Sie sind auf Seite 1von 36

Biografi Tokoh Usahawan

Tuan Saiful Nang


Jutawan Fotografi
Kau ada Facebook?
Apa Nama Facebook
Kau? - Kartunis Ubi
- Rezeki jangan ditolak, musuh
jangan dicari
Kekayaan Abadi
5
5
Laman Lelongan Foto
Khas Untuk Fotogra
Sl ot Temuramah Pr of Ni aga
3 Tip Bisnes Tuan Saiful Nang
A
ssalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh buat para
pembaca Komik Niaga.
Pertama-tama, kami ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran
kepada Allah S.W.T, kerana atas limpah kurniaNya, kami memperoleh
kekuatan untuk berjuang bagi menghasilkan karya-karya yang
dapat membantu para pembaca dari pelbagai umur, untuk menjadi
seorang usahawan dan memacu ekonomi keluarga, negara dan agama.
Dalam edisi keenam lagi, kami berusaha untuk membawa perubahan
dalam penyampaian ilmu bisnes dan keusahawanan. Justeru itu kami
membuat keputusan untuk memaparkan biograf seorang usahawan
yang memulakan bisnes fotograf.
Dari Orang Biasa Menjadi Luar Biasa
Apabila disebut nama Saiful Nang, bukan sahaja rakyat
tempatan mengenalinya, malah masyarakat di luar negara juga turut
mengagumi beliau. Jenama CandidSyndrome sudah melekat di
hati para pasangan raja sehari. Tanpa sentuhan CandidSyndrome,
gambar-gambar perkahwinan seakan-akan hilang perisanya.
Begitulah yang dapat kami gambarkan kekuatan jenama yang
dikendalikan oleh Tuan Saiful Nang, seorang jurugambar yang
dahulunya berasal dari golongan orang yang biasa-biasa. Kini
beliau berubah menjadi seorang yang luar biasa, dengan memiliki
karisma dan minat untuk menjadi seorang usahawan yang hebat.
Tatapi Kisah Beliau, Jadikan Ia Nota Inspirasi
Menjadi seorang usahawan sebenarnya tidak memerlukan
modal wang. Itu adalah kata-kata Tuan Saiful Nang ketika kami
menemubual beliau untuk e-majalah Komik Niaga edisi keenam ini.
Setiap perkongsian beliau mengenai perjalanannya menempuh suka
duka untuk menjadi seorang usahawan berjaya begitu menarik.
Justeru itu, kami berbesar hati untuk menggalakkan para pembaca
Komik Niaga untuk menjadikan kisah perjalanan beliau dalam bentuk
ilustrasi ini, sebagai nota inspirasi untuk meneruskan perjuangan
sebagai nseorang usahawan.
Buat para pembaca yang ingin memulakan bisnes dalam industri
fotograf, ilustrasi komik Tuan Saiful Nang ini boleh dijadikan tatapan
bersahaja, untuk mengetahui jalan sebenar sebelum mencapai
kejayaan yang kita inginkan.
Jangan Lupa Kongsikan Kisah Beliau Bersama Rakan Kita
Pihak Komik Niaga berasa terharu apabila setiap perjuangan kami ini
dihargai oleh para pembaca seperti tuan dan puan. Sekiranya Komik
Niaga edisi keenam ini memberikan 1001 manfaat kepada
kalian, maka kami berbesar hati ingin menjemput tuan dan puan untuk
menghebahkan berita baik ini kepada rakan-rakan kita yang lain.
Mereka akan berterima kasih kepada kita kerana menunjukkan ilmu
yang dapat mengubah kehidupan mereka, untuk menjadi lebih baik dan
cemerlang. Sekian sahaja daripada kami. Hanya Tuhan sahaja yang
dapat membalas jasa penyokong kuat Komik Niaga ini.
Nantikan edisi Komik Niaga yang seterusnya. Lebih gempak, lebih
santai, lebih berinformasi.
Salam jutawan!
Hasbul Aqill dan Aqif Azizan
Pengasas Bersama
Komik Niaga
www.KomikNiaga.com
Penerbit
Inovattic Solutions (Part Of Flarebiz Network)
Pihak Pengurusan Komik Niaga
Matbiz
Hasbul Ariff
Kartunis Ubi
Abang Is
Hasbul Aqill
Aqif Azizan
Krew Komik Niaga
Nik Ujang
Kia Kartunis
Baloot
Nurul Luvleey
Zamzami
Edy
Irfan Foner
Boleh tuan Saiful Nang kongsikan 3 tip perniagaan yang boleh
kongsikan kepada pembaca setia Komik Niaga?
