Sie sind auf Seite 1von 9

Al-Khwarizmi

Tempoh yang bermakna dalam sejarah matematik di kalangan umat Islam bermula dengan
Al-Khwarizmi apabila beliau memperkenalkan algebra menerusi bukunya Al Jabr yang
membawa maksud pengembalian keseimbangan bagi kedua-dua bahagian persamaan.

Tokoh kelahiran Iraq itu juga mula mengetengahkan angka daripada simbol Arab di dalam
empayar Islam yang kemudian di bawa ke Eropah.

Hasil penulisan Al-Khwarizmi menerusi bukunya berkaitan algebra ditukar ke bahasa latin
yang mula muncul di Eropah pada abad ke-12.

Pendekatan kajian Islam yang dibawa Al-Khwarizmi adalah menerusi kaedah sistematik dan
berasaskan logik dengan memperkembangkan pengetahuannya menerusi pelbagai cawangan
sains terutama matematik.

LATAR BELAKANG TOKOH


 
            Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu
beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff.  Al-Khawarizmi
telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-
Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.
 
            Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman
kegemilangan al-Khawarizmi.  al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.  Ada
yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain
menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun
266H/850M di Baghdad.
 
PENDIDIKAN
 
            Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh Islam
yang berpengetahuan luas.  Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja meliputi
bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan,
sejarah Islam dan kimia.
 
            Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah.  Beliau telah menciptakan pemakaian
Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.  Dalam usia muda
beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-Hikmah di
Baghdad.
 
            Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik
dan  astronomi.  Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah.  Beliau
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia
Islam.  Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.
 
            Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan
hisab.  Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan
menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada
zaman sekarang.
 
 
PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
 
Gelaran Al-Khawarizmi
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-
karismi, al-Goritmi atau al-Gorism.  Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. 
Negara Perancis pula al-Gorism  muncul sebagai Augryam atau Angrism.  Negara Inggeris
pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.
 
Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya
Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :
1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens
dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan
matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya
merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan
yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam
sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan
karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang
hidup di dunia ini.
 
Hasil Karya Al-Khawarizmi
 
Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya agong
dalam bidang matamatik.  Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam dan
dikenali di Barat.
Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :
1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero
Indorum.
2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai
bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia
mengenai algebra.
5. Al-Amal bi’ Usturlab’
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.
 
Ketokohan al-Khawarizmi
 
Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri.  Ketokohan al-Khawarizmi
dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi.  Namun bidang
matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan
kajian yang dikaji.
 
            Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab. 
Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam. 
Antara karya-karya yang  beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’.  Sistem nombor adalah
salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.
 
            Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan.  Antaranya
ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama
juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam
geometri.  Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga
diperkenalkan.  Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-
khawarizmi sendiri.
 
            Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun
Islam.  Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-
bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta
tafsiran yang berkaitan dengan bintang].
 
            Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang salah
satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar ke atas
Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.
 
            Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan
terhad.  Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada
pengguna aritmetik dan geometri sahaja.
 
Peribadi al-Khawarizmi
 
Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat.  Al-Khawarizmi
telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui
oleh orang Barat.  Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-
pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....”  Maka temasuklah
al-Khawarizmi itu sendiri.
 
            Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut
Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang
yang bergeliga sains’.  Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-
Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang
Islam.
 
Strategi Pengislaman Sains Matematik
Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia
hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak.  Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh
yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut
undang-undang Islam.
 
1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu Islam
yang lain.  Mengikut matlamat  Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu symbol
kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan.  Ungkapan yang wujud sewajarnya mencorakkan
kegiatan matematik.  Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita tidak harus
diterima bulat-bulat tanpa syarat.
 
2. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat. 
Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri.  Dari sudut ini, ahli matematik
Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah seperti
judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk memperkukuhkan
lagi Institusi.  Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari dengan keperluan
manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.
 
 
3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu
dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai
murni.  Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini
adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan.  Ini kerana keadilan itu dituntut
oleh agama Islam itu sendiri.  Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat
memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.
 
