Sie sind auf Seite 1von 26

A09-01-01

FABRICATION DRAWING 1

LE1 LUKISKAN JENIS-JENIS SIMBOL, GARISAN, UNJURAN
ORTOGRAFIK DAN LUKISAN ISOMETRIK
01.01 INTERPRET COMMON ENGINEERING PRACTICE\AND STANDARD
01.02 INTERPRET ENGINEERING DRAWING AND SYMBOLS
01.03 INTERPRET TECHNICAL CHARTS
01.04 SKETCH WORK COMPONENT
01.05 CONSTRUCT GEOMETRICAL DRAWING
01.06 DRAW ISOMETRIC AND ORTHOGRAPHIC PROJECTION

ASAS LUKISAN

MAKNA LUKISAN TEKNIK
- Lukisan teknik merupakan lukisan garisan-garisan yang dibentuk daripada
pensel atau dakwat.
- Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan peralatan
lukisan teknik, bukannya secara bebas tanpa menggunakan peralatan.
- Lukisan ini merupakan gambaran sebenar bagi sesuatu bentuk objek
dengan lebih terperinci yang disertakan dengan saiz dan ukuran dari semua
arah pandangan

PIAWAIAN LUKISAN TEKNIK
Memandangkan lukisan teknik merupakan komunikasi utama dalam bidang
kejuruteraan, ia dikawal oleh Undang-Undang Konversi yang telah
dipersetujui diperingkat antarabangsa. Semua undang-undang ini telah
dihimpunkan menjadi piawaian utama seperti America ASA Y14, The
British Standarts BS 308 dan The Canadian Standarts CSA B78.1

SISTEM PENILAIAN LUKISAN TEKNIK

KETETAPAN
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz
dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan
yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan
kemungkinan tidak dapat diterima.

TEKNIK MELUKIS
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara
membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai
jenis garisan dalam garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh diguna bagi membantu pembikinan lukisan
yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan
lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami atau mengelirukan kerana garisan-garisan lukisannya nampak
kabur.

KEBERSIHAN LUKISAN
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis
akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara
pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat
menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak
menghargai lukisannya akan menghasilkan lukisan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan
lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.

MASA MENYIAPKAN LUKISAN
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang
boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang
memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
PERALATAN LUKISAN TEKNIK

Didalam lukisan teknik terdapat beberapa peralatan lukisan yang digunakan.
Alat alat keperluan asas ini haruslah dimiliki oleh setiap pelajar bagi kegunaan
latihan melukis diantaranya ialah:

a) Papan lukisan
b) Sesiku T
c) Sesiku segitiga
d) Pensel HB/2B, 0.3, 0.5, 0.7
e) Pemadam
f) Alat pembahagi
g)Jangka lukis
h) Lengkung perancis dan lengkung boleh laras
i) Pencontoh
j) pembaris

PENGHURUFAN DAN ANGKA

Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan teknik biasanya
menggunakan tulisan tangan. Ini termasuk ukuran dimensi, keterangan lukisan,
blok tajuk dan lain-lain. Sungguhpun terdapat alat-alat tambahan yang boleh
digunakan bagi membantu penulisan yang baik, tetapi cara penulisan tangan lebih
diutamakan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan untuk tulisan dalam
lukisan iaitu gothic, roman dan text. Setiapnya boleh ditulis dalam huruf besar
ataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini tulisan jenis gothic lazim digunakan
kerana ia mempunyai stail penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudah
difahami. Untuk penghurufan, gunakan pensel gred sederhana lembut seperti gred
HB. Mata pensel hendaklah diasah tajam berbentuk kon. Penggunaan huruf dan
angka mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan yang telah
ditetapkan oleh BS 308 seperti jadual berikut:


Ketebalan Penggunaan
5 mm atau 6 mm Tajuk lukisan atau penerangan penting
3 mm Dimensi dan nota penting
2 mm Nota-nota tambahan
PENGHURUFAN TEGAK
Setiap huruf dibentuk dalam petak-petak empat persegi kecil dan petak-petak ini menentukan saiz lebar dan tinggi bagi
huruf tersebut. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati ukuran lebar mengandungi enam petak dan juga ukuran tinggi
mengandungi enam petak. Tidak semua huruf dan angka dibentuk dalam saiz ini. Ada huruf yang dibentuk kurang dari
saiz enam petak dan ada yang dibentuk melebihi sehingga kepada lapan petak. Huruf I dan angka 1 tiada
kelebarannya dan huruf W yang paling lebar. Teknik membentuk huruf mengikut garisan-garisan tertentu yang bertanda
dengan anak panah mengikut susunan giliran yang dilabelkan dengan angka. Membentuk garis melintang dilakukan
dari kiri arah ke kanan dan untuk membentuk garis tegak dilakukan dari atas arah ke bawah. Untuk garisan lengkok
dan bulatan adalah dari atas arah ke bawah

PENGHURUFAN CONDONG

Bagi huruf condong hendaklah mengikut teknik menghuruf yang telah dicadangkan. Segala teknik membentuk
huruf adalah sama dengan teknik menghuruf tegak, cuma berlainan sedikit iaitu huruf dibentuk dalam keadaan
condong. Untuk memudahkan penghurufan condong, bina garisan panduan condong seperti yang ditunjukkan
dalam rajah di bawah. Kecondongan arah ke kanan dengan membuka sudut 68.
PENYEDIAAN KERTAS LUKISAN
Sebelum bermula sesuatu latihan lukisan di bilik kuliah, beberapa perkara awal hendaklah dibuat untuk menjimatkan masa. Ini
adalah termasuk penyediaan peralatan dan kertas lukisan. Setiap kertas lukisan hendaklah disediakan terlebih dahulu dengan
membuat garisan tepi dan maklumat sebagaimana rajah 4 di bawah:


KAEDAH ASAS LUKISAN (LAKARAN)

Kaedah asas lukisan lakaran sama seperti lukisan ortografik dan lukisan isometrik. Ini bermakna
lukisan lakaran sentiasa dilukis dalam bentuk ortografik dan isometrik. Faktor yang membezakan
lukisan lakaran daripada lukisan ortografik dan isometrik ialah daripada segi penggunaan alat-alat
lukisan. Membuat lukisan lakaran hanya memerlukan pensel, pemadam dan kertas lukisan.
Lukisan lakaran tidak mementingkan dimensi yang tepat jika dibandingkan dengan lukisan
ortografik dan isometrik.


Perkara-perkara yang penting dalam lukisan lakaran

i. Memahami kaedah-kaedah melukis yang diterangkan
ii. Melukis dengan nisbah ukuran yang betul
iii. Melukis dengan tekanan yang seragam dan tidak teragak-agak
iv. Membuat latihan untuk menambah kemahiran

Jenis-jenis lakaran

Melakar Garisan Lurus
- Tentukan serta tandakan dengan titik kedua-dua hujung garisan yang perlu dilakarkan.
- Lakarkan satu garisan yang nipis atau garisan pendek dengan memastikan bahawa garisan
yang dilukis itu menuju kearah titik yang telah dibuat supaya garisan yang dilakar itu tidak
tersasar.
- Lakarkan garisan tadi dengan satu garisan yang tebal dan hitam seperti gambarajah di bawah:

Melakar Bulatan atau Lengkungan
- Lukiskan garis tengah
- Lakarkan beberapa garisan melalui titik tengah
- Tandakan jejari bulatan pada tiap-tiap garisan
- Cantumkan titik-titik tersebut dengan satu garisan yang nipis
- Hitamkan garisan tadi dengan garisan-garisan yang panjang


Melakar Elips Isometrik
- Lakarkan kotak isometrik dengan jejari yang diberi.
- Lakarkan garisan pepenjuru dan garisan tengah.
- Plotkan satu titik dari setiap hujung pepenjuru yang jaraknya bersamaan dengan 1/6 daripada
panjang garisan pepenjuru seperti gambarajah 3.
- Cantumkan titik-titik tersebut dengan lengkungan yang nipis.
- Setelah didapati bentuk elips, maka bolehlah dihitamkan seperti gambarajah 4.


