Sie sind auf Seite 1von 18

9

AL-KHABAR ( )

Setiap ungkapan yang kita bicarakan setiap hari berkisar kepada pelbagai urusan harian dalam
pelbagai bentuk dan gaya bahasa.Orang Arab pernah mengungkapkan:

:
Ungkapan merupakan penyataan sesuatu isu atau berita (,)juga membincangkan perkara
yang belum berlaku lagi ( ) seperti apa yang kita minta dibuat (suruhan),kita tegah dari
berlaku (tegahan) ,suatu cita-cita dan harapan( ), suatu pertanyaan ( ) dan seruan kepada
pendengar ( ).
Berdasarkan kepada ungkapan di atas, ayat yang digunakan dalam bahasa Arab
mempunyai dua kategori makna yang berbeza antara satu sama lain.Kategori pertama adalah
ayat penyataan atau berita dikenali sebagai alkhabar.kategori kedua pula adalah ayat yang
membicarakan sesuatu yang belum terjadi atau kejadian yang tidak berlaku ketika ungkapan
disampaikan dikenali sebagai al-insya.Kategori kedua terbahagi kepada lima bahagian iaitu al-
amr(suruhan),al-nahy (tegahan),al-tamanni(harapan),al-istifham (pertanyaan) ,dan al-nida
(seruan).




















10

Ungkapan yang berasaskan ayat berita (al-khabar) banyak digunakan dalam kehidupan kita
seharian.ungkapan ini merupakan berita atau perkhabaran tentang sesuatu perkara yang
ditujukan khusus kepada pendengar atau pembaca.Di bawah ini adalah contoh-contoh ayat
berita( al-khabar):
i-
Hamidah telah datang ke kelas kelmarin.
ii-
Berkawan dengan orang yang bodoh amat memenatkan
iii-
Peperangan pada masa akan datang boleh menghancurkan dunia.
iv-
Berbuat ihsan bukan pada tempat sepatutnya merupakan suatu kezaliman.
v-
Dengan ilmu pengetahuan dan harta,manusia membina empayar mereka,sesuatu empayar tidak
diasaskan dalam kejahilan dan kemiskinan.

Kelima-lima ayat di atas dikategorikan sebagai ayat berita (al-khabar) sebgaimana
definasinya( ) dengan erti ungkapan yang boleh dianggap benar atau tidak
Ayat insya sentiasa digunakan dalam perbualan dan tulisan.Ucapan atau tulisan
yang dicoretkan membicarakan kehidupan manusia dan alam sejagat yang luas.Kadangkala kita
bertanya tentang sesuatu yang kurang jelas maksudnya,kadangkala kita memanggil nama
seseorang,begitu juga kita menyuruh atau menegah seseorang melakukan sesuatu perkara.Angan
angan da harapan kita boleh diungkitkan juga dalam ayat dengan matlmat orang lain boleh
berkongsi dengan apa yang terbuku di hati.

Ayat ayat digunakan bagi perkara di atas dikenali sebagai ayat insya iatu:(
) dengan erti :ungkapan yang tidak boleh dianggap benar atau bohong.
Di bawah ini adalah contoh-contoh ayat Insya sebagaimana berikut:
i-laras suruhan
:)( Jika rezeki hari ini amat sedikit,hendaklah bersabar (dan tunggu) hinggga
esok:mudah-mudahan keperitan hari ini akan beransur hlang.
ii-Laras larangan():
Apabila orang bodoh bercakap jangan engkau menyahutnya,sebaiknya diam daripada
menjawabnya.
iii-Laras Tanya():
Adakah anda seorang yang bersungguh sungguh atau saudara anda?
iv-Laras angan-angan():
Semoga satu malam(di bulan Ramadhan) seperti satu bulan dan waktu siang berlalu cepat
11

umpama awan berarak.
v-Laras seruan():
Hai anakku!Sesungguhnya ayahmu ini sudah hamper ajalnya,apabila engkau diajak berbuat
kebajikan hendaklah engkau segera tunaikannya.

Kelima-lima laras ayat di atas dikategorikan sebagai ayat insyasebagaimana definasinya
) ( dengan ertinya :Ungkapan yang tidak boleh dianggap benar atau bohong.

















