Sie sind auf Seite 1von 7

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

KIAN AUN


LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KEMISKINAN
Menyediakan peluang kepada pendidikan seumur hidup, latihan dan
penambahbaikan kemahiran bagi golongan miskin bandar untuk meningkatkan
keupayaan dan daya tarikan mereka supaya mudah mencari peluang pekerjaan
yang lebih baik terutamanya yang menjanjikan gaji yang lebih lumayan.

Menyediakan program perumahan mampu milik yang berkualiti di kawasan bandar di
lokasi yang tidak terlalu jauh daripada nukleus aktiviti ekonomi; dihubungkan dengan
sistem pengangkutan awam yang murah, cekap, mudah akses, mampan dari segi
alam sekitar, selamat dan boleh diharap


Pihak pengusaha menawarkan skim pembiayaan pembelian berdasarkan syarat-
syarat munasabah yang tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah
dan sederhana di Bandar.

Keprihatinan pihak kerajaan kepada warga emas, golongan kurang bernasib baik
seperti orang kurang upaya atau yang mempunyai keperluan khas, ibu tunggal dan
sebagainya.Contohnya,pihak kerajaan harus berikan wang saraan dan barangan
keperluan kepada golongan sebegini pada setiap bulan.


Memupuk minat keusahawanan di kalangan pendudukan bandar dan desa bandar
untuk menggalakkan mereka menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan
sebagai langkah untuk membantu menjana pendapatan keluarga,seterusnya
menangani masalah kemiskinan

Memperkenalkan banyak program latihan untuk melatih golongan-golongan belia
muda bagi meningkatkan kemahiran mereka supaya boleh mendapat pekerjaan
yang sesuai besertakan gaji yang lumayan dengan kemahiran yang dimiliki.

Menaikan kadar gaji pekerja swasta dan kerajaan yang mempunyai gaji pokok yang
sederhana supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih selesa dan dapat
menyara keluarga.

Mengehadkan kemasukan pekerja asing dan menghalang kemasukan pekerja asing
secara haram supaya dapat memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat sekali
gus menguragkan kadar pengganguran.

Pihak kerajaan juga harus merangka beberapa projek untuk majukan dan
membangunkan kawasan pinggir bandar untuk menyediakkan lebih banyak peluang
pekerjaan untuk golongan fakir miskin.

SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

KIAN AUN

Menjadikan kampung sebagai destinasi pelancongan supaya penduduk kampung
dapat menjana pendapatan yang lumayan melalui program Inap Desa(Homestay)
dan juga dengan memperkenalkan permainan dan makanan tradisional.

Menempatkan orang-orang tua yang tidak bertanah di kawasan-kawasan
penempatan khas yang dilengkapkan dengan perumahan dan kemudahan lain yang
sesuai serta pemberian bantuan kewangan yang tertentu bagi memenuhi keperluan
hidup seharian mereka.

Bagi individu yang boleh bekerja tetapi kurang sumber ekonomi, terutamanya tanah,
mereka akan ditempatkan di skim-skim pembangunan tanah atau digalak
menjalankan aktiviti pembuatan berasaskan sumber secara kecil-kecilan.

Bagi mereka yang mempunyai tanah tetapi kekurangan sumber untuk
membangunkannya, satu program untuk memajukan pertanian secara berkelompok
dan menyusun semula kampungkampung akan dilaksanakan.

Bagi kanak-kanak dari keluarga termiskin pula, kemudahan-kemudahan yang sesuai
seperti asrama desa, bantuan makanan dan pemakanan serta pengangkutan akan
disediakan.

Meningkatkan kecekapan, produktiviti dan pendapatan dari kegiatankegiatan
perkebunan kecil dengan pembentukan tanah-tanah bersaiz ekonomi menerusi
penyatuan tanah-tanah kebun secara sukarela serta pembukaan tanah baru,
terutamanya di Sabah dan Sarawak dimana potensinya masih besar.

Petani-petani digalakkan menambah pendapatan mereka dengan aktiviti-aktiviti
pertanian yang lain atau kegiatan luar kebun untuk memperluaskan asas pendapatan
dan mengurangkan sebarang kemungkinan kesan buruk akibat dari kejatuhan harga
atau kenaikan kos hidup.