Melakar Ortografik
- Lukiskan lakaran ortografik bagi objek seperti rajah 5 (a).
- Lakarkan tiga segiempat tepat mengikut kadar yang tertentu seperti rajah 5 (b).
- Bahagikan garisan-garisan segiempat tepat tersebut dengan dimensi yang dikehendaki.
- Cantumkan tepian yang diperlukan dengan garisan-garisan yang nipis
- Setelah bentuk penuh ob`jek diperolehi maka bolehlah dihitamkan dengan garisan panjang.
Melakar Isometrik
- Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti rajah 6(a)
- Lakarkan satu kotak isometrik
- Dapatkan titik utama kemudian disusuli dengan titik lain
- Cantumkan garisan titik-titik tersebut dengan garisan-garisan yang nipis
- Setelah rangka objek tersebut didapati, bolehlah dihitamkan dengan garisan panjang seperti
rajah 6(b).
Melakar objek yang tidak mempunyai garisan-garisan isometrik
- Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti rajah 7 (a)
- Lakarkan satu kotak isometrik
- Mulai dengan bahagian atas, dapatkan titik-titik yang uatama dan disusuli dengan titik-titik yang
lain untuk mendapatkan lukisan yang lengkap seperti rajah 7 (b)

Melakar sesebuah objek yang berbentuk silinder atau kon
- Lukiskan lakaran isometrik bagi objek seperti rajah 8 (a).
- Lakarkan kotak isometrik dan tandakan titik-titik yang diperlukan.
- Lakarkan elips dipermukaan hadapan dan disusuli dengan elips dipermukaan pelakang seperti
rajah 8 (b).
- Hitamkan objek yang dikehandaki.

SIMBOL LUKISAN TEKNIK

MAKNA SIMBOL LUKISAN TEKNIK

Simbol yang terdapat dalam lukisan teknik adalah merupakan satu peraturan yang
menerangkan lukisan objek yang rumit. Oleh itu jika seseorang yang hendak membaca lukisan
teknik, terlebih dahulu ia Mestilah mengenal simbol-simbol lukisan teknik supaya dapat
memenuhi kehendak lukisan. Dalam kehendak yang tertentu simbol-simbol lukisan teknik juga
digunakan untuk kemudahan melukis supaya lukisan lebih kemas, cepat dan mudah difahami.

CONTOH-CONTOH SIMBOL
Rajah di bawah menunjukkan beberapa simbol keratan yang biasa digunakan. Simbol keratan
ini digunakan oleh pelukis kejuruteraan untuk menunjukkan perbezaan antara bahan objek.
Oleh sebab terdapat terlalu banyak simbol keratan digunakan dalam lukisan kejuruteraan,
hanya simbol keratan yang biasa digunakan ditunjukkan dalam rajah di bawah. Bagi simbol dan
tanda lazim lain yang selalu digunakan adalah seperti di rajah 2-2 dan 2-3.

Simbol / Tanda Lazim Keterangan Kegunaan

Unjuran sudut pandangan pertama

Simbol ini menunjukkan lukisan dibuat
dalam unjuran sudut pertama

Unjuran sudut pandangan ketiga

Simbol yang menunjukkan lukisan dibuat
dalam unjuran sudut ketiga

10

Garispusat sepuluh milimeter

Simbol menunjukkan bendakerja bulat
atau lubang bulat bersaiz seperti yang
tercatat


10

Bentuk segiempat sama sepuluh
milimeter

Simbol menunjukkan bendakerja atau
lubang segiempat sama bersaiz seperti
yang tercatat

1. 2. 3.


Penyudahan permukaan
1. Halus
2. Sangat halus
3. Licin

Simbol yang menunjukkan permukaan
tersebut perlu dibuat kerja-kerja
penyudahan yang halus

H 7

Proses melulas

Simbol menunjukkan proses melulas
perlu dibuat pada lubang tersebut

M 6

Proses bebenang metrik enam
milimeter

Simbol menunjukkan proses membenang
luar atau dalam jenis metrik perlu dibuat
pada bahagian itu

Biarkan Begitu

Simbol menunjukkan bahagian atau
permukaan itu dibiarkan begitu tanpa
dibuat proses kerja

mm
Milimeter

Simbol ukuran metrik yang selalu
digunakan
Simbol-simbol kerja kimpalan

Simbol yang menunjukkan kerja-kerja
kimpalan perlu dibuat pada tempat tunjuk
anak panah
Simbol / Tanda Lazim Keterangan Kegunaan

