Sie sind auf Seite 1von 9

Umur 3 tahun, umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga 1,000

perkataan. Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai umur 6 tahun.
Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah, perbendaharaan kata mereka
bertambah dari semasa ke semasa sehingga mencecah 80,000 perkataan. Perkembangan pesat
bahasa ini disumbangkan oleh kepesatan minda kanak-kanak mengingat makna perkataan baru
selepas mendengarnya bagi kali pertama atau bercakap sekali dua dengan rakan-rakannya.
Walaupun kadang-kadang sebutan sesuatu perkataan kurang tepat, ia diperbaiki dengan teguran
dan kekerapan bercakap dengan orang dewasa seperti ibu, bapa atau adik-beradik saudara.
Kanak-kanak mula bercakap menggunakan ayat yang ringkas dan mudah. Jawapan mereka juga
mudah dan singkat. Semakin lama bercakap, mereka dapat memahami sebab dan akibat, kerana
perkembangan mental yang bertambah baik. Sebutan dan tatabahasa yang baik menjadikan
orang dewasa dapat memahami bahasa mereka. Jika tidak difahami, mereka cuba
menerangkannya dengan lebih jelas.
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami dan melahirkan semula. Kemampuan ini berkembang beransur-ansur mengikut masa
saling berkait antara satu sama lain. Dengan perkembangan bahasa yang semakin meningkat ini,
kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian dengan lebih baik dan cekap dalam situasi
perbualan. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada
tangisan pertama.
Sapir (1921:8) mendefnisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri
untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol- simbol lahir
secara sedar.
Crystal (1995), mendefnisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik
dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan
Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan proses pengajaran
(Berk, 2001) dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan
meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep
abstrak (Santrock, 2007).
PERKEMBANGAN BAHASA MENURUT BERBAGAI KOMPONEN
Perkembangan bahasa kanak - kanak dapat dilihat juga daripada pemerolehan
bahasa
mengikut komponen-komponennya.
Perkembangan Pragmatik
Perkembangan komunikasi anak sesungguhnya sudah dimulai sejak dilahirkan, pertama dari
tangisannya bila bayi merasa tidak nyaman, misalnya kerana lapar, lampin basah. Dari sini bayi
akan belajar bahawa ia akan mendapat perhatian ibunya atau orang lain saat ia menangis
sehingga kemudian bayi akan menangis bila meminta orang dewasa melakukan sesuatu
buatnya.
Pada usia 3 minggu bayi tersenyum saat ada rangsangan dari luar, misalnya wajah seseorang,
tatapan mata, suara dan gelitikan. Ini disebut senyum sosial. Usia 12 minggu mulai dengan pola
dialog sederhana berupa suara balasan bila ibunya memberi tanggapan. Usia 2 bulan bayi mulai
menanggapi ajakan komunikasi ibunya. Usia 5 bulan bayi mulai meniru gerak-geri orang,
mempelajari bentuk ekspresi wajah.
Pada usia 6 bulan bayi mulai tertarik dengan benda-benda sehinga komunikasi menjadi
komunikasi ibu, bayi dan benda-benda. Usia 7-12 bulan anak menunjuk sesuatu untuk
menyatakan keinginannya. Gerak-geri ini akan berkembang disertai dengan bunyi-bunyi tertentu
yang mula konsisten. Pada masa ini sampai sekitar 18 bulan, peranan gerak-geri lebih menonjol
dengan penggunaan satu suku kata.
Usia 2 tahun, anak kemudian memasuki tahap sintaksis dengan mampu merangkai kalimat 2
kata, bertindak balas terhadap pasangan bicaranya dan masuk dalam dialog singkat. Anak mulai
memperkenalkan atau merubah topik dan mulai belajar memelihara alur percakapan dan
menangkap persepsi pendengar. Perilaku ibu sebagai fasilitatif akan membantu anaknya dalam
memperkenalkan topik baru. Lewat umur 3 tahun, anak mulai berdialog lebih lama sampai
beberapa kali giliran.
Lewat umur ini, anak mulai mampu mempertahankan topik yang selanjutnya dan mulai membuat
topik baru. Hampir 50 peratus kanak-kanak 5 tahun dapat mempertahankan topik melalui 12 kali
giliran. Sekitar 36 bulan, terjadi peningkatan dalam keaktifan anak berbicara memperoleh
kesadaran sosial dalam percakapan. Ucapan yang ditujukan pada pasangan bicara menjadi
jelas, tersusun baik dan teradaptasi baik untuk pendengaran.
