Sie sind auf Seite 1von 20

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS PULAU PINANG


KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU
TOPIK: PEMBINAAN SAHSIAH MUSLIM MENURUT AYAT 1-11 SURAH ALMUMINUN

NAMA: AFRAH IZZATI BINTI ABDULLH


NOMBOR KAD PENGENALAN: 910701-03-5592
KELAS: 1 SAINS 2
KUMPULAN AKADEMIK: PPISMP AMBILAN OGOS
NAMA PENSYARAH: USTAZ RIJALUDDIN BIN YAHYA
TARIKH HANTAR: 28 SEPTEMBER 2009




(1) Sesungguhnya menanglah orang-orang yang beriman.


(2) Orang-orang yang khusyu` di dalam melakukan sembahyang


(3) Dan orang-orang yang terhadap segala laku yang sia-sia menampik dengan
keras


(4) Dan orang-orang yang mengerjakan ZAKAT

(5) Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka


(6) Kecuali terhadap isterinya atau hambasahayanya, maka tidaklah mereka tercela



Tetapi barangsiapa yang masih memilih jalan di luar itu, itulah orang-orang yang telah )(7
melanggar garis


Dan orang-orang yang menjaga dengan baik terhadap amanat dan janjinya )(8



Dan orang-orang yang memelihara dan menjaga semua waktu sembahyangnya )(9


Mereka itulah yang akan mewarisi )(10



)Yang akan mewarisi syurga Firdaus dan di sanalah mereka mencapai khulud (kekal )(11
selamalamanya

HUKUM TAJWID

1. IZHAR SYAFAWI

3. ALIF LAM
QAMARIYYAH

2. ALIF LAM
SYAMSIYYAH

_
-

6. MAD WAJIB

MUTTASIL
-

5. HUKUM NUN

MUSYADDADATAINI
-

7. MAD JAIZ MUUNFASIL


-

4. MAD ARID
LISSUKUN
-

HURAIAN SURAH AL-MUMINUN AYAT 1-11


INTISARI AYAT
Di dalam surah Al-Muminun ini, Allah Subhanahuwatala telah berjanji akan
memberikan balasan berupa syurga Firdaus kepada golongan yang berikut: orangorang yang menunaikan solat dengan khusyuk, orang-orang yang menjauhi perkaraperkara keji dan sia-sia,mengeluarkan zakat, menjaga kehormatan diri,
melaksanakan amanah, menunaikan janji, dan menjaga kesempurnaan solat.

HURAIAN AYAT 1.

"Sesungguhnya menanglah orang-orang yang beriman. (ayat 1).

Kalimah menang merujuk kepada kejayaan yang diperoleh selepas melalui


perjuangan atau menghadapi musuh atau pelbagai kesulitan lagi. Di dalam ayat ini
menerangkan bahawa kemenangan pasti akan diperoleh oleh orang yang beriman
iaitu orang yang percaya kepada keesaan Allah Taala.
Pelbagai rintangan yang perlu dihadapi sebelum mencapai sesuatu kejayaan.
Rintangan ini termasuklah nafsu yang terdapat dalam tubuh badan manusia yang
mendorong manusia supaya mengalah dan berputus asa. Namun begitu, sekiranya
manusia tidak mempunyai pendirian yang teguh mereka ini akan kalah dan tidak
akan mencapai kemenangan dalam hidup.
Oleh itu kepercayaan kepada Tuhan adalah penting kerana ia merupakan jalan
yang penting untuk membebaskan diri dari perhambaan nafsu dunia dan
syaitan.Apabila kita beriman dengan Allah, hendaklah diikuti dengan amalan. Antara
iman dan amalan ianya saling kait-mengait.Apabila bertambahnya amalan, maka
bertambahlah kekuatan iman.Maka ditunjukkanlah 6 (enam) syarat yang wajib
dipenuhi sebagai bukti Iman. Kalau 6 syarat ini telah terisi, pastilah menang.

HURAIAN AYAT 2.

