Sie sind auf Seite 1von 12

Terapi Biblio

Matlamat terapi biblio


1. Menggunakan buku untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak kepada
kepercayaan dan tingkahlaku mereka.
2. Menyelesaikan isu seperti protective behavior, strange danger, secret and
inappropriate touching
3. Meneroka pilihan mengenai tingkahlaku masa hadapan. Contohnya, buku boleh
menggalakkan kanak-kanak mengatakan Tidak kepada orang yang tidak
dikenali.
4. Menyemak sama ada kanak-kanak mempunyai keyakinan diri untuk mengatakan
Tidak seterusnya membantu kanak-kanak membuat latihan berkata Tidak
dengan suara yang lantang.
5. Mengajar dan belajar tingkahlaku yang sesuai.
6. Jika menggunakan buku untuk tujuan pengajaran, berikan buku kepada pelajar
untuk dibawa pulang dan berkongsi dengan keluarga.

The Helping Process
The process goes through four basic stages:
1. identification,
2. selection,
3. presentation, and
4. follow-up.

The Helping Process
1. Identify student needs - through observation, parent conferences, student writing
assignments, and the review of school records.
2. Match the student(s) with appropriate materials. Find books which student needs
have been identified. Keep the following in mind:
3.
a) The book must be at the student's reading ability level, must be at interest level
appropriate to the maturity of the student, theme should match the identified needs of
the student, characters should be believable, The plot of the story should be realistic
and involve creativity in problem solving.
3. Decide on the setting and time for sessions, and how sessions will be introduced
to the student.
4. Design follow-up activities for the reading (e.g., discussion, paper writing,
drawing, drama).
5. Motivate the student with introductory activities.
6. Engage in the reading, viewing, or listening phase.
7. Take a break or allow a few minutes for the student to reflect on the material.
8. Introduce the follow-up activities.
9. Assist the, student in achieving closure through discussion and a listing of
possible-solutions, or some other activity.
Kaunseling / terapi biblio

1. Merujuk kepada perkhidmatan rujukan (guidance) yang memberikan tunjuk ajar
kepada pengguna dari segi pemilihan buku /bahan bacaan yang sesuai untuk tujuan
terapi.

2. Expressive therapy that uses an individuals relationship to the content of books and
poetry and other written materials as therapy.

3. The use of books to address the problems / issues of children.

4. Sejarah perkembangan terapi/kaunseling biblio bermula seawall 1930 selepas
Perang Dunia ke Dua. Tentera yang cedera mendapati membaca adalah satu proses
pemulihan (healing process) ke arah kadar penyembuhan yang lebih pantas dan
tenang.

5. Terapi biblio banyak digunakan oleh ibu bapa/penjaga / guru-guru untuk
meningkatkan motivasi dalaman (intrinsic) anak-anak.

6. Membaca suatu buku/kisah yang mempunyai situasi atau isu yang hampir sama
dengan individu akan memberikan semangat/peraan yang lebih tenang, menerima.

7. Contohnya, bahan-bahan seperti Chickens Soup dapat membantu seseorang yang
murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih (dari segi emosi).

8. Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan
(misalnya ketika beratur menunggu sesuatu) atau menghilangkan ketegangan (panas
baran, marah, tidak sabar) . Proses bacaan bila mula membaca sesuatu yang
menarik minat, kita jadi asyik dan meneruskan pembacaan dan keasyikan ini akan
melupakan kita sebentar kepada keadaan sekeliling.
TERAPI MUZIK DALAM KAUNSELING KANAK-KANAK

Music therapy is a health profession using music therapeutically to address physical,
psychological, cognitive, spiritual health and social functioning.

MATLAMAT
Pengurusan tingkah laku
Meningkatkan penglahiran perasaan
Mempertingkatkan harga diri
Mempertingkatkan keupayaan/kemajuan akademik
Memperkembangkan emosi
Memudahkan komunikasi interpersonal & intrapersonal

TERAPI SENI

DEFINISI
Terapi seni adalah suatu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses
kreatif dalam menambahbaik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu
di bawah semua peringkat umur. Terapi seni mengintegrasi bidang perkembangan
manusia, seni visual, dan proses kreatif dengan model-model kaunseling dan
psikoterapi.

MATLAMAT
Membolehkan kanak-kanak menceritakan pengalaman mereka
Membolehkan kanak-kanak menyuarakan perasaan atau emosi mereka yang
terpendam
Membolehkan kanak-kanak belajar menguasai pengalaman yang telah atau sedang
mereka lalui

JENIS-JENIS

Melukis
Mengecat menggunakan berus
Mengecat menggunakan jari
Kolaj
TERAPI SENI
DEFINISI TERAPI SENI

Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media
seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien/pesakit untuk menghasilkan
produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat,
kerisauan dan pertelingkahan.

