Sie sind auf Seite 1von 2

Ibu bapa pada masa kini meletakkan sepenuh tanggungjawab mendidik anak-

anak di bahu guru namun dalam masa yang sama mereka gemar menjatuhkan
hukuman terhadap guru sekiranya berlaku kepincangan dalam pendidikan anak-anak
tanpa sebarang usul periksa. Sistem pendidikan negara yang sentiasa beralih arah pula
menyebabkan kurangnya daya juang para guru dalam arena pendidikan moden dek
kerana kesempitan ruang terhadap setiap dasar yang dilaksanakan. Masalah murid
seperti melanggar peraturan, bertindak biadap, tidak menyerahkan kerja sekolah dan
sebagainya menyebabkan tekanan dalam kalangan guru. Ini tidak termasuk lagi dengan
persekitaran sekolah yang tidak kondusif dan menyebabkan suasana tempat kerja yang
peuh ketegangan. Guru juga sentiasa dibebani dengan pelbagai tugas yang
memerlukan perhatian sama rata seperti tugas utamanya. Ini akhirnya akan
menyebabkan proses proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan tidak
berkualiti dan turut menjadi punca kepada kemerosotan pencapaian akademik murid.
Gangguan emosi guru juga boleh menjejaskan rapo antara guru dengan murid dan
emosi guru akan terganggu. Lama-kelamaan masalah ini akan memberi kesan buruk
kepada tahap kesihatan guru dan memakan diri guru itu sendiri sekiranya tidak diatasi
dengan segera.

Das könnte Ihnen auch gefallen