Sie sind auf Seite 1von 29

4

Edisi#

Teknik Memilih

Produk
Affiliate

Jadi Bilionair
Duplikasi Sistem Diri

Richard Branson
Strategi Promosi

Biografi Otai IM

Rahman Basri

6 Tip Panas

Bagaimana Email
Yang Menjual!

Produk Affiliate Dengan


Berkesan

Jana Pendapatan
Lumayan Melalui

Affiliate

ssalamualaikum dan salam sejahtera, pertama sekali kami ucapkan


sekalung tahniah kepada semua warga krew Komik Niaga kerana berjaya melancarkan Edisi 4 pada bulan 5 2011 ini. Sedar tak sedar, sudah

empat edisi diterbitkan selama 9 bulan Komik Niaga diwujudkan.

Bermaknanya, sudah 4 cara ataupun teknik buat duit di internet telah kami
kongsikan kepada pembaca sekalian. Persoalan yang selalu terlintas adalah, sudah
berapa ramai pembaca yang mula mengambil tindakan serta berjaya menjana

pendapatan sekurang-kurangnya RM 1 di internet? Oleh itu, nasihat kami kepada pembaca, selengkap mana pun perkongsian kami disini , tidak menjanjikan
sebarang pendapatan lumayan melainkan para pembaca sendiri yang bertindak.

Perniagaan affiliate sememangnya menjadi satu cara mudah bagaimana anda


boleh menjana pendapatan lumayan di internet tanpa perlu menghasilkan produk
sendiri. Mudah bermakna menggunakan strategi pemilihan, teknik promosi yang

betul dan berkesan. Perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya anda tidak mempelajari perkara di atas secara betul dan membuat promosi hentam keromo sahaja.

Komik Niaga Edisi 4 ini kami mengambil tema Jana Pendapatan Lumayan Mela-

lui Affiliate. Jom sama-sama kita mempelajari teknik pemasaran affiliate yang
berkesan dari saudara Rahman Basri dan mulai menjana pendapatan melalui affiliate hari ini juga!

Selamat membaca semua!

www.KomikNiaga.com
Rujukan Santai, Selamba & Sempoi

Penerbit
Penerbit
Flarebiz Network
Flarebiz
Sdn.Network
Bhd.
Sdn. Bhd
Penaung
Hasbul Ariff

Penaung
Hasbul Ariff

Penasihat
Kartunis Ubi

Penasihat
Kartunis Ubi

Pengarah Urusan Pengarah Urusan


Abang Is
Abang Is
Editor
Editor
Aqif Azizan &Aqif
Hasbul
Azizan
Aqill
& Hasbul Aqill
Penulis Tetap
Penulis Tetap
Aboi,
Aboi,
Kid
Kid
, Fathuallah,
, Fathuallah,
Mirlme,
Mirlme,
Khairul
Khairul
Hazwan,
Hazwan,
Dr.
Dr.
Minda
Minda,
Prof
Prof Niaga,
Niaga, Faezil,
Faezil, Asyraf
Asyraf Aziz.
Aziz. Bluedianthus,
Bluedianthus, Haryzat
Haryzat
Kreatif
Kreatif
Zamzami,
Zamzami,Emio,
Emio,Momokz,
Momokz,Bekmen,
Bekmen, Kia
KiaKartunis,
Kartunis,Ustaz
Ustaz
Amir, Nik Wafdi, Edy
Amir, Nik Wafdi, Edy
Web Designer
Baloot

Web Designer
Baloot

Graphic Designer Graphic Designer


Luvleey
Luvleey

1.

Secara amnya, konsep


Affiliate merupakan satu
perhubungan perniagaan.
di antara 3 pihak :-

Pihak 1: Pengedar/pembekal/
penjual/admin
Pihak 2: Ejen Affiliate
Pihak 3: Pembeli/pelanggan

2.

3.

Jika perniagaan biasa,


hanya melibatkan 2 pihak,
iaitu penjual dan pembeli
tetapi dalam konsep affiliate,
kehadiran ejen affiliate membantu penjual meningkatkan
jumlah pembeli.

Ejen affiliate
mendapat komisyen
untuk setiap hasil yang
berjaya dibuatnya.

Kenapa Perlu Buat Duit Melalui Affiliate?


Tidak perlu pening kepala untuk hasilkan produk sendiri.
Potensi untuk mendapat pendapatan lumayan cukup besar kerana ia merangkumi
pasaran tempatan serta luar negara.
Risiko amat kecil kerana sekiranya anda tak berjaya menghasilkan jualan untuk satu
produk, abaikan sahaja dan promosikan produk lain pula. Tiada komitmen yang mengharuskan anda mempromosikan produk tertentu.
Tidak perlu melayan karenah pembeli. Anda
tak perlu risau tentang bantuan pembeli kerana ia
adalah tanggungan sepenuhnya pemilik produk.
Tidak perlu memproses jualan. Lupakan
masalah yang boleh timbul ketika memproseskan
jualan kerana ia tanggungjawab pemilik
produk.