"Orang-orang yang khusyu` di dalam melakukan sembahyang." (ayat 2).
Khusyuk ialah menghadirkan kepatuhan dan rasa takut kepada Allah didalam
hati. Seseorang yang khusyuk dalam ibadah akan memberikan sepenuh tumpuan
kepada Allah. Solat yang dilakukan dengan khusyuk memberi kesan dalam
pembentukan peribadi seseorang mumin. Perkara ini dapat dilihat dari segi sifat
yang mulia, berdisiplin dan bertanggungjawab.Sepertimana yang dijelaskan dalam
surah Al-Ankabut, ayat 45 yang menyatakan bahawa solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar.
Dengan mengerjakan sembahyang, maka seluruh rasa takut telah terpusat
kepada Tuhan maka tidak ada lagi yang perlu kita takuti dalam hidup ini. Apabila
wujudnya perasaan takut kepada Tuhan, maka seseorang hamba itu akan merasa
takut untuk melakukan dosa.Oleh itu, jenayah-jenayah yang wujud pada hari ini
mungkin tidak akan berlaku sekiranya seseorang muslim itu melakukan solat dengan
penuh khusyuk.
Solat yang khusyuk dapat membentuk muslim yang bertanggungjawab dan
berdisiplin.Apabila kita menunaikan solat dengan khusyuk, ini bermakna kita
memahami dan menghayati maksud ayat al-quran tersebut.Sebagai contoh;surah AlAsri yang menjelaskan tentang pentingnya menghargai masa. Sekiranya kita tidak
menghargai masa kita akan rugi. Hal ini kerana masa tidak dapat diulang
kembali.Seterusnya kita dapat mengaplikasikan apa yang dikehendaki oleh Al-quran
ini dalam kehidupan seharian.
Untuk mendapatkan solat yang khusyuk,ianya bukanlah sesuatu yang
mudah.Hal ini kerana ia memerlukan usaha, latihan, dan penghayatan yang
sepenuhnya dan berterusan.
Antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan khusyuk adalah
seperti berikut; pertama :mengosongkan hati daripada semua perkara yang
melalaikan, kedua: memahami ayat-ayat al-quran yang dibaca serta menghayati

maksudnya, ketiga: mengingati dan merasakan bahawa diri kita sedang mengadap
Allah yang Maha Agung lagi Maha Besar, keempat: sentiasa mengingati kebesaran
Allah dan menyedari bahawa diri ini adalah insan yang kerdil lagi lemah.kelima:
pastikan tempat untuk menunaikan solat itu bersih, bebas dari sebarang gangguan
yang boleh menghalang solat daripada khusyuk dan selesa.keenam: pastikan badan
kita dalam keadaan yang segar dan tidak mengantuk supaya kita menunaikan solat
dalam keadaan yang tenang.Dan yang ketujuh; pastikan pakaian solat yang
digunakan adalah dari sumber yang halal.

HURAIAN AYAT 3.


"Dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan)
yang tidak berguna" (ayat 3).
Perkara yang sia-sia ialah perkara yang tidak mendatangkan sebarang faedah
kepada diri, keluarga dan masyarakat dari segi perkataan mahupun perbuatan.
Orang mumin yang berjaya tidak akan melakukan perkara yang sia-sia.Mereka
juga tidak menghampiri perkara-perkara tersebut.Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam
surah Al-Furqan ayat 72, yang bermaksud :dan mereka [yang diredhai Allah itu ialah
orang ] yang tidak manghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang
dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka
melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
Menjauhi perkara yang sia-sia termasuklah menjaga waktu dan umur kita
supaya dapat diisi dengan perkara yang berfaedah. Hal ini kerana waktu hidup di
dunia teramatlah singkat.Jika hidup kita penuh dengan perkara yang sia-sia, maka
rugilah kita. Dari Abu Hurairah r.a. telah berkata, Telah bersabda Rasulullah saw :
Sebagian kebaikan keislaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak
berguna baginya. Yang harus selalu diingat manusia dalam hal ini ialah Allah
mencatat seluruh perbuatan manusia di dunia dan setiap manusia akan bertanggung
jawab terhadap apa yang telah diperbuatnya di dunia. Dan bahawa kematian pasti
akan menemui kita, waktunya tidak dapat dimajukan atau ditunda .
Sekiranya kita banyak melakukan tingkah laku atau perbuatan yang siasia,maka peribadi kita akan menjadi buruk. Apabila menghadiri sesuatu majlis,
ekakkan dari berkumpul beramai-ramai sesama kenalan yang boleh membawa
kepada aktiviti mengumpat.Adalah lebih baik sekiranya kita mendiamkan diri
daripada terus bercakap tentang perkara yang sia-sia. Dari Abu Hurairah r.a.
sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa yang beriman kepada
Allah dan hari Akhirat,hendaklah ia berkata yang baik atau diam. (HR.BukhariMuslim).