Cabang Matematik
 
Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik
dan lain-lain.
 
Geometri
Ia merupakan cabang kedua dalam matematik.  Isi kandungan yang diperbincangkan dalam
cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-
Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada
perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan.  Dari segi ilmunya pula
geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan sifat-sifat
ruang.  Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].  Kemudian Thales
Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi dalam
kurun ke6SM.  Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains dedukasi ini
terutamanya pada abad ke9M.
 
Algebra/aljabar
Ia merupakan nadi untuk matematik algebra.  Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh
Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12. 
sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh
al-Khawarizmi pada tahun 820M.  Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

Al-Khawarizmi perkenal algebra, pakar aritmetik


Oleh Hasliza Hassan

SUMBANGAN ilmuwan Islam mengembangkan ilmu pengetahuan pada zaman mereka turut
mencelikkan masyarakat dunia hari ini menerusi pembaharuan yang dibawa dalam bidang
masing-masing.

Buktinya, kaedah campur, bahagi dan tolak yang dikembangkan agar menjadi lebih mudah
oleh Al-Khawarizmi, tidak diubah hingga hari ini seperti pendekatan algebra serta
algorithma.

Al-Khawarizmi atau Abu Abdullah Mohammad bin Musa adalah seorang pakar dalam bidang
matematik dan astronomi yang dilahirkan di Khiwarizam (satu tempat dalam Russia kini).

Sewaktu pemerintahan Al-Makmum, beliau ke Baghdad dan berjaya mendapat


penghargaan serta kedudukan apabila dilantik menganggotai Baitul Hikmah (Ketua
Pustakawan al-Makmum) dan wakil delegasi ke luar negara.

Pencarian ilmu nombor warisan masyarakat Hindu membawa Al-Khawarizmi berjumpa


seorang sarjana Hindu bernama Kankah. Beliau hanya berjaya menemuinya dalam
percubaan kali kedua.

Sebelum itu, beliau pernah memujuk Kankah untuk mengajarnya, tetapi gagal. Apabila
sekali lagi datang membawa harapan tinggi, akhirnya Kankah bersimpati lalu mengajar Al-
Khawarizmi ilmu nombor Hindu.

Asas yang diperoleh daripada Kankah mendorong Al-Khawarizmi melakukan revolusi dalam
bidang matematik yang berkembang ketika zaman Kerajaan Abasiyah.

Kemudian evolusi yang berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Ummaiyyah mencorakkan


pula asas huruf yang kini digunakan di kebanyakan negara di dunia.

Pencapaian paling ulung Al-Khawarizmi ialah apabila beliau memberi nilai kepada angka
kosong sedangkan dalam sistem nombor Hindu, kosong tiada nilai.

Sehingga hari ini, istilah yang bermakna kosong digunakan bangsa Eropah sebenarnya
berakar daripada istilah diperkenal Al-Khawarizmi sebagai sifar.

Beliau turut mengasaskan fungsi punca ganda dua dalam usahanya menyelesaikan
beberapa masalah kiraan dengan simbol asal menggunakan huruf jim, kemudian diwarisi
tokoh seperti Al-Uqlidisi dan simbol itu juga sudah berubah.

Al-Khawarizmi menyusun risalah kecil dalam bidang aritmetik yang dianggap sebagai
pertama dalam bidang itu yang kemudiannya dikenali dengan nama Algorizam beberapa
kurun selepasnya.

Beliau juga menghasilkan buku pertama dalam algebra yang dinamakan Aljabar wal
Muqabalah, dibiayai oleh Khalifah Abbasiyyah, Abdullah Al-Makmun yang sentiasa memberi
galakan kepada mereka ingin mempelajari ilmu pengetahuan.

Antara baris yang ditulisnya dalam buku itu berbunyi: “Imam Al-Makmum, Amil al-Mikminin
memerintahkan saya menerangkan sesuatu yang masih samar dan memudahkan sesuatu
yang sukar.

“Baginda juga memerintahkan saya mengarang sebuah buku ringkas mengenai pengiraan
algebra dan perbandingan kerana ia amat diperlukan dalam pembahagian harta pusaka,
wasiat, pembahagian hartanah perniagaan serta transaksi.”