Disini, saya senaraikan 3 tip perniagaan utama dan inilah
perkara yang saya titikberatkan selama mengendalikan kerjaya ini. Saya
terangkan mengikut pandangan dan perspektif saya sendiri
Prof Niaga
Saiful Nang
Punca bisnes kita gagal dan terus gagal adalah akibat kita tidak
menjiwai sepenuhnya terhadap bisnes tersebut. Asas kejayaan bisnes adalah
terletak pada peranan minat kita. Ramai yang menjalankan sesuatu
perniagaan akibat terlalu inginkan keuntungan wang ringgit daripada
perniagaan tersebut. Tanpa melihat keupayaan dan minat dalam diri.
Hampir keseluruhan individu seperti ini akhirnya akan gagal sekerat jalan.
Bayangkan berapa jumlah modal permulaan & masa yang dibuang akibat
tersalah pilih perniagaan. Adakah kita menjalankan bisnes tersebut atas
dasar minat, ataupun semata-mata memikirkan pulangan wang dan
keuntungan wang sahaja? Fikirkan sejenak.
Setinggi manapun kejayaan kita capai, usah
dilupakan asal usul kita dahulu.Usah ulangi kisah si
tanggang anak derhaka, dan pastikan kita berbakti
kepada ibu bapa kita.. Saya melihat kembali situasi
saya ketika memulakan perniagaan ketika dahulu.
Saya percaya disebalik usaha & yakin pada diri
untuk berjaya dalam perniagaan, restu ibu bapa
saya juga memainkan peranan. Tanpa restu
mereka, belum tentu saya menikmati kejayaan
seperti sekarang.
Bahkan ketika menikmati kejayaan, mereka juga
berhak menumpang sama disebabkan tanpa
mereka, kita tidak akan lahir di dunia.
Salah satu faktor seorang usahawan itu
mudah kehilangan punca pendapatan
utama adalah akibat kegagalan dalam
menetapkan fokus.
Keinginan untuk menjalankan perniagaan lain
membuatkan model bisnes utama ditinggalkan dan
dibiarkan sehingga tiada arah. Sekurang-kurangn-
ya, bisnes sedia ada sudah berjalan maju, barulah
boleh memikirkan model bisnes lain sebagai sumber
sampingan.
Malahan, ramai usahawan berjaya disebabkan
mereka menetapkan fokus kepada perniagaan uta-
ma mereka. Bahkan, mereka bijak mempelbagaikan
sumber pendapatan daripada perniagaan utama
mereka. Tanpa perlu memikirkan peluang
perniagaan yang lain.
1
2
3
I
nilah antara soalan wajib masakini yang biasa kedengaran daripada mulut sahabat atau kenalan, samada yang
sudah lama dikenali maupun yang baru.
Siapa sahaja yang tak kenal atau tiada akaun Facebook akan dianggap kolot. Sebagai sebuah negara yang
membangun, rakyat Malaysia bolehlah berbangga kerana telah diiktiraf sebagai antara pengguna Facebook yang
tertinggi membuang masa di dunia. Melalui data yang dikumpulkan, pada tahun 2010 sahaja dianggarkan terdapat 7.5
juta pemilik akaun Facebook di Malaysia.
Sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang kononnya sentiasa mengikut trend dan tidak mahu dituduh kolot, saya
juga turut terjebak dengan fenomena membuang masa mengumpat, mengorat dan bermain game di Facebook ini.
Walaupun adakalanya dikaitkan dengan pelbagai gejala negatif, saya berpendapat Facebook juga ada kebaikannya,
terutama untuk mengeratkan silaturahim sesama insan dan mempromosikan perniagaan.
Sejak mula menjebakkan diri sejak 2008, saya telah memenuhi kuota 5000 rakan yang ditetapkan di dalam akaun
Facebook dan tidak boleh menambah rakan baru lagi. Walaubagaimanapun, dari masa ke semasa, akan ada rakan-
rakan Facebook yang berani menceraikan saya atau menutup akaun Facebook mereka.
Pemergian mereka ini memberi slot kosong untuk diisi oleh pemohon-pemohon baru yang telah lama menunggu
untuk menjadi rakan Facebook saya. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 2,564 rakan baru yang menunggu untuk diterima
atau direject oleh saya.
Dengan kuota yang ditetapkan, mustahil untuk saya menerima kesemuanya menjadi rakan. Saya perlu bersikap
memilih dan jual mahal sedikit.
