca daripada getaran kotak suara tetapi struktur-struktur lain
penting untuk mengubah bunyi kepada pertuturan yang bemakna. Farinks, mulut,
ruang hidung dan sinus paranasal semuanya merupakan rongga beresonans yang
membentuk suara seseorang. Kontraksi dan pengenduran otot di dinding farinks
menghasilkan bunyi fonetik. Otot-otot muka, lidah dan bibir membolehkan manusia
membentuk perkataan.

d. Trakea

SISTEM RESPIRATORI
5

Tulang rawan berbentuk cincin yang membawa udara ke bronkus. Terdapat silia
yang bermukus dan bergerak 60 kali sesaat untuk memerangkap kotoran dan
habuk.

e. Bronkus
Terdiri daripada bronkus kanan dan kiri serta dilapisi oleh tisu epitilium. Di
permukaan epitilium, terdapat unjuran rambut yang halus dan berfungsi menghalang
zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu daripada memasuki paru-paru.

f. Bronkiol
Bronkiol merupakan salur udara paling halus.

g. Alveolus
Kantung udara dimana tempat berlakunya pertukaran gas oksiegn dan karbon
dioksida.

SISTEM RESPIRATORI
6

Rajah 1.2: Organ utama sistem respiratori


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM RESPIRATORI
7

Rajah 1.3: Struktur anatomi bahagian atas sistem respirasi


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

Rajah 1.4: Struktur organ bronkiol dan alveolis.


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

SISTEM RESPIRATORI
8

Rajah 1.5: keratan rentas struktur alveoli


(Sumber: Mike Walden (2009). TeachPE)

Rajah 1.6: Keratan rentas kapilari darah


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy
and Physiology”)

SISTEM RESPIRATORI
9

ii. Paru-paru

Paru-paru merupakan sepasang organ yang terletak di dada yang berfungsi untuk
pernafasan iaitu proses pertukaran karbon dioksida dengan oksigen dari udara.
Paru-paru terletak di dalam rongga vakum. Oleh sebab itu, apabila dada
mengembang semasa menarik nafas, paru-paru juga turut mengembang.
Sebaliknya pula sewaktu menghembuskan nafas, dada mengecil maka paru-paru
turut menguncup. Paru-paru adalah lembut dan berongga. Beratnya lebih kurang
satu kilogram. Pada paru-paru kiri terdapat dua lobus dan paru-paru kanan
mempunyai tiga lobus.
Salur udara bermula dari trakea. Di dinding dalam trakea, terdapat sel-sel
epitilium yang memerangkap habuk. Terdapat juga kelenjar perembes mukus yang
berperanan membersihkan udara sedutan yang memasuki paru-paru. Trakea
bercabang membentuk bronkus kanan dan kiri dan dilapisi oleh tisu epitilium. Di
permukaan epitilium, terdapat unjuran rambut yang halus dan berfungsi menghalang
zarah-zarah kecil seperti habuk dan debu daripada memasuki paru-paru.
Daripada bronkus, salur udara terus bercabang sehingga akhirnya
membentuk bronkiol iaitu salur udara paling halus. Pertukaran gas hanya berlaku
dikantung udara yang dikenali sebagai alveolus. Jumlah alveolus pada manusia
yang sihat kira-kira 250 juta, yang jika dibentangkan boleh mencakupi keluasan
separuh padang tenis atau kira-kira 80 kali luas permukaan tubuh badan.
Setiap alveolus dikelilingi oleh banyak kapilari darah. Melalui kapilari ini,
darah membebaskan karbon dioksida ke dalam alveolus dan akhirnya dihembus
keluar. Pada waktu yang sama, darah kapilari yang mengandungi hemoglobin
mengikat oksigen dari udara sedutan untuk dibawa ke sel-sel tubuh. Di sel tubuh,
oksigen dilepaskan dan digunakan oleh sel-sel tersebut bagi menghasilkan tenaga,
sementara karbon dioksida dihasilkan. Karbon dioksida ini seterusnya di hantar ke
paru-paru untuk dihembuskan.