12

TUJUAN AL-KHABAR( )
Setiap ungkapan/berita mempunyai tujuan atau motif tertentu.Ungkapan yang dilafazkan atau
ayat yang ditulis mestilah jelas maksudnya supaya pendengar dapat memahami maksud yang
tersurat.Maksud yang terpendam di dalam hati dapat diluahkan kepada pendengar melalui bahasa
yang merupakan alat komunikasi.
Tujuan utama berita (al-khabar) disampaikan terbahagi kepada dua:
1.Faedah berita( ):Proses memaklumkan pendengar sesuatu yang belum diketahui.
2.Maklumat tersedia ( ):Proses memaklumkan pendengar sesuatu yang sedia
diketahui.

1a-( )
Bahasa Arab banyak keistimewaan jika dibandingkan dengan bahasa lain kerana bahasa ini
merupakan bahasa Al-Quran dan bahasa Nabi Muhammad s.a.w.
2a.( )
Bahasa Arab adalah bahasa yang ringkas.
3a-( ( )Malaysia amat istimewa kerana rakyatnya berbilang bangsa.
Contoh-contoh ( 1a,2a,3a) menyampaikan maklumat atau berita atau keterangan yang secara
lansung tidak ada kaitan dengan peribadi pendengar.Tujuan lebih kepada menyampaikan
berita atau keterangan tentang sesuatu perkara.
Maklumat tersedia( )
1.b-( )
Awak pulang dari Kedah kelmarin.
2.b-( )
Awak selesai menduduki peperiksaan dua hari yang lepas.
3.b- ( )
Anda seorang yang amanah.bercakap benar dan lembut hati.
Contoh-contoh (1b,2bdan 3b) menjurus kepada peribadi pendengar dan maklumat yang hendak
disampaikan berkaitan dengan pendengar sendiri.Maksud yang hendak disampaikan oleh contoh
13

kedua (1b,2b dan 3b) adalah penutur sebenarnya menyampaikan maklumat yang sedia
diketahui oleh pendengar.Dia bukan bertujuan memberi memberi maklumat baru tetapi ingin
memaklumkan beliau juga mengtahi perkara tersebut.Proses ini dianggap sebagai memaklumkan
maklumat yang sedia diketahui.
Kebanyakan ayat yang digunakan dalam maklumat tersedia ( ) berbentuk ayat
pujian,ayat celaan,ayat ejekan,ayat kutukan dan sebagainya yang berkaitan dengan
pendengar.Proses ini berlaku apabila seseorang itu(pendengar) melakukan sesuatu perbuatan
kemudian datang orang lain(penutur) memaklumkan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang
pertama tadi(pendengar) atau orang kedua itu(penutur) memaklumkan sesuatu sifat /perilaku
yang sedia diketahui oleh orang yang pertama(pendengar).










TUJUAN BALAGHI AYAT KHABAR( )
Selain dua tujuan utama berita (al-khabar):faedah berita ( ) dan maklumat tersedia
( ),tjuan-tujuan lain amat banyak berdasarkan kepada konteks ayat yang dinamakan
dengan tujuana-estetika (balaghi).Tujuan estetikadipecahkan brdasarkan konteks ayat dan
maksud gaya bahasa yang diungkapkan.Antara tujuan-tujuan yang sering dikemukakan ialah:
a)Ragam memberi galakan( )
b)Ragam patah hati( )
c)Ragam melahirkan kelemahan( )
d)Ragam ejekan()



14

e)Ragam memberi peringatan()
f)Ragam mengingatkan taraf sesuatu( )
g)Ragam memohon belas kasihan( )
h)Ragam pujian()
Ragam memberi galakan()
i-
Pemuda harapan bangsa pada masa depan dengan kekuatan yang mereka ada,negara akan terbina
gagah.
ii-
Orang ramai berterima kasih kepada orang yang melakukan kebaikan.
Ragam patah hati()
i-
Saat-saat remaja berlalu pergi,tidak akan datang kembali,masa tua mula menjelma,kemanakah
kita ingin melepaskan diri?
ii-
Bumi Palestin telah tergadai.
Ragam melahirkan kelemahan( )
i-
Berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya)Kami pada hari ini tidak terdaya
menentang Jalut dan tenteranya(Al-Baqarah:249)
ii-
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka,kemudian ia pergi ke
tempat teduh lalu berdoa degan berkata :Wahai tuhanku sesungguhnya aku amat berhajat
kepada sebarang rezki pemberian yang engkau berikan.
Ragam ejekan()
i-
15