Walaupun tanpa kuota, belum tentu juga saya mahu berkawan dengan semua orang. Sebagai manusia, masing-masing
mempunyai sebab dan kriteria tersendiri untuk memilih siapa untuk menjadi kawan.
Untuk permulaan saya akan kongsikan kepada anda kriteria atau sebab apakah yang boleh membuatkan saya (atau
sesiapa jua) terpotong stim untuk tidak memilih lalu menolak seseorang daripada menjadi rakan. Saya pun berharap
panduan ini boleh juga digunakan untuk kita bersama-sama menggunakan laman sosial dengan cara yang betul serta
lebih berhemah.
Walaupun tanpa kuota, belum tentu juga saya mahu berkawan dengan semua orang. Sebagai manusia,
masing-masing mempunyai sebab dan kriteria tersendiri untuk memilih siapa untuk menjadi kawan.
Persoalannya, bagaimana saya memilih
siapa untuk menjadi rakan saya di Facebook?
1. Manusia Halimunan
2. Aku kaya! Tengok gambar duit aku ni!
3. Saya benci Spammer!
4. Ni Facebok ke atau Playboy?
Alamak beb kalau takde gambar macamana gua nak
kenal camana rupa lu kan?! Ke lu ni manusia halimunan
yang macam dalam cerita wayang tu? Sori ye kalau
gambar pun lu dah kemut, bagaimana pulak gua nak
harap lu buat benda yang kawan-kawan patut buat pada
kawan yang lain!
Aikk?! Baru sehari berkawan terus aje wall dicemari
dengan iklan dan pelbagai gambar produk! Ini belum
lagi dikira dengan inbox. Kalau sekali dua bolehlah
dimaafkan. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya
mendapat surat cinta daripada awak yang sarat dengan
mesej meminta saya mengeluarkan wang daripada poket.
Tak cukup dengan itu, adakalanya iklan yang dihantar
penuh dengan kata-kata berlagak, kasar dan sarkastik
yang menyatakan betapa bodoh dan ruginya saya kalau
tak membeli produk awak!
Tak salah nak berniaga di Facebook. Tapi cubalah
lakukan dengan adab dan integriti. Biar saya berkenalan
dan berkawan dulu dengan awak. Bukankah kita lebih
senang dan selesa untuk berurusniaga dengan orang
yang kita kenal dan percaya?
Maaf ye Cik Saya terpaksa tak approve atau meremove Cik daripada
senarai kawan Facebook saya ini. Kenapalah Cik letak semua gambar
yang seksi-seksi, tersembul-sembul, membuak-buak bagai nak terkeluar
segalanya sambil beraksi tercungging-cungging dan terbalik-balik tu di
Facebok? Tak pasal-pasal dapat dosa kering kerana terbayang yang bukan-
bukan.
Kalau terdesak sangat nak berlaki, ini bukan caranya. Jantan-jantan kabaret di
Ya, saya tahu Encik ini kaya-raya dan berharta. Saya
nampak gambar duit Encik berkepok-kepok, bersusun-
susun penuh satu meja sampai adakalanya melimpah-
limpah sampai ke lantai. Saya percaya Encik berjaya dalam
bisnes MLM, internet dan sebagainya serta berharap saya
juga sudi turut sama dalam perniagaan tersebut lalu menjadi
kaya-raya seperti Encik.
Tapi tidakkah Encik fkirkan keselamatan Encik dan
keluarga? Mungkin ada penyangak yang ternampak lalu
terliur dengan segala wang dan harta benda yang Encik miliki. Saya juga lebih risau kalau penyangak tersebut juga
menyangka saya juga semasyuk Encik semata-mata kerana kita berkawan!
Maafah ye, saya lagi heran dengan nyawa saya daripada harta benda Encik tu!
luar sana tak berminat nak beristerikan perempuan yang nampak murah seperti Cik ini hanya akan dijadikan permainan
untuk mengisi masa lapang mereka sahaja.
Dari mata turun ke hati. Kalau hati sudah rosak, binasalah kesemuanya. Sungguhpun saya bukannya baik sangat, tapi
saya taklah sekabaret yang disangka
artis-artis Korea ni semuanya pandai tulis post dan komen dalam bahasa melayu
Takkanlah ada orang menyamar jadi diorang kot? Tak mungkinlah
Nota: Sila gunakan gambar sendiri untuk profail atau album anda. Kalau malu pun, letaklah walau sekeping dua aje agar
rakan tak terkeliru. Seandainya masih mahu mempertahankan gambar berupa artis, bunga, selipar atau kereta mewakili
diri, sila add mereka yang benar-benar mengenali anda sahaja.