SISTEM RESPIRATORI
10

Rajah 1.7: Struktur organ paru-paru


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy
and Physiology”)

SISTEM RESPIRATORI
11

1.3 Proses fisiologi sistem respirasi

1.3.1 Sistem pernafasan manusia

Mekanisma pernafasan ialah proses mekanikal memasukkan udara ke dalam


paru-paru (tarikan nafas) dan menghembus semula ke udara (hembusan nafas).

i. Tarikan nafas

Semasa tarikan nafas, otot diafragma mengecut dan menyebabkan diafragma


mendatar. Pada masa yang sama, otot interkosta luar mengecut
mengakibatkan tulang rusuk naik ke atas dan ke depan. Ini akan
meningkatkan isipadu rongga toraks dan menurunkan tekanan di dalam paru-
paru. Udara atmosfera yang bertekanan tinggi merempuh masuk ke dalam
paru-paru.

ii. Hembusan nafas

Apabila otot interkosta luar mengendur, tulang rusuk kembali ke kedudukan


asal. Pada masa yang sama, otot diafragma mengendur membenarkan
organ-organ di abdomen menolaknya kembali kepada bentuk kubah yang
asal. Ini mengurangkan isipadu rongga toraks dan membenarkan paru-paru
yang kenyal mengempis lalu memaksa udara keluar darinya semasa
hembusan nafas.

SISTEM RESPIRATORI
12

Rajah 1.8: Mekanisme pernafasan manusia


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy
and Physiology”)

1.3.2 Respirasi Luaran

Semasa respirasi luaran, darah yang melalui paru-paru memerangkap oksigen.


Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan ke sel-sel tisu badan. Sel-sel
tisu badan menggunakan oksigen secara terus-menerus menyebabkan kekurangan
oksigen dalam darah berbanding di alveolus. Dengan itu, oksigen dari alveolus akan
meresap ke dalam kapilari-kapilari pulmonari melalui dinding kapilari alveolus.
Sel-sel tisu badan juga menyingkirkan karbon dioksida ke dalam darah.
Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilari-kapilari pulmonari meresap
ke dalam alveolus dan dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi. Darah
yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen
yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Oleh itu pertukaran gas berlaku.

SISTEM RESPIRATORI
13

Rajah1. 9: Pertukaran gas antara darah dan paru-paru


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy

SISTEM RESPIRATORI
14

and Physiology”)

1.3.3 Proses pengangkutan gas oleh darah

Darah beroksigen diangkut ke sel-sel tisu badan. Sel-sel ini akan menggunakan
oksigen. Sel-sel tisu badan akan membebaskan karbon dioksida ke dalam darah
dan diangkut ke paru-paru.

a) Pengangkutan oksigen diangkut melalui dua cara:


i) Oksigen larut di dalam plasma.
ii) Melalui perlarutan dengan hemoglobin untuk membentuk oksihemoglobin.

b) Pengangkutan karbon dioksida diangkut melalui tiga cara:


i) Pelarutan dalam plasma.
ii) Bikarbonat.
iii) Gabungan dengan hemoglobin untuk membentuk karbominohemoglobin.

SISTEM RESPIRATORI
15

SISTEM RESPIRATORI
16

Rajah 1.10: Pengangkutan gas oleh darah


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy
and Physiology”)

1.3.4 Respirasi Dalaman

Respirasi dalaman melibatkan pertukaran gas-gas respiratori antara darah dan sel-
sel tisu. Pertukaran ini melibatkan pemindahan oksigen daripada darah ke sel-sel
tisu dan karbon dioksida daripada sel-sel tisu kepada darah.
Oksigen yang diangkut dalam bentuk oksihemoglobin oleh darah akan
dibebaskan daripada sebatian tersebut dan meresap ke dalam sel-sel tisu. Pada
masa yang sama karbon dioksida meresap ke dalam darah untuk membentuk asid
karbonik. Asid ini membebaskan ion-ion bikarbonat ke dalam plasma darah yang
diangkut oleh sistem peredaran darah untuk di kumuh. Respirasi dalaman
menyebabkan darah pada vena lebih kaya dengan karbon dioksida berbanding
dengan darah yang meninggalkan paru-paru untuk ke jantung.

