Sie sind auf Seite 1von 5

PROGRAM KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

SEKOLAH
Pendahuluan
Kebersihan dan keceriaan adalah elemen penting yang perlu untuk mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif di sesebuah sekolah. Atas kesedaran itulah program
kebersihan dan keceriaan sekolah diwujudkan.Justru itu, sokongan dan kerjasama staf
dan kakitangan amat diperlukan untuk menjayakan program ini.

Matlamat
Mewujudkan kesedaran dijiwa para warga sekolah bertapa pentingnya menjaga
kebersihan dan keceriaan sekelilingnya.Di samping itu program ini diharapkan dapat
menyemai sikap sukakan kebersihan dan kecantikan di kalangan murid dan warga
sekolah yang lain.

Objektif :
membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan
dalam menjalannni hidup seharian.
Meningkatkan keperhatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan,
keindahan, serta menghargai kemudahan yang disediakan.
Memupuk semangat keupayaan serta kesediaan sebagai matlamat amalan
kebersihan sekolah.
Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan bagi mencapai kebersihan maksimum.
Mewujudkan iklim, serta identity sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih,
indah dan ceria.

Konsep:
Kebersihan disemaikan dari awal di rumah.
Diperkukuhkan dan diperkembangkan di Sekolah
Diamalkan sepanjang hayat.

SEKOLAH BERSIH ;
* Tiada contengan * Tidak berlumut
Tiada goresan * Tidak berbau yang kurang menyenangkan
Tiada sampah
Tiada sawang
Tidak berhabuk atau berdebu



KEBERSIHAN BERFUNGSI;
Dijaga dan disenggara dengan baik
Boleh digunakan dengan sempurna pada bila-bila masa.

SEKOLAH SELAMAT:
Tidak Berbahaya
Tidak menjadi tempat pembiakan serangga atau haiwan perosak.

CIRI - CIRI KEBERSIHAN SEKOLAH

CERIA - Bersih dan cantik dengan dekorasi, susunan dan suasana
Persekitaran yang riang, selasa, suci, murni, menarik dan pelbagai.

INDAH Cantik, permai, bagus, elok dan molek, menyumbang kepada
keadaan dan perasaan segar, senang, enak dan tenang.

WANGI Berbau harum serta menyenangkan, sama ada berbau asli atau
Menggunakan bahan pewangi dan menyegarkan.


A. BILIK DARJAH

a. Meja Guru dan Murid
* Disusun kemas dan dialas rapi.
* Sentiasa dibersihkan
* Ruang bawah meja sentiasa dibersihkan.

b. Kerusi Guru dan Murid
* Pastikan ia dalam keadaan baik, bersih dan selamat digunakan.
* Susunan kerusi hendak kemas dan teratur.
* Kerusi perlu dirapatkan ke meja setiap kali meninggalkan kelas.

c. Papan Hitam
* Pastikan papan hitam/ papan tulis bersih sebelum P&P dijalankan.
* Bersihkan pamadam setiapkali digunakan agar tidak berhabuk.

d. Tingkap
* Haruslah dilap setakat yang manpu dilakukan oleh murid.
* Ia perlu dibersihkan pada awal sesi sebelum P&P bermula.

e. Papan Kenyataan / Sudut P&P
* Sentiasa dikemaskini dengan carta yang sesuai bagi kelas-kelas yang
berkenaan.
* Pamerkan hasil kerja murid setiap kali.

f. Lantai
* Disapu setiap hari pada awal sesi sebelum P&P bermula.
* Dilap dan dinyahkuman sekali dalam 2 minggu.

B.BILIK-BILIK KHAS.

1. Pusat Sumber
2. Makmal Sains
3. Setor Sukan
4. Bilik Sakit Asrama ( Bilik PPM )

a. Meja Kerja, lantai dan peralatan
Dibersihkan mengikut Jadual Tugas yang ditetapkan.
Menyusun alatan di tempat asal selapas digunakan.

b. Siling, kipas dan lampu
Dibersihkan sebulan sekali
Boleh di lakukan semasa perjumpaan Kelab.

c. Peraturan Keselamatan penggunaan bilik.
Pamerkan peraturan bilik-bilik berkenaan.
Patuhi peraturan keselamatan setiap masa.
Peraturan Keselamatan dan peraturan am bilik-bilik tersebut, disediakan oleh guru
yang dipertanggungjawabkan .

d. Alat pemadam api
Perlu diperiksa sekali seminggu.
Pemeriksaan alat pemadam api oleh Jabatan Bomba sekali setahun.

e. Kit Kecemasan
Periksa kelengkapan alat dalam Kit sekali seminggu.
Laporkan ke pihak pentadbir, jika didapati bekalan habis.

f. Tong Sampah, penyedok sampah
Hendaklah dibersihkan dan dikosongkan setiap kali selepas
penggunaannya.

g. Tingkap
Dibersihkan setiap sekali seminggu, boleh dilakukan semasa
perjumpaan kelab.
Tingkap perlu dibuka semasa kerja dijalankan. Tutup bila tidak digunakan.


h. Penggunaan alatan elektrik
Pastikan alat-alat eletrik selamat digunakan.
Tutup suis selepas ianya digunakan.

i. Penggunaan gas
Periksa keselamatan tangki gas setiap kali penggunaannya..
Cabut kepala gas sebelum meninggalkan bilik.

C. BILIK GURU / PEJABAT

a. Kerusi, meja
Disusun dengan teratur, bersih dan kemas sepanjang masa.
Alaskan dan hiaskan mengikut citra-rasa masing-masing.

b. Almari/ laci/ Rak
Buku-buku dan fail-fail disusun dalam almari sepanjang masa.
Peralatan disusun kemas serta dibersihkan.sepanjang masa.
Jangan biarkan buku rujukan dan latihan berlonggok-longgok di bawah meja guru.

c. Ruang Rehat
Bersih, kemas teratur dan ceria.
Akbar, majalah dan lain-lain bahan bacaan diletakkan di tempat atau rak yang
disediakan selepas digunakan.

d. Tingkap
Dibersihkan setiap hari, dilakukan oleh kontraktor.
Harus dibuka awal setiap hari persekolahan.
Ditutup pada akhir hari persekolahan.
Harus dipasang langsir sepanjang masa.

D. KEMUDAHAN DI KAWASAN SEKOLAH

a. Pondok Rehat
Bersihkan kawasan pondok sepanjang masa.
Sediakan tong sampah di setiap pondok rehat.
Bina landskap yang menarik di sekitarnya.

b. Padang bola
Memeriksa dan membaikpulih perkakas permainan seperti
tiang gol.
Menyenggara tiang permaianan daripada reput atau berkarat
Supaya selamat digunakan.
Aktiviti membaikpulih alat-alat di padang, boleh dilakukan
semasa perjumpaan kelab.





c. Tapak Perhimpunan ( Dewan Sekolah)
Bersihkan tapak selepas digunakan.
Kerusi dan meja perlu dibersihkan seminggu sekali.
Letakkan kerusi di suatu sudut agar tidak kena tempias hujan.

d. Tandas sekolah
Pastikan system tandas berfungsi, selamat dan bersih.
Sinki hendaklah berada dalam keadaan bersih dan tidak tersumbat.
Kebersihan tandas sekolah dibawah jagaan kontraktor.
Gunakan baldi dan gayung digunakan dengan cermat.
Pastikan paip ditutup selepas digunakan.

Das könnte Ihnen auch gefallen