Sie sind auf Seite 1von 7

Teori Pembelajaran Sosial

APAKAH TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL?




Pengenalan

Pada tahun 1941, dua orang ahli psikologi, iaitu Neil Miller dan John Dollard dalam
laporan hasil eksperimennya mengatakan bahawa peniruan (imitation) merupakan
hasil proses pembelajaran yang ditiru daripada orang lain. Proses belajar tersebut
oleh Miller dan Dollard dinamakan "Social Learning" ataupun "Pembelajaran Sosial".
Tingkahlaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa
telah memperoleh imiginasi ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh
hukuman ketika kita tidak menirunya.

Dua puluh tahun berikutnya, Albert Bandura dan Richard Walters (1959, 1963), telah
melaksanakan eksperimen lain yang juga berkenaan dengan peniruan. Hasil
eksperimen mereka mendapati, peniruan boleh berlaku hanya melalui pengamatan
terhadap perilaku model (orang yang ditiru) meskipun tanpa sebarang peneguhan.
Proses belajar semacam ini disebut "Observational Learning" atau pembelajaran
melalui pengamatan. Bandura (1971), kemudian menyarankan agar teori
pembelajaran sosial diperbaiki memandangkan teori pembelajaran sosial yang
sebelumnya hanya mementingkan perilaku tanpa memberi pertimbangan terhadap
proses mental seseorang.

Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura telah memberi
penekanan tentang bagaimana perilaku kita dipengaruhi oleh persekitaran melalui
peneguhan (reinforcement) dan observational learning, cara memandang dan cara
berfikir yang kita miliki terhadap sesuatu maklumat dan juga sebaliknya, iaitu
bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan
peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain
(observational opportunity).


MAKLUMAT LAIN

Teori Permodelan : Bandura (1925)
Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak-kanak tadika berumur 3
hingga 6 tahun untuk menjalankan kajian mereka pada tahun 1963, dan berjaya
membuktikan bahawa kanak-kanak keseluruhanya meniru model yang ditonton
dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku
sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil
pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain.




Di dalam eksperimen yang pertama, mereka menggunakan dua kumpulan berikut:

A (KUMPULAN KAJIAN) Kanak-kanak tersebut memerhati
sekumpulan orang dewasa yang sedang
menumbuk, menendang sebuah patung
besar yang dinamakan Patung Bobo.

B (KUMPULAN KAWALAN) Kanak-kanak tersebut memerhati
sekumpulan orang dewasa bemesra dengan
patung Bobo tersebut.



JADUAL 1 : Eksperimen pertama


Keduadua kumpulan kanak-kanak tersebut kemudian dibawa ke tempat permainan
yang serupa dengan situasi dengan eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak
kumpulan A bukan sahaja memukul, menumbuk, menendang dan menjerit pada
patung tersebut, bahkan juga menunjukkan tingkah laku yang lebih agresif daripada
tingkah laku orang dewasa yang telah diperhatikan melalui video tersebut.

Sedangkan kanak-kanak kumpulan B tidak menunjukan sebarang tingkah laku
agresif seperti yang terdapat dalam kumpulan A.

Kesimpulannya, didapati bahawa daripada eksperimen yang pertama ini
menunjukkan tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau
pemodelan.

Di dalam eksperimen yang kedua, Bandura dan Walters membahagikan kanak-
kanak dalam tiga kumpulan, iaitu dua kumpulan (A dan B) sebagai kumpulan kajian
dan satu kumpulan C sebagai kumpulan kawalan.
.







A (KUMPULAN KAJIAN) Kanak-kanak memerhati sekumpulan orang
dewasa menumbuk patung besar, kemudian
mendapat hadiah
B (KUMPULAN KAJIAN) Kanak-kanak memerhati sekumpulan orang
dewasa menumbuk patung besar, kemudian
mendapat denda.
C (KUMPULAN KAWALAN) Kanak-kanak disuruh memerhati sekumpulan
orang dewasa bermesra dengan patung besar.

