Sie sind auf Seite 1von 1

Selamat pagi saya ucapkan kepada tok penghulu kampung kuala Pahang En.

Hassan Bin Mohammad Sukur, Pengurus Projek Program Pembangunan Sosial


ECERDC-UMP En. Zainal Bin Haji Bahari, Eksekutif Projek Program Pembangunan
Sosial ECERDC-UMP En Mohammad Nurasraf Bin Nordin , guru-guru, hadirin dan
hadiran sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan
buat seluruh Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran majlis
kita pada hari ini.

Terima kasih juga kepada tetamu-tetamu kehormat atas kesudian hadir ke majlis
kami yang tidak seberapa ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Projek Program Pembangunan
Sosial ECERDC-UMP kerana menjadi penaja alat tulis dan buku latihan bagi
sekolah sjk( c ) yoke hwa.

Projek Program Pembangunan Sosial ECERDC-UMP merupakan satu projek yang
amat bermakna dan telah memberi banyak manfaat untuk sekolah kita. Ia
merupakan program dalam usaha untuk membantu pelajar kita mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperikasan UPSR.

Dengan ini, sekali lagi saya pihak mengucapkan jutaan terima kasih kepada Projek
Program Pembangunan Sosial ECERDC-UMP memberikan sumbangan dan
tajaan serta sokongan bagi menjayakan murid dan prestasi sekolah ini.
Diharapkan pihak akan sentiasa memberikan sokongan yang padu pada masa
akan dating. Sekian terima kasih.

Das könnte Ihnen auch gefallen