Sie sind auf Seite 1von 14

A09-01-01

FABRICATION DRAWING 1

LE1 LUKISKAN JENIS-JENIS SIMBOL, GARISAN, UNJURAN
ORTOGRAFIK DAN LUKISAN ISOMETRIK
01.01 INTERPRET COMMON ENGINEERING PRACTICE\AND STANDARD
01.02 INTERPRET ENGINEERING DRAWING AND SYMBOLS
01.03 INTERPRET TECHNICAL CHARTS
01.04 SKETCH WORK COMPONENT
01.05 CONSTRUCT GEOMETRICAL DRAWING
01.06 DRAW ISOMETRIC AND ORTHOGRAPHIC PROJECTION

UNJURAN ORTOGRAFIK


Unjuran ortografik adalah satu kaedah yang digunakan untuk menunjukkan bentuk
sebenar suatu objek pada suatu satah tertentu. Ia adalah satu sistem berbagai
pandangan, dimana keseluruhan bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa
mempengaruhi dimensi objek yang sebenar. Dalam proses ini, satah dimana objek
diunjurkan dinamakan satah unjuran, sementara kedudukan mata dari mana objek
itu dilihat dinamakan arah pandangan.

Memandangkan satu satah unjuran tidak mencukupi untuk menerangkan suatu objek dengan
lengkap, maka beberapa satah unjuran mesti digunakan supaya seluruh bahagian objek dapat
ditunjukkan dengan lengkap. Objek tersebut perlulah dipandang dari beberapa arah pandangan
yang berlainan. Dalam istilah teknikalnya beberapa unjuran perlulah dibuat dari arah pandangan
yang berbeza-beza.

Dalam lukisan teknik, biasanya tiga jenis unjuran yang akan dibuat untuk sesuatu objek iaitu
pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan pelan. Lebih tepat lagi jika ditakrifkan unjuran
ortografik sebagai kaedah untuk menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih
pandangan pada satah-satah yang biasanya bersudut tepat diantara satu dengan lain.

JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK

Unjuran sudut pertama
Ia dinamakan unjuran sudut pertama kerana objek diletakkan di dalam sukuan pertama iaitu
antara 0-90 seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.1 di bawah ini.

Dalam rajah 4.2 (a) pula, objek diletakkan di antara tiga satah utama iaitu
satah menegak, satah menegak tambahan dan satah mendatar. Ia
hendaklah melihat objek tersebut berdasarkan tiga arah pandangan asas,
iaitu pandangan hadapan (dilihat dari arah hadapan objek), pandangan sisi
(dilihat dari arah sisi objek) dan pandangan pelan (dilihat dari atas objek).
Bayangan objek tersebut akan kelihatan pada satah yang terletak
dibelakangnya. Apabila satah-satah tersebut dibuka maka hasilnya adalah
seperti yang ditunjukkan dalam rajah 4.2 (b). Rajah tersebut dipanggil
lukisan ortografik dalam unjuran sudut pertama.

Perlu diingatkan bahawa apabila kedudukan arah pandangan berubah,
maka kedudukan pandangan hadapan dan pandangan sisi juga turut
berubah. Walaubagaimanapun, pandangan pelan tetap akan dilihat dari
atas pandangan hadapan. Untuk mudah memahami kaedah ortografik,
anggapkan bahawa unjuran sudut pertama adalah seperti lampu suluh.
Apabila sesuatu objek disuluh dari satu arah, maka bayangnya akan
kelihatan di belakang objek tersebut
Dalam rajah 4.3 terdapat perbezaan kedudukan pandangan hadapan, pandangan sisi dan pandangan
pelan, ini adalah disebabkan oleh perbezaan arah melihat.
Rajah (b) ialah pandangan hadapan dilihat dari arah A, sementara rajah (C) ialah pandangan hadapan
dilihat dari arah B.

Unjuran sudut ketiga

Unjuran sudut ketiga amat meluas penggunaannya kerana unjuran ini lebih mudah dan praktikal.Dalam unjuran ini objek diletakkan didalam sukuan
ketiga180-270 maka teori asasnya turut berubah.Perhatikan rajah 4.5 di bawah yang yang menunjukkan apabila objek dilihat dari arah hadapan maka
bayanganya terbentuk di hadapan objek tersebut dan bukanya di belakang objek seperti unjuran sudut pertama. Begitu juga untuk pandangan sisi dan
pandangan pelan.
Untuk memahami konsep unjuran sudut ketiga, maka anggapkan ia seperti cermin pembalikkan dimana unjuran objek dibalikkan ke arah kedudukan
pandangan. Rajah di bawah menunjukkan unjuran sudut ketiga dengan perbezaan arah melihat.

KAEDAH MENJARAKKAN LUKISAN
Jarak dan kedudukan yang sesuai mestilah dicari dahulu sebelum membuat sesuatu lukisan teknik supaya
lukisan kelihatan kemas dan tersusun rapi. Contohnya seperti ditunjukkan dalam formula dan rajah 4.6
LUKISAN ISOMETRIK

Makna lukisan isometrik

Lukisan isometrik melibatkan tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan tinggi objek.
Kecondongan objeknya dirujuk kepada satah ufuk sebanyak 30 dan tiga garisan pinggir
bertemu pada satu titik dengan jarak antara satu dengan lain sebanyak 120 disebut
paksi.

Kaedah asas lukisan isometrik

Lukisan isometrik dibina dengan menggunakan tiga paksi. Salah satu daripada paksinya adalah menegak,
manakala dua paksi yang lain dilukis di kiri dan kanan pada sudut 30 dari garisan mendatar seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 4-1.

Objek yang hendak dilukis boleh dicondongkan ke kiri atau ke kanan supaya dapat memberi gambaran
yang lebih jelas seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 4-2a dan 4-2b. Dimensi seperti panjang, lebar
dan tinggi objek dipindahkan pada ketiga-tiga paksi dan setiap permukaan disudahi dengan melukis
garisan-garisan tertentu yang selari dengan paksi. Garisan tersebunyi tidak perlu disertakan dalam lukisan
isometrik kecuali untuk menjelaskan bentuk objek.

Perlu diingatkan bahawa hanya garisan yang menegak dan mendatar dalam lukisan ortografik boleh
dipindahkan terus ke lukisan isometrik. Garisan condong, garisan lengkok, bulatan dan selainnya tidak
boleh dilukis terus ke lukisan isometrik tetapi ia boleh dilukis dengan menggunakkan cara-cara tertentu
yang akan diterangkan kemudian.

Cara-cara melukis lukisan lsometrik
Prisma segiempat tepat

- Rajah 5.3 menunjukkan pelan pandangan hadapan sesebuah prisma segiempat tepat
- Kaedah-kaedah di bawah ini patut diikuti untuk melukis lukisan isometrik bagi prisma tersebut.
- Garisan AB dan garisan AM yang mendatar pada unjuran ortografik dilukis pada sudut 30dengan garisan mendatar dalam
lukisan isometrik.
- Garisan AD yang menegak dalam unjuran ortografik dilukis menegak juga dalam lukisanisometrik

Elips
Dalam lukisan isometrik setiap bulatan dalam bentuk elips seperti ditunjukkan dalam rajah di bawah. Perhatikan
cara-cara memindahkan titik-titik dari bulatan unjuran ortografik ke lukisan isometrik

Contoh lanjutan
Berikut ditunjukkan cara-cara melukis sebuah objek yang kompleks seperti yang diberikan dalam di bawah ini.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Das könnte Ihnen auch gefallen