Sie sind auf Seite 1von 5

SUMBANGAN AL-FARABI

1
DALAM POLITIK: KAJIAN R AHL AL-
MADNAT AL-FILAH.
Pendahuluan

Al-Farabi ialah salah seorang tokoh ahli fikir Islam yang terkenal terutamanya
dalam bidang falsafah pada abad pertengahan. Beliau merupakan penyambung
tradisi berfikir al-Kindi (W. 252 H, 873 M). Al-Farabi telah bergiat secara aktif dalam
bidang falsafah sepanjang hayatnya. Tambahan dari itu katya beliau mampu
menandingi penulisan Aristotle dan Plato. Melalui keupayannya ini beliau
memberikan dan membentuk satu gagasan idea berkenan dengan politik secara
terperinci di dalam dua buah karyanya iaitu: Ara Madinah al-Fadhilah dan SIyasah al-
Madinah.
Dalam membahasan ideanya di dalam buku tersebut beliau cuba mengahdapkan
atau menelaah tentang flasafah politik barat (Yunani) dengan politik Islam
bersesuaian dengan agama wahyu. Perkara ini di dasari dan diperhatiakn oleh
beliau kerana sejak kedatangan awal Islam tidak memberikan ketentuan yang tetap
terhadap bagaimana bentuk dan konsep Negara dan masyarakat yang dikehendaki
oleh agama ini. Dalam melahirkan gagasan ideanya terhadap ilmu siyasah ini, beliau
mencurahkan segala bentuk pendekatan dan galiannya terhadap ilmu Greek dan
Islam kemudian disepadukan. Maka hasilnya, beliau banyak menulis buku dan
kajiannya terhadap siyasah antaranya: Kitab Ara Ahl Madinah Fadhilah, Kitab Al-
Siyasah al-Madaniyyah, Kitab Al-Aflatuniyyah Wa Takunu al-SIasah al-Malukiyyah wa al-
Akhlaq, Kitab Ijtimaat al-Madaniyyah
2
.
Masyarakat Dan Soial

1
Abu Nasr Muhammad Bin Muhammad bin Tarkhan bin Awzalagh al-Farabi. Beliau lahir di Wasij sebuah desa
kecil di Farab pada tahun 258 H/870 M. Al-Farabi lahir dan berkembang dalam suasana keluarga yang kuat
berpegang kepada agama. Beliau mulai mempelajari hadis, tafsir, fiqh sejak kecil lagi. Beliau juga menjalani
kehidupan di dunia dengan cara yang tersendiri iaitu dengan mengamalkan zuhud dan cenderung pada
pengasingan (uzlah). Tambahan dari itu juga, beliau tidak tertarik untuk tinggal di rumah yang besar dan
menggunakan sepenuh waktunya untuk kerja ilmiah. Beliau turut gemar dan mengusai bahasa asing seperti
bahasa Parsi, Turki dan Kurdi. Beliau digelar sebagai al-Muallim al-Thani. Gelaran ini tidak hanya kerana
beliau menguasai idea dan pemikiran Aristotle, tetapi beliau mampu mengulas dan memberi komentari terhadap
logik Aristotle. Beliau banyak menulis kitab dalam pelbagai bidang, tidak ketinggaln dalam bidang politi seperti
r Ahl Al-Madnat Al-Filah, Siayasah al-Madinah, al-Fahs al-Madani dan sebagainya. Dan beliau
meninggal pada 339 H/950 M.
2
Idris Zakaria. 1991. Teori Politik AL-Farabi Dan Masyarakat Melayu. P. 30. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Manusia semula jadinya memerlukan banyak benda bagi mencapai perkara yang
terbaik. Oleh itu mereka perlu tolong-menolong dan bekerjasama dan setiap orang
melakukan yang terbaik bagi memperoleh tujuan dan kehendaknya. Justeru itu,
penyatuan setiap usaha dan amalan setiap individu dalam sesebuah masyrakat
merupakan dasar dan matlamat sesebuah masyarakat yang baik. Menekuni idea ini
kita dapat mengambil iktibar sebagaimana yang telah di firmankan oleh Allah di
dalam al-Quran:

Maksudnya: Tolong menolonglah dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah sesekali
tolong-menolong dalam perkara dosa.
Surah al-Maidah: 2
Lebih daripada itu, pengumpulan dan penyatuan manusia tidak hanya terbatas
pada sempadan rumah atau tempat tinggal. Ini seharusnya meluas sehingga ke
seluruh pelosok kawasan, kempung, bandar, dan kota. Setiap individu yang
berkhidamat untuk kesejateraan individu dan masyarakat di dalam sesebuah
Negara. Masyarakat yang tinggal di dalam sesebuah Negara dipanggil satu ummah
dan perkara ini tidak boleh dibezakan berdasarkan sifat semula jadi peribadinya
seperti tabiat, bahasa dan bangsanya
3
. Al-Farabi menjelaskan bahawa, keperluan
manusia secara semula jadinya adalah memerlukan kepada kelompok atau
masyarakat. Al-Farabi menerangkan:
.
.


4
.
"Setiap manusia menurut fitrahnya berkehendakkan kepada masyarakatnya untuk mencapai
kesempurnaan yang terbaik. Ia tidak mungkin dapat meneyelesaikan semua perkara dengan
dirinya sendiri. Ia berhajat kepada masyarakatnya, yang mana tiap-tiap seorang dari mereka
itu boleh menyelesaikan apa-apa yang dihajati. Tiap-tiap seseorang beginilah keadaanya iaitu
memerlukan sikap tolong-menolong, jika tidak mereka tidak akan mencapai ksempurnaan. Ini

3
M.M.Shariff. 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. P. 708. Selangor. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4
Al-Farabi. Abu Nasr Muhammad Bin Muhammad bin Tarkhan. T.T. Tahsil al-Saadah. P. 14.
Hyderabad.
terjadi dengan adanya perhimpunan masyarakat yang saling bantu-membantu dan dengan
itu akan terhimpunlah hasil daripada mereka, iaitu apa yang mereka hajati untuk mencapai
kesempurnaan . Dari perkumpulan itu bertambahlah manusia, berhasil pula memakmurkan
bumi yang akhirnya terbentuklah sebuah masyarakat yang besar.
Persoalan tentang hubungan sosial dan keterikatan di antara masyarakat bukanlah
satu pendekatan yang baru lahir, namun ia sudah menajdi satu tradisi semula jadi
bagi semua ummat tanpa mengira agama, geo-politik dan budaya. Sepertimana
yang dinukilkan oleh Plato di dalam bukunya Republic:
At the start, a city or state in my opinion comes into being because no one of us is enough in
himself. Every men is dependent on other man
5
.
Pemimpin Dan Rakyat
Dalam pembentukkan utama Negara Ideal ini, kepemimpinan menjadi perhatian
utama al-Farabi. Dalam hal ini beliau merumuskan beberapa hal yang harus dimiliki
oleh pemimpin Negara apabila menghendaki terlahirnya kesejahteraan dalam
Negara utama. Beliau menyatakan bahawa pemimpin Negara haruslah memiliki
ilmu-ilmu teori dan dapat merealisasikan dalam kepemimpinannya sehingga
masyarakat itu berjaya dibangunkan.
Apabila ditinjau masalah ketua Negara bagi Negara al-Farabi ini, di dapai beliau
mmepunyai kaitan rapat dengan objektif ini sebenarnya telah disentuh terdahulu
iaitu persoalan kebahagian (al-Saadah). Kebahagiaan adalah harapan tertinggi bagi
al-Farabi yang diperjuangkan melalui gagasan Negara terbaik. Merujuk kepada isu
ini, beliau telah menekankan bahawa secara fitrahnya manusia mempunyai pelbagai
kebolehan, minat, kepandaian dan lai lagi. Justeru manusia perlu memahami
hakikat kebahagian tersebut maka untuk memahaminya dengan sebaiknya. Dengan
itu beliau menekankan konsep pendidikan kepada rakyat. Fungsi pendidikan itu
akan membantu rakyat daripada semua lapisan mengenali matlamat hidup mereka
sendiri
6
.
Oleh itu al-Farabi telah memperkenalkan konsep ketua Negara itu secara mutlak
sebagai seorang manusia yang istimewa yang disifatkan oleh beliau tidak
berkehendak kepada bantuan orang lain untuk memmimpinnya. Sebaliknya ia
sendiri memiliki segala keperluan dan ilmu pengetahuan. Ia sendiri bertindak