Oleh: Asyraf Aziz

iantara faktor yang perlu


diambil kira dan diberikan
perhatian penting ketika
memilih produk affiliate yang mahu
dipromosikan adalah:

Pastikan produk
yang mahu
dipromosikan
tersebut benarbenar berkualiti
serta dapat membantu menyelesaikan masalah bakal
prospek anda.

Lihat dan kaji


latar belakang
pemilik sesebuah
produk terlebih
dahulu sama ada
beliau benar-benar
seorang yang pakar
dalam niche bidang
produk yang beliau
pasarkan.

Pilih produk
yang mempunyai laman web
jualan yang kemas
dan cantik dari segi
grafik dan susun
atur surat jualannya
(salesletter).

Pemilik produk
seorang yang
jujur dalam urusan pembayaran
komisen setiap ejen
affiliater-nya pada
setiap bulan.

Pastikan sistem affiliate yang digunakan oleh pemilik produk tersebut benar-benar berfungsi serta dapat
menghasilkan komisen tanpa sebarang masalah atau ralat.

Program Affiliate Berpusat (Malaysia)


Sekiranya anda seorang pemasar affiliate tempatan, salah satu pusat
program affiliate yang agak terkenal di Malaysia adalah seperti di laman

www.Klikjer.com

Laman ini menyediakan program affiliate secara percuma serta mempunyai senarai produk digital milik usahawan tempatan yang telah
terbukti berkualiti tinggi.
Selain itu, kebiasaannya, kebanyakan produk di pasaran sekarang memberi peluang kepada affiliate untuk mempromosikan
produk mereka.

Program Affiliate Berpusat (Luar Negara)


Manakala sekiranya anda seorang pemasar affiliate yang gemar menjana komisen dalam nilai
yang lebih tinggi iaitu USD, salah satu laman web
yang menyediakan program affiliate berpusat
yang terbaik adalah di laman

www.Clickbank.com
Laman ini turut menyediakan program affiliate secara percuma kepada umum. Terdapat
puluhan ribu produk di dalam pelbagai niche/
kategori yang dapat anda pilih di sana.

Kaedah
Pembayaran Komisen

Apabila anda memasarkan sesebuah produk affiliate, sama ada produk tempatan mahupun luar negara,
pastikan pihak pemilik produk (vendor) menyediakan
kaedah pembayaran yang dapat diterima oleh akaun
bank tempatan anda seperti:
Maybank
CIMB
Al-Rajhi

RHB
Bank Islam

Manakala bagi produk luar negara pula, pastikan


pihak pemilik produk menyediakan kaedah pembayaran komisen melalui salah satu dari kaedah
popular seperti dibawah:
Paypal
AlertPay
Kad Kredit

Oleh: Adly Flarebiz

Memahami & Menjiwai produk


Perkara pertama yang perlu diambil berat sebelum mempromosikan adalah memahami dan
menjiwai produk tersebut. Dengan cara ini kita sendiri perlu mencuba dahulu atau menjadi
pelanggan terlebih dahulu untuk produk tersebut. Jadi, lebih senang untuk kita terangkan
dengan lanjut kepada bakal prospek.Kepercayaan dan keyakinan prospek kepada kita
juga terjalin disebabkan kita sendiri tahu mengenai produk tersebut.
Pastikan web produk berpengaruh
Antara cara untuk kita pastikan web produk berpengaruh adalah
andaikan diri kita sebagai prospek yang sedang membaca surat
jualan di web produk. Sekiranya anda sendiri tergerak hati untuk
memiliki produk tersebut, berkemungkinan besar conversion rate
produk tersebut adalah tinggi dan inilah masanya untuk anda turut
serta mempromosikannya.
Jumlah komisyen yang ditawarkan

Pemasaran melalui emel & forum

Salah satu faktor utama yang perlu


diambil kira adalah mengenai jumlah
komisyen yang ditawarkan. Antara sebab
utama saya berjaya mendapat komisyen
sebanyak RM10k melalui produk Rahsia
Clickbank ialah harga produk itu sendiri
iaitu 50% daripada harga asal produk
(RM123.5). Agak susah untuk saya
memperolehi RM10k melalui produk ini
dalam masa yang singkat sekiranya jumlah
komisyen kecil.

