You are on page 1of 4

Anjakan isu #7

30 Oktober 2013




ISU #7, 30 OKTOBER 2013
Dalam isu ini:
1. Sekapur sirih: YBhg. Dato Wan Khazanah binti Ismail
2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia:
Akses kepada Pendidikan
3. Memanfaatkan Frog VLE bagi meningkatkan pembelajaran


Sekapur Sirih: YBhg. Dato Wan Khazanah binti Ismail


Assalamualaikum
Warahmatullahiwabarakatuh dan
Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih
kepada para pembaca Buletin Anjakan bagi
keluaran kali ini. Buletin Anjakan yang diterbitkan
setiap bulan merupakan wadah khusus untuk
menyebarkan maklumat terkini mengenai
pelaksanaan PPPM.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah
dirangka sebegitu komprehensif dengan hasrat menyediakan
pendidikan bertaraf dunia. Kementerian telah meletakkan segala usaha
dalam landasan yang betul dengan meningkatkan perkara asas ke arah
pendidikan berkualiti seperti meningkatkan kualiti guru dan pemimpin
sekolah, menyemak semula kurikulum dan tidak kurang pentingnya
ialah sokongan terhadap pengajaran dan pembelajaran seperti
menyediakan infrastruktur asas dan jaring internet berkelajuan tinggi.
Kementerian berharap agar perancangan yang telah dirangka dapat
dilaksanakan sebaik mungkin bermula daripada peringkat
Kementerian, JPN, PPD dan seterusnya para pendidik di sekolah. Harus
juga disedari bahawa peranan agensi kerajaan, pihak swasta dan ibu
bapa juga penting dalam pembangunan pendidikan. Oleh itu, inovasi
dalam pelaksanaan adalah dituntut untuk mengembelingkan segala
usaha ke arah pencapaian PPPM.
Sesungguhnya kita mahu melihat pelaburan besar dalam pendidikan
seharusnya memberi pulangan bermakna dengan keberhasilan yang
membawa kemajuan kepada negara.
Sekian, terima kasih.
DATO WAN KHAZANAH BINTI ISMAIL
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Kementerian Pendidikan Malaysia
JERAYAWARA PPPM
Jerayawara PPPM merupakan
program yang bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman warga
pendidik, pegawai JPN/PPD dan
PIBG tentang PPPM. Program ini
yang diilhamkan oleh Menteri
Pendidikan II telah dilaksanakan oleh
PADU dengan kerjasama JPN negeri.
Sehingga kini Jerayawara PPPM telah
diadakan di empat lokasi.
5 Okt 2013 Politeknik Port Dickson
7 Okt 2013 Dewan Seri Negeri, Alor
Setar
11 Okt 2013- Hotel Riverfront, Ipoh
17 Okt 2013- Pusat Islam Iskandar,
Johor Bharu



Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia
Anjakan isu #7
30 Oktober 2013

Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia: Akses kepada pendidikan
Inisiatif Minggu Ini : LINUS




Setiap kanak-kanak warganegara
Malaysia berhak mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi
membolehkan mereka mencapai potensi
masing-masing Satu indikator dalam
menentukan sistem pendidikan
berkualiti ialah sejauhmana warganegara
mendapat akses kepada pendidikan yang
berkualiti. Usaha-usaha ke arah akses
dalam pendidikan telah lama diberikan
pertimbangan iaitu sejurus negara
mencapai kemerdekaan.

Satu cabaran dalam pelaksanaan
LINUS ialah kemahiran pedagogi dan
kurikulum guru di dalam
penyampaian pengajaran dan
pembelajaran bagi murid yang
berlainan aras. Bagi memantapkan
cabaran ini, pelbagai intenvensi telah
dilaksanakan untuk memantapkan
kualiti guru. Seramai 15,400 guru
dalam perkhidmatan telah
didedahkan kaedah modul LINUS
dengan kurikulum sedia ada.

