Sie sind auf Seite 1von 2

SOALAN PANDUAN UNTUK MENTAKSIR PENCAPAIAN PELAJAR

Adakah saya menggunakan pelbagai aktiviti pentaksiran?



Adakah saya menggunakan pelbagai tujuan pentaksiran, termasuk
kedua-dua tujuan formatif dan sumatif serta untuk mengawal
(kejayaan) pengajaran dan perancangan saya pada masa akan
datang?

Adakah saya pasti bahawa setiap aktiviti pentaksiran yang dibuat
selaras dengan tujuan yang dikehendaki?

Adakah pemeriksaam hasil kerja pelajar dan maklum balik yang
diberikan telah dibuat dengan kadar yang segera, menyeluruh
(lengkap), membina dan bermenfaat, di mana dapat membantu dan
mengekalkan motivasi dan keyakinan pelajar bagi mempertingkatkan
kemajuan mereka pada massa akan datang?

Adakah saya mmbantu pelajar bersedia untuk dinilai dengan
memberitahu secara jelas apa yang diharapkan kepada mereka dan
bagaimanakah kaedah terbaik untuk mencapainya?

Adakah aktiviti pentaksiran yang dibuat dapat membantu pencapaian
pelajar?

Adakah saya membantu mengembangkan kebolehan pelajar untuk
menilai kemajuan mereka melalui penggunaan aktiviti pentaksiran
kendiri?

Adakah rekod kemajuan pelajar saya berasaskan kepada pelbagai
jenis aktiviti pentaksiran dan aspek pencapaian yang berbeza, dan
adakah ianya sesuai dengan tujuan penyimpanan rekod tersebut?

Adakah laporan yang dibuat kepada ibu bapa pelajar, dan kepada
pihak lain adil dan memberi maklumat yang berguna?

Das könnte Ihnen auch gefallen