Seperti kata kebanyakan usahawan


internet, senjata utama yang digunakan top affiliate ketika mempromosikan
produk affiliate adalah melalui pemasaran emel. Ketika mempromosi produk
Rahsia Clickbank, saya menghantar emel
perkongsian berkaitan apa itu clickbank
dan perkara asas tentang clickbank.
Kemudian barulah saya mempromosi Rahsia Clickbank. Ini merupakah satu teknik
soft selling dimana kita dianggap seolah-olah bukan sekadar ingin menjual,
malah ingin membantu para subsriber kita.

Tawarkan bonus yang menarik & berkualiti


Antara teknik saya gunakan untuk menarik minat hari pelanggan ialah dengan menawarkan bonus berkaitan dengan
produk yang ingin dipromosikan. Kebanyakan top affiliate
pasti menawarkan bonus lumayan kepada prospek sebagai
daya tarikan supaya mereka membeli.Sebagai contohnya,
saya telah menawarkan Pakej Newbie Clickbank sebagai
pelengkap kepada subsriber yang rata-rata tidak mempunyai pengalaman dalam dunia Clickbank.

Mari kita sama-sama pelajari 3 sistem diri


Richard Branson, bagi membolehkan kita
untuk meniru, seterusnya menjadikan kita seorang bilionair satu hari nanti.

Oleh: Dr. Minda

Duplikasi Sistem
Diri Richard

Branson

ntuk berjaya dalam perniagaan, kita


perlu mempunyai mentor yang sudah
berjaya, agar kita dapat meniru sifatsifat mereka, yakni dipanggil sistem diri.
Richard Branson merupakan pengasas Virgin
Group. Menurut carta Forbes 2010, aset beliau kini mencecah US$4.0 bilion.

Jadikan bisnes itu satu keseronokan


Dalam buku Business The Richard Branson
Way, karya Des Dearlove, beliau menyatakan bahawa Richard Branson sentiasa menerapkan unsur-unsur keseronokan, bagi
membuatkan pekerja beliau selesa berada
dalam syarikat.

Bergerak lebih laju daripada peluru


Bisnes yang bergerak pantas akan sentiasa
berada di hadapan, berbanding pesaingpesaing lain. Richard Branson percaya
setiap usahawan perlu elakkan daripada
penyakit Paralysis by Analysis, yakni terlalu banyak berfikir. Mereka perlu pantas
bertindak.
Bersaing dengan syarikat yang

lebih hebat

Jika kita memilih untuk bersaing dengan


syarikat yang lebih hebat, pelbagai idea kreatif dan inovatif akan muncul, untuk diterapkan dalam perniagaan kita. Ini dapat dilihat
menerusi Virgin Cola, yang menjadikan Coca-cola dan Pepsi sebagai pesaing utama.

Sebagai seorang usahawan, kita boleh


mengamalkan ketiga-tiga sistem diri Richard Branson, untuk menjadikan diri kita usahawan yang lebih baik.

Semoga kalian semua bakal menjadi


bilionair dalam jangka masa
5 tahun akan datang!

Contoh Link:
http://komikniaga.com

Contoh Blog:
http://balootisme.com

Langkah-langkah
1. Buat satu file format .php dan isi
kandungan file .php tersebut mengandungi:
<?php header(Location: http://www.contohlink.com/); ?>

2. Ganti http://www.contohlink.com kepada link affiliate anda.


3. Namakan file .php tadi kepada nama link affiliate, sebagai contoh ini
saya namakan komikniaga.php.
4. Upload file tersebut ke dalam hosting anda dan jika blog anda
http://balootisme.com, masukkan ke dalam public_html.
5. Selepas anda upload, mungkin file format .php tadi anda buat jadi
komikniaga.php.txt. Jika ada masalah ini, namakan kepada
komikniaga.php sahaja file yang anda upload tadi.
6. Sekarang saya boleh akses http://komikniaga.com hanya melalui link
blog saya iaitu http://balootisme.com/komikniaga.php.

Dalam pemasaran affiliate, satu aspek yang paling


penting & perlu dititikberatkan ialah PROMOSI.
Tanpa promosi yang betul dan berkesan, memang sukar untuk anda menjana pendapatan melalui affiliate. Berikut adalah teknik-teknik promosi yang telah terbukti sekian
lama paling berkesan dan efektif dalam memprmosikan produk-produk affiliate:

Gunakan pemasaran email


* Langkah pertama ialah dapatkan akaun autoresponder berbayar.
* Contoh terbaik ialah Aweber, Getresponse, atau Imnica Mail.
* Bina borang optin dan letakkan di squeeze page anda untuk mengumpul
email dan nama prospek.
* Promosikan squeeze page tersebut.

