Sie sind auf Seite 1von 4

Beli Rumah

Aii...sejak dua menjak nie,harga rumah betul-betul buat aku pening kepala. Sonok-sonok jugak,
tapi kena la ada rumah sendiri. Takkan la sampai ke tua asyik dok menyewa jer. Pastu bulan-bulan
dok pam duit kat orang untuk bayar diorangnyer rumah. Daripada bayar kosong, setelah berfikir
masak-masak, tibalah masanya untuk aku mencari dan membeli rumah sendiri. Daripada survey
yang dibuat, agak menyusahkan jugaklah nak beli rumah ni sebabnya banyak pihak yang terlibat
contohnya bank, lawyer, pemaju, if subsale, dengan owner rumah tu sendiri, macam-macamlah.
Disebabkan tak pandai dalam urusan beli rumah nie, aku banyak buat kajian, tanya sana sini,
survey, pegi macam-macam bank, dan lastly, Alhamdulillah...berjaya jugak membeli sebuah
rumah. Apa yang aku akan citer kat sini based on pengalaman aku sendiri dalam proses membeli
rumah. Aku akan citer dari A sampaila ke Z. Bagi yang dah memiliki rumah sendiri, tahniahla
diucapkan...Bagi yang belum, jangan tunggu lama-lama. Nanti harga melambung gile, tak
kesampaian pulak nak memiliki rumah. Kalau ada yang murah pun, maybe dah takde kat area
bandar-bandar cam gini. Nasihat aku, jumpa jer dengan rumah yang ok, harga pun ok, ada baget,
terus beli...

Apa yang aku tau, ada 3 jenis cara untuk membeli rumah. Cara-cara tersebut adalah:
1. Beli dari pemaju.
2. Beli secara subsale (maksudnya beli atas orang la..)
3. Beli dari lelongan bank.

Bagi yang beli terus dari pemaju, kebanyakan semua proses menjadi senang, harga pun murah,
dan kebanyakan kos-kos sampingan ditanggung oleh pemaju. Senang kan? Tetapi kenapa aku tak
beli dengan cara gini? Sebabnya...lepas proses beli selesai, aku nak terus duduk kat rumah tu.
Kalau beli dengan pemaju, kebanyakannya rumah masih lagi dalam pembinaan and maybe dalam
setahun or 2 tahun or maybe jugak 5 tahun lagi baru nak siap. Untuk beli rumah dari lelongan bank
pulak, selalunya harga rumah yang dilelong adalah lebih rendah dari 'bank value'. Best beli cara
gini sebab bila nak jual nanti dapat jual harga tinggi. Tapi yang tak syoknya, nak kena bersaing
dengan orang lain. Balik-balik nanti, harga yang murah jadi tinggi melambung pulak. Lagipun aku
tak banyak info pasal beli rumah bank lelong nie, so sesape nak beli rumah dengan cara gini,
better rujuk dengan yang lebih arif. Disebabkan aku beli rumah dengan cara subsale, maka aku
akan citer pasal ni jela...