Sejahat-jahat manusia adalah satu puak yang malas (tidak berusaha)apabila kamu bermegah
dengan mereka ,mereka akan menyebut (berbangga dengan )nenek moyang.
ii-
Dan (selain itu)kamu pula telah diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan dengan
(pengampunan) Allah(semata-mata dan melupakan azabnya.(Al-Hadid:14)
Ragam memberi peringatan()
i-Firman Allah taala

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati (Ali Imran:185)
Abu al-Atahiyyah bersyair:


Sesungguhnya masa remaja,masa lapang dan harta kekayaan amat merosakkan kehidupan
seseorang.
Ragam mengingatkan taraf sesuatu ( )
I-
Tidaklah sama keaadan orang-orang yang duduk(tidak turut serta berperang)dari kalangan orang-
orang yang beriman-selain daripada orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang
berjihad(berjuang) pada jalan Allah( untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya
(Al-Nisa:95)
ii-
Manusia samada pemimpin yang mempunyai kekuasaan ataupun hamba(yang menurut
perintah).
iii-
Tidak sama antara orang yang malas dengan orang yang rajin.
Ragam memohon belas kasihan( )
i-
16

Ia merayu(dengan sesalnya):Wahai Tuhanku Sesungguhnya aku menginaya diri
sendiri,Oleh itu ampunkanlah apalah jua kiranya-akan dosaku(Maka Allah Taala
menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya.
(Al-Qasas:16)

ii-
Tuhanku!Aku tidak layak mendiami syurgamu dan aku tidak tahan dengan azab api
neraka.

iii-Ibrahim bin al-Mahdi merayu kepada khalifah al-makmum:


Patik datang dalam keadaan amat bersalah,hanya tuanku yang layak memberi
pengampunan.Jika tuanku ampunkan patik maka ia adalah limpahan kurnian
tuanku,jika tuanku mebunuh patik maka itulah sifat keadilan tuanku.

Ragam pujian( )
i-
Ya Allah!Ya tuhanku!Engkaulah yang menjadikan langit dan bumi,engkaulah Yang
Maha Mengetahui,Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Bijaksana.Diriku ini berada
dalam genggamanmu.

ii-al-Nabighah al-Zhubyani bersyair:


Tuanku bagaikan matahari muncul tidak kelihatan lagi walaupun sebutir bintang.

Jenis-jenis berita ( )

Brita (al-khabar) yang ingin diluahkan semua bertepatan dengan konteks pendengar.Situasi
pendengar perlu diambil kira.Masyarakat Arab pernah mengungkapkan ( ) yang
bermaksud situasi ada gaya bahsanya tersendiri.Pendengar itu ada kalanya menerima bulat-bulat
kata-kata yang diungkapkan,ada masanya merasa ragu-ragu da nada pula yang menolak
makumat yang diberikan.Oleh itu jenis berita yang sesuainperlu diungkapkan mengikut situasi
pendengar.Jenis berita ini disebut dalam bahasa Arab sebagai ( ).




17



























Golongan
pendengar
Pemerima yang
menolak maklumat -

Penerima yang berbelah-
bagi

Penerima
yang akur

Berita yang disampaikan
Berita yang diterima tanpa
keraguan

Berita yang ditolak
Oleh penerima

Berita yang diragui oleh penerima

18

BERITA IBTIDAIY ( )
Pendengar jenis berita Ibtidaiy menerima maklumat yang disampaikan tanpa keraguan disebabkan
maklumat itu baru,boleh diterima atau logic dan masuk akal.Golongan ini pasti akur dengan maklumat
tersebut tanpa perlu berhujah atau merasa ragu.Jenis berita yang disampaikan tidak perlu partikel
pengukuhan ( )
Antara contoh berita Ibtidaiy adalah seperti berikut:
i-
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun gajah.
ii-
Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia(al Kahfi 46)
iii-Sabda Nabi s.a.w.:( (
Agama itu adalah nasihat menasihati
BERITA TALABIY ( )
Pendengar jenis berita talabiy merasa ragu-ragu dengan mesej yang disampaikan seolah-olah terdapat
pelbagai persoalan bermain di benaknya.Keraguan ini perlu dikikis dan dihilangkan.Penutur mesti
mengukuhkan berita yang diluahkan dengan memasukkan partikel pengukuhan ( ) seperti
partikel()inna,() qad dan sebagainya.
Antara contoh berita talabiy adalah seperti berikut :
i-
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.(Ali Imran 19)
ii-
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala(isi hati) yang ada di dalam dada.(al-Anfal 43)
iii-
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum nabi Musa kemudian ia berlaku sombong dan zaim
terhadap mereka (al-Qasas 76)
BERITA INKARIY( )
Pendengar jenis berita Ibtidaiy menerima maklumat yang disampaikan tanpa keraguan
disebabkan maklumat itu baru,boleh diterima atau logic dan masuk akal.Golongan ini pasti akur
19