KONSEP TERAPI SENI

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam
menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual.
Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan
dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi
proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.
Terapi seni sebenarnya satu bentuk terapi emosi dan tingkah laku.
Juga merupakan proses seni yang membantu membaiki fizikal, mental dan
emosi pesakit.

(Ini berdasarkan kepercayaan proses kreatif membabitkan luahan artistik individu
membantu mereka menyelesaikan konflik dan masalah, membangunkan
kemahiran dalaman, menguruskan tingkah laku, mengurangkan tekanan,
meningkatkan jati diri)
Luahan seni pesakit sama ada melalui lakaran, lukisan atau binaan (sculptures)
membantu minda mereka memberi tumpuan pada hasil seni.
Proses teraputik ini perlahan-lahan membantu mereka mengawal kecelaruan
dalam minda.
Melalui luahan artistik dan prosedur diagnostik lain pula, doktor berupaya
membuat penilaian rawatan yang lebih tepat pada pesakit.

MATLAMAT TERAPI SENI

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan
dalaman dan konflik jiwa
Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru
dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck )

OBJEKTIF TERAPI SENI

Melalui pengajaran dan pembelajaran, persembahan media yang terpilih, bacaan
dan kajian individu, pelajar dapat mengenali dan membiasakan diri dengan isi
kandungan, gaya dan simbol imej yang kerap kali dilihat dalam karya.
Dengan ini, pelajar dapat membuka jalan di alam bawah sedar dan pintu kepada
perubahan positif terhadap orang yang memerlukan pertolongan.
Menurut Eve C. Jarboe, Terapi Seni di sekolah secara amnya adalah untuk
pelajar khas yang mempunyai permasalahan dalam pembelajaran, tingkahlaku,
gangguan emosi atau kecacatan fizikal termasuk pada mata kasar atau halus.

FUNGSI TERAPI SENI DALAM PEMANTAPAN EMOSI
Terapi seni yang sistematik dapat mengesan tingkah laku dan hasil kerja pelajar
yang mempunyai masalah psikologi emosi melalui hasil kerja. Hasil kerja
seorang pelajar akan dinilai secara tersurat dan tersirat.
Seseorang insan belum tentu mampu melahirkan permasalahannya secara lisan,
tetapi ia mudah untuk melakarkannya pada sekeping kertas kerana fitrah
manusia sememangnya pandai menyimpan rahsia, lebih lebih lagi yang
mengganggu dan menakutkannya.
Kaum kulit hitam di Amerika Syarikat contohnya mempunyai kecenderungan
melukis dan menulis di dinding dinding yang dipanggil grafitti.
Ini adalah kerana emosi insan yang tertindas ini tidak stabil. Hanya dengan cara
ini sahaja mereka dapat meluahkan perasaan sambil menyampaikan mesej.
Yang pada mereka, dapat menenangkan pemberontakan dalam diri.
Secara positifnya, terapi seni akan dapat membentuk insan seperti di atas
mengawal karya dan diri sendiri secara sedar dan bertanggung jawab. Atas
kepentingan inilah terapi seni perlu menjadi satu cabang disiplin dalam kurikulum
Pendidikan seni Visual.

KEBERKESANAN TERAPI SEBAGAI PEMANGKIN EMOSI DAN SAHSIAH PELAJAR

Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa
mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal
keadaan sekeliling.Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan
untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka
di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 )
Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk
meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai
kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini , untuk mencerminkan diri mereka dan untuk
mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer Friedman & Sanders , 1997;
Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

Contoh aktiviti
Membuat conteng pada kertas
Menulis di awan / pasir
Mencatan
Melukis
Mewarna
Membuat kolaj Menganyam tikar


TERAPI MAIN

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.


Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-
kanak untuk meluahkan pendapat masinf-masing.

Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak
untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya
terhadap aktiviti yang dijalankan.