Di samping itu, 1100 guru pemulihan
telah melalui kursus dan Public
Private Partnership untuk murid yang
mempunyai masalah pembelajaran





Belanjawan 2014
memperkukuh pelaksanaan
PPPM

Belanjawan negara bagi tahun
2014 terus memberi keutamaan
kepada bidang pendidikan. 21%
perbelanjaan telah dikhaskan
kepada bidang pendidikan.
Peruntukan khusus bagi
memastikan pelaksanaan PPPM
termasuklah:

RM530 juta bagi program
prasekolah dan menambah
93 prasekolah di Sekolah
Rendah Kebangsaan.
RM209 juta untuk
memantapkan kemahiran
guru dalam BM dan BI
RM168 juta untuk
memperluas akses internet di
sekolah
RM831 juta untuk membina
33 buah sekolah baharu
Penyata Razak 1956 misalnya telah mengesyorkan penubuhan satu
sistem pendidikan yang mempunyai ciri-ciri nasional dan menjamin
peluang pendidikan tanpa mengira kaum. Penyediaan peluang
pendidikan yang pada peringkat awalnya lebih tertumpu di kawasan
bandar telah diperluas ke kawasan luar bandar. Lebih banyak sekolah
dibina di kawasan luar bandar untuk memberi akses kepada murid
luar bandar, terutama dalam kalangan mereka yang kurang mampu.

Usaha kerajaan ini telah membawa kepada enrolmen murid hampir
sejagat. Dalam tempoh 1950-2010, peratusan warga Malaysia
berumur 15 tahun dan ke atas yang mendapat pendidikan menengah
dan tertiari menunjukkan peningkatkan yang ketara (Jadual 1). Di
bawah PPPM Kementerian Pendidikan terus berusaha untuk
memberi pendidikan melalui beberapa inisiatif. Antaranya ialah
Kempen mengalakkan enrolmen murid prasekolah
Pendidikan wajib sehingga menengah atas menjelang 2020
Memperluas laluan pendidikan, dan
Menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran
maya melalui 1BestariNet.


Rajah 1:


Berita Semasa
Anjakan isu #7
30 Oktober 2013

Memanfaatkan Frog VLE bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran

Bermula pada tahun 2012, pelaksanaan 1BestariNet telah melihat lebih
daripada 80% dirangkaikan dengan internet berkelajuan tinggi. Bagi
menyokong rangkaian 1BestariNet di semua sekolah, persekitaran
pembelajaran maya Frog VLE juga turut diperkenalkan.
Frog VLE yang dibangunkan di United Kingdom 13 tahun dahulu
merupakan platform pembelajaran maya yang telah memenangi
anugerah dan mudah digunakan. Frog VLE memfokuskan kepada
usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus
untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran.
Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan antrabangsa
seperti Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy untuk
meningkatkan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. Frog VLE
juga turut bekerjasama rapat dengan penyedia kandungan
pembelajaran tempatan bagi membekalkan kandungan pembelajaran
bertaraf dunia tetapi releven dengan konteks pembelajaran tempatan.



Gellary Walk Pelan Pembanguan
Pendidikan Malaysia di Paris
Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) akan menyertai pameran
pendidikan sempena Persidangan
UNESCO kali ke-37 di Paris, Perancis
pada 5 November ini. Pameran PPPM
merupakan satu medan untuk
Malaysia menyerlahkan keupayaan
dan kepakaran Kementerian
Pendidikan terhadap sumbangan
yang boleh dilakukan kepada negara
anggota UNESCO.
Selain itu, melalui pameran ini juga
memberi peluang Kementerian untuk
berkongsi pengalaman dan amalan
terbaik dalam kalangan negara-
negara anggota



Secara peribadi PPPM amat bagus
kerana strateginya dan aspirasi murid
mencukupi untuk murid abad ke 21.
Pihak PPD Tawau telah
mendedahkan maklumat PPPM
kepada semua guru besar/pengetua.
Saya lihat guru-guru responsif,
menerima dan berpandangan positif
terhadap PPPM.
Apa yang perlu bagi memastikan
PPPM ini berjaya ialah latihan kepada
pemimpin sekolah kerana dari aspek
pengurusan terdapat 10 bidang yang
perlu dikuasai untuk menguruskan
sekolah.
Apa kata mereka tentang PPPM?

AB Malek
Abdul Rahim
SISC Tawau
Anjakan isu #7
30 Oktober 2013


Muat turun PPPM dengan melayari http://www.moe.gov.my/

Cetakan ini diterbitkan oleh Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU).
PADU bertanggungjawab dalam merancang, menyelaras, memantau, dan menyelesaikan masalah dalam
pelaksanaan PPPM.PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latarbelakang kukuh dalam
pengurusan projek dan penyampaian hasil.Pelantikan ini sesuai bagi memastikan PPPM dilaksanakan dengan
berkesan dan bwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwerjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Sila hubungi PADU jika ada sebarang komen atau maklumbalas mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini.
Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my
Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605