dengan maklumat tersebut tanpa perlu berhujah atau merasa ragu.Jenis berita yang ingin
disampaikan tidak perlu partikel pengukuhan( ).
Antara contoh berita Inkariy adalah seperti berikut:
I-
Kemudian sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati Kemudian sesungguhnya kamu akan
dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat (al-Mukminun 15-16)
ii-
Sesungguhnya ungkapan yang jelas dan indah ada yang memukau,sesungguhnya ada di antara syair
itu merupakan kata-kata ikmah.
iii-
Sesungguhnya aku amat sabar menghadapi dugaan ini.
























20

Cara Penguat Berita( )
Partikel yang menjadi penguat ayat dalam bahasa Arab amat banyak.Antaranya:
PARTIKEL INNA() i -
Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas
kasihannya dan rahmatnya kepada umat
manusia(al Hajj 65)

ii-
Sebenarnya mereka yang kamu seru dan
sembah yang lan dari Allah itu, tidak sekali-
kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun
mereka berhimpun beramai-ramai
membuatnya.
LAM IBTIDA( ) i-
Sesungguhnya Tuhanku sentiasa Mendengar
(menerima) doa permohonan(Ibrahim 39)

ii-
Dan sesunggunya Tuhanmu akan menghukum
di antara mereka pada hari Kiamat,tentang apa
yang mereka telah berselisihan padanya
(an-Nahl 124).

iii-
Dan bahawa sesungguhnya engkau hanya
mempunyai akhlak yang mulia(al-Qalam 4)
AMMA SYARTIYYAH( ) i-


Sesungguhnya Allah tidak malu membuat
perbandingan apa sahaja,(sepertia) nyamuk
hingga ke suatu yang lebih daripadanya
(kerana perbuatan itu ada hikmahnya) iaitu
kalau orang-orang yang beriman maka mereka
mengetahui bahawa perbandingan itu benar
dari Tuahan mereka dan kalau orang-orang
kafir pula maka mereka akan berkata:Apakah
maksud Allah membuat perbandingan dengan
ini?(al-Baqarah 26).
PARTIKEL () dan () i-



Dan orang-orang beriman dan beramal
soleh,kami akan masukkan ke dalam Syurga
21

yangmengalir di bawahnya beberapa
sungai,mereka kekal didalamnya selama-
lamanya sebagai janji Allah yang benar.Dan
siapakah yang lebih benar perkataanya
daripada Allah?(an_Nisa 122)

ii-

Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah
lalu ia mati(gugur syahid)atau beroleh
kemenangan maka kami akan memberi
kepadanya pahala yang besar(an-Nisa 74)

iii-



Wahai orang-orang beriman! Sesiapa di antara
kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi
murtad),maka Allah akan mendatangkan suatu
kaum yang ia kasihkan dia,mereka juga
kasihkan dia,mereka pula bersifat lemah-
lembut terhadap orang-orang beriman dan
brlaku tegas gagah terhadap orang-orang
kafir,mereka berjuang dengan bersungguh-
sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak
takut kepada celaan orang yang mencela.Yang
demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang
diberikannya kepada sesiapa yang
dikehendakinya kerana Allah Maha Luas
limpah kunianya lagi meliputi
pengetahuannya.(al-Maidah 54)

PARTIKEL QAD() i- -1
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman,iaitu orang-orang yang kusyuk dalam
sembahyangnya.(al-Mukminun1-2)

Ii-
Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada
diri Rasullulah itu contoh ikutan yang baik
(al-Ahzab 2)