rkaitan
Pilih nama domain laman web be
* Pilih dan beli nama domain yang bersesuaian dan berkaitan dengan produk affiliate yang ingin anda
promosikan.
* Ini dapat memberi kesan SEO di enjin carian yang lebih baik jika ada prospek anda melakukan search.
* Contoh: Produk affiliate anda ialah ProdukXYZ. Anda boleh dapatkan domain ReviewProdukXYZ.com
atau BonusProdukXYZ.com.

unakan Facebook fanpage


gg
en
m
n
aa
ay
rc
pe
ke
n
da
i
lit
ibi
Bina kred
* Bina satu fanpage berkaitan niche produk affiliate anda.
* Kongsikan pelbagai tips, info dan tulis Notes artikel berkaitan niche tersebut.
* Promosikan produk affiliate anda di fanpage tersebut menggunakan teknik
soft-selling.
* Kongsikan manfaat yang bakal fans anda perolehi melalui produk affiliate
tersebut.

book profile anda


Optimumkan penggunaan Face
* Promosikan produk dan link affiliate di profile Facebook anda.
* Tapi AWAS, gunakan teknik soft-selling ketika mempromosi. Caranya ialah
dengan berkongsi manfaat yang bakal rakan-rakan Facebook anda perolehi
melalui produk affiliate yang anda promosikan

Gunakan FB Ads
* Jika anda mempunyai modal besar, anda boleh gunakan teknik
berbayar iaitu Facebook Ads.
* Tips yang paling penting dalam menggunakan FB Ads ialah,
pastikan anda tentukan secara spesifik siapakah prospek
produk affiliate anda.
* Tetapkan jantina, linkungan umur, tempat tinggal (disarankan sasarkan bandar-bandar besar), pekerjaan, dan Interest
mereka.

Tawarkan bonus berkaitan


* Anda boleh tawarkan bonus-bonus produk lain berkaitan dengan produk affiliate yang anda promosikan
kepada pembeli yang membeli melalui link affiliate anda.
* Sebagai contoh, jika anda mempromosikan produk affiliate berkaitan Buat duit dengan blog, anda boleh
tawarkan template-template design blog yang nampak lebih profesional dan cantik serta kemas.

mempromosi
Beramah-mesra di forum sambil
* Aktif di forum-forum online berkaitan niche produk affiliate anda.
* Banyakkan menjawab pertanyaan ahli forum lain dan perkongsikan info-info bermanfaat.
* Di bahagian signature anda, anda boleh letakkan link affiliate produk yang ingin anda promosikan
* Abaikan perbincangan di luar bidang perniagaan untuk memastikan nama & kualiti post anda di forum terjaga.

Lakukan review produk affiliate


* Jika anda mempunyai blog yang bertrafik tinggi, anda boleh
membuat satu blog post review produk affiliate yang anda
promosikan.
* Dalam review tersebut, tekankan masalah dan manfaat yang
bakal prospek anda akan dapat melalui produk affiliate
tersebut.

k tinggi
Iklan di forum dan blog bertrafi
* Beli ruangan pengiklanan di forum-forum online dan blog-blog
berkaitan niche produk affiliate anda.
* Iklankan banner produk affiliate yang anda promosikan
* Contoh forum yang bertafik tinggi ialah seperti forum WangCyber.com
* Anda boleh search di Google dengan menaip forum + kata kunci niche
anda atau blog + kata kunci niche anda.

alah satu pemasaran yang sentiasa menjadi senjata utama para affiliater adalah pemasaran emel. Memang
tidak boleh dinafikan lagi ramai affiliater berjaya mendapat keuntungan berlipat ganda selepas menggunakan
pemasaran ini. Antara kelebihan pemasaran ini adalah :
Hubungan dengan pelanggan lebih terjamin disebabkan kita sentiasa menghantar emel kepada mereka. Dengan
syarat kurangkan emel berbentuk promosi serta perbanyakkan emel berbentuk perkongsian. Percayalah, jualan akhirnya akan terhasil selepas jalinan dan hubungan telah kuat.
Anda juga boleh mempromosi produk affiliate tiap kali produk tersebut dilancarkan. Namun jangan pula promosi
sampai tak hengat dunia sampaikan mengganggu ketenteraman pelanggan anda.
Prospek yang disasarkan! Ya, secara umumnya, pemasaran emel lebih berkesan daripada pemasaran terus direct
selling seperti pengiklanan online.
Automatik. Sebahagian kerja juga akan terhasil secara automatic. Dan ketika inilah, peranan autoresponder diperlukan seperti blast ke semua emel. Berbanding dengan mengumpul emel secara manual yang memerlukan 100% kerja
dari anda sendiri dan sesungguhnya, ia meletihkan!