SISTEM RESPIRATORI
17

Rajah 1.11: Pertukaran gas antara darah dan sel-sel tisu


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy
and Physiology”)

SISTEM RESPIRATORI
18

1.4 Fungsi sistem respiratori

Fungsi sistem pernafasan adalah untuk mengangkut udara ke paru-paru. Oksigen dalam
udara akan mengangkut daripada paru-paru dan menghantar ke dalam darah, manakala
karbon dioksida mengangkut dalam arah bertentangan iaitu daripada darah ke paru-paru.

1.5 Mekanisme homeostasis

1.5.1 Mekanisme kawalan respirasi

Respirasi adalah tindakan yang di kawal oleh bahagian otak yang merangsang
penguncupan diafragma dan otot interkosta dalaman. Bahagian ini, secara kolektif
dipanggil pusat pernafasan yang merujuk kepada:

i. Pusat memproses mekanisme tarikan nafas ini terletak di dalam medula oblongta
iaitu bahagian yang menghasilkan impuls saraf beritma untuk merangsang
penguncupan otot diafragma dan interkosta luar. Kebiasaannya, mekanisme ini
berakhir apabila otot-otot dalam keadaan rehat tetapi apabila pernafasan berlaku
dengan laju, pusat pernafasan yang memproses mekanisme hembusan nafas
dengan mudah diberhentikan melalui rangsangan otot diafragma dan interkosta
dalam.
ii. Pheomotasiks yang terletak di bahagian otak menghalang pusat tarikan nafas,
membataskan penguncupan otot diafragma dan interkosta luar serta mencegah
paru-paru daripada menjadi terlalu kembang.
iii. Apneusis yang juga terletak di bahagian otak merangsang pusat tarikan nafas
serta menyambung penguncupan otot-otot.

Pusat pernafasan adalah dipengaruhi oleh rangsangan yang diterima daripada tiga
kumpulan neuron deria iaitu:

i. Pusat kemoresepter iaitu saraf-saraf di sistem saraf pusat dan terletak dalam
medula oblongata berfungsi mengawal cecair kimia serebrospina. Apabila CO 2

SISTEM RESPIRATORI
19

daripada plasma memasuki cecair serebrospina, ia membentuk HCO3- dan H+


serta nilai pH menjadi lebih berasid. Sebagai tindakbalas untuk pengurangan
nilai pH, pusat kemoreseptor merangsang pusat pernafasan untuk meningkatkan
kadar mekanisme tarikan nafas.

ii. Kemoreseptor periferi iaitu saraf-saraf di sistem saraf periferi yang terletak dalam
aorta badan-badan dalam dinding lengkung aorta dan dalam karotid badan-
badan dalam dinding-dinding bagi karotid arteri, mengawal kimia darah.
Peningkatan dalam nilai pH dan pO 2, menyebabkan reseptor ini merangsang
pusat pernafasan.

iii. Reseptor regang dalam dinding bronkus dan bronkiol diaktifkan apabila paru-
paru mengembang kepada had fizikal mereka. Reseptor ini memberi isyarat
kepada pusat pernafasan untuk memberhentikan rangsangan serta
membenarkan penamatan bagi memulakan ke atas otot-otot mekanisme tarikan
nafas. Tindakbalas ini dikenali sebagai tindakan Hering-Breur.

SISTEM RESPIRATORI
20

Rajah 1.12: Mekanisme kawalan respirasi


(Sumber:S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of
Human Anatomy and Physiology”)

1.6 Penyakit

Penyakit yang sering melibatkan paru-paru ialah jangkitan yang disebabkan oleh virus,
bakteria mahupun fungus. Paru-paru mudah sekali terkena jangkitan kerana ia sentiasa
berhubung dengan udara luar serta terdedah kepada mikroorganisma patogen. Sebarang
penyakit yang dialami oleh otot dan tulang dada mungkin menggangu fungsi normal paru-
paru.