DHAMIR FASL( ) i-
Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
bertaqwa dan orang-orang yang berusaha
22

memperbaiki amalannya.(Al-Nahl 128)

ii-
Jika Engkau menyeksa mereka maka (tidak ada
yang menghalangnya)kerana mereka adalah
hamba-hambamu dan jika Engkau
mengampunkan mereka maka sesungguhnya
Engkau sahaja yang Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana.
PARTIKEL SUMPAH( ) i-
Qaaf.Demi Al-Quran yang melimpah-
limpah kemuliaan dan kebaikannya(bahwa
sesungguhnya Muhammad itu adalah Rasul
yang diutus memberi peringatan dan
amaran)(Qaf 1-2)

ii-)3 )2 )1
Demi buah Tin dan zaitun dan Gunung
Tursina serta negeri (Mekah) yang aman
ini.(al-Tin 1-3)

NUN PENGUAT ( ) iNun penguat ringan( )


(Zulaikha )berkata:Inilah orangnya yang
kamu tempelak aku mengenainya!Sebenarnya
aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya
tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada
kesuciannya dan demi sesungguhnya kalau ia
tidak mahu melakukan apa yang aku suruh
tentulah ia akan dipenjarakan dan akan menjadi
dari orang-orang yang hina.(Yusuf 32)

ii-Nun penguat berat( )


Dan janganlah mereka (yang ingkar) dapat
menghalangmu (daripada menyampaikan dan
beramal dengan) ayat-ayat Allah sesudah ia
diturunkan kepadamu dan serulah manusia
kepada (agama)Tuhanmu dan janganlah
engkau menjadi dari golongan yang menyertai
orang-orang musyrik(al-Qasas 87)


23

.
PARTIKEL IMBUHAN( )



i-Partikel An()

Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa
khabar berita yang mengembirakan itu,dia pun
meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi
Yaakub lalu menjadilah ia celik kembali
seperti sediakala.(Yusuf 96)

ii-Partikel imbuhan la()

Maka aku bersumah Demi tempat-tempat dan
masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-
Quran.(al-Waqiah 75)

iii-Partikel imbuhan min()

Dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(al-Mulk 3)

iv-Partikel imbuhan ba( )

Allah sekali-kali tidak lalai daripada apa yang
kamu kerjakan.

PARTIKEL PERINGATAN( ) i-Partikel Alla()

Ketahuilah!Sesungguhnya wali-wali Allah
tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak
baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak
akan berdukacita (Yunus 62)

ii-partikel Amma() dengan makna
(sesungguhnya)


Sesungguhnya Dia yang membuat seseorang
menangis dan ketawa,Dia yang mematikan dan
menghidupkan dan setiap kehendaknya pasti
berlaku




24

GAYA BAHASA BERITA TERKELUAR DARIPADA BENTUK ASAL KEPADA GAYA
BAHASA LAIN( )
Pada asasnya setiap berita yang disampaikan mestilah bersesuaian dengan konteks kebiasaan
sebagaimana yang telah dijelaskan dalam bahagia-bahagian berita.Gaya penyampaian ini
dinamakan ( ) dengan makna menyampaikan berita dalam konteks
situasi kebiasaan.
Namun begitu penutur yang fasih tidak mahu mengikut gaya kebanyakan ini dan
mengubah gaya bahasa kepada bentuk-bentuk lain tetapi masih mengambil kira syarat kfasihan
ayat dan konteks situasi pendengar.Gaya ayat penerima inkar diubah kepada gaya penerima tiada
maklumat dan sebagainya.
a)Gaya ungkapan penerima tiada maklumat( ) kepada gaya penerima berbelah
bagi()
-digunakan oleh orang Arab apabila ayat pertama menyatakan sesuatu fakta yang menimbulkan
minat pendengar untuk berfikir dan cuba menyebut secara terus jawapan yang menyebabkan
penutur meyebut secara terus jawapan kepada soalan yang berlegar di dalam fikiran
pendenga.Sebagai contohnya:
i-
Dan tiadalah aku berani membersihkandiriku ;sesungguhnya nafsu manusia itu sangat
menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku
(maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu) (Yusuf 53)
Ahli tafsir merumuskan bahawa ayat di atas menimbulkan persoalan kenapa Nabi Yusuf A.S.
tidak berani membersihkan dirinya?Ayat seterusnya menjelaskan nafsu manusia mendorong ke
arah kejahatan.
ii-
Dan buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan kami dan panduan wahyu
kami(tentang cara membuatnya) dan dengan janganlah engkau merayu kepadaku untuk
menolong kaum yang zalim itu kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan (dengan
taufan)(Hud 37)
Ayat di atas menjelaskan nasib yang diterima oleh kaum Nabi Nuh A.S. yang enggan
memeluk agama suci dan masih berada dalam kesesatan.Mereka dibinasakan oleh Allah
S.W.T kecuali orang beriman yang bersama dengan Nabi Nuh A.S. dalam kapal
tersebut.Nabi Nuh A.S tertanya-tanya adakah mereka matikesemuanya atau adakah di
antara mereka yang masih hidup?Ayat seterusnya secara jelas dan terang menyatakan mereka
yang ingkar kesemuanya telah dibinasakan.
25