Kelemahan Autoresponder Percuma


Tidak mempunyai sistem khusus untuk track sales
Mempunyai fungsi yang agak terhad dan kadar penghantaran emel kepada
pelanggan juga kurang memuaskan.
Emel yang berjaya dikumpulkan berkemungkinan besar juga akan hilang
disebabkan kita tiada kuasa sepenuhnya terhadap autoresponder tersebut.

Perlukah NewbieMelanggan Autoresponder Berbayar?


Ya, sememangnya saya menggalakkan newbie turut serta melanggan autoresponder berbayar. Namun, saya sarankan untuk anda pelajari serba sedikit tentang pemasaran emel serta senaraikan aktiviti yang anda akan gunakan
selepas melanggan autoresponder berbayar nanti.
Ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya selepas anda melanggan autoresponder, anda bersedia untuk menggunakan autoresponder, bukan terus menjadi liabiliti padahal anda tetap membayarnya tiap-tiap bulan.
Secara peribadi, saya galakkan untuk anda memilih Aweber ataupun Getresponse ini sekiranya anda mempunyai
modal yang tinggi untuk membayarnya tiap-tiap bulan.
Kebiasaannya, autoresponder yang murah mempunyai fungsi yang agak terhad dan
peratusan penghantaran emel yang berjaya dihantar ke emel pelanggan juga sedikit.
Tidak seperti autoresponder Aweber serta Getresponse yang mempunyai fungsi yang
banyak dan memudahkan kita untuk membuat kajian dan sebagainya. Anda boleh
lihat maklumat selanjutnya berkenaan autoresponder di bawah :

Aweber https://www.aweber.com
Getresponse - http://www.getresponse.com/

Oleh: Nik Wafdi

Rahsia

Jutawan

Kini Terbongkar?
Semalam
aku
Semalam
aku jumpa seorang
jutawan.
Malik
bagitahu seorang
Iwan kawan rapatnya
jumpa
dengan penuh excited.

Fuh! Best tu! Apa yang korang sembang? Iwan bersinar biji
mata. Jutawan!
Macam-macam! Sampai ke pagi jugalah kitorang bersembang.
Malik sambung. Muka dia macam orang tak cukup tidur.
Wah! Cuba cerita apa yang korang sembangkan. Bukan senang
nak dapat sembang dengan jutawan. Kau tanya dia tak rahsia
macam mana dia jadi kaya? Iwan tahu ini peluang keemasan.
Bodoh dan bangaklah sesiapa yang
jumpa orang macam ni dan tak
minta rahsia jadi jutawan.
Mestilah tanya beb! Rugilah duduk
bersembang dengan jutawan kalau
tak tanya soalan cepumas tu.
ternyata Malik tak bodoh mahupun
bangak.
Huih! Tak sabar aku nak tahu resepi kejayaan dia. Agak-agak orang
macam kita boleh tak jadi kaya-raya
macam dia tak? Iwan sedar dia
takde modal nak mula berniaga.
Teh tarik kat tangan pun dia harap
Malik sudi belanja.
Boleh sangat beb! Dia kata, aku
ingat lagi, semua orang dilahirkan
kaya sekaya-kayanya cuma kita aje
tak sedar. Malik bagitau penuh
semangat.
Hah? Biar betul! Ni mesti jutawan
segera sebab dapat harta pusaka
mak bapak dia ni. Iwan macam
kurang percaya.
Kau boleh tak dengar dulu apa aku
nak cerita. muka Malik nampak

menyampah. Potong stim sungguh.


Eh sori beb. Gua memang kaki
nyampuk. Ok, sambung balik. Iwan
minta maaf.
Dia kata semua kekayaan dalam
dunia ni bermula dari dalam. Malik
sambung sembang gaya pakar motivasi.
Dalam kocek? Iwan kacau lagi. Otak
Iwan memang selalu kacau-bilau.
Kau nak dengar ke kau nak aku lempang kau? Dari dalam diri kita la Dol.
Kaya jiwa. Dia kata siapa yang miskin
jiwa dapat harta banyak mana pun sudahnya miskin juga. Malik menyirap
tengok perangai kawannya yang suka
potong Q.
Habis tu apa kekayaan yang kita
semua ada sejak kita lahir? Iwan
memang tak sabar. Tak sabar nak jadi
jutawan gamaknya.
Haaaa...kita di anugerahkan dengan
something yang tak ternilai harganya
sampaikan Bill Gates pun tak boleh
nak beli walau dia manusia terkaya