SISTEM RESPIRATORI
21

1.6.1 Asma

Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan
kesukaran bernafas. Penyakit ini lebih kerap berlaku dikalangan kanak-kanak
berbanding orang dewasa. Asma tergolong kepada penyakit kelainan saluran
pernafasan. Kelainan ini ditandai oleh rembesan berlebihan (hipersekresi) mukus
atau lendir dan gangguan pertukaran gas pernafasan (oksigen dan karbon dioksida)
sehingga menyebabkan timbulnya gejala batuk, kahak berlebihan dan tercungap-
cungap.
Otot licin dan kelenjar mukus di paru-paru mengalami hipertrofi dan
keradangan semasa berlakunya serangan asma. Etiologi asma, iaitu kewujudan
faktor intrinsik, faktor pendedahan berpanjangan, dadah dan penyakit paru-paru.
Asma biasanya menyerang atau bertambah parah pada waktu malam. Serangan
tersebut mungkin disebabkan oleh asap atau habuk, jangkitan saluran pernafasan,
riadah berlebihan, perubahan cuasa, pengambilan dadah dan pendedahan kepada
alergen (habuk rumah).
Rawatan bagi penyakit asma adalah bergantung kepada tahap asma yang
dialami oleh pesakit. Dadah bronkodilator atau dadah antiperadangan merupakan
beberapa dadah yang berkesan untuk melegakan penyakit asma. Serangan asma
boleh dielakkan jika faktor penyebab dapat dikenalpasti. Rawatan awal terhadap
penyakit saluran pernafasan atau paru-paru, dan tidak menghisap rokok juga
merupakan langkah bijak untuk mengelak berlakunya serangan asma.

SISTEM RESPIRATORI
22

Rajah 1.13: Kerantas rentas bronkiol pesakit asma


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.2 Bronkitis kronik

Penyakit ini dikenali sebagai penyakit paru-paru obstruktif kronik. Bronkitis kronik


ialah batuk dan pengeluaran kahak yang berlebihan hampir setiap hari selama
sekurang-kurangnya tiga bulan dalam satu tahun dan berlangsung selama dua
tahun berturut-turut. Kebiasaanya penyakit ini terdapat pada perokok. Asap rokok
menggangu aktiviti makrofaj di alveolus, melambatkan pergerakan (pembuangan)
mukus atau lendir dan menimbulkan kerosakan pada sel permukaan salur paru-
paru.
Penyakit ini biasanya berlaku dengan perlahan dan tanpa disedari oleh
pesakit. Semasa usia belasan tahun, perokok mungkin hanya batuk berkahak pada
waktu pagi tetapi apabila meningkat usia perokok mungkin mungkin merasa sukar
bernafas sekali – sekala apabila melakukan aktiviti fizikal atau riadah. Kerosakan

SISTEM RESPIRATORI
23

yang berlaku pada peringkat ini tidak boleh dipulihkan lagi dan sepatutnya dielakkan
dengan tidak menghisap rokok.
Seseorang boleh dikenalpasti menghidap penyakit paru-paru obstruktif kronik
berdasarkan gejala-gejala batuk berkahak, melalui pengamatan X-ray dada dan
ujian fungsi paru-paru. Penyakit ini biasanya semakin parah dari hari ke hari jika
tidak dirawat. Selain itu, jangkitan di paru-paru boleh berlaku pada pesakit.

Rajah 1.14: Kerantas rentas bronkus pesakit bronkitis


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.3 Pneumonia (paru-paru berair)

Pneumonia ialah keradangan paru-paru yang disebabkan oleh jangkitan virus,


fungus atau parasit. Risiko penyakit ini yang disebabkan oleh bakteria meningkat
pada penghidap penyakit paru-paru kronik, penagih alkohol dan pesakit jangkitan
saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat terutamanya

SISTEM RESPIRATORI
24

pada kanak-kanak yang baru lahir atau orang tua. Kebanyakan pesakit AIDS
meninggal dunia akibat pnemonia yang disebabkan oleh fungus Pneumocytis carinii.
Pneumonia akut oleh bakteria biasanya bermula secara tiba-tiba dengan
gejala-gejala seperti demam panas, menggigil, sakit dada, sukar bernafas dan kahak
berwarna coklat (rusty sputum). Kanak-kanak juga mungkin mengalami sawan dan
muntah-muntah. Pneumonia akibat jangkitan virus biasanya ditandai oleh demam,
sakit otot dan sakit di sendi.