JADUAL 2 : Eksperimen 2


Selepas pemerhatian, ketiga-tiga kumpulan dibawa ke tempat permainan yang
serupa dengan situasi eksperimen tersebut. Didapati kanak-kanak Kumpulan A
menunjukkan tingkah laku agresif yang berlipat ganda berbanding dengan orang
dewasa yang diperhatikan oleh mereka. Sedangkan, kanak-kanak dari Kumpulan B
dan Kumpulan C tidak menujukan sebarang tingkah laku agresif mereka.

Kesimpulannya, didapati daripada eksperimen yang kedua ini jelas menunjukkan
tingkah laku peniruan atau pemodelan adalah hasil peneguhan.

Bedasarkan rumusan ini, Bandura mengemukakan Teori Pemerhatian untuk
menjelaskan pelbagai tingkah laku sosial yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teori
pemerhatian Bandura juga dikenali sebagai teori peniruan atau Teori Permodelan.



Rajah 1:Proses pembelajaran melalui pemodelan

Eksperimen yang dilakukan oleh Bandura adalah pembentukan sesebuah tingkah
laku boleh berlaku melalui beberapa cara, iaitu:

1. Meniru secara langsung
Iaitu kanak-kanak melihat model sendiri atau secara tidak langsung iaitu dengan
menonton filem, video, mendengar huraian atau melihat gambar foto. contohnya,
kanak-kanak meniru ibu bapa atau guru dari segi pakaian, pertuturan, gaya berjalan
dan sebagainya.

2. Peniruan melalui sekatlakuan dan tak sekatlakuan
Sekatlakuan merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai di dalam situasi A tetapi
tidak sesuai dalam situasi B. Contohnya, murid yang boleh bersorak-sorak di kantin
ketika memanggil rakan tidak melakukannya di dalam bilik darjah. Ini dipelajari oleh
murid-murid disebabkan adanya peraturan-peraturan bilik darjah yang boleh
menyebabkan hukuman jika amalan itu berlaku. Murid-murid juga meniru melalui tak
sekatlakuan. Ini bermakna murid-murid akan terus meniru amalan di dalam sesuatu
situasi. Contohnya, kalau dia telah mempelajari bahawa tindakan sorak-menyorak
tidak sesuai di dalam kelas tetapi kali ini dengan guru yang baru, amalan itu tidak
dihukum, murid-murid berkenaan akan bermula menjeritkan jawapan. inilah
merupakan peniruan melalui tak sekat lakuan.

3. Peniruan melalui elisitasi
Dalam proses elisitasi, seseorang individu akan turut melakukan apa sahaja yang
dilakukan oleh orang lain sekiranya dia telah pun mengetahui bagaimana melakukan
sesuatu tindakan yang dilakukan oleh orang itu. Contohnya, apabila melihat
seseorang murid membaca buku cerita di dalam kelas, Hassan pun mengeluarkan
buku cerita lalu membacanya. Keinginan untuk membaca itu timbul selepas melihat
murid lain membaca. Sekiranya tidak ada murid yang membaca, kemungkinan
keinginan Hassan untuk membaca tidak timbul. Pendek kata, satu-satu gerak balas
seseorang individu hanya timbul setelah memerhati gerak balas orang lain.




Rajah 2:Jenis-jenis model dalam peniruan


JENIS-JENIS MODEL DALAM PENIRUAN/PERMODELAN

1. MODEL YANG LEBIH TUA
Peniruan ini berlaku kerana kuasa kebebasan, kekayaan, kehormatan

2. MODEL YANG BERSTATUS TINGGI
Faktor kuasa dan kekayaan daripada model yang berstatus tinggi mendorongkan
individu dalam kelas sosial rendah meniru.
3. MODEL YANG MEMPUNYAI KECERDASAN TINGGI
Orang yang kurang pintar dan kurang pandai biasanya menyanjung dan memuja
orang yang pintar dan pandai. Oleh itu, secara tidak langsung mereka meniru
tingkah laku model tersebut.
4. MODEL YANG TERKENAL DALAM BIDANG SESUATU KEPAKARAN
Kerana kepakaran model dalam bidang tertentu seperti pakar pendidikan, artis,
sasterawan, ahli psikologi, doktor, profesor dan sebagainya. Mereka kurang mahir di
dalam bidang tersebut berkecenderungan meniru tingkah laku model.







Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran

Berdasarkan Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura,
pemerhati akan meniru setiap tingkahlaku 'model' sekiranya tingkahlaku model
tersebut mempunyai ciri-ciri seperti bakat, kecerdasan, kuasa, kecantikan atau pun
populariti yang diminati oleh pemerhati.

Sudah tentu, sebagai seorang guru, kita sewajarnya turut mempunyai sedikit
sebanyak mengenai ciri-ciri yang disebutkan di atas. Ia secara tidak langsung amat
berkait rapat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara implikasi yang berkait rapat dengan Teori Pembelajaran Sosial
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pertama ialah sebagai seorang guru,
amat penting bagi kita memberi setiap orang murid peluang untuk memerhati dan
mencontohi pelbagai jenis model yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini.

Oleh yang demikian, kita hendaklah memastikan bahawa kita sendiri boleh
menunjukkan tingkahlaku yang boleh diteladani serta memaklumkan kepada anak
murid berkenaan kesan sesuatu tingkahlaku yang tidak bermoral, melanggar norma-
norma masyarakat dan undang-undang, bersifat eksploitasi dan manipulasi dan
sebagainya.

Kedua, kita sebagai guru perlu memastikan dan berusaha menyediakan
persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Perkara seperti
memberi insentif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi kepada murid-
murid secara berterusan bagi menggalakkan berlakunya tingkahlaku yang baik
dalam kalangan murid-murid pada masa kini.
Selain itu, persembahan pengajaran seseorang guru seharusnya tersusun dan
dapat menarik minat dan perhatian murid-murid serta seharusnya dapat dijadikan
model untuk diikuti oleh mereka.

Tambahan lagi, guru mestilah sentiasa bersedia dengan kemahiran
komunikasi agar setiap kali sesi demonstrasi pembelajaran di dalam kelas
jelas,dapat difahami dan dapat diikuti oleh murid dengan mudah dan tepat.
Contohnya, jika guru mengajar cara-cara untuk menghasilkan lukisan, guru mestilah
menerangkan dahulu langkah-langkahnya agar ia dapat diikuti oleh murid secara
mudah.
Di samping itu, guru juga boleh membawa bahan bantu mengajar atau contoh-
contoh yang berkenaan dengan apa yang dipelajari di dalam kelas agar murid dapat
melihat secara terus dan seterusnya lebih memahami dengan apa yang diajar oleh
gurunya.



Guru juga boleh menjemput seorang murid agar menjadi contoh kepada murid
lain berdasarkan kerjanya yang bagus atau pun untuk membuat demonstrasi
mengenai hasil kerja yang dihasilkannya yang terbaik itu.

Guru juga perlu menyemai nilai-nilai murni dan sentiasa menggunakan
psikologi serta simulasi semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ianya dilihat
dapat membentuk murid ke arah yang lebih proaktif dan produktif. Contohnya, guru
boleh membuat aktiviti seperti kuiz, teka-teki, bercerita dan bertanyakan pelbagai
soalan yang mencabar minda kepada murid agar kemahiran kognitif mereka dapat
berkembang secara berterusan. Melalui aktiviti ini juga, murid dapat berimaginasi
dan seterusnya dapat memikirkan idea-idea baharu dan bernas sesuai dengan
tahap mereka.



Analisis Teori Pembelajaran Sosial menggunakan Teknik SWOT

Das könnte Ihnen auch gefallen