Konsep terapi bermain
melalui bermain kanak-kanak lebih mengenali dunia
ruang fizikal disediakan melalui aktiviti bermain
kanak-kanak berpeluang meneroka identiti masing-masing

Tujuan terapi bermain

mengurangkan masalah tingkah laku
meningkatkan komunikasi
mempu menilai diri sendiri
meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Kelebihan terapi bermain
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan

Proses terapi bermain

Tahap satu : rasa diterima akibat hubungan erat yang terbina
Tahap dua : luahan perasaan secara yang terpendam secara catharsis
Tahap tiga : penerokaan peristiwa
Tahap empat : bertindak ke atas penyelesaian yang dipilih

Pelaksanaan melaksanakan terapi main

1) bilik terapi
Kelengkapan bilik terapibersesuaian bergantung kepada kesesuaian kanak-kanak
Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari
dan lain-lain

2) media mainan (kritirea)
Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak
Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan
perasaan yang tidak diingini
Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak
3) Kategori mainan
Mainan mencirikan kehidupan sebenar - set permainan pekejaan seperti polis, doktor
dan tukang masak
- set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon
Mainan bercirikan luahan perasaan agresif - gari
- penukul
- peralatan militari
- topeng
Mainan bercirikan luahan perasaan an kreatif - crayon
- playdoh
- kad
- boneka bekas air

MATLAMAT
Membina hubungan kaunseling dengan kanak-kanak yang degil atau pemalu
Membantu kanak-kanak meneroka respon mereka terhadap larangan, had dan
harapan orang lain
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mempelajari kekuatan dan kelemahan
mereka
Melatih kanak-kanak menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sendiri




APA ITU TERAPI BERCERITA?
1. Merupakan pemulihan emosi melalui bahan cerita yang bertema
2. Tema ditentukan bersesuaian dengan objektif yang ingin dicapai
3. Klien dapat meluahkan perasaan melalui watak-watak yang diceritakan

MATLAMAT APABILA MENGGUNAKAN CERITA
MATLAMAT UMUM
1. Membantu kanak mengenalpasti tahap kebimbangan atau distress dengan
mengenalpasti watak atau situasi dalam cerita tersebut.
2. Membantu kanak-kanak mengenalpasti tema dan emosi yang berkaitan yang
berlaku dalam hidup mereka. Contoh: kanak-kanak yang takut ditinggalkan
keseorangan, dengan menyedari perasaan ini, kanak-kanak boleh menyediakan
cara untuk menghadapi isu yang amat ditakutinya.
3. Membantu kanak-kanak memikir atau meneroka alternatif bagi menyelesaiakan
masalahnya. Matlamat boleh dicapai dengan menukar cerita supaya kanak-
kanak mendapat hasil yang berbagai.

MATLAMAT KHUSUS MENYEDIAKAN CERITA
1. Membantu kanak-kanak melahirkan pandangan, harapan dan fantasi. Ini sangat
berguna kepada kanak-kanak yang mempunyai pengalaman yang menyakitkan
dan sering memberikan cerita yang tidak benar untuk mengelakkan kesakitan.
2. Dengan menggunakan story telling kaunselor akan membantu kanak-kanak
menyedari bahawa cerita mereka adalah tidak benar tetapi hanya satu cerita
yang memperlihatkan gambaran dirinya sendiri.
3. membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar.
4. membantu meningkatkan kreativiti klien menerusi cerita yang disampaikan
secara kreatif dan spontan.
5. pelajar dapat menyampaikan cerita secara berkesinambungan.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN CERITA.
1. Bercerita adalah interaktif proses antara kanak-kanak dan kaunselor. Biasanya
kanak-kanak tidak suka menulis semasa sesi kaunseling.
2. Jadikan penceritaan mereka satu yang mudah, menghiburkan, dan sebagai
pengalaman yang kreatif dan positif.
3. Biasanya apabila kanak-kanak mula bercerita, kita mula menulis cerita tersebut
dalam kertas mahjong.
4. Kadang kala kita juga menggunakan pita rakaman.
5. Kanak-kanak biasanya memerlukan modelling daripada kaunselor sebelum
mereka boleh menceritakan cerita mereka dengan lancar.
6. Kaunselor memulakan cerita kemudian disambung oleh seorang peserta lain dan
semua peserta mengambil bahagian untuk bercerita.
7. Kaunselor fokus kepada seorang peserta yang difikirkan bermasalah
berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
8. Kaunselor membuat penerokaan terhadap peserta tersebut bagi mengenalpasti
isu sebenar bagi tujuan merawat.
9. Rakan-rakan lain mengambil bahagian dengan meneroka melalui pelbagai
soalan.
Kathryn dan David Geldard (2002) telah menggabung 'books and stories' di dalam satu
tajuk yang sama. Oleh itu dicadangkan pembaca membuat rujukan 'biblioterapi' dari
sumber lain bagi meningkatkan kefahaman.




KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

DORONGAN MINIMA
Satu tindak balas spontan yang sedikit samada secara verbal atau non-verbal
daripada kaunselor kepada klien yang sedang bercerita dalam sesi kaunseling (Abdul
Ghani Sulaiman, 2003)

KONFRONTASI
Menghujah seseorang dengan kata-kata yang boleh mencabar perasaan,
pandangan dan juga tingkah laku.