b)Gaya Ungkapan penerima bukan inkar( ) kepada gaya penerima inkar()
- digunakan apabila sesuatu fakta yang jelas dan diterima umum tidak mendapat perhatian
yang sewajarnya oleh pendengar.penutur merasakan ayat yang diungkapkan perlu
diperkukuhkan dengan partikel pengukuhan untuk perhatian dan peringatan kepada
pendengar.Sebagai contoh:
i-
Kemudian sesungguhnyaa kamu sesudah itu akan mati(al-Mukminun 15)
Ayat di atas secara tegas mengingatkan orang yang tidak mengambi pengajaran daripada
kejadian manusia dan kematian serta tidak mahu berfikir dengan kebenaran ajaran Islam
berkaitan hakikat hari kebangkitan.
ii-Penyair hajl bin Nadlah al-Qaysy mendeklamasikan syair

Shaqiq dengan angkuh datang menunjuk-nunjuk tombaknya,Ingat!Sesungguhya keluarga
sepupumu juga mempunyai tombak.
Syair di atas sepatutnya tidak dikuatkan dengan partikel penguat tetapi penyair memikirkan
ia perlu dikuatkan apabila Shaqiq terlalu sombong dan keluarga sepupunya bukanlah
pengecut seperti yang disangkanya.
iii-Jika kita lihat seseorang yangsuka menyusahkan jiran tetangga kita boleh ungkapkan:
) ) dengan makna (sesungguhnya dia sebenarnya jiran anda)
c)Gaya ungkapan apenerima inkar() kepada gaya penerima bukan inkar( )
Gaya ungkpan ini ditujukan kepada penerima inkar yang berkeras dengan pegangan mereka
tetapi penutur mempunyai alas an bahawa jika golongan inkar ini memerhaatikan bukti-bukti
yang ada dan memikirkannyadengan mendalam dia pasti akur dengan
kebenarannya,Kebiasaanya gaya ayat digunakan merupakan gaya penerima tiada
makumat.Sebagai contoh:

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa,tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari
Allah,Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (al-Baqarah 163).
Ayat di atas menempelak orang kafir yang ingkar dan masih tidak mahu menerima ajaran
IslamJika mereka menggunakan segala pancaindera dengan sebaik-baiknya mereka pasti melihat
tanda-tanda kebesaran AllahS.W.T dan segera tunduk dan beriman kepadanya.
26

ii-ungkapan kepada mereka yang menolak kepentingan ilmu pengetahuan:( ) Ilmu itu
besar manfaatnya.
iii-Ungkapan kepada orang-orang yang suka membuanga masa dengan sia-sia(melepak):
(Masa lapang boleh merosakkan kehidupan).

Penutup

Jumlah Kabariyyah merupakan ungkapan-ungkapan perkataan bahasa Arab yang merupakan
suatu penyataan tentang sesuatu isu atau berita.Tujuan ungkapan dipertuturkan adalah bertujuan
untuk menyampaikan sesuatu keterangan atau berita sesuatu perkara dan jumlah Kahabariyyah
ini terbahahagi kepada beberapa bahagian mengikut konteks ayat yang dipertuturkan seperti
berita Ibtidai berita Talabiy dan berita Inkariy.Seterusnya jumlah Kabariyyah ini diperkukuhkan
lagi sesuatu ungkapan berita tersebut dengan memasukkan cara penguat berita) (.
Oleh yang demikian kita dapati dengan mempertuturkan ayat-ayat Al-Quran khasnya banyak
terdapat keindahan seni bahasa (ilmu Balaghah) di dalamnya.Keindahan (mukjizat) Al-Quran
inilah yang perlu kita kaji dan memahami tafsirannya untuk menjadi panduan di dalam menjalani
kehidupan seharian.

Das könnte Ihnen auch gefallen