Tips beli rumah subsale (pengalaman sendiri yer, bukan orang lain punyer)
Pertama sekali dalam proses beli rumah, kena tau status kewangan diri sendiri. Yang ada
duit berkepuk-kepuk tu, senang citer, bayar cash jela. Bagi yang takde cash macam aku nie, apa
yang aku wat, aku pegi bank. Senang jer, pegi bank dan tanya pasal nak buat loan rumah. Bukan
satu bank yang aku pegi, tapi banyak bank. Sebabnya, setiap bank ada cara and syarat yang
tersendiri dalam proses untuk buat loan bank. Pastu, jangan pegi dengan tangan kosong. Bawak
semua document yang berkaitan dengan pendapatan setiap bulan, macam slip gaji, bisnes ker dan
sebagainya. Ok, bila dah sampai bank, aku pun tanya pasal diri aku sendiri. Tup-tup...aku tak
boleh buat loan sebabnya aku masih lagi seorang pelajar. Walapun aku tunjuk yang aku dapat
scholarship setiap bulan, tetapi disebabkan status adalah pelajar, aku tak dibenarkan untuk buat
loan rumah. So fine! Aku pun tanya pasal wife aku pulak, tunjuk slip gaji and bank statement,
pegawai bank pun cakap, wife aku layak untuk wat loan bank. Tapi jangan sonok sangat yer, baru
tau lepas untuk buat loan, tapi berapa limit or jumlah yang boleh dipohon? Haa...ni la maklumat
yang paling penting and ni jugakla tujuan aku kuar masuk bank sebenarnya...So, untuk buat loan
rumah, mostly bank akan kira dari gaji bersih ok. Mulalah pegawai bank tu soal aku, wife ada
pakai credit card ker, kerja swasta ker gomen, ada comitment lain ker macam kereta ker, or loan-
loan lain, lepas ambik semua maklumat ni dari aku, dia masukkan semua data-data tersebut dalam
system diorang and boommmm...kuar result! Pegawai bank pun cakap, wife encik layak untuk wat
loan sebanyak RM sekian...sekian...so settle satu perkara...
So, lepas dah tau berapa loan yang layak pohon, baru aku start mencari rumah dalam
harga loan tersebut. Bukan apa, kalau cari rumah dulu, nanti takut syok sendiri jer. Yela, bila nak
pegi wat loan, bank cakap tak lepas. Kan dah kecewa...Nak kena cari rumah balik... So, papehal,
setelkan dulu pasal jumlah loan yang layak dipohon tu. Tapi kena ingat juga, bank cuma bagi loan
sampai 90% sahaja dari harga rumah. Lagi 10% kena ada simpanan sendiri. Kat mana aku cari
rumah? Banyak cara untuk cari rumah sebenarnya. Kat mudah.my boleh, iproperty.com.my,
macam-macam lagi la... Macam aku, siap pegi cari manual. Maksud aku, pegi dekat kawasan
rumah yang dah menjadi idaman hati, round-round tengok banner and iklan, amik nombor contact
and kol tanya berapa harga rumah. Pastu, pegi tanya kat management kat kawasan rumah tu, ada
tak rumah untuk dijual, sama jugak, amik no. contact and kol tanya. Set kan hati jangan berkenan
dengan satu rumah jer, try berkenan dengan 2,3 buah lagi. Bukan apa, if harga tinggi sangat,
boleh pilih yang lain. Nak dijadikan citer, aku pun dah berkenan dengan 2,3 buah rumah ni, harga
pun lebih kurang, pastu apa yang aku buat? Aku pun contact dengan Juruukur Nilai tanya berapa
'bank value' untuk rumah tersebut. Bawah nombor contact yang aku guna masa nak beli rumah
ritu. Kol tanya jer, FOC okay...
Jurunilai Bersekutu (Tel: 03-8734 8821)
Kenapa perlu tau pasal 'bank value' ni? Nasihat aku, penting untuk tau pasal 'bank value' or
setengah orang panggil 'market value', sebabnya...tak kisah berapa banyak kita boleh buat loan
dengan bank, tetapi bank cuma benarkan loan untuk sesebuah rumah dibawah 'bank value'. Jika
harga rumah adalah RM200 000, and 'bank value' adalah RM150 000, maka loan bank akan bagi
sampai RM150 000 sahaja. So, yang lebih RM50 000 lagi macam mana? Balance tu, kena bayar
sendiri yer. Jangan lupa, bila bank bagi loan untuk RM150 000, diorang bagi 90% sahaja,
maksudnya loan nanti adalah RM135 000 sahaja. Nampak...dah kurang RM15 000 dari RM150 000
kan...So, duit kena ada kat tangan (modal) masa nak beli rumah nanti lebih kurang = RM50 000 +
RM15 000 = RM65 000. Perrhh...nak cengkau mana duit banyak tu? So, inilah penting nya kena tau
'bank value'. Sila rujuk summary dibawah:


Berderau jugak tengok duit perlu ada ditangan kat atas kan? Tetapi, 'bank value' ada berita
gembira jugak. Sebabnya, bila dimaklumkan yang rumah hendak dibeli tu harga di bawah 'bank
value', berkemungkinan sekupang pun tak perlu dikeluarkan masa nak beli rumah nanti. Sila rujuk
contoh dibawah:


Apa yang dapat dilihat dalam contoh kat atas? Nampak...siap ada lebihan lagi RM 6000.
Maksud contoh di atas, masa nak beli rumah, langsung tak perlu sediakan apa-apa modal,
sebaliknya, lepas buat loan, akan ada lebihan RM6000. Kan berita happy tu, dengan RM6000 tu,
banyak benda boleh di buat...kitchen cabinet ker, beli TV baru ker...suke ati korangla...So, aku
akan terangkan dengan lebih details pasal contoh kat atas. Lepas cari rumah, jumpe sebijik harga
dalam RM150 000. Pastu contact Jurunilai Bersekutu, diorang cakap 'bank value' above RM200 000.
So, kita ambik kira RM 200 000 sudahlah. Bila ikut bank value, loan dibenarkan hanyalah 90% iaitu
sebanyak RM180 000. Biasalah...bila beli rumah subsale, kenala bagi deposit kat tuan rumah dalam
10% dalam RM15000, standard beb! Lepas tu, kira kos sampingan lebih kurang 5% = RM9000, total
kena bayar adalah RM 174 000. Tetapi, loan yang diluluskan adalah RM180 000, jadi semua jumlah
RM174 000 ditanggung oleh loan tersebut. Bila loan dah disburse nanti, dapatlah lebihan RM6000.
Konsep ni dipanggil markup loan la...win-win situation gitu.
Ok...lepas dah tau pasal 'bank value' untuk rumah yang diidam-idamkan, apa lagi...terus
kol owner rumah tersebut untuk pegi tengok rumah dan bincang apa yang patut. If nak markup
loan, tanya dia setuju ke tidak. If owner rumah tu setuju, buat hitam putih, jangan main mulut
jer, jadi pape nanti, diri sendiri jugak susah. Macam aku, Alhamdulillah...sebabnya, harga rumah
aku below bank value. Even rumah below 'bank value', aku just pakai konsep biasa. Maksud aku,
aku tak buat markup loan, aku bayar jugak 10% tu. Sebab apa aku buat macam tue? Sebabnya
nanti refinance dapat lagi banyak, hehe...Apa itu refinance? Takpe, nanti aku akan cuba sedaya
upaya untuk buat post pasal mende alah ni pulak. Ok...lepas dah bersetuju untuk beli rumah tu,
aku pun sign agreement dengan owner tersebut.
Bab ni pun penting jugak. Now aku dalam proses nak buat loan, so bank apa yang paling
senang and offer interest rate yang best. Kat sini jangan malu-malu, photostat banyak-banyak
semua document yang diperlukan, pastu hantar dekat semua bank yang rasa ok. Macam aku,
hantar dekat Bank Islam, RHB, CIMB, BSN, and AFFIN. Dalam semua bank yang aku hantar tu, BSN
yang the best. So aku pilihla BSN. Lagi satu aku tekankan, even bank ada cakap 'Pembiayaan
sehingga 100% or 95%', loan untuk rumah yang diorang akan bagi TETAP 90% okay! Lagi 10% or 5%
tu adalah kos sampingan yang berkaitan dengan bank dan diserapkan masuk ke dalam loan,
contohnya MRTA dan sebagainya. Dalam lebih kurang 2 minggu macam tu, bank akan keluarkan
Offer Letter yang permohonan telah berjaya, yeeaaa...So, nak buat apa pulak lepas ni?
Lepas dah dapat Offer Letter dari bank, kenala pegi cari Lawyer untuk uruskan pasal S & P
(Sale & Purchase). Before cari lawyer, tanya dulu owner, samada dia nak pakai lawyer yang sama
or dia nak cari sendiri. If guna lawyer yang sama, cepat sikit proses. Sebabnya, document kita and
owner dipegang oleh lawyer yang sama. If lawyer berbeza, panjangla sikit proses. Contoh, Si A
pakai Lawyer A, and Si B pakai Lawyer B. Document Si A akan di pass ke Lawyer A, pastu dari
Lawyer A ke Lawyer B and pastu baru sampai ke Si B. Kes ni terjadi kat aku di mana, mula-mula
setuju untuk guna lawyer yang sama. Pastu, tup-tup owner cakap lawyer yang aku guna lambat
and dia nak pakai lawyer dia sendiri. Aku tak kisah jer, yang penting semua beres. Pastu tengok-
tengok, lawyer yang owner aku pakai yang lambat. Apa lagi, hari-hari aku kol tanya
status,hahaha...baru padan muka! So, berapa yang nak kena bayar untuk kos guaman ni? Untuk kos
guaman lebih kurang 0.1% dari loan bank, Stamp duty pulak 1% untuk RM100k, RM101k - RM500k
adalah 2%. So, bagi yang tak buat markup loan, cincai kira better sedia dalam 5%. Bagi yang
markup loan, lega la hangpa...
Lepas kedua-dua belah pihak dah sign S & P semua, lawyer akan uruskan untuk semua
proses selepas tu. Apa yang perlu buat selepas ni? Tak perlu buat apa-apa, just selalu update
status dengan lawyer. Nanti lawyer akan inform bila disbursement and dapat kunci. Lepas dapat
kunci, jangan lupa bersyukur ke hadrat Illahi. Alhamdulliah...berjaya jugak memiliki sebuah
rumah....
Lagi satu nak tambah sikit, sebelum ini ada diumumkan untuk Skim Rumah Pertamaku.
Kenapa aku tak pakai skim ni? Sebabnya...sama sahaja dengan beli cara biasa. So toksah susah-
susah nak tanya bank. Apa yang sama? Ok...untuk Skim Rumah Pertamaku, betul loan rumah yang
akan dapat adalah 100%. Aku dah tanya kat bank dah okay! Contohnya, if harga rumah adalah RM
150 000, bank akan bagi loan 100% iaitu RM 150 000. Tetapi, kos-kos lain macam kos guaman,
MRTA, kos-kos nie di tanggung sendiri. So tolak pi tolak mai...sama sahaja dengan beli cara
biasa...
Nak duit tambahan? Kalau akaun 2 KWSP korang duit banyak, boleh dikeluarkan untuk
mengganti balik duit yang digunakan semasa beli rumah ritu. Yang ni aku tak buat lagi, tapi
Insyallah dalam masa terdekat kot. Ada kol KWSP ritu, tak lama pun, amik masa dalam 7 hari
bekerja. Lepas itu, duit akan di bank-in kan ke akaun simpanan sendiri...Takpe, nanti aku dah
buat, aku akan update macam mana nak claim dari KWSP ni...
Alhamdulillah...dapat jugak aku menyiapkan post pasal beli rumah ni. Sekadar nak
berkongsi...mungkin ada tersalah or tersasul kot pasal info ni, tapi ni la pengalaman aku sendiri
dalam proses nak beli rumah secara subsale. So, bagi yang takda rumah and takda duit nak beli
rumah, ada cara untuk memiliki rumah jugak menggunakan kaedah markup loan. Tak perlu
risau...Bagi yang ada duit, tunggu apa lagi...

Roger and out!

Das könnte Ihnen auch gefallen