Sesungguhnya Al-Khawarizmi yang meninggal dunia pada 232 Hijrah/814 Masihi di


Baghdad, Iraq, mempunyai kedudukan penting dalam bidang matematik sama ada di Timur
mahu pun di Barat.

Permulaan yang diperkenalkan beliau kemudian dikembangkan ilmuwan lain khususnya


pengkaji Barat dalam kajian mereka.

Siri mengenai tokoh matematik itu turut memperlihatkan jasa Al-Khawarizmi yang turut
mendapat komentar sebilangan tokoh sarjana Islam di pelosok dunia antaranya Nasaruddin
Al-Tusi yang memperbaharui bidang trigonometri.

Kitab dihasilkan Al-Uqlidisi pula adalah antara bukti bahawa kaedah pecahan perpuluhan
diasaskan dalam zaman Islam manakala Omar Khayam menjelaskan secara lanjut mengenai
persamaan kubik.

Kini, bidang matematik di Malaysia seiring arus perdana seperti dibuktikan Pengarah
Institut Penyelidikan Matematik Universiti Putra Malaysia, Prof Datuk Dr Kamel Ariffin.

Beliau berjaya menghasilkan satu-satunya perisian komputer sepenuhnya menggunakan


bantuan animasi untuk pembelajaran calculus sehingga mendapat pengiktirafan peringkat
antarabangsa.

karya al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistic
l-Khawarizmi Sarjana Matematik dan Astronomi

AL-KHAWARIZMI dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-
Khawarizmi. Selain itu, beliau dikenali juga sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff
Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-
Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula
al-Gorism
muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula dia dikenali sebagai Aurym atau
Augrim.

Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Dicatatkan, beliau meninggal dunia
antara 220M dan 230M. Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad
kesembilan. Dalam bidang pendidikan terbukti bahawa beliau ialah seorang tokoh Islam yang
berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan,
sejarah Islam dan kimia.

Beliau amat terkenal sebagai guru algebra di Eropah dan menciptakan pemakaian Secans dan
Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau bekerja di bawah
pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Bayt al-Hikmah, Baghdad.

Beliau gemar bekerja dalam balai cerap untuk mendalami ilmu matematik dan astronomi serta
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Al-Khawarizmi ialah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan hisab. Banyak lagi
ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan menghasilkan konsep-konsep
matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada zaman sekarang.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah:

Sistem Nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum. ‘Mufatih
al-Ulum’ yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang.
Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind: Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Prince
Boniopagri.
Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Diterbitkan pada 820M dan ia mengenai algebra.
Al-Jabr wa’l Muqabalah: Penggunaan secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan
astronomi.
Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah: Contoh-contoh persoalan matematik dan mengemukakan 800 soalan
yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam
bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan algebra dan hisab. Beliau banyak
menghasilkan karya-karya yang masyhur ketika zaman tamadun Islam. Antara karya-karya yang
beliau hasilkan ialah Mafatih al-Ulum. Sistem nombor adalah salah satu sumbangannya dan telah
digunakan pada zaman awal tamadun Islam.
Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya ialah kos, sin dan
tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segi tiga sama, mengira luas segi tiga, segi
empat selari dan bulatan dalam geometri. Masalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori
nombor juga diperkenalkan.

Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun Islam. Astronomi
dapat ditakrifkan sebagai ilmu falak iaitu pengetahuan tentang bintang-bintang yang melibatkan
kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan bintang.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan terhad. Ini
disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada pengguna aritmetik dan
geometri sahaja. Al-Khawarizmi dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam
dan ia diperakui oleh sarjana Barat. G. Sarton pernah menyatakan bahawa pencapaian-pencapaian
tertinggi telah diperoleh oleh orang-orang Timur terutama al-Khawarizmi. Wiedmann pula
menyifatkan al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bijaksana. Ini
membuktikan al-Khawarizmi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang matematik dan
astronomi.

Das könnte Ihnen auch gefallen