5
Plato. 1996. Republic. Vol. 2. P. 372. United Kingdom. Cambridge University Press.
6
Idris Zakaria. 1991. Teori Politik AL-Farabi Dan Masyarakat Melayu. P. 78. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
memimpin manusia dan memimpin kearah kesempurnaan. Ia adalah al-Rais al-
Awwal bagi Negara Ummah. Beliau menuangkannya di dalam Kitab Ara Ahl
Madinah Fadhilah:
, , .

7
.
Dalam melahirkan pembentukkan gagasan ketua ini, al-Farabi telah mengaris
bawahi beberapa ciri seseorang pemimpin: Sempurna anggota badannya, memiliki
kecerdasan memahami segala hal, memiliki hafalan yang kuat, cerdas, baik penyampaiannya,
cinta kepada ilmu pengetahuan, terpelihara dari hal yang tidak baik, jujur, memiliki jiwa
besar, terhormat (tidak mudah tergoda), adil dan cinta keadilan, berani
8
.
Sesungguhnya gagasan yang dibentuk oleh al-Farabi merupakan satu modul yang
lengkap dalam pembentuk halatuju sesebuah Negara bermula dari pembentukkan
rakyat, pemimpin dan struktur sesebuah Negara.
Kesimpulan
Pembentukkan sesebuah Negara yang baik memerlukan satu model yang saling
lengkap melengkapi. Kedudukan masyarakat dan pemimpin diibaratkan seperti
ikatan kekeluargaan yang saling memerlukan di antara satu sama lain.
Pembentukkan masyarakat adalah bermula dengan kelahiran dan kesedaran
individu, keluarga dan seterusnya kemasyarakat yang umum.
Pembentukkan pemimpin dan aplikasi kepemimpinan merupakan satu
tanggungjawab kepada semua kelompok dalam memainkan peranan yang sangat
penting, bukan hanya untuk memilih tetapi yang lebih jauh daripada perkara ini
adalah melaksanakan dasar kepemimpinan.
Pendidikan, ekonomi, ketenteraan adalah aspek yang sangat penting dalam
pembentukkan kekuatan sesebuah Negara. Tidak hanya bergantung kepada
kesepaduan tetapi sokongan tiga elemen ini adalah nadi pembangunan sesebuah
Negara. Oleh itu dasar pebentukkan Negara oleh al-Farabi seharusnya diteliti dan
dikembangkan menyesuaikan dalam realiti semasa.
BIBILIOGRAFI

7
Al-Farabi. Abu Nasr Muhammad Bin Muhammad bin Tarkhan. T.t. Ara Madinah al-Fadhilah. P.127.
University Of Toronto.
8
Ibid.
Al-Frb, Ab Nar Muammad. 1974. r ahl al-Madnat al-Filah. Canada. University
Of Toronto.
Anwar Ibrahim. 1997. Gelombang Kebangkitan Asia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Idris Zakaria. 1991. Teori Politik al-Farabi dan Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
M.M.Shariff. 1994. Sejarah Islam Dari Segi Falsafah. P. 708. Selangor. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Sukron Kamil. 2013. Pemikiran Politik Islam Tematik. Indonesia. Kencana Preneda Media
Group.

Das könnte Ihnen auch gefallen