Jadilah diri anda sendiri. Sebagai kawan, saya menerima anda seadanya, walau apa jua rupa anda. Jika nak privacy
sangat, tak payahlah join sosial network!
pengundi, tak mustahil kalau benda bodoh macam ni boleh berlaku!
Nasihat saya, kalau nak promosi perniagaan/kelab/produk sila daftarkannya sebagai Facebook Page. Percuma dan tiada
bayaran dikenakan. Percayalah, tiada manusia di dunia ini akan ingat dan mengaku mempunyai kawan yang bernama
Perniagaan Batu Nisan Mizi Mujin Sdn Bhd!
Saya tak kenal awak. Awak pun mungkin tak kenal saya. Awak
berminat nak jadikan saya kawan dalam Facebook. Saya
terima pelawaan awak. Sesudah beberapa bulan saya tak nampak
langsung kelibat awak di Facebook. Awak tak pernah berinteraksi
langsung dengan saya. Saya juga tak nampak apa-apa jua aktiviti
awak samada di wall awak sendiri maupun bersama rakan-rakan
Facebook awak yang lain.
Adakah awak sudah meninggal dunia? Mustahil rasanya kerana
Ini lagi satu masalah. Tak sangka pulak dalam dunia
ni ada jugak orang yang dinamakan sempena nama
syarikat. Adakah ini salah ibu bapanya yang tersalah
memberi nama?
Atau mungkin juga salah Jabatan Pendaftaran Ne-
gara yang tersalah taip namanya ketika pendaf-
taran surat beranak? Mungkin jugak Kalau dalam
daftar SPR pun boleh ada nama Kampung Baru sebagai
Fuhhh! Sungguh gua tak percaya ramai artis
macam Lisa Surihani, Scha Al-Yahya, Aishwarya
Rai, Angelina Jolie dan artis-artis Korea sibuk
berebut-rebut nak add gua jadi friend dia. Lu tak
percaya? Cuba lu tengok gambar profle ngan
album diorang ni Betul tak gua cakap?
Tapi gua pelik jugak Apasal gambar diorang
ni macam banyak je gua jumpa kat internet?
Lagi satu, apasal nama diorang ni lain? Pastu
5. Cayalah Tak sangka artis pun nak kawan dengan gua!
6. Kenapa mak ayah namakan awak macam nama syarikat?
7. Kau diam membisu seribu bahasa
setahu saya penyahaktifan akan dilakukan Facebook sekiranya akaun tidak dibuka dalam tempoh 3 bulan. Atau adakah
awak sedang menyertai Pertandingan Siapa Ada Rakan Facebook Terbanyak, yang mana saya ini sekadar untuk
menunjukkan kepada dunia bahawa awak ini popular dan ada beribu-ribu kawan?
Maafah ye saya hanya berminat untuk berkawan dengan mereka yang hidup dan boleh berinteraksi sahaja. Kalau anti
sosial, lebih baik join ANTI SOSIAL NETWORK!
Ini satu lagi spesis yang tak digemari ramai. Dalam
post atau komennya sentiasa sahaja mengutuk atau
mengondem orang lain. Orang lain semuanya salah dan
dia saja yang best. Janganlah ada yang berani yang
mencabar. Samada youre with me or youre against me!
Kalau dalam perbincangan mengenai sesuatu isu di
Facebook, dia takkan mengaku salah walaupun sejuta orang memberikan fakta yang kuat untuk mematahkan hujahnya.
Sudahlah hujahnya longgar, perbincangan yang sepatutnya dikira habis itu akan dilanjutkan lagi di wallnya pulak. Dia
akan terus mengungkit-ngungkit lagi mengenai isu tersebut sebanyak dan selama yang mungkin. Mengapi-apikan rakan-
rakan lain supaya menyokongnya. Maka jangan hairanlah kalau ayat kutukan dan carutan sesedap rasa sentiasa menjadi
perencah untuk menegakkan benang basahnya.
Pada saya tak guna berkawan dengan mereka yang sebegini negatif. Takkan dapat faedah apa pun daripadanya. Kalau
jumpa orang begini, ucapkan saja Selamat Jalan Romeo kepadanya.n
Sesungguhnya mencari kebenaran itu lebih baik daripada mencari kemenangan
Noktah. Finish. Period. Muktamad. Game over.
Media sosial adalah bagaimana kita berinteraksi antara satu sama lain.
