Sie sind auf Seite 1von 4

PENDEKATAN MUZIK

LANGKAH PENGAJARAN
(PENDEKATAN ORFFS)

Disediakan oleh:


G3.4


Muhamad Faris bin Ismail
Wan Nurhakimah Balqis binti Abd Wahab @ Wan Abdul Wahab


Mata Pelajaran : Pendidikan Muzik
Kelas : Tahun 3
Tarikh : 11 Mac 2014
Masa : 15 minit
Bilangan murid : 14 orang
Tajuk : Say the rhythm
Objektif : Murid dapat irama dan menepuk corak irama dengan tepat
: Murid memainkan alat perkusi mengikut corak irama yang tepat
: Murid dapat membezakan dinamik kuat dan perlahan
Pengetahuan Sedia ada : Murid telah mengetahui nilaian not dan detik mengikut meter
: Murid tahu menamakan not dan mengenali jenis not yang berbeza
Bahan Bantu Mengajar : Rajah jenis not dan sebutan irama, 4 bar corak irama dan dua ikon
Dinamik
Komponen Orffs : 1. Eksplorasi
a) Eksplorasi ruang- pergerakan badan untuk membezakan jenis not
b) Eksplorasi bunyi- Bunyi tepukan, bunyi alat perkusi
c) Eksplorasi bentuk- Menggunakan ikon untuk membezakan dinamik kuat dan perlahan
2. Imitasi- imitasi sebutan dan pergerakan guru, imitasi rakan yang
dipilih guru
3. Literasi- menyebut irama
4. Improvisasi- mengubah corak irama asal

KONSEP MUZIK :
1. Irama
2. Warna ton
3. Ekspresi

Subkonsep:
Corak irama
Dua alat perkusi berbeza
Dinamik kuat dan perlahan
Langkah Huraian BBM
Langkah 1 1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan dan
mengagihkan alat perkusi
2. Guru menyanyikan lagu corak irama sambil membuat isyarat
tangan sebagai hafalan murid.
3. Guru memperkenalkan sebutan irama bagi setiap jenis not
yang dinyanyikan.
Rajah not dan sebutan
irama

Langkah 2 1. Guru menyebut setiap jenis not dan sebutan irama dan
diimitasi oleh murid.
2. Guru menunjukkan cara bermain alat perkusi mengikut irama
setiap jenis not.

Dua jenis alat perkusi
Langkah 3 1. Guru menyusun 4 bar irama mengikut kelompok not yang
sama dalam setiap bar.
2. Guru menyebut irama keempat-empat bar dengan pergerakan
tepukan tangan.
3. Guru menunjukkan contoh bermain alat perkusi mengikut
4 bar dan notasi corak
irama
corak irama tersebut dan diimitasi oleh murid.
Langkah 4

1. Guru mengosongkan not-not daripada bar dan menyusun
kembali kelompok not secara rawak. Guru meminta semua
murid untuk bersama-sama menyebut corak irama. Kemudian
diikuti oleh sebutan irama dan tepukan corak irama.
2. Guru mengosongkan bar dan memanggil 4 orang murid untuk
menukar kedudukan sususan not. Guru meminta setiap murid
melengkapkan satu bar dan menyebut serta menepuk irama di
bar masing-masing. Semua murid imitasi keempat-empat
sebutan irama dan corak irama.
3. Guru meminta murid untuk memainkan alat perkusi sambil
menyebut irama.
4. Guru menambahkan dinamik kuat dan perlahan dalam bar
berkenaan dengan menggunakan ikon atau gambar. Guru
menunjukkan contoh dinamik dengan meletakkan ikon tersebut
di setiap bar. Murid mengimitasi dinamik yang dilakukan oleh
guru.
5. Guru mengubah kedudukan ikon dinamik dan meminta murid
untuk menyebut dan menepuk corak irama diikuti dengan
penggunaan alat perkusi.

4 bar notasi, corak irama
dan perkusi

Das könnte Ihnen auch gefallen