Sebahagian besar pasangan berkomunikasi dengan anak adalah orang dewasa, biasanya orang
tua. Saat anak mulai membangun jaringan sosial melibatkan orang di luar keluarga, mereka akan
memodifkasi pemahaman diri dan bayangan diri dan menjadi lebih sedar akan lingkungan sosial.
Persekitaran linguistik mempunyai pengaruh bermakna pada proses belajar berbahasa. Ibu
memegang peranan dalam membangun dan mempertahankan dialog yang benar. Anak berada
pada fase mono dialog, percakapan sendiri dengan kemauan untuk melibatkan orang lain.
Monolog kaya dengan lagu, suara, kata-kata tak bermakna, fantasi dan ekspresi perasaan.
Perkembangan Semantik
Kerana faktor lingkungan sangat berperanan dalam perkembangan semantik, maka pada umur 6-
9 bulan anak telah mengenal orang atau benda yang berada di persekitarannya. Leksikal dan
pemerolehan konsep berkembang pesat pada masa pra sekolah. Terdapat indikasi bahawa anak
dengan kosa kata lebih banyak dan lebih popular di kalangan teman-temannya.
Dianggarkan terjadi penambahan 5 perkataan perhari di usia 1,5 sampai 6 tahun. Pemahaman
perkataan bertambah tanpa pengajaran langsung orang dewasa. Terjadi strategi pemetaan yang
cepat pada usia ini sehingga anak boleh menyambung suatu kata dengan rujukannya. Pemetaan
yang cepat adalah langkah awal dalam proses pemerolehan leksikal. Selanjutnya secara
berperingkat anak akan mengertikan lagi maklumat-maklumat baru yang diterima.
Defnisi kata benda anak usia pra sekolah meliputi fsik seperti bentuk, ukuran dan warna, fungsi,
pemakaian dan lokasi. Defnisi kata kerja anak pra sekolah juga berbeza daripada kata kerja
orang dewasa atau anak yang lebih besar. Anak pra sekolah dapat menjelaskan siapa, apa, di
mana, untuk apa, untuk siapa, dengan apa, tapi biasanya mereka belum memahami pertanyaan
bagaimana dan mengapa atau menjelaskan proses.
Anak akan mengembangkan kosa katanya melalui cerita yang dibacakan orang tuanya. Begitu
kosa kata berkembang, keperluan untuk mengorganisasikan kosa kata akan lebih meningkat, dan
beberapa rangkaian semantik atau antara relasi akan terbentuk.
Perkembangan Sintaksis
Susunan sintaksis paling awal terlihat pada usia kira-kira 18 bulan walaupun pada beberapa anak
terlihat pada usia 1 tahun bahkan lebih dari 2 tahun. Awalnya berupa kalimat dua kata.
Rangkaian dua kata, berbeza dengan kalimat satu kata sebelumnya yang disebutholofrastis .
Kalimat satu kata biasa ditafsirkan dengan mempertimbangkan konteks penggunaannya.
Peralihan dari satu kata menjadi kalimat yang merupakan rangkaian kata terjadi secara bertahap.
Pada waktu kalimat pertama terbentuk iaitu penggabugan dua kata menjadi kalimat, rangkaian
kata tersebut berada pada jalinan intonasi. Jika kalimat dua kata tersebut memberi makna lebih
dari satu, maka anak akan membezakannya dengan menggunakan pola intonasi yang berbeza.
Perkembangan pemerolehan sintaksis meningkat dengan pesat pada waktu anak menjalani usia
2 tahun, yang mencapai puncaknya pada akhir usia 2 tahun.
Tahap perkembangan sintaksis secara singkat terbahagi dalam
1. Masa pra-lingual, sampai usia 1 tahun
2. Kalimat satu kata, 1-1,5 tahun
3. Kalimat rangkaian kata, 1,5-2 tahun
4. Konstruksi sederhana dan kompleks, 3 tahun.
Lewat usia 3 tahun anak mulai menanyakan hal-hal yang abstrak dengan kata tanya mengapa.
Penggunaan kalimat kompleks bermula selepas anak menguasai kalimat empat perkataan
sekitar usia 4 tahun.