Sewaktu mula-mula menggunakan Facebook dahulu, saya menerima kesemua friend request yang diterima. Andai
jika boleh dikembalikan masa, pastinya saya akan lebih memilih. Kini saya sudah belajar bahawa kualiti pastinya akan
mengatasi kuantiti.
Anggaplah Facebook sebagai platform yang baik untuk kita menjalin persahabatan dan membina silaturahim. Kalau
disalah guna, buruklah hasilnya. Yang penting keikhlasan kita. Gunakanlah ia dengan sebaik mungkin dan kita akan
mendapat manfaatnya.
Lebih utama adalah bagaimana kita memberi nilai yang terbaik untuk rakan-rakan dan sahabat kita, dunia dan akhirat.
Sahabat yang baik itu lebih baik dari bersendirian dan bersendirian itu
lebih baik dari sahabat yang buruk
8. Saya pandai. Awak bodoh!
Dalam edisi sebelum ini, Dr. Minda berkongsi tentang 3 cara untuk mendapatkan
suntikan motivasi dalam masa kurang 24 jam. Namun berbeza dengan perkongsian kali
ini. Dr. Minda akan fokus kepada bahagian yang menakutkan orang ramai, iaitu
perbuatan yang boleh membunuh motivasi kita.
Tidak Mempunyai Rancangan Hidup
Banyak Bercakap, Tidak Bertindak
Tidak Memberikan Ganjaran Pada Diri Sendiri
Pepatah Melayu menyatakan, Jika kita gagal merancang, maka kita
merancang untuk gagal. Pepatah ini mempunyai mesej yang jelas untuk diberitahu
kepada kita semua. Bayangkan kita tidak mempunyai rancangan dalam
kehidupan, bagaimana hendak kita menikmati hidup ini sepenuhnya?
Oleh itu, wujudkan pelan kehidupan setiap hari. Kawal hidup kita mulai hari
ini. Sebaik-baiknya sebelum tidur, tulis apa yang kita mahu lakukan esok hari.
Semakin banyak kita bercakap, semakin menurun momentum kita untuk bertindak. Justeru itu,
elakkan diri daripada terlalu banyak bercakap. Mula bertindak hari ini dan belajar daripada kesilapan
yang dilakukan.
Semoga dengan mengenal pasti perbuatan ini, kita akan dapat elakkan diri daripada terjerumus daripada
gelombang negatif, yang dapat menjatuhkan motivasi dalam diri secara drastik.
Adakah kita pernah rasa ingin mengaku kalah, selepas berusaha setiap hari untuk
mencapai sesuatu? Situasi ini biasanya terjadi apabila kita tidak memberikan hadiah
kepada diri sendiri.
Setiap kali kita berjaya untuk mencapai matlamat kecil, luangkan sedikit masa
untuk berikan diri sendiri ganjaran. Contohnya, kita boleh lakukan solat sunat (bagi
yang beragama Islam) selepas selesai menyempurnakan sesuatu tindakan.
Adobe Photoshop merupakan satu perisian yang boleh anda gunakan untuk
edit gambar, hasilkan efek pada gambar dan lain-lain lagi yang berkaitan
dengan gambar. Terdapat banyak tutorial yang anda boleh belajar sendiri di
Internet ini.
Anda tidak perlu masuk mana-mana kelas untuk belajar Photoshop. Anda
juga boleh jimatkan wang ringgit dan masa anda dengan hanya
mempelajarinya secara online sahaja.
Good Tutorials
http://www.good-tutorials.com/tutorials/photoshop
Laman web ini anda boleh belajar berkaitan dengan animasi
Photoshop, efek gambar, asas Photoshop, sentuhan semula pada
gambar, button pada laman web dan efek pada text. Semua tutorial ini
di tulis oleh pengguna laman web Good Tutorials.
TutorialKit
http://www.tutorialkit.com/
Samada anda masih baru dalam penggunaan Adobe Photoshop atau
pun telah mahir, disini merupakan laman web yang sesuai dengan
anda. TutorialKit mengajar anda dari tahap kosong sehingga anda
mahir. Koleksi tutorial didalam laman web ini merupakan yang terbaik
dan berkualiti tinggi.
Photoshop Essentials
http://www.photoshopessentials.com/
Jika anda merupakan Photographer, grafk designer atau designer
laman web, laman web ini sesuai untuk anda. Kebanyakan tutorial
dalam laman web ini ringkas dan mudah untuk dibuat.
