Sie sind auf Seite 1von 2

Bab 1

Pengenalan
Tajuk yang bakal kita bincangkan ialah Gay atau Lesbian adalah hak kebebasan
individu yang bertemakan seksualiti. Gay atau lesbian adalah orang atau kaum yang
menyukai sesame jenis dan bersifat homoseksual. Homoseksual adalah keadaan tertarik
kepada orang dari jenis kelamin yang sama seperti lelaki dengan lelaki ,perempuan
dengan perempuan. Gay atau lesbian lebih biasa diamalkan di Negara Barat jika
dibandingkan dengan Negara Timur. Negara seperti Belanda , Belgia, Spanyol, Kanada ,
Afrika Selatan, Norwegia, Swedia, Portugal , Islandia, Argentina , dan Mexico
melegalkan pernikahan sejenis. Negara seperti Amerika, Hawaii bakal melegalkan
perkahwinan sejenis di negara mereka pada akhir tahun ini. Namun, Malaysia tidak setuju
dengan pernikahan sesame jenis dan gay atau lesbian diskriminasi di kalangan
warganegara Malaysia.
Institut Williams dari UCLA School of Law, institut yang berorientasikan seksual
dan pemikir dasar awam telah menganggarkan bahawa 9 juta (kira-kira 3.8%) rakyat
Amerika mengenal pasti sebagai gay, lesbian, biseksual atau transgender .Institut ini juga
mendapati bahawa 1.8% daripada jumlah penduduk Amerika adalah biseksual manakala
1.7% adalah gay atau lesbian. Tambahan pula, 0.3% daripada dewasa adalah transgender.
Statistik ini menunjukkan di Negara Barat seperti Amerika banyak orang Amerika yang
terdiri daripada gay atau lesbian.
1

Menurut pandangan Dalai Lama iaitu pemimpin tertinggi umat Buddha di Tibet,
berpendapat bahawa homoseksual, sama ada antara lelaki atau antara wanita, adalah tidak
wajar tetapi jika seseorang datang kepada beliau dan bertanya sama ada homoseksual
adalah wajar atau tidak, beliau akan bertanya Apakah pandangan sahabat anda? Jika
sahabat anda dan kamu juga bersetuju, beliau akan berkata, jika kedua-dua lelaki atau dua
wanita secara sukarela bersetuju untuk kepuasan bersama tanpa mencederakan orang lain,
maka ia adalah baik-baik sahaja. Ajaran agama Buddha juga mengajar iman-Nya supaya
tidak mendiskriminasikan golongan gay atau lesbian.
Bab seterusnya akan membincangkan konsep, theory Moral, ajaran agama
mengenai tajuk Gay atau Lesbian adalah hak kebebasan individu.

Das könnte Ihnen auch gefallen