Terdapat palbagai cara yang boleh dilakukan untuk menjauhi perkara yang
sia-sia.Antaranya ialah dengan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang
berfaedah, menyertai program-program yang bermanfaat seperti rakan muda,
menjadi ajk rukun tetangga dan sebagainya.Selain itu,kita perlu mengelakkan diri
daripada bergaul dengan rakan-rakan yang gemar melepak dan berfoya-foya.

HURAIAN AYAT 4


"Dan orang-orang yang mengerjakan zakat." (ayat 4)
Zakat merupakan rukun Islam ketiga yang telah diwajibkan keatas setiap Muslim
untuk menunaikannya apabila mencukupi syarat-syarat dan tempoh tertentu.Antara
kelebihan zakat ialah dapat membantu orang-orang miskin, melambangkan
kesyukuran pemilik harta,mengeratkan persaudaraan umat Islam,dan
menambahkan keberkatan terhadap harta yang dikurniakan oleh Allah.
Di samping itu, dengan menunaikan zakat, seorang mumin itu dapat
membersihkan diri dari sifat kedekut dan cintakan dunia.Hal ini kerana sifat bakhil
adalah debu yang mengotori jiwa dan dunia ini hanyalah suatu medan untuk
menguji manusia yang seringkali melalaikan manusia dari kehidupan yang kekal di
akhirat nanti.
Orang muslim yang mengerjakan zakat berupaya untuk membersihkan hatinya
dari pelbagai penyakit yang akan meredupkan cahaya dari tubuhnya.Firman Allah
Taala dalam surah Al-Aala ayat14, yang bermaksud:menanglah barangsiapa yang
selalu membersihkan diri.
Dengan menunaikan zakat, bukan sahaja jiwa menjadi bersih, bahkan tubuh
badan kita yang zahir juga.Hal ini kerana tubuh badan yang zahir merupakan cermin
kepada yang batin.

HURAIAN AYAT 5,6,&7


"Dan orang-orang yang selalu menjaga faraj (kelamin) mereka." (ayat 5)


Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka tidaklah mereka
tercela. " (ayat 6).


"Tetapi barangsiapa yang masih mencari di balik iti (zina, dan sebagainya),
itulah orang-orang yang telah melampaui batas. " (ayat 7).

Orang yang menjaga kehormatan diri mampu memelihara maruah diri dan
dapat mengawal hawa nafsu serta menjaga faraj mereka daripada mendekati
perkara-perkara yang dilarang oleh syara.Pergaulan bebas merupakan salah satu
cara membawa kepada zina.Oleh itu, Islam melarang umatnya daripada mendekati
zina kerana ia boleh merosakkan peribadi seseorang mumin selain merosakkan
keturunan manusia.
Perbuatan zina adalah perbuatan yang terkutuk dan termasuk dalam dosa
besar). Imam Ahmad berkata, Saya tidak mengetahui setelah pembunuhan ada
dosa besar daripada perzinaan.Perbuatan zina boleh mendatangkan akibat buruk
kepada diri dan masyarakat.Antaranya ialah penyakit siplis dan aids yang berpunca
daripada pergaulan bebas dan perhubungan haram yang dilaknat oleh Allah.
Antara langkah untuk menjaga kehormatan diri ialah dengan berkahwin
sekiranya mampu.Selain itu, sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah serta
kurangkan berkhayal.Elakkan diri daripada terdedah kepada bahan lucah dan
teguhkan iman serta jati diri dapat membantu dalam menjaga kehormatan diri.