dalam dunia ni. Nyawa! Malik bagi


point yang sangat benar walau ramai
benar yang tak ambil endah.
Memang le. Siapa boleh beli nyawa.
Iwan mengiakan dengan nada kecewa.
Pandai pun kau. Sebab tu kita kena
hargai nyawa yang kita ada sebab
tak semua yang bernyawa tahu
menilai nyawa yang dia ada. Ramai
yang take it for granted. Sampai ada
yang sanggup ambil nyawa sendiri
cuma kerana sesuatu masalah dalam
hidup. Malik cuba nak tegaskan
kepentingan nyawa serta betapa ia
amat berharga.
Ye tak ye jugak kan. Bill Gates pun
walau banyak harta tak terkira tapi
bila sampai masa hilang nyawa, tak
mampu dia beli nyawa dia sendiri
walau dengan segala kekayaan yang
dia ada. Apa lagi dia bagitahu kau?
Iwan nak cepat-cepat skip ke tips
yang seterusnya.
Dia kata kita semua ada aset yang
sama cuma kita aje tak perasan.
Malik tak kedekut ilmu.

Aset yang sama tapi tak perasan? Aset apa yang aku ada
yang sama dengan Bill Gates? Biar betul! Iwan dapat
rasa tips kedua ni pun lebih kurang dengan yang pertama, biasa-biasa sahaja.
Aset masa. Kita semua ada dua puluh empat jam sehari.
Tak ada orang yang ada dua puluh lima jam sehari. Fair
and square. Malik bagi tahu dengan ceria seolah bagi
jawapan teka-teki.
Ler...Itu aku pun tahu. Iwan kecewa. Dia buat lagi, Malik ni memang nak kena. Mana punya jutawan tak guna
yang dia jumpa ni.
Baru tadi kau tanya, ni aku dah cakap baru nak mengaku tahu. Ceh! Malik bengkek. Iwan jelas tak impressed dengan tip kedua ini.
Yelah, aku ingatkan aset duit dalam bank ke, bond ke,
saham ke, setakat masa memanglah semua orang dapat
bahagian yang sama. Apa nak hairan. jawab Iwan dengan muka toya.
Masa tu emas orang kata. Masa
yang dah lepas kita tak boleh
beli walau sesaat. Mana ada
orang yang mampu beli masa
muda bila dia dah tua walau berapa billion dia ada dalam bank.
Malik cuba nak jelaskan kepentingan masa. Iwan bukan tak percaya cuma dia mengharapkan tip
yang luarbiasa. Tip rahsia yang
takde orang terfikir.

dem.
Haaa...Itulah kesihatan. Masa sihat ada kau letak harga
atau menghargai kesihatan yang kau ada? Tak tau kan
berapa harga? Cuba jatuh sakit. Kena demam la katakan. Sekali jumpa doktor dia cas tiga puluh ringgit.
Sekarang harga kesihatan kau yang dah hilang sebab
kau demam ialah tiga puluh ringgit. Faham? Malik
dengan sabar menerangkan fakta ini siap dengan contohnya sekali.
Ya sungguh. Mana ada orang tahu berapa harga kesihatan dia sampailah dia jatuh sakit. Buatnya sakit kronik,
kena sampai puluh ribu ringgit, baru tahu selama ni
dia ada puluh ribu ringgit yang tak dia sedar dia ada.
Susah jugak nak sedar harga sihat ni ye. Patutnya kita
kena banyak-banyak bersyukur cuma kerana kita diberi
sihat. Tak ramai orang tahu nak bersyukur dengan
nikmat sihat ni, kita nak tunggu dapat duit baru nak
bersyukur. kali ni Iwan agak terkesan. Bukan sebab
gembira dapat tip ketiga tapi jelas dia tak sangka kesihatan boleh dinilai dengan harga bil klinik dan hospital.
Contoh yang menarik fikirnya.

Tu la pasal, berapa ramai orang kaya yang sakit jantung,


sakit high-blood, sakit diabetes, dan macam-macam
jenis penyakit lagi, bila dikira-kira balik dengan kita yang
sihat ni, plus-minus lebih kurang aje. Silap-silap kita lagi
kaya. Bedal nasi lemak, roti canai, teh tarik, selamba aje.
Diorang nak makan tak berani. Silap bedal masuk hospital. Kena duit lagi. jelas Malik juga tumpang gembira
Iwan dapat rasa betapa tip kali ni cukup berharga.

Betul jugak kan. Semua orang


ada masa tapi tak semua orang hargai masa. Kita dengan selamba sempoinya menghabiskan masa dengan
benda-benda tak berfaedah semata-mata kerana tak
tau nak hargai masa. Bila dah sampai masa, baru sedar
masa dah tinggalkan kita. Nak reverse dah tak boleh.
Sungguh, masa semua orang ada dua puluh empat jam
sehari. Untunglah orang yang tahu menghargai masa.
Apa lagi dia cerita? Iwan cuba sokong kenyataan
kawannya agar cepat dapat beralih ke tip yang seterusnya.