Tutorialized
http://www.tutorialized.com/tutorials/Photoshop/1
Disini anda boleh mempelajari tips untuk
menghasilkan efek pada gambar, cara menggunakan
Adobe Photoshop dengan lebih efektif. Semua
tutorial ini di tulis oleh pengguna laman web.
Adobe Tutorialz
http://www.adobetutorialz.com/categories/Adobe-Photoshop
Topik dalam laman web ini sesuai untuk anda yang
ingin design button, melukis, edit gambar, special
efek, efek pada text dan juga untuk design laman
web.
A
ku bukan taknak jadi kaya tapi
bagi aku kekayaan ni suatu
beban...sederhana bukan ke elok kata
Romzi.
Eleh...beban konon. Kalau orang bagi kau projek
juta-juta takkan kau taknak kot? Ramli seolah tak
percaya. Tersengih lebar dia mendengar kata-kata
kawannya yang dikenali sejak dibangku sekolah
rendah lagi.
Kalau boleh taknaklah. Kalau dah Allah tentukan
begitu, takde jalan nak elak baru le tak tolak. Romzi
jujur berkata apa yang dirasakannya benar.
Pelik aku dengar ayat kau ni. Rasanya dalam sejuta
orang, kau seorang je yang ada pendirian macam ni.
Yang lain semua pegang kata-kata rezeki jangan di-
tolak, musuh jangan dicari. heran juga Ramli me-
mikirkannya.
Biarlah. Tu orang lain. Bukan saja-saja cari kelain-
an tapi sememangnya Islam tu datangnya asing dan
akan kembali asing. Tu kata Nabi Sallallahualaihi-
wasallam. Nak selamat hidup kat dunia ni kena jadi
makhluk asing. Romzi memetik sabda Nabi saw se-
bagai hujjah. Bukan dia mereka-reka.
Memang macam makhluk asing aku tengok kau
lah. Ada pulak mengelak dari rezeki. Ramli masih
ada sikit tak percaya, bukan pada kata-kata Nabi
saw tapi pada pendirian Romzi.
Bukan mengelak tapi kau tau ke kat depan kau tu
rezeki kau? Kot tu orang lain punya kau sambar.
Bukan ke kalau dah tertulis rezeki kau tak akan ke
mana, walau macam mana kau lari tetap akan sam-
pai pada kau, sama macam ajal. Romzi cuba terang-
kan dari sudut lain pula.
Err..iye jugak ek. Semua dah Allah tetapkan. Kena-
pa perlu tamak. Ramli tersengih. Ada betulnya
kata Romzi. Rukun iman keenam: percaya kepada
qadadan qadar.
Actually, ramai orang salah faham istilah rezeki.
Kalau sebut rezeki, apa yang terlintas kat kepala otak
kau? tanya Romzi.
Duit! pantas Ramli menjawab.
Tu le masalahnya. Rezeki bukan duit walau duit tu
rezeki. Romzi dah agak dah.
Maksud kau, kalau aku dapat duit, itu belum tentu
rezeki aku, gitu? Ramli masih keliru.
Gitu le! Cuba kau tengok duit yang kau dapat, gaji
la senang cakap. Semua tu kamu punya ke? Maksud
aku totally? usul Romzi lagi.
Dalam slip gaji memang nama aku...tapi...bila dah
kat tangan, banyak pulak tempat salurannya. jawab
Ramli jujur.
Tat mean, dalam gaji kau tu ada rezeki bini kau,
rezeki anak-anak kau, rezeki mak ayah kau, rezeki
mamak roti canai yang kau bayar makan pagi kau
hari-hari dan banyak lagi. Andai katalah belanjawan
kau sebulan cukup-cukup dengan gaji yang kau da-
pat, mana duit yang kau kata rezeki kau tu? Romzi
beri contoh panjang lebar.
Takde. Ramli jawab ringkas. Terangkat keningnya
kehairanan. Takkan takde rezeki?
So nampak tak. Duit bukan rezeki walaupun rezeki
boleh jadi dalam bentuk duit. terang Romzi perbe-
zaan rezeki dan duit. Sama yang tak serupa.
Eh iyetakye jugak. Habis tu yang orang dok kata
rezeki jangan ditolak tu apa makna sebenarnya ye?
Ramli menggaru kepalanya yang tak gatal. Refeks
biasa orang keliru.
Apa sahaja pemberian Allah yang datang pada kau,
terimalah dengan seadanya. Jangan kita sombong
rasa diri dah cukup. Jawab Romzi selamba. Sinis dan
dalam pengertiannya.
Contoh? pinta Ramli.