C BORE
Lubang Counterbore

Simbol secara tulisan ringkas atau simbol proses counterbore

SFACE
Lubang Spot Face

Simbol secara tulisan ringkas atau simbol proses spot spacing

CSUNK
Lubang Benam

Simbol secara tulisan ringkas atau simbol proses kerja benam
0.2 Had Terima

Tanda had terima had tinggi setinggi + 0.2 dan yang terendah
sehingga 0.2

R 15
Jejari Lima Belas Simbol ukuran jejari lima belas
SINGKATAN
Singkatan perkataan dalam lukisan teknik juga merupakan satu simbol yang boleh
menerangkan maksud lukisan. Singkatan-singkatan ini boleh membantu pelukis
kejuruteraan supaya dapat melukis dengan kemas, cepat serta mudah. Di bawah ini
disenaraikan sebahagian daripada singkatan-singkatan.

Istilah Singkatan Istilah Singkatan
1. Right Hand
2. Round Head
3. Screwed
4. Sport face
5. Specification
6. Pattern Number
7. Pitch Circle Diameter
8. Inside Diameter
9. Outside Diameter
10. Square (in note)
11. Square
12. Standard
13. Undercut
14. Machined
15. Millimetre (Usually mm on
drawing)
16. Not to scale
17. Revolution per minute
18. Standard wire gauge
19. Threads per inch
RH
RD HD
SCR
S, FACE
SPEC
PATT NO.
PCD
I/D
O/D
SQ
SQ
STD
UCUT
M/CD
MM
NTS
RPM
SWG
TPI
1. Left Hand
2. Long
3. Material
4. Number
5. Drawing
6. Figure
7. Across Corner
8. Across Flate
9. Hexagon Head
10. Assembly
11. Centred
12. Centre Line
13. Chamfered
14. Cheese Head
15. Counter sunk
16. Counter Bore
17. Cylinder
18. Diameter (in note)
19. Diameter
20. Radius
LH
LG
MATL
NO.
DRG
FIG
A/C
A/F
HEX/HD
ASSY
CRS
CL
CHAM
SH HD
CSK
CBORE
CYL
DIA

R
Gambarajah di bawah menunjukkan sebuah lukisan kejuruteraan yang menggunakan simbol-simbol

GARISAN LUKISAN TEKNIK

KEGUNAAN GARISAN
Garisan digunakan untuk mendimensi sesuatu objek termasuk garisan unjuran, garisan dimensi dan
garisan pandu. Kesemua garisan dilukis dengan hitam serta halus menggunakan pensel keras gred 2H

JENIS-JENIS GARISAN
Mengikut kepiawaian B.S 308 1972 garisan-garisan boleh dikategorikan kepada:

Garisan unjuran
Garisan ini dilukis secara terus dari bahagian yang terunjur dari titik garisan atau permukaan bagi
membolehkan dimensi ditempatkan di luar garisan penuh. Ini merupakan garisan tambahan bagi
garisan penuh yang dilukis dalam jarak 2mm darinya. Garis ini juga dilukis sehingga melebihi 2mm dari
bahagian yang menyentuh anak panah.

Garisan dimensi
Garisan dimensi ditempatkan diluar garisan penuh dalam keadaan selari dengan jaraknya lebih kurang
10mm. Jika garisan dimensi lebih dari satu, maka jarak antaranya lebih kurang 6mm bagi membolehkan
ruang yang mencukupi untuk menempatkan angka. Dibahagian hujung setiap garisan dimensi dilukis
anak panah dan hendaklah menyentuh garisan unjuran. Anak panah dilukis tidak lebih daripada 3mm
panjang dan 2mm lebar. Bahagian hujungnya hendaklah dilukis tajam dan tepat menyentuh unjuran.

Garisan pandu
Garisan pandu lazimnya digunakan untuk menunjukkan sesuatu dimensi, keterangan dan catatan.
Garisan ini adalah dari jenis garisan ringan dan halus. Bahagian hujung yang terdapat tanda anak panah
hendaklah menyentuh kepada garisan yang dimaksudkan, tetapi titik pula biasanya diantara garisan
objek.

Contoh penggunaan dimensi dah garisan-garisan lain
Garisan-garisan lain.
Terdapat juga garisan-garisan lain yang digunakan didalam lukisan kejuruteraan seperti di dalam rajah di bawah.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Das könnte Ihnen auch gefallen