Dia kata kita ada satu harta yang kita cuma akan hargai
bila dah tak ada. Bila dah hilang baru ada value. Malik
beriya-iya menyampaikan amanat jutawan semalam
agar kawannya Iwan dapat terima dengan lapang dada.
Dah tak ada baru ada harga? Aik? Ni prinsip ekonomi
mana pulak yang dia pakai ni? ternyata dada Iwan
penuh dengan prasangka. Belum apa-apa dah nak kon-

Apa lagi? Tah apa-apa punya tips jutawan la yang kau


dapat ni. Takde ke tips nak dapat duit juta-juta? tanya
Iwan selamba lambada.
Ada. Tapi menurut jutawan ni, semua aset dia yang
berjuta tu yang dalam bentuk wang ringgit, itu le aset
yang dia tak pandang. Takde nilai katanya. Malik kecewa. Nada suaranya tak seceria tadi. Dia tahu Iwan tak
terkesima dengan tip-tip yang dia sampaikan.
Biar betul! Kalau dia tak nak, bagi la kat aku. Aku nak!
Nak sesangat! Apa la kau tak panggil aku masa kau
jumpa dia semalam. Mau aje aku sapu semua duit yang
dia tak pandang tu. Haduih! Takde nilai kepala hangguk dia, dia dah kaya boleh le kata macam tu. Kita yang
sengkek-mengkek ni kalau dapat suku juta pun dah bahagia gila khinzir dibuatnya. kali ni bukan sahaja Iwan
tak nampak seronok, siap temper lagi. Hangin satu
badan bila dengar ada orang kata duit takde harga.

Sungguh. Aku mula-mula macam tak percaya jugak


tapi bila dia explain baru aku faham. Memang betul.
Sikit pun takde nilai. Malik berkerut dahi. Apa kena
dengan kawannya ni dia pun tak tahu.

Yep. Entah apa kena mengena aku dengan dia, tahutahu muncul macam tu aje. Nak taknak kena la aku
layan sampai pagi. nyata Malik tak lena tidur semalam.
Mimpi ngeri jumpa hantu jutawan rupanya.

Wei! Kau pun dah hilang akal apa? Macam la kau tu


kaya sangat. Takde nilai kau kata? Kalau macam tu bak
sini semua duit dalam wallet kau tu. Bagi kat aku. Tapi
kau bukan ada sen pun. Paling banyak pun aku ingat
ada la dalam sepuluh ringgit je dalam tu. Cakap besar.
Macam la kaya sangat. Sengkek-marang-skeper sama aje
macam aku nak cakap besar. Peeegidah! Iwan makin
bara. Terbakar dia dengar dakyah sesat kawannya yang
tak masuk akal. Bodoh! Bangang! Badigol! Bonjol! Hamun Iwan sambil terkumat-kamit.

Balik pada kisah wang ringgit yang tak ada nilai buat
dia tu, kenapa jadi macam tu? Iwan dah tak marahmarah.

Dengar la apa aku nak cakap dulu. Tak nak dengar


sudah. Belum apa-apa dah nak hangin. Malik dah tak
kuasa nak layan angin amarah Iwan.
Mau tak hangin. Orang punya la susah payah nak cari
duit, usahkan juta, ribu pun jarang dapat tengok. Sekali
ada pulak jutawan yang tak tau nak hargai wang ringgit,
pastu kau pulak support, mau tak hangin satu badan.
terang Iwan dengan nada yang lebih rasional. Marah
belum reda sepenuhnya, masih ada bara.
Relax beb. Bagi gua terangkan dulu. Jangan cepat
lompat ke conclusion. Dengar dulu dia punya explanation. Dia tak kata wang ringgit tak ada nilai. Dia kata
wang ringgit tak ada nilai bagi dia! Bukan sebab duit dia
banyak sangat sampai dia tak tahu nak menilai kekayaan
yang dia ada. Dia pun sama macam kita jugak, suka,
ghairah, cinta pada harta kekayaan. Kalau boleh semua
kekayaan atas dunia ni dia nak kaut. Masalahnya dia
dah tak tinggal atas dunia ni. Dia dah meninggal dunia.
terang Malik menguak awan kejahilan yang memayungi
akal fikiran Iwan.
Innalillahi wainnailaihi rajiun. Bila dia meninggal dunia beb? Iwan terperanjat.
Lama dah. Dia pun tak bagitahu aku bila tapi ikut
ceritanya memang dah lamalah. Malik tak tanya tarikh
yang tertera di batu nesan jutawan tersebut.
Habis tu yang kau kata jumpa sembang borak dengan
dia semalam tu apa cerita bro? Iwan musykil.
Dia datang dalam mimpi akulah. Malik jawab pendek.
Ooooo...mimpi ke? Apa pasal tak mention awal-awal.
Mimpi jumpa jutawan yang dah lama mati la ni? Iwan
baru faham.

