Sie sind auf Seite 1von 85

Kraf tradisional boleh

didefinisikan sebagai
perusahaan kerja seni yang
melibatkan kemahiran kerja
tangan yang memerlukan
daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisin secara turun-
temurun.
Alat Permainan
terbahagi
kepada 4.
WAU GASING CONGKAK
BATU
SEREMBAN
Kegiatan kraf tradisional
memperkenalkan
fungsi,proses dan tenik
membuat,alat dan
bahan,motif,corak dan
hiasan.
WAU
Wau adalah salah satu
permainan tradisi yang
dimainkan untuk mengisi
masa lapang.

Ia juga dikenali sebagai layang-layang
suatu ketika dahulu dan kini lebih
popular di kawasan pedalaman seperti
di kawasan pantai dan kawasan lapang
seperti di padang, sawah padi dan
sebagainya
LATAR BELAKANG WAU
Selain wau, nama lain adalah layang-layang.
Perkataan wau dikatakan berasal dari perkataan
Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan,
Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di
kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat
dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti
Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan
menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-
layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat
DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.


Selain itu kemunculan nama wau juga
dikaitkan bunyi yang terhasil daripada
busur yang diikat pada wau.
Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus
yang dipasang pada busur tersebut
akan menghasilkan bunyi wau, wau,
wau secara berirama.
Kepala Wau
Belalai dan Jambul
Torek atau pinggang
Ekor Wau
Sayap
Busur atau
Dengung
Bahagian Utama Wau
Terdapat lima
komponen asas
bagi sebuah
wau tradisional
iaitu terdiri
daripada kepala
wau, busur atau
dengung, sayap
wau, torek atau
bahagian
pinggang dan
ekor wau.
Jenis Jenis Wau
WAU BULAN
WAU JALA BUDI
WAU KUCING
WAU MERAK
WAU BULAN
Wau bulan merupakan antara
jenis wau yang paling popular di Malaysia.
Kepopularannya didominasi oleh rakyat
pantai timur di Semenanjung Malaysia.
Bentuk jenis wau ini menyerupai bulan
sabit pada bahagian hadapan dan separa
bulatan pada bahagian ekornya.
Justeru, wau tersebut kelihatan seperti
bulan yang terbit di angkasa apabila
diterbangkan.

Dari segi saiznya, wau bulan dibentuk
dengan saiz yang lebih besar berbanding
wau lain.
Bidang biasa adalah sepanjang 2.5 meter
dengan tinggi 3.5 meter.
Ini untuk memastikan corak yang terdapat
pada wau tersebut kelihatan jelas dan
menyerlah.
Bagi menyerlahkan daya tarikan jenis wau
ini, pemilihan warna yang terang dan corak
yang lebih besar menjadi pilihan

Wau Bulan dikatakan telah bermula pada zaman
kerajaan Srivijaya, yang mengikut legenda,
mula digunakan oleh seorang putera bernama
Dewa Muda.
Corak bunga dan daun pada wau Dewa Muda
dikatakan merupakan peta daerah yang telah
dikuasainya
Bentuk wau bulan ini menjadi lambang
syarikat kepada Syarikat Penerbangan
Malaysia (MAS).
Bagaimanapun, sesetengah pihak
mendakwa logo ini sebenarnya diilhamkan
oleh wau kucing, bukan wau bulan.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah
dari Pantai Timur iaitu
Kelantan dan Terengganu.
Tarian ini menggambarkan
wau bulan yang sedang
diterbangkan dengan penuh
keriangan yang juga
merupakan salah satu acara
tradisi semasa musim menuai
padi. Tarian ini ditarikan oleh
penari lelaki dan perempuan
dengan diiringi alat muzik
tradisional seperti gendang
dan seruling
WAU JALA BUDI
Wau Jala Budi merupakan sejenis
jenis layang-layang yang popular di
negeri Kedah.
Ia merupakan wau tradisional yang telah
dimainkan secara turun-temurun
di Malaysia.
Wau Jala Budi dikatakan mendapat nama
daripada bentuknya yang menyerupai daun
budi manakala perkataan jala pula wujud
dari kerangka ekor Wau Jala Budi.
Pada kebiasaannya, wau jala budi akan
dipasang dengan degung atau busur pada
bahagian atasnya.

Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi
berdengung yang terhasil apabila angin
melalui tali busur yang direntang.
Ketika diterbangkan ke udara, Wau Jala
Budi dikatakan akan mengeluarkan bunyi
berdengung yang agak sederhana garau
yang terbit dari busur yang terdapat di
bahagian kepala.
Wau Jala Budi ini juga dikatakan memiliki
persamaan dengan 'layang-layang Chula'
yang berasal dari negara Thailand.