Rajah 1.15: Kerantas rentas alveolus pesakit pneumonia


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.4 Barah Paru-paru

Penyakit ini antara penyebab utama kematian kepada di kalangan kaun lelaki yang
bersusia antara 40 hingga 70 tahun. Kebiasaannya, penghidap penyakit ini terdiri
daripada penghisap rokok. Selain itu, puna-punca lain yang menyebabkan barah

SISTEM RESPIRATORI
25

paru-paru ini adalah pendedahan kepada karsinogen industri, seperti asbestos, debu
dan luka yang terdapat pada paru-paru.
Gejala awal bagi penyakit ini adalah batuk yang berterusan, kahak berdarah,
sukar bernafas dan tercungap-cungap, nafas berbunyi serta terasa sakit apabila
bernafas. Gejala ini akan bertambah teruk jika tidak mendapatkan rawatan dengan
segera. Barah ini boleh merebak ke seluruh badan iaitu hati, otak, tulang dan tisu-
tisu lain.

Rajah 1.16: Struktur paru-paru yang dijangkiti barah


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.6.5 lnfluenza

Jangkitan virus di saluran pernafasan ini menyerupai jangkitan selsema tetapi


gejala-gejala pada penyakit ini lebih parah. Selain itu, ia boleh menimbulkan
komplikasi yang boleh membawa maut terutamanya pada orang tua dan individu
yang mempunyai penyakit di paru-paru dan hati. Ia juga bersifat epidemik dan
mudah tersebar dari satu kawasan ke kawasan lain.

SISTEM RESPIRATORI
26

Gejala yang timbul akibat jangkitan berlaku secara tiba-tiba dan cepat.
Antara gejalanya ialah demam panas, menggigil, berpeluh, batuk berkahak, sakit
otot, sakit kepala, berhingus dan hidung tersumbat. Pesakit juga aka berasa lemah,
hilang selera makan, muntah-muntah dan cirit-birit. Kebiasaannya, pesakit akan
demam selama empat hari berturut-turut dan gejala yang lain akan hilang setelah
seminggu. Pada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas dan individu yang
berpenyakit, komplikasi yang mungkin timbul ialah pneumonia oleh bakteria.

Rajah 1.17: Paru-paru yang dijangkiti virus influenza


(Sumber: Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.)

1.7 Rumusan
Sistem respiratori sangat penting kepada tubuh kerana sistem ini membantu membekalkan
oksigen dan mengangkut karbon dioksida keluar dari badan. Paru-paru yang sihat dapat
memerangkap oksigen dengan lebih banyak dan melakukan pertukaran gas dengan lebih
efisyen. Dalam bidang sains sukan, beberapa teknik pernafasan bagi tujuan relaksasi dan
penjanaan tenaga optimum adalah berasaskan kepada kefahaman tinggi mengenai fungsi
sistem ini.
1.8 Rujukan

SISTEM RESPIRATORI
27

Baharudin Omar & Mohd. Hamim Rajikin (1995). Pengenalan Sistem Tubuh dan
Penyakitnya. Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Raman, Rubi Husain & M. Afandi Muhamad (1995). Fisiologi Manusia. Selangor :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mohd Khairi & Borhannudin (2005). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Selangor:
H.l Holdings Sdn. Bhd.

Dzulkifli & Jamaliyah (2004). Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 4. Selangor: H.l
Holdings Sdn. Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.


Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

S. David, B. Jackie & L. Ricki (2006). “Hole’s Essentials of Human Anatomy and
Physiology. 9th edition. New York: McGraw Hill Companies, Inc.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You. Retrieved
Oktober 10, 1993 from http://www.nlm.nih.gov/MEDLINEPLUS/ency/
imagepages/ 19678.htm

Mike Walden (2009). TeachPE from http://www.teachpe.com/gcse.anatomy/


respiratory.php

SISTEM RESPIRATORI

Das könnte Ihnen auch gefallen