Let say, kau singgah solat jemaah kat masjid, lepas
solat ada pengajian agama, kau pulak takde appoint-
ment whatsoever, duduk aje lah dalam majlis ilmu tu.
Bukan ke ilmu tu satu rezeki. senang sahaja misalan
yang diberikan Romzi.
Kalau ada makan-makan lepas tu memang aku tak
tolak. Hahaha...lawak je tu. seloroh Ramli.
Kau ni ingat nak melahap aje ye. First of all, peluang
solat berjemaah kat masjid tu dah satu rezeki yang tak
terkira besarnya dalam sudut pahala. Secondly, maj-
lis ilmu tu adalah digambarkan oleh Nabi saw sebagai
taman-taman syurga dimana para malaikat berdu-
yun-duyun datang menghadirinya, kau pun tahu kan.
Last sekali kalau ada makan-makan lepas tu memang
tak disangkal lagi memang rezeki kaulah malam tu.
So, mana rezeki nikmat Allah yang kamu nak let go?
Bab makan aku tau kau takkan tolak punya... hahaha.
Romzi tertawa dengan kerenah kawannya yang nam-
pak rezeki hanya apa yang masuk dalam kocek dan
tembolok sahaja.
Okey...faham dah...kalau yang second part tu, musuh
jangan dicari, apa kata kau? Ramli minta pandangan.
Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari...kau per-
nah tengok manusia bermusuh sebab nak kejar akhi-
rat? tanya Romzi pada Ramli.
Kejar dunia ramai bermusuh, kejar akhirat nak ber-
musuh sebab apa? Nak cari kawan pun susah. mudah
jawab Ramli.
Tau takpe. Ramainya orang berebut nakkan dunia
yang sementara ni sampai sanggup berbunuh-bunu-
han. Sahabat Nabi saw berebut nakkan akhirat sam-
pai sanggup diri terbunuh, nakkan mati syahid. Tak
ke terbalik dunia kita dengan apa yang diimpikan
para sahabat. Mereka kejar akhirat yang kekal. Janji
Allah yang pasti. Kita kejar apa? Dunia yang se-
mentara...tu pun belum pasti...akhirat apatah lagi...
angan-angan aje sampai mati. terang Romzi. Itulah
hakikatnya perbezaan para sahabat Nabi saw dan
sahabat-sahabat kita hari ini.
Yelah. Kita semua bercita-cita nak jadi kaya, nak
kejar kemewah dunia, semua orang kita anggap
musuh sebab semuanya nakkan benda yang sama.
Kalau boleh sampai apa yang orang ada pun kita
nak jadikan kita punya. Kita ketepikan agama, pri-
ority kita pada dunia. Tak ramai kejar akhirat walau
percaya kita satu masa nanti pasti akan ke sana.
tambah Ramli menyokong hujjah Romzi. Setuju
sangat.
Sebab tu aku suka jadi makhluk asing. Aku kalau
boleh taknak hanyut dalam arus perdana. Sebab
majoriti manusia hari ini jahil bab agama, jahiliah
alaf baru, kembali menyembah benda-benda selain
Allah. Bezanya berhala zaman moden ambil ben-
tuk duit, nama, title, kemahsyuran, glamer, kereta
mewah, aset, wanita, premis, dan macam-macam
lagi. Majoriti manusia menghabiskan sebahagian
besar masa, usia dan usaha mereka untuk menjadi
hamba kepada berhala-berhala yang mereka kasihi
sepenuh hati. Mereka hidup untuk dunia dan mati
dalam keadaan mengejar dunia. Nauzubillahimin-
zalik. Romzi memperincikan satu persatu kekayaan
dunia yang menjadi pujaan hati umat manusia dulu,
kini dan selamanya.
Tapi kalau kita cakap macam ni banyak la suara
sengau kononnya kita ni jumud, kolot, tak ber-
fkiran terbuka, melihat dari sudut sempit...habis tu
cemana nak kata? Ramli takut ditohmah oleh ma-
joriti manusia yang menyembah dunia.
Tak perlu kata apa-apa...senyum...waiceh macam
lagu iklan TV pulak bunyinya. Hidayah tu milik
mutlak Allah subhanahuwataala. Kita buat semam-
pu kita. Siapa yang dapat hidayah dari Allah akan
terima dengan lapang dada. Siapa yang Allah pal-
ingkan dari hidayahNya tu yang banyak bunyi. Bi-
arkanlah mereka. Itu semua ketentuan Allah. Kita
tak mampu mengubahnya. Romzi akur dengan apa
yang Allah telah terangkan banyak kali dalam Al-
Quranul Karim. Jelas dan terang. Tiada keraguan.