Perkhidmatan sokongan yang lebih baik akan disediakan untuk mempercepatkan
pembangunan di skim-skim pertanian setempat.

Sistem kredit khasnya akan dikaji semula untuk memastikan lebih banyak isirumah
miskin mendapat peluang kepada kredit secara langsung.


Infrastruktur pemasaran juga akan diperkukuhkan, terutamanya kemudahan
pengangkutan dan penyimpanan hasil keluaran, sebagai satu langkah untuk
menstabilkan pendapatan golongan miskin sebagai pemilik pengusaha atau
penyewa.

Kerajaan menubuhkan suatu jawatan kuasa khas untuk mengkaji masalah
kemiskinan di negara kita dan seterusnya menubuhkan akta-akta yang mampu
melindungi hak rakyat miskin di negara ini tanpa mengabaikan kepentingan mereka
SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

KIAN AUN

sebagai modal insan yang mampu memberikan sumbangan kepeda pembangunan
negara.

CARA MENINGKATKAN PENGELUARAN BAHAN MAKANAN(PERTANIAN)

Meneruskan pelaksanaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Zon Industri
Akuakultur (ZIA), Pusat Fidlot Nasional, Ladang Kontrak dan Pembangunan
Usahawan Asas Tani serta projek-projek di bawah NKEA Pertanian bagi
meningkatkan pengeluaran sektor tanaman, ternakan, dan perikanan

Membangunkan tanah pertanian secara optimum dengan tanaman selingan singkat
masa;


Membangunkan sistem rantaian bekalan makanan yang lebih terangkum dan kukuh
dengan penglibatan Kerajaan, swasta serta petani, penternak dan nelayan;


Menumpukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kepada pengeluaran makanan
secara mampan termasuklah pembangunan variety dan baka.

Meningkatkan penglibatan pihak swasta menerusi galakan pelaburan untuk
menambah kapasiti pengeluaran dan sistem pengeluaran berteknologi tinggi.


Bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha membendung kenaikan harga bahan
makanan

Kementerian mengadakan dialog bersama dengan persatuan-persatuan pengeluar
bahan makanan utama bagi memastikan kenaikan harga pengeluaran berada di
paras stabil dan untuk memelihara kepentingan petani/penternak/nelayan/usahawan.

Mewujudkan zon kekal bagi pengeluaran tanaman makanan.


Menggalakkan penglibatan usahawan dan sektor swasta dalam pengeluaran
tanaman makanan

Meningkat dan menyumbang pengeluaran makanan negara yang mencukupi
berkualiti dan mapan dalam konteks mengurangkan defisit imbangan perdagangan

Menggalakkan pembangunan rantaian bekalan makanan bersepadu
SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

KIAN AUN


Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) menyediakan kawasan kekal bagi
mengekalkan pengeluaran makanan khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini
bertujuan bagimengatasi masalah kekurangan tanah yang sesuai untuk pengeluaran
makanan yangsering dihadapi oleh usahawan dan sektor swasta.

TKPM juga memainkan peranan yang penting dalam menyediakan tapak projek
untuk usahawan tani lepasan latihan khasnya daripada Pusat Inkubator Jabatan
Pertanian.

Bagi mempastikan peningkatan pengeluaran bahan makanan negara dan
penglibatan usahawan dalam bidang pertanian , usaha akan ditumpu kepada
pembukaan kawasan baru bagi penyediaan tapak projek dan melengkapkan semua
keperluan-keperluan.

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) harus
memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait
dalam industri pertanian di Malaysia. Teknologi ini bertujuan meningkatkan
penghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan sektor pertanian selain
membantu meningkatkan pulangan petani.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor
pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di pertanggungjawabkan untuk meneraju
dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport
utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat.


Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang
lebihlama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah pisang ialah buah yang cepat
busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan makanan
segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag
lebih lama tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada dan
yang bakal menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinngi
tentang strategi pemasaran yang berkesan


Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh
dilaksanakan dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini
dipanggil sebagai bioteknologi.bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti
pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil pertanian, pengurangan
penggunaan racun perosak dan racun herba.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak
bank pertanian khususnya boleh memberi pinjaman kepada para petani untuk
memulakan projek pertanian mereka. Contohnya,Agrobank telah menawarkan
SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

KIAN AUN

Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industry kecil
dan sederhana IKS yang berasaskan pertanian.