CONTOH GAMBAR WAU JALA
BUDI
WAU KUCING
Wau Kucing merupakan sejenis jenis
layang-layang yang popular. Ia merupakan
wau tradisional yang telah dimainkan
secara turun-temurun di Malaysia.
Wau Kucing dikatakan mendapat nama
daripada bentuknya yang menyerupai
seekor kucing yang sedang duduk dari
sudut belakang, bermula dari bahagian
kepala, badan dan seterusnya ekor
kucing.
Pada kebiasaannya, wau Kucing akan
dipasang dengan degung atau busur pada
bahagian atasnya. .

Ini bertujuan bagi menghasilkan bungi
berdengung yang terhasil apabila angin
melalui tali busur yang direntang
Ketika diterbangkan ke udara, Busur wau
Kucing dikatakan akan mengeluarkan bunyi
yang nyaring seperti kucing.
Ia dipercayai berfungsi untuk menakutkan roh
jahat dan meramalkan keadaan cuaca pada
keesokan harinya.
Motif ukiran sobek yang digunakan pada wau
ini ialah motif bunga dan tumbuh-tumbuhan
dan cara hiasannya adalah sama seperti wau
bulan.

CONTOH GAMBAR WAU
KUCING
WAU MERAK
Wau Merak merupakan sejenis jenis layang-
layang yang popular dikalangan keturunan
Bugis di Malaysia.
Ia juga dikenali sebagaiLayang-Layang
Kipas dan dipercayai berasal
dari Sulawesi, Indonesia.
Ia memiliki rekabentuk bercirikan burung
merak dan tidak terikat kepada saiz yang
tertentu.
Wau merak biasanya mempunyai ekor yang
panjang yang membezakannya dengan wau
helang.
Pada kebiasaannya, wau Merak akan
dipasang dengan degung atau busur pada
bahagian atasnya.

Ini bertujuan bagi menghasilkan bunyi
berdengung yang terhasil apabila angin melalui
tali busur yang direntang.
Ketika diterbangkan ke udara, busur wau Merak
dikatakan akan mengeluarkan bunyi yang nyaring
seperti Merak.
Keistimewaan Wau Merak ialah pada busurnya
yang boleh memainkan tujuh jenis irama atau
bunyi bunyian. Pada asalnya, ia dimainkan pada
waktu malam kerana ia dapat menghasilkan bunyi
yang baik.
Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk
menghiasi dada Wau Merak pula adalah motif
tumbuhan menjalar iaitu lada hitam dan gambir.

CONTOH GAMBAR WAU
MERAK
TEKNIK PEMBUATAN WAU
TRADISIONAL
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan
untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan,
gam daripada pokok kayu dan lain-lain
keperluan yang bersesuaian untuk
menghasilkan sebuah wau.
Selain daripada itu, kepakaran dan
kemahiran juga merupakan aspek utama
untuk menghasilkan sebuah wau yang
bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan
bahan mentah,serta kemahiran kraftangan.

Bagi memastikan wau yang akan
dihasilkan mempunyai kualiti perlu memilih
bahan mentah seperti buluh terutamanya
perlu dipilih dengan lebih teliti.
Oleh itu terdapat beberapa petua serta
pantang-larang yang terlibat semasa ingin
menebang dan menyimpan buluh
tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan
Buluh
Mencari dan Menebang Buluh

1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang
tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau
dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-
eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk
muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak
kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik
adalah lebih baik kerana mempunyai semangat
yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah
sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di
waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan
penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan
membaca doa dan selawat terlebih dahulu.
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang
dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa
membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan
meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu,
Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah
hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok
sah ikut akulah, mu make hok sini.


Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya
setahun sebelum diraut menjadi rangka wau.
Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi
untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah
manusia.
Antara petua-petua yang digunakan untuk
memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-
1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di
dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan
unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.


Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang
bahagian-bahagian yang tidak diperlukan
seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya
adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap
wau. Pisau khas digunakan untuk meraut
dan mestilah benar-benar tajam bagi
memastikan kerja-kerja tersebut dapat
dijalankan dengan mudah dan
mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang
perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang
diraut sehingga 1.0 sentimeter
dengan kadar lembut dan
sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di
kedua-dua bahagian diraut
sehingga 1.5 sentimeter dan
semakin halus di hujung bilah
tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang
mempunyai dua bahagian juga
perlu diraut sehingga 0.5
sentimeter

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-
bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan
kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi
keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian
sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut
dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan
kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan
mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang
dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian
tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5
sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya
ialah semua bilah tersebut akan digosok pula
dengan kertas pasir.



Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada
beberapa bahagian utama
iaitu tulang belakang, tulang
rentas sayap, rangka sayap
dan rangka ekor. Buluh yang
sudah diraut akan dipotong
mengikut ukuran wau yang
dikehendaki iaitu dua
keping buluh untuk sayap,
satu keping untuk tulang
belakang dan dua keping
lagi untuk rangka ekor.
Kepingan buluh yang
hendak dibuat sayap
perlulah diseimbangkan
dengan menandakan di
tengah-tengah kepingan
buluh.

Proses Mengikat Rangka Bingkai
Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan
kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang
belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang
belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di
kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan
pada hujung bahagian sayap.

Untuk bahagian pinggang
terutamanya jenis wau bulan,
kepingan buluh ditaut
membentuk separa bulatan
pada bahagian sayap dan
ekor wau. Seterunya
kepingan buluh yang diraut
lebih nipis dibentuk menjadi
bulatan untuk diikat di tengah
pinggang wau. Saiznya
ditentukan dengan mengikut
nisbah iaitu bersamaan
dengan keluasan kepala wau.
Proses terakhir ialah
membuat kepala wau iaitu
dengan mengikat separuh
daripada kepala wau dengan
sayap dengan jarak 2 inci
dari tulang belakang.

Proses Memasang Tanah Wau
Setelah bingkai wau siap, satu
lapisan asas yang dipanggil tanah
akan dipasang pada wau.
Tujuannya supaya wau tersebut
tahan lasak kerana sifat utama
kertas tersebut lebih kenyal dan
tidak ditembusi angin. Pemasangan
melibatkan beberapa langkah :-
1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan
pensil dan perlu dilebihkan dua
sentimeter dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan
lebihan tadi dipotong dalam bentuk
V.
4. Lekatkan kertas pada bingkai
dengan menggunakan gam kanji.

Mengukur, Melukis dan Menyobek
Corak
Ukiran lukisan pada badan wau
adalah antara elemen utama yang
menjadikan wau tersebut unik dan
istimewa. Antara langkah-langkah
yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk
bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian
dada sehingga ke hujung sayap
dengan mengosongkan satu ruang
kosong untuk ruang tapak kijang, bagi
bahagian ekor pula, corak yang
hendak dilukis mestilah sama dengan
corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan
pisau tajam khas dan corak ini
menjadi corak asas bagi wau.
Corak akan ditampal pada kertas
warna lain, biasanya warna
emas dengan menyapu gam di
belakang kertas corak. Gam
perlu dicampur dengan air
terlebih dahulu untuk elakkan
daripada berkedut. Kertas
bercorak akan diletakkan di atas
kain lembap. Kertas berwarna
diletakkan perlahan-lahan ke
atas kertas corak dan
kemudiannya diratakan dengan
menggunakan seterika panas di
atas kain lembap tadi.
Potong semula corak yang
hendak disobek dan tampal
sekali lagi dengan kertas
berlainan warna sehingga siap
sepenuhnya.

Tampal ukiran sobek tadi pada
tanah wau dengan hanya
menyapu gam kanji pada
bahagian tepinya sahaja.
Bahagian yang tidak lekat
dikemaskan dengan menyapu
gam menggunakan berus
lukisan. Bagi wau hiasan akan
ditampal kertas hiasan di
belakang wau untuk menutup
kecacatan iaitu kerangka buluh
dan tulang rentas sayap wau.
Berlainan pula dengan wau
yang hendak diterbangkan
mestilah menggunakan kertas
yang tidak menyerap air. Selain
itu, belakang wau tersebut tidak
ditampal kertas hiasan dan
ukiran sobek hanya mempunyai
tiga atau empat lapis sahaja
berbanding dengan wau hiasan
yang mempunyai sehingga
lapan warna.

Proses Membuat Serta Memasang
Jambul atau Rambu
Jambul atau rambu dipasang dengan
dililitkan pada rangka ekor atau sayap
wau.
Diperbuat daripada kertas crepe yang
dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat serta memasang
berlalai
Menggunakan bahan yang sama dengan
jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Proses Membuat serta memasang
busur
Fungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi
semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat
komponen iaitu bok, daun ibus, inas dan buluh
penyepit.
1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh
daripada panjang sayap wau.
2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah
dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.
3. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan
dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di
bahagian tengahnya sebesar saiz busur.
4. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan
busur tersebut pada kepala wau dengan
menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat
menggunakan benang nilon.

Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Warisan
tradisional ini haruslah dikekalkan
kerana ia adalah identiti budaya
bangsa Melayu dan juga sebuah
negara. Kini permainan wau mulai
popular di kalangan masyarakat
bandar dan tidak lagi terhad di luar
bandar sahaja. Bukan itu sahaja,
permainan wau ini juga telah
dimodenkan dan mula memasuki
peringkat antarabangsa. Selain wau,
layang-layang juga amat diminati
sebagai salah satu aktiviti pada waktu
terluang.

GASING
Gasing merupakan jenis
permainan tradisi yang
popular di negara ini.
Gasing jenis tradisional
adalah jenis gasing yang
dimainkan oleh
masyarakat melayu
sejak zaman dahulu lagi.
Permainan ini
merupakan permainan
untuk mengisi masa
lapang.
Kebiasannya permainan
ini dilakukan selepas
mereka menuai padi dan
selesai berkebun.
Permainan ini dikatakan
sebagai permainan
masyarakat disebabkan
merapatkan
persahabatan.
JENIS
JENIS
GASING
GASING
LANG
LAUT
GASING
KUNO
GASING
TOYOL
GASING
KELANTAN
Gasing leper Kelantan
Gasing leper Kelantan merupakan sejenis
gasing yang sering dimainkan di Kelantan.
Ia biasanya dimainkan menurut lama tempoh
ia berputar.
Gasing leper kelantan merupakan
sejenis gasing yang berbentuk rendah
seperti piring dengan berat sekitar 8 kg.
Ia mempunyai lilitan sekitar 48 cm dengan
ketinggian sekitar 6 cm.
Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan
dimainkan oleh segelintir pemain tradisional.
Gasing ini berat disebabkan ia mampu
berpusing ligat dan lama.
Simpaian gasing ini meliputi 60% berat
asal gasing ini.
Sehingga kini ia masih dimainkan dan
banyak terdapat dalam pasaran, tetapi
harganya agak mahal

GASING LANG LAUT
Gasing Lang Laut merupakan sejenis gasing
yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi
kini ia lebih mudah didapati di Selangor.
Gasing lang laut berbentuk sederhana dengan
bentuk berembang dengan berat 0.6 kg. Ia
mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian
12 cm.
Bentuk gasing lang laut agak tinggi sementara
patak pula meruncing dan rata dari bahu
hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi
seperti helang yang menyambar dari atas.
Di Klang, Selangor bentuk ini disebut sebagai
petek-petek.

GASING KUNO
Gasing kuno merupakan jenis gasing silam
yang pernah dimainkan
dinegeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Ked
ah,Selangor, dan Johor.
Gasing ini merupakan gasing yang masih
mengekalkan bentuk lama yang diperbaiki
daripada bentuk berembang.
Biasanya ia digunakan untuk memangkah
dan diperbuat daripada kayu merbau, ru,
dan keranji.

Di Pahang, terutama di Kuala Lipis dan
temerloh bentuk amat bulat sedikit dan
di Johor pula paksinya lebih besar dan
panjang.
Gasing Kuno mempunyai bentuk
berembang dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia
mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan
ketinggian 10 cm

GASING TOYOL
Gasing Toyol merupakan
sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti
berembang dengan berat sekitar 0.6 kg.
Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36 cm
dengan ketinggian sekitar 12 cm.
Gasing Toyol banyak dimainkan di Melaka.
Seperti juga toyol yang sering mengganggu,
mengacau dan mencuri, begitu jugalah
pusingan gasing ini yang digunakan untuk
mengganggu, mengacau, mencuri ruang
masa dan mudah bergesel dengan gasing
lain.

Ketika dalam permainan, gasing toyol
mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia
akan mengganggu gasing-gasing lain.
Pada masa kini, pemain gasing
di Selangor dan Negeri Sembilan mula
menggunakannya sebagai pengacau.

CARA PEMBUATAN GASING
Bahan : Kayu untuk buat gasing dan
Keranji Alat : Mesin Pelarik, parang,
pengukir, gergaji

Potongan kayu diukir terus membentuk
Gasing yang dikehendaki seperti Gasing
Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing
Penahan.

Setelah berbentuk gasing, kemudian
dihaluskan.
Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat
menghasilkan tiga buah gasing

Kemudian bahagian
tengah gasing diberi
kawat atau paku supaya
putaran tahan lama, dan
kekal dan di balancing
dengan cara memutar
gasing di atas sebuah
papan.
CARA BERMAIN
MELILIT TALI

CARA BERMAIN
MELILIT GASING
3..2..1
Congkak
Dipercayai berasal daripada Afrika atau Arab
Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang
Arab.
satu bukti tertua dijumpai oleh ahli sejarawan dan cari
gali National Geography yang menjumpai kepingan
batu kapur yang mempunyai dua liang selari yang
bentuknya seperti papan congkak bertarikh 5000
hingga 7000 sebelum Masihi di Jordan,sebuah negara
Arab
Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang
dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan
pusat perdagangan pada waktu dahulu.