Dia masa hidup dulu sibuk kejar kekayaan dunia.


Memang atas dunia dulu dia banyak harta tak larat nak
kira. Malangnya bila dia mati baru dia sedar dia seorang
yang muflis sebenarnya. Semua harta yang dia kumpul
bermati-matian semasa dia hidup dulu sikit pun tak
membantu dia di alam kubur. Malah harta-harta itulah
yang buat dia kena siksa tak putus-putus sampai sekarang. jelas Malik dengan penuh penghayatan. Bukan
selalu dapat jumpa orang mati dalam mimpi.
Habis tu semalam kau jumpa dia tu macam mana?
Iwan masih kabur. Andai si mati sibuk di siksa, masa
bila pulak dia dapat pelepasan untuk di interview?

Aku sebenarnya seram juga nak cerita.


Rupa dia dah macam zombi kampung
pisang malah lebih buruk lagi. Sambil
sembang aku nampak api menjulangjulang menyambar dia. Bila dia dah
berhenti meraung-meronta baru dia
sambung cerita. Jenuh nak faham
apa yang dia kata. Siksa sungguh aku
tengok dia. Fikir-fikir balik biar aku
macam ni pun tak apa, sengkek-mengkek, asalkan aku tak kena siksa macam
dia. sambil pegang cawan teh, Malik
menerangkan suasana temuramah
yang disulami sambaran api serta raungan ngeri.
Huih! Apa pasal teruk sangat? Iwan mencebikkan
muka seolah tersambar api. Ngeri.
Dia cerita semasa hayat dia tak tahu nak bersedekah,
berzakat pun kalau boleh nak lari. Bila ada orang miskin ke, anak yatim ke, anak tahfiz ke mintak derma dia
pandang serong. Dia kata diorang tu tau nak mintak
sedekah aje, usaha malas, tau nak mintak duit kat orang
aje. Kalau dia bagi pun tak ikhlas. Sekadar nak diorang

berambus. Sekarang dah jadi macam ni baru dia menyesal tak sudah. Malik letak balik cawan tehnya yang dah
sejuk. Sembang sampai tak ingat nak minum.
Mak aih! Susah jugak jadi jutawan ni ye. Susah nak
selamat dalam kubur. Tu belum kira hari Kiamat, Mahsyar, Mizan, Sirat, Neraka. Kalau ada sekelumit iman
dalam hati yang melayakkan masuk syurga pun entah
berapa juta-lion tahun nak lalu azab siksa baru sampai
pintu syurga. Enjoy kat dunia ni tak berapa tahun aje.
Sungguh tak berbaloi-baloi. Iwan insaf. Nyata nak jadi
jutawan bukan senang, mati dalam status jutawan lagi
tak senang.
Sungguh. Lepas jumpa dia semalam, aku dah tak
hingin nak jadi jutawan lagi dah. Biar le aku hidup
sengkek-mengkek asalkan mudah untuk aku bersyukur
dengan apa yang dah Allah anugerahkan pada aku
selama ini, nikmat nyawa, nikmat masa, nikmat sihat,
itupun dah tak terkira banyaknya rahmat yang Allah
berikan. Andai aku susah, aku harap aku boleh bersabar dengan ujian Allah yang tak selama mana, sekadar
hayat dikandung badan, habis hayat, habis ujian. Moga
di alam-alam seterusnya tidaklah aku tergolong dalam
golongan hambanya yang tak syukur dan tak sabar
barang beberapa tahun kat atas dunia yang sebentar ni
sampai kena azab tak terperi dan tak terukur lamanya.
Nauzubillahi min zalik. Malik dah putuskan harapannya untuk meraih title jutawan yang menjadi
motivasinya selama ini. Ternyata kiblat hatinya
jauh tersasar dari menghadap kepada Allah
Rabbul Jalil.
Habis tu apa jutawan tu nak sampai jumpa kau
dalam mimpi semalam? Iwan nak tahu kesudahan interview semalam.
Dia sekarang dah jadi pengemis. Dia
mengemis simpati dari orang yang dia tak
kenal agar disedekahkan barang sedikit
al-fatihah untuk meringankan siksa yang
dia tanggung. Malik tenung cawan teh
sejuknya. Nampak ada rasa simpati dalam
hati.
Anak-anak dia tak ada ke? Bini?
Sedara-mara? Iwan bