Sie sind auf Seite 1von 1

16

5.0 KESIMPULAN
Kemahiran lisan merupakan satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai
oleh semua murid semasa di sekolah rendah lagi. Dengan penguasaan kemahiran lisan
dengan baik, maka bukan jadi masalah kepada murid-murid untuk menguasai dan
mempelajari kemahiran-kemahiran yang lain. Hal ini disebabkan, kemahiran lisan ini
merupakan kemahiran yang asas bagi kemahiran yang lain dan patut dikuasai oleh
murid-murid sebelum kemahiran selepasnya.
Penyata di atas telah disokong oleh pendapat Kamaruddin Hj. Husin (1999) yang
mengatakan bahasa aktiviti lisan haruslah diberikan keutamaan sebelum mengajar
aktiviti membaca dan menulis.Dengan adanya asas kemahiran lisan yang kukuh dalam
pembelajaran, murid-murid akan lebih bersedia untuk menghadapi pembelajaran yang
seterusnya dengan lebih berkesan.
Dalam tugasan ini telah membincangkan tahap-tahap penguasaan bagi kedua-
dua kemahiran yang terkandung dalam kemahiran lisan, iaitu kemahiran mendengar dan
bertutur. Kedua-dua kemahiran lisan ini telah dibahagikan kepada tiga tahap
penguasaan, iaitu tahap permulaan atau perawalan, tahap pertengahan dan juga tahap
maju. Tahap-tahap dalam setiap kemahiran memainkan peranan yang penting dalam
membantu murid-murid memperoleh latihan yang bersesuaian mengikut tahap
kemahiran tertentu. Jika seseorang murid tidak dapat menguasai kemahiran yang
terdapat pada tahap tertentu, maka dia akan menghadapi masalah pada tahap yang
seterusnya.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga merupakan satu aspek penting
kepada seseorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penulisan
RPH merupakan satu kewajipan bagi semua guru di sekolah. Hal ini kerana, guru
memainkan peranan yang penting semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
segala isi pelajaran patut dirancang dengan sistematik sebelum kelas diadakan supaya
murid-murid dapat memahami isi pelajaran yang akan disampaikan oleh guru.
Secara kesimpulannya, taksonomi Bloom, domain Krathwohl dan RPH
merupakan aspek yang penting dalam industri pendidikan. Oleh itu, guru haruslah
mengaplikasikan tindakan yang sewajarnya supaya dapat meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran serta mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

Das könnte Ihnen auch gefallen