KEMAHIRAN MENDENGAR
Menurut Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd. Tamin (2003), mendengar
secara aktif merupakan suatu kemahiran yang memerlukan kebolehan luar biasa.
Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang
aktif.

KEMAHIRAN MENYOAL
satu cara yang digunakan oleh kaunselor untuk mengetahui sesuatu perkara dengan
lebih spesifik mengenai diri klien, ataupun tentang isu yang sedang dibincangkan.
Terdapat 2 jenis bentuk kemahiran menyoal:
Soalan tertutup
o Soalan terbuka
KEMAHIRAN PARAFRASA
Respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien.
Pemahaman kaunselor dinyatakan semula dalam ayat yang pendek, padat dan mudah.

KEMAHIRAN KESENYAPAN
Kesenyapan berlaku apabila penghentian sementara dalam perbualan . Berlaku di
antara jangka masa perbualan kaunselor dan klien.

KEMAHIRAN MEMBUAT INTERPRETASI
menjelaskan kenyataan yang dibuat oleh klien selepas dapat memahami maksud atau
perasaan yang tersembunyi di mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya baik
secara sengaja atau pun tidak sengaja.

KEMAHIRAN MEMINTA PENJELASAN
Kaunselor inginkan penjelasan kepada isu atau perkara yang kurang jelas dan
memudahkan kaunselor memahami pemikiran dan perasaan klien

MENGINTEPRETASI TINGKAHLAKU BUKAN LISAN

KEMAHIRAN MENYEMAK PERSEPSI
Kemahiran menyemak persepsi ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa
yang dikatakan oleh klien.

KEMAHIRAN MERUMUS
satu usaha kaunselor menonjolkan perkara-perkara penting atau terma-terma
utama mengandungi isi dan perasaan klien semasa proses perundingan dibuat.
merangkumi aspek mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien.
(Mizan & Halimatun, 1996)

KEMAHIRAN REFLEKSI
Menurut Muhd Mansor dan Siti Nordinar (1996), membuat refleksi membolehkan
kaunselor menggambarkan bahawa dia benar-benar menghayati perasaan dan
tanggapan yang diluahkan oleh kliennya.
refleksi perasaan
refleksi pengalaman
refleksi isi

bacaan tambahan akan membantu anda mendapat pemahaman yang lebih mendalam.
sumber rujukan lain

Terdapat pelbagai pandangan mengenai tahap-tahap dalam sesi kaunseling.
Perbezaan tahap ini adalah bergantung kepada pendapat penulis atau pengkaji
itu sendiri.

TAHAP-TAHAP KAUNSELING

PRASESI
Merujuk kepada persedian bagi Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk memberikan
khidmat membimbing atau kaunseling.(Mizan & Halimatun)
Persediaan merangkumi aspek:
(a) situasi di mana khidmat kaunseling diberikan.
(b) jenis klien (dirujuk atau datang secara sukarela.)
Kemahiran prasesi sangat penting bagi seorang Guru Bimbingan atau Kaunselor untuk
memastikan sesi kaunseling berjalan lancar.
Sebelum sesi kaunseling dimulakan,kaunselor hendaklah:
1. Menyediakan borang yang berkaitan,contohnya borang maklumat latarbelakang
murid,borang temujanji, borang rujukan dan lain- lain.
2. Maklumat latarbelakang- umur,darjah,ahli keluarga, masalah ingin
dibincang,rujukan kes dll.
3. Menyemak diskripsi tugas klien.
4. Menyemak rekod- rekod klien untuk mendapatkan maklumat.
5. Menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk mengadakan sesi kaunseling.

MEMBINA HUBUNGAN
Shertzer dan Stone (1968)
menitikberatkan pada interaksi antara kaunselor dengan klien sebagai hubungan bagi
menolong.


Tujuan :
1. menimbulkan kemesraan, keakraban, saling mempercayai , membina
keyakinan dan membentuk suasana selamat serta selesa antara kaunselor dan
klien
2. Membina persefahaman yang baik
3. Menyediakan suasana yang harmoni dan menolong
Beberapa Perkara Yang Perlu Dititikberatkan
Suasana terapeutik
Ruang untuk berkomunikasi
Penampilan diri
Ekspresi muka
Pertemuan mata
Cara duduk dalam sesi kaunseling
Pergerakan tangan dan kaki


Menurut Sipora (2003), sifat persekitaran fizikal pejabat kaunselor adalah
pembolehubah penting, persekitaran fizikal yang kondusif, dilengkapi perabot dan
susunan yang selesa adalah asas menggalakkan perhubungan. Kemesraan kaunselor
akan menunjukkan minatnya, perhatiannya, kerelaa dan kesediaannya terhadap
persoalan klien.