Perkembangan Morfologi
Tempoh perkembangan ditanda dengan peningkatan panjang ucapan, yang diukur dalam
morfem. Panjang ucapan,mean length of Utterance (MLU) adalah alat ramalan kompleks
bahasa pada anak yang berbahasa Inggeris. MLU sangat erat berhubungan dengan usia dan
merupakan prediktor yang baik untuk perkembangan bahasa. Dari usia 18 bulan hingga 5 tahun,
MLU meningkat kira-kira 1 hingga2 morfem per tahun. Beberapa sumber yang membahas
tentang morfem dalam kaitannya dengan morfologi semuanya merupakan bahasa inggeris yang
sangat berbeza dengan bahasa melayu.
Perkembangan Fonologi
Perkembangan fonologi melalui proses yang panjang dari dekode bahasa. Sebahagian besar
pembinaan morfologi anak akan bergantung pada kemampuannya menerima dan mengeluarkan
unit fonologi. Selama usia pra sekolah, anak tidak hanya menerima inventaris fonetik dan sistem
fonologi tapi juga mengembangkan kemampuan menentukan bunyi mana yang dipakai untuk
membedakan makna. Pemerolehan fonologi berkaitan dengan proses konstruksi suku kata yang
terdiri dari gabungan vokal dan konsonan. Bahkan dalam mengumam, anak menggunakan
konsonan-vokal (KV) atau konsonan-vokal-konsonan (KVK). Proses lainnya berkaitan dengan
asimilasi dan substitusi sampai pada persepsi dan produksi suara.
RUJUKAN
Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, a!dah "asta#i $%&&'(. Perkembangan "anak-kanak
Program Perguruan Pendidikan endah Pengajian )mpat Tahun. "uala
*umpur+ "umpulan ,udiman Sdn. ,hd.
-ohamad bin .man, "asim bin .bd. -ajid $%&&/(. .suhan dan Pendidikan .#al
"anak-kanak Tingkatan 0. Selangor+ .ras -ega $-( Sdn. ,hd.
ohani .bdullah, Nani -enon, -ohd. Sharani .hmad $%&&/(. Panduan "urikulum
Prasekolah. ,entong+ PTS Publication 1 2istributors Sdn ,hd.
3ulki4i bin 5aakob $%&&6(.Perkembangan ,ahasa dan Pembelajaran "anak-kanak.
Selangor+ -eteor 2oc. Sdn. ,hd.
Teori Perkembangan Bahasa daripada Perspeki! Teori Piage
Menurut Piaget, perkembangan yang paling penting adalah perkembangan bahasa.
Beliau berpendapat, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif
yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak
membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanak- kanak membina pengetahuan mereka
secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses
penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fzikalnya.
Beliau memperkenalkan 4 konsep utama yang terdapat di dalam teori ini:-
a) Skema
Merupakan struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan
menyesuaikan diri dengan persekitaran.. Skema adalah proses mencipta, memperhalus,
membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema
sedia ada pada bayi itu ialah menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang
dimasukkan ke mulutnya akan dihisapnya. Tidak dapat membezakan sesuatu dengan baik
b) Asimilasi
Merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat- maklumat
baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada iaitu penyerapan
(ftting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa
kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.
Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila
ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif
atau bukan kualitatif.
c) Akomodasi
Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta
perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai
dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat
itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai.
Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai
untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman-pengalaman baru.
Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses
ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang
stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.
c( "eseimbangan
7anya akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan
proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak
menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia
berjaya proses keseimbangan akan tercapai.
Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat
disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan
bermula dari bayi sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan
umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor,
pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Peringkat Sensori -otor $& 8 % tahun(
Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya
untukmemahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua
bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitarannya.
Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Kanak-kanak
cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan
perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.
Peringkat Pra 9perasi $% 8 6 tahun(
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu
konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan
melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat.
Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa
dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka,
boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan.
)nakti:
&- % tahun
;
"anak-kanak belajar melalui
tindakan manipulati:
;
-enggunakan anggota deria
untuk menyelesaikan masalah
;
- Peringkat 7konik
%- 0 tahun
;
"anak-kanak
boleh
membayangkan satu situasi
;
"anak-kanak boleh mengingat
dan menyimpan sesuatu imej
dalam !kiran
;
"anak-kanak
membentuk
penangapan
dan
membuat
gambaran mental
- Peringkat Simbolik
<-6 tahun
;
"anak-kanak
memindahkan
pengalaman mereka ke dalam
bentuk bahasa
;

Das könnte Ihnen auch gefallen