Sie sind auf Seite 1von 1

1 MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN

Ruj. Kami : PPDHS/PPA/A41993/02/05/06 ( )


Tarikh : 12 Februari 2011
19 Rabiul Awal 1433H
Pengetua,
Sekolah-sekolah, Daerah Hulu Selangor.
(u.p-Ketua Panitia Pendidikan Islam)

Tuan,

PROGRAM NADWAH KEPEMIMPINAN PELAJAR ISLAM (NKPI) DAN KEM JATI DIRI (KENDIRI )
PERINGKAT NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Unit Operasi Dakwah Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor
merancang untuk mengadakan program Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam ( NKPI) dan Kem Jati Diri
(KENDIRI) bagi pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (termasuk Kelas KAA) tahun
2012. Tarikh pelaksanaan dan tempat akan dimaklumkan kemudian.

3. Sehubungan itu, Unit Pendidikan Islam ini, mohon kerjasama pihak tuan untuk mengisi borang online
di alamat http://panitiapihs.blogspot.com/2012/02/program-nadwah-kepemimpinan-dan-kem.html
prihal cadangan senarai peserta sebelum atau pada 14hb Februari 2012.

4. MAKLUMAT PENCALONAN PENYERTAAN
1. Kriteria dan bilangan pelajar yang akan menyertai program seperti berikut;
1.1 Nadwah Kepemimpinan Pelajar Islam (NKPI)
Pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan dan keperibadian yang tinggi/baik , berpotensi dan
cemerlang sahsiah dan akademik.
- Bilangan calon peserta 2 orang setiap sekolah ( seorang lelaki dan seorang perempuan )
- Perserta yang terpilih di peringkat negeri akan menyertai Nadwah peringkat Kebangsaan

1.2 Kem Jati Diri (KENDIRI )
Pelajar yang mempunyai sahsiah diri yang rendah, bermasaalah disiplin dan tingkahlaku
Bilangan peserta 2 orang setiap sekolah ( seorang lelaki dan seorang perempuan )

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Samsudin Ahmad, Penyelia Pendidikan Islam melalui
talian 03-6064 1881.

6. Kerjasama pihak tuan amat dihargai serta diucapkan ribuan terima kasih

Sekian.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

Saya yang menurut perintah



(JAMALUDDIN BIN ABDUL KADIR)
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Hulu Selangor

Sk. 1. Fail timbul

Das könnte Ihnen auch gefallen