Pada tahap ini juga penstukturan digunakan bagi membantu klien mengetahui jangkaan
sebenar mengenai kaunselor dan kaunseling dan memberitahu klien beberapa idea
yang terlibat dalam metod dan tujuan kaunseling.


MENEROKA, ANALISIS MASALAH

Membolehkan kaunselor memahami aspek-aspek klien dari segi nilai, kepercayaan,
harapan, cita-cita, aspirasi, sikap, helah bela diri serta kemahiran coping yang
digunakan
Penerokaan perlu bergerak daripada permukaan (surface) ke tahap yang mendalam
Tujuan:
supaya kaunselor dan klien dapat memahami permasalahan dengan betul
membantu klien menganalisis masalah dengan lebih objektif
Bantu klien mencapai kesedaran kendiri dan kelemahan diri


satu perkara penting dalam tahap ini ialah, begitu banyak maklumat mungkin diperolehi,
kaunselor perlu membawa klien meneroka satu masalah yang dirasakan penting secara
lebih mendalam.

MENGENAL PASTI MASALAH
Tahap klien bersama kaunselor mencapai kesepaduan mengenai masalah yang
dihadapi oleh klien.
Klien menyedari kelemahan dan masalah yang dihadapi selama ini.

Sipora (2003) menyatakan dua kemahiran utama yang digunakan oleh kaunselor dalam
mengenalpasti persoalan adalah kemahiran mendengar dan meneroka.
Proses meneroka harus menekankan aspek kemahiran menyoal.


Pada tahap ini 2 tugasan mesti dilaksanakan iaitu:
1. Matlamat kaunseling telah sama-sama dipersetujui.
2. Kaunselor bersama klien akan membuat keputusan pendekatan mana serta
apakah strategi yang hendak digunakan
Kepentingan tahap ini ialah ia merupakan satu persetujuan antara kaunselor dan klien
mengenai persoalan yang dihadapi oleh klien. Dengan persetujuan ini, maka mudah
bagi menentukan satu matlamat yang boleh merungkai persoalan yang dinyatakan.
Persetujuan ini akan menentukan halatuju kejayaan klien.
MEMBINCANG ALTERNATIF
Alternatif ialah pilihan-pilihan yang mungkin atau kemungkinan-kemungkinan langkah
yang boleh di ambil bagi mengendalikan sesuatu perkara. Alternatif hanya dibincangkan
setelah klien dan kaunselor memahami masalah yang dibincangkan dengan jelas.
Kaunselor akan merumuskan permasalahan dan dipersetujui oleh klien bahawa itulah
tindakan terbaik yang perlu di ambil.
Jelas di sini bahawa dalam fasa membincangkan alternatif, memerlukan klien membuat
keputusan dan bertanggungjawab di atas alternatif yang dipilih. Matlamat kaunseling
perlulah mengikut kemahuan klien dan bukan kehendak kaunselor semata-mata.
Walaupun demikian kehendak ini perlulah dipersetujui bersama. Tahap ini akan
menyediakan klien untuk merangka alternatif mengikut kemampuannya sendiri yang
mana ia akan merasa selesa dalam mengurus masalah yang dialami.

MENGAMBIL TINDAKAN
Selepas alternatif telah dipersetujui, kaunselor boleh membantu klien dengan
membuat pelan tindakan untuk memenuhi alternatif tersebut.
Tindakan yang jelas dari segi objektif dan mengambil kira keupayaan klien untuk
melaksanakan tindakan tersebut.
Klien boleh memulakan tindakan yang mudah dan kurang menimbulkan tekanan
kepada diri klien untuk dilaksanakan.

MENAMATKAN SESI
Merupakan peringkat akhir dalam sesi kaunseling. (Selepas klien dapat menentu dan
memilih alternatif yang dirasakan dapat mengatasi masalah yang dihadapinya)
Penamatan dapat dilakukan apabila klien menunjukkan tanda-tanda bahawa dia tidak
lagi memerlukan kaunseling.
Penamatan juga dilakukan sekiranya kaunselor menganggap diri tidak lagi dapat
membantu klien mencapai objektifnya, iaitu kaunselor merujuk klien kepada pihak lain.
Menurut Mizan (2002), semua sesi kaunseling perlu ditamatkan. Penamatan dapat
dibuat sekiranya klien merasakan sudah membuat keputusan dan dapat menghadapi
masalahnya berdasarkan tindakan yang telah dibincangkan.

Das könnte Ihnen auch gefallen