Kalau faraj (kelamin) tidak terjaga, si suami mencari perempuan lain untuk
menumpahkan hawa nafsu di samping isterinya yang sah, kerosakan akan timbul.
Jiwanya akan rosak, kesucian akan hancur sinar dan rumahtangga pecah, bahkan
menjadi neraka.
Ada perempuan yang sabar menanggung perangai jahat suaminya, tetapi ada
pula yang tidak tahan . Kalau suaminya nakal, "mengapa daku tidak nakal pula",
katanya. Rumahtangga bertambah hancur, anak-anak kehilangan pegangan,
penyakit jiwa, kehilangan kepercayaan di antara satu sama lain akan berlaku. Dan
apabila semua ini berlaku, maka akan hancurlah bangsa.

Di dalam ayat ini diberi pula kekecualian yang kedua, iaitu terhadap hamba
sahaya yang dijadikan gundik. Ayat ini berlaku semasa perhambaan masih diizinkan.
Di zaman Nabi hidup, perhambaan masih ada di dalam masyarakat tempatan dan
menjadi tradisi umum bangsa-bangsa zaman itu. Perhambaan telah wujud sejak
zaman Yunani dan Romawi, bahkan telah wujud sejak berabad lamanya.

HURAIAN AYAT 8


"Dan orang-orang yang menjaga dengan baik terhadap amanat dan
janjinya." (ayat 8).

Menjaga dan menunaikan amanah merupakan satu kewajipan yang mesti


ditunaikan .Amanat terbahagi kepada dua, iaitu amanat raya dan amanat peribadi.
Amanat raya ialah tugas yang dipikulkan Tuhan atas perikemanusiaan seluruhnya,
menjadi Khalifah Allah di atas muka bumi. Amanat tidak terpikul oleh langit dan bumi
dan oleh bukit dan gunung pun. Hanya hati yang Mu'min yang sanggup memikul
amanat itu, karena hati Mu'min itu lebih luas daripada langit dan bumi dan lebih
tinggi daripada bukit dan gunung.

Adapun amanat peribadi ialah tugas kita masing-masing menurut kesanggupan


diri, bakat dan nasib. Diingatkan oleh Tuhan bahawa tugas hidup hanyalah
pembahagian pekerjaan, bukanlah kemuliaan dan kehinaan. Yang mulia di sisi Allah
ialah sesiapa yang bertakwa kepadaNya.
Setiap manusia pandai berjanji. Janji rakyat hendak tunduk dan setia, janji
pemerintah hendak menegakkan keadilan. Janji tentera dengan disiplinnya yang
keras, janji bangsa dengan bangsa, janji negara dengan negara. Janji atau sumpah
di parlimen, janji dan sumpah menteri ketika dilantik. Janji polis memelihara
keamanan dan berbagai lagi janji.
Orang beriman harus mampu menjaga amanah yang dibebankan pada dirinya,
sehingga tidak mengkhianati terhadap amanahnya. Orang yang diamanahkan untuk
menjaga barang hendaklah menjaganya dengan baik bukan menjualnya atau
menggunakan barang itu untuk kepentingan diri sendiri.
Apabila seseorang itu tidak memegang amanat dan menepati janji,
dikhuatirkan dia termasuk orang-orang munafik,Tanda-tanda orang munafik itu ada
tiga, iaitu apabila berbicara dusta,apabila berjanji ingkar, dan apabila dipercaya
khianat.(HR.Syaikhani dari Abu Hurairah r.a.).Orang-orang yang memelihara
amanat dan janjinya akan dijanjikan Allah dengan balasan syurga.

HURAIAN AYAT 9


"Dan orang-orang yang memelihara dan menjaga semua waktu sembahyangnya." (ayat 9).