Nama "congkak" dipercayai berasal dari
perkataan Bahasa Melayu "congak" yang
bermaksud pengiraan mental.
Pada zaman dahulu, golongan istana bermain
congkak dengan menggunakan papan congkak
yang berukir mewah
Di kalangan rakyat jelata, ia dimainkan dengan
mengorek lubang di dalam tanah.


PELBAGAI JENIS CONGKAK
Kraftangan Malaysia pada Hari Kraf ini
mempamerkan congkak yang terdiri daripada
congkak tradisional - yang dipercayai
digunakan kerabat diraja dan golongan Istana
untuk permainan mereka.
Badan congkaknya diperbuat daripada kayu
terbaik dan berukir dengan ragam hias yang
indah dan kini menjadi barang antik berharga.
Rakyat biasa pula bermain congkak yang
diperbuat daripada logam atau kayu mengikut
kemampuan masing-masing.
Congkak moden pula diperbuat daripada
pelbagai jenis bahan dengan menampilkan
bermacam-macam bentuk dan rekaan.
Congkak juga diubah suai menjadi mudah alih
dan boleh dibimbit ke mana-mana.
Bagi congkak cendera mata, ia dihasilkan
dalam bentuk kecil dan diperbuat daripada
perak, tembaga atau pewter

Pewter
Congkak cendera mata
Congkak modern
Cara membuat congkak
Dibuat dari kayu hutan seperti merbau, keruing,
balau dan sebagainya.
Terdapat juga papan congkak yang dibuat dari
kayu rambutan, nangka dan sebagainya,
mengikut kemampuan si tukang pembuat
congkak.
Kayu ditebang menggunakan kapak dan dipotong
mengikut kepanjangan papan congkak yang
bergantung kepada lubang rumah yang
dihasilkan.
Kayu akan dibelah dua bahagian. Hanya satu
bahagian sahaja yang diperlukan dalam membuat
congkak.
Setelah dibelah, gergaji digunakan untuk
mengerat lebihan kayu yang tidak terpakai.
Parang atau pahat digunakan untuk
melicinkan batang kayu tersebut.
Kayu tersebut akan dipahat untuk membuat
lubang. Lubang-lubang ditebuk dalam dua
baris dan dinamakan kampung yang
mempunyai jumlah bilangan tertentu.
Ditebuk satu lubang besar di kedua-dua
hujung yang dikenali sebagai rumah.
Pahat bermata halus digunakan untuk
melicinkan lubang tersebut. Ini penting supaya
tidak menggelikan jari-jari pemain sewaktu
bermain.
Setelah siap, papan tersebut akan diukir
dengan pelbagai hiasan seperti bentuk
tumbuh-tumbuhan, kosmos, geometri dan
sebagainya.
Papan congkak divarniskan dengan warna
perang kekuningan, perang kemerahan,
perang atau hitam.

Bahagian-bahagian congkak
Kampung
Rumah ibu
1. Kayu
Merbau
Terdapat di hutan Malaysia serta di negara-
negara ASEAN yang lain


Keruing
Terdapat di hutan Malaysia serta di negara-
negara ASEAN yang lain


Balau / kumus Merah
Sejenis tumbuhan yang terdapat
di hutan Malaysia.
Salah satu sumber kayu balak balau yang lebih
umum di banyak kawasan di Semenanjung
Malaysia

Biji guli/ buah saga/ biji plastik/ batu kecil/ biji
getah



Pisau pengukir



Parang/gergaji
Pewarna

VIDEO
BATU SEREMBAN
Juga dikenali sebagai Batu Selambut atau
Serembat
Digemari oleh kanak-kanak perempuan
Dimain secara berkumpulan iaitu dua orang atau
lebih
Objek-objek (buah) seperti biji getah, ketulan
batu sederhana besar atau ketulan-ketulan objek
lain yang berbentuk bulat boleh digunakan dalam
permainan ini
Dimain atas permukaan tersebut rata dan bersih.



Menentukan Giliran
Sebelum permainan dimulakan, seorang demi
seorang pemain dikehendaki menimbang buah,
bagi mendapatkan mata sebagai penentuan
giliran
Cara menimbang buah adalah dengan kesemua
buah diletakkan di atas tapak tangan dan
dilambung ke udara, kemudiannya hendaklah
disambut pula dengan belakang tapak tangan.
Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah
dikira sebagai mata.

SEKIAN TERIMA
KASIH

Das könnte Ihnen auch gefallen