Betul jugak tu. Nabi saw yang hebat tu pun ramai
orang memusuhi dia. Padahal dia bawa kebenaran.
Ramli juga akui kebenarannya.
Adakalanya manusia tak mahukan kebenaran bila
dibutakan dengan kebendaan. Romzi berfalsafah.
Memang tak salah nak mencari kebendaan macam
kata mereka tapi salahnya bila kebendaan yang di-
cari mengenepikan kebenaran. Ramli pun sama.
Persamaan pendapat bahawa kebendaan sering me-
nolak kebenaran andai kebenaran akan menjejaskan
kebendaan. Bila kebendaan lawan kebenaran, ramai
yang pilih kebendaan.
Sebab tu kekayaan tu suatu beban. Setiap yang kita
dapat adalah tanggungjawab yang perlu kita laksana-
kan dan salurkan pada yang berhak. Itu amanah dari
Tuhan. Kita pula nampak semuanya sebagai rezeki
yang memang tak akan kita tolak. Apa yang ada dalam
genggaman kita semuanya hak kita. Anugerah Allah
kepada kita. Mulalah terasa bangga, terasa
Allah sayang lebih kat kita, terasa Allah muliakan kita
walhal sebaliknya. Padahal Nabi saw dah kata apa
yang kita makan akan habis, apa yang kita pakai akan
lusuh, hanya apa yang kita sedekahkan sahaja yang
akan kekal sampai kat sana nanti. mudah bila huj-
jah disandarkan kepada hadis Nabi saw yang ternyata
benar. Romzi senang bersandarkan kepada kata-kata
Baginda Rasulullah saw, tempat kita kembali untuk
panduan selain Al-Quran.
Maknanya kekayaan yang kita ada bukan hak kita,
yang tak ada sebab disalurkan kepada yang hak sa-
haja yang akan kekal dengan kita selamanya. Ramzi
menyokong hujjah.
Gitulah ceritanya. Itulah kekayaan yang abadi. Tak
kaya orang yang miskin budi. Romzi menggulung.
Matanya melirik kearah jam tangan Breitling, wak-
tu solat Asar tak lama lagi.
Jom kita ke masjid. Naik kereta aku. ajak Romzi.
Kereta yang mana satu? tanya Ramli.
Kau nak naik yang mana? Romzi beri Ramli buat
pilihan.
Kereta Aston Martin putih tu amacam? Ramli ter-
ingin nak naik kereta sport dua pintu Aston Martin
V8 Vantage S kepunyaan Romzi yang baru diimport
dari England.
Jom. Kau drive! Romzi senyum tanda setuju. Mer-
asmikan kereta barunya dengan ke masjid. Semoga
ada keberkatan. Amin.
Percayakah, anda berpeluang untuk menjana pendapatan dengan menjual foto melalui internet? Bak kata
tuan Saiful Nang, makin hari makin ramai fotograf yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan.
Terutama jurugambar yang baru membina tapak , mereka sukar untuk bersaing dengan jurugambar yang
mempunyai pengalaman bertahun-tahun daripada mereka.
Sebelum itu, Kak Luvleey ingatkan cara ini tidak menjanjikan anda menjadi jutawan fotograf dan menjadi
persis seperti Tuan Saiful Nang. Namun cara ini boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan, sekurang-
kurangnya dapat menampung perbelanjaan harian kalian.
Pada edisi kali ini, kak Luvleey kongsikan 5 laman lelongan khas untuk penjualan foto. Moga bermanfaat!
IstockPhoto.com
Getty Images Jupiter Images
Fotolia
Crestock
http://www.istockphoto.com
http://gettyimages.co.uk http://jupiterimages.co.uk
http://de.fotolia.com
http://www.crestock.com
E-komik ini diberikan
PERCUMA!
Hak cipta terpelihara oleh KomikNiaga.com,
dilarang sama-sekali menerbit semula dalam
lain-lain bentuk atau mempergunakan e-komik ini
untuk tujuan keuntungan kecuali dengan
kebenaran bertulis dari pihak KomikNiaga.
Namun begitu anda dibenarkan, bahkan
digalakkan menyebar e-majalah ini untuk
tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan
sifatnya tanpa sebarang ubahan.
Inovattic Solution
(Part of Flarebiz)
Rekaan grafik Oleh Nurul Luvleey
www.KomikNiaga.com

Das könnte Ihnen auch gefallen