Menjaga waktu solat bermaksud mengerjakan solat tepat pada waktunya


dengan penuh khusyuk serta sempurna rukun-rukun, syarat-syarat serta sunatsunatnya.
Apabila seseorang itu menjaga solatnya,Mumin yang sentiasa menjaga waktu
solatnya dapat dilihat air mukanya yang sentiasa bersinar dan bercahaya.Menjaga
waktu solat bermakna seseorang itu sentiasa dalam keadaan yang bersedia untuk
menemui tuhannya.Apabila dia menjaga waktu solatnya, Tuhan akan menjaganya
juga dan sentiasa merahmatinya.
Apabila seseorang itu menjaga solatnya, jiwanya akan menjadi kuat untuk
menghadapi segala macam dugaan yang mendatang serta sentiasa bersabar
menempuhinya. Dengan menunaikan solat kita dapat memelihara hubungan denga
Yang Esa.Segala apa yang kita hajati insya-Allah akan dipermudahkan.

Solat adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang yang beriman.
Selain itu diperintah untuk memelihara sekaligus menegakkan solat banyak
disebutkan dalam al-Quran di antaranya.Solat membezakan antara muslim dan
kafir.Telah bersabda Rasulullah saw,Beza antara muslim dan musyrik atau kafir
adalah meninggalkan solat. (HR.Muslim)
Balasan bagi orang beriman yang memilki sifat-sifat di atas adalah syurga
Firdaus. Umar r.a. meriwayatkan sebuah hadits di mana Rasulullah bersabda, Telah
diturunkan kepadaku sepuluh ayat, barangsiapa yang menegakkannya akan masuk
syurga, lalu ia membaca sepuluh ayat ini dari permulaan surat al-Muminun.

HURAIAN AYAT 10 & 11


Mereka itulah yang akan mewarisi. " (ayat 10).



"Yang akan mewarisi syurga Firdaus dan di sanalah mereka
mencapai khulud (kekal) selamalamanya." (ayat 11).

Seorang Mumin hendaklah mempunyai tujuan dan matlamat yang jelas


semasa hidup di dunia in.Tujuan itu tidak lain dan tidak bukan ialah Syurga Firdaus,
Jannatun Na'im. Hidupnya seorang Mu'min adalah mengenangkan juga
kebahagiaan "Hari Esok". Kita menyelesaikan dunia untuk menentukan nasib di
akhirat.
Bagi Mu'min, hidup di dunia hanyalah sementara. Bagi Mu'min amal usaha,
derma dan bakti di dalam hidup adalah bekal untuk akhirat. Sungguhpun begitu tidak
semuanya tercapai dek kerana pelbagai halangan yang menimpa Kadang-kadang
kita telah berjuang dengan ikhlas, untuk masyarakat, untuk rumahtangga dan untuk
negara.
Seseorang mumin yang percaya akan kewujudan hari esok dan bersedia
menempuhinya akan merasa lapang untuk meninggalkan dunia ini.. Kerana dia
mempunyai keyakinan bahawa akan ada yang meneruskan usahanya. Dan dia pun
mati dengan bibir tersenyum simpul kerana yakin akan kebenarannya dan yakin pula
bahawa dia akan mewarisi Jannatul Firdaus, dan akan kekal selamanya di
dalarmnya.

PENGAJARAN AYAT.
1. Untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat, umat Islam perlu berusaha
untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti iman.
2. Perkara-perkara seperti memelihara solat, menunaikan zakat, menjaga amanah,
menjaga kehormatan diri, dan menjauhi perkara yang sia-sia telah diwajibkan keatas
umat manusia.
3. Ganjaran syurga Firdaus bakal diperoleh oleh mumin yang Berjaya, manakala
mumin yang gagal bakal mendapat balasan berupa neraka jahannam.
4. Sekiranya setiap individu dan masyarakat menghayati sifat-sifat mumin yang
Berjaya, masaalah social yang berlaku pada hari ini tidak akan wujud
5. Setiap mumin hendaklah mengamalkan perkara kebaikan dan meninggalkan
perkara mungkar.
6. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita hendaklah sentiasa gigih berusaha untuk
mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.
7. Kita hendaklah menunaikan zakat apabila cukup syarat-syaratnya kerana rezeki
yang dikurniakan Allah itu bukan hak kita yang mutlak.
8. Menjaga kehormatan diri adalah penting terutamanya kaum hawa yang boleh
mendorong kepada berlakunya zina.
9. Sebagai seorang mumin yang beriman,kita sepatutnya dapat menunaikan
amanah yang diberikan kepada kita.
10. Seorang mumin hendaklah bercita-cita untuk masuk ke syurga Firdaus.