KEJ AYAAN MALAYSIA DALAM BIDANG EKONOMI


Pembukaan tanah pertanian FELDA,FELCRA
Pengagihab saham kepada peneroka FELDA
Bank Pertanian Malaysia member kemudahan pinjaman
Melancarkan Dasar Pertanian Negara
Menjadikan pertanian satu industri
Melancarkan program pengeluaran berteraskan cluster:zon
pengeluaran buah-buahan/zon akuakultur
Menjadikan negara hub halal
Mengalakan industry berat
Perkembangan industri kereta seperti Proton
Menubuhkn Multimedia Koridor Raya Multimedia
Menubuhkan pembanguanan Koridor Wilayah/Iskandar
Malaysia/Koridor Pembangunan Sabah/Koridor Pembangunan
Sarawak
Pembangunan berasakan K-ekonomi dan K-masyarakat
Pelabuhan Pulau Labuan diiktirf sebagai pusat kewangan luar
pantai(offshore financial centre)untuk menlengkapkan aktiviti pasara n
kewangan dan mengukuhkan ekonmi negara
Lapangan Terbang Antaranbangsa Kuala Lumpur(KLIA) muncul di
tempat teratas dalam kategori Perkhidmatan Imegresen Lapangan
Terbang Terbaik dan Perkhidmatan Petugas Cemerlang Terbaik di
Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2010
Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-ketua Negara
Komenwel(CHOGM)pada tahun 1989.
Malaysia menjadi tuan rumah kepada Grand Prix F1 yang
menunjukkan kejayaan Malaysia menjadi hab sukan permotoran baru
di Asia sehingga kini.







SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

KIAN AUN



NILAI-NILAI YANG PERLU ADA UNTUK BERJ AYA DALAM BIDANG EKONOMI

Mengamalkan sikap proaktif
Meningkatkan ilmu pengetahuan
Menguasai teknologi terkini
Sentiasa mengamalkan sahsiah yang murni
Mementingkan penyelidikan dan pembangunan minda
Kecekapan dalam pengursan kewangan
Menghargai jasa/sumbangan pemimpin negara dalam membangunkan negara
Mengekalkan keamanan negara
Berinovasi dan kreatif
Memperkaya diri dengan pelbagai kemahiran ICT
Memantapkan perpaduan kaum
Tidak terlibat dalam gejala negative dalam kehidupan
Meningkatkan disiplin diri
Memiliki integrity yang tinggi
Bersikap terbuka
Mempelajari teknologi dan kemahiran luar negara

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya,saya bangga menjadi rakyat negara Malaysia kerana
Malaysia mempunyai ekonomi yang stabil dan rakyatnya hidup aman dan makmur.Dasar
pembangunan ekonomi dan sosial telah digunakan dalam mebina negara Malaysia yang
bersatu padu,aman dan sejahtera.

Kesejahteraan Rakyat Malaysia yang menjadi agenda utama pembangunan
negara akan dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan negara.Kerjasama dan
tolak ansur antara kaum yang mujud selama ini telah menyediakan asas kepada negara kita
untuk lebih maju pada masa hadapan.

Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr.Mahathir
Mohamad akan terus memacu kejayaan negara standing dengan negara-negara maju di
Barat.Malaysia yang menggunkan acuan kemajuan sendiri malahh mempunyai kelebihan
kerana menitikberatkan keseimbangan antara kemajuan fizikal dengan kemajuan rohaniah.

Ikitibar yang dapat saya peroleh ialah ekonomi memainkan peranan yang amat
penting dalam memajukan negara.Selain itu,rakyat dan pemimpin juga harus saling
SEJARAH TINGKATAN 5 BAB 8-KERTAS 3

KIAN AUN

memahami dan bertolak-ansur dalam semua perkara untuk membina negara yang maju dan
damai.Saya berharap rakyat Malaysia akan berusaha dengan gigih berusaha dan
berdedikasi untuk meningkatkan ekonomi negara agar duduk sama rendah,berdiri sama
tinggi seperti negara-negara maju yang lain di dunia.

Das könnte Ihnen auch gefallen