Sie sind auf Seite 1von 5

| MUKADEPAN | KANDUNGAN | BAB 1 | BAB 2 | BAB 3 | BAB 4 | BAB 5 |

4. PERBEZAAN ANTARA SISTEM EJAAN RUMI BARU DAN SISTEM EJAAN RUMI LAMA
Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa
Melayu lama. Di antaranya ialah:
4.1 Grafem
Penggunaan huruf e pepet atau dikenal juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan Rumi
Zaba). Tanda diakritik di atas e pepet () tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh
penggunaannya ialah:
Ejaan Lama Ejaan Sekarang
mak jadi emak
kledek " keledek
mntri " menteri
tmpoh " tempuh

4.2 Penggunaan Huruf Konsonan
Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu:
Huruf Lama Huruf Sekarang Contoh Penggunaan
(i) ch c chacat jadi cacat
chuchi " cuci
(ii) dh d kadhi " kadi
dharab " darab
perbezaan antara sistem ejaan rumi baru dan sistem ejaan rumi lama http://www.yoko-oshin.info/cobra_ayaq/articles/kajian/bab4.htm
1 of 5 8/31/2010 10:06 PM
(iii) dz z dzalim " zalim
dzat " zat
(iv) sh sy sharat " syarat
mashhor " masyhur
(v) th s mithal " misal
ithnin " isnin
Tanda koma di atas () dan (`) yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak
digunakan lagi dalam sistem Rumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan
huruf konsonan Rumi seperti yang berikut:
Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) dihapuskan jika membuka suku kata.
Contohnya:
alam jadi alam
maaf " maaf

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( ) digantikan dengan huruf konsonan k
jika menutup suku kata. Contohnya:
mana jadi makna
tama " tamak
Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( ) dihapuskan jika membuka suku
kata. Contohnya:
masaalah jadi masalah
soal " soal

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( ) digantikan dengan huruf konsonan
k jika membuka suku kata. Contohnya:
dato jadi datuk
ruyah " rukyah
Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialah q, v dan x.
perbezaan antara sistem ejaan rumi baru dan sistem ejaan rumi lama http://www.yoko-oshin.info/cobra_ayaq/articles/kajian/bab4.htm
2 of 5 8/31/2010 10:06 PM
Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau
kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab.
Contohnya:
qariah qunut
Huruf v digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah yang
lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber.
Contohnya:
versi subversif universiti

Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya:
xelophone jadi xelofon
xenomorph " xenomorf

4.3 Pola Ejaan
Perbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan. Dasar
mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya
digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir.
Ejaan Rumi Lama Ejaan Rumi Baru
Pola Ejaan Contoh Pola Ejaan Contoh
(1) a --- e taling aleh a --- i alih
(2) a --- o batok a --- u batuk
(3) e pepet ---e taling lbeh e --- i lebih
(4) e pepet --- o tmpoh e --- u tempuh
(5) i --- e taling pileh i --- i pilih
(6) i --- o tidor i --- u tidur
(7) u --- e taling usek u --- i usik
(8) u --- o untong u --- u untung
Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng
atau r.

4.4 Penulisan Imbuhan
perbezaan antara sistem ejaan rumi baru dan sistem ejaan rumi lama http://www.yoko-oshin.info/cobra_ayaq/articles/kajian/bab4.htm
3 of 5 8/31/2010 10:06 PM
Aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan
rumi sekarang adalah seperti berikut:
tanda sempang pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan
kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang.
Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Sekarang
di-makan dimakan
di-pandang dipandang
di-prkatakan diperkatakan
di-slideki diselidiki
tanda sempang (-) pada awalan sa- dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu
dieja se dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan
sekarang. Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Sekarang
sa-bagaimana sebagaimana
sa-blas sebelas
sa-orang seorang
sa-saorang seseorang
sa-umpama-nya seumpamanya

4.5 Penulisan partikel
Ada empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu lah, -kah, -tah dan pun. Partikel lah, -kah, dan
tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk
dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya:
Ejaan Lama Ejaan Sekarang
ada-lah adalah
tolong-lah tolonglah
apa-kah apakah
kenapa-kah kenapakah
bila-tah bilatah

perbezaan antara sistem ejaan rumi baru dan sistem ejaan rumi lama http://www.yoko-oshin.info/cobra_ayaq/articles/kajian/bab4.htm
4 of 5 8/31/2010 10:06 PM

4.6 Penulisan Kata Ulang
Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan
menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan
sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis
dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan
kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan
dengan tanda sempang:
ber-ulang2 berulang-ulang
di-paksa2kan dipaksa-paksakan
di-marah2i dimarah-marahi
perbezaan antara sistem ejaan rumi baru dan sistem ejaan rumi lama http://www.yoko-oshin.info/cobra_ayaq/articles/kajian/bab4.htm
5 of 5 8/31/2010 10:06 PM

Das könnte Ihnen auch gefallen