BIBLIOGRAFI
Azwira Bin Abdul Aziz, Ahmad Kamal Bin Haji Mat, Mohammad Hashim Bin Haji Mat
(Ed.). (2009). Pendidikan Al-Quran dan Assunnah tingkatan 4. (Edisi pertama).
Dewan Bahasa dan Pustaka.Kuala Lumpur: Percetakan Rina Sendirian Berhad, Lot
45, Persiaran Mewah, Bandar Tun Razak, 56000, Kuala Lumpur.
Dr. Ir. Harsoyo Msc (2007). Diakses pada 25 September 2009, daripada
http://kongaji.tripod.com/myfile/Al-Muminun-ayat-1-11.htm

Mohammad Mahmud Bin Abdul Alim (Ed.). (2003). Hukum-hukum Tajwid dan
Kebaikan Al-quran. (Edisi kedua). Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:
DKS Qarnat Sendirian Berhad,Nombor 20, Jalan 3/108, Industri Kecil Taman Salak
Jaya, Salak Selatan, 57100 Kuala Lumpur.

PENDAHULUAN

Surah Al-Muminun merupakan surah yang ke23 dalam Al-Quran.Surah ini


merupakan surah Al-Madaniah.Surah ini mengandungi 118 ayat.

Surah ini mengisahkan tentang ciri-ciri mumin yang beriman.Terdapat 5 ciri


mumin yang disebut dalam surah ini.,Antaranya ialah khusyuk dalam solat,,
menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia, menunaikan zakat,menjaga kemaluan,
dan menunaikan amanah.

Surah ini mempunyai banyak manfaat.Antaranya ialah sesiapa yang membaca


ayat 1-10 dari surah ini akan masuk syurga sebagaimana yang diriwayatkan dari
Umar r.a daripada Rasulullah.

PENUTUP
Surah Al-Muminun banyak member pengajaran dan manfaat kepada sesiapa
yang membaca dan menghafaznya.Ayat-ayat dalam surah ini banyak mengajar
manusia untuk menjadi mumin yang berjaya di dunia dan akhirat.

Golongan yang banyak menghabiskan sisa hidupnya di dunia denga perkara


yang sia-sia akan menyesal di kemudian hari. Hal ini kerana hidup di dunia hanya
sementara sahaja dan waktu hidup di dunia sepatutnya diisi dengan perkara yang
berfaedah dan perkara yang boleh dijadikan sebagai bekalan di akhirat kelak.

Setiap mumin sepatutnya bercita-cita untuk masuk ke syurga Al-Firdaus iaitu


syurga yang paling tinggi darjatnya.Mereka perlu berusaha dengan
memperbanyakkan amal ibadat semasa hidup di dunia.

Mumin yang berjaya ialah mereka yang berusaha memperbaiki diri mereka
untuk menjadi insan yang cemerlang hidup di dunia dan di akhirat. Mereka juga
tidak mudah berputus asa menerima dugaan dan cabaran sepanjang usaha mereka
untuk menjadi Mumin yang cemerlang.

ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN

2. SURAH AL-MUMINUN

3. TERJEMAHAN SURAH AL-MUMINUN AYAT 1-11

4. HUKUM TAJWID

5. HURAIAN SURAH AL-MUMINUN AYT 1-11

6. PENGAJARAN AYAT

7. PENUTUP

8. BIBLIOGRAFI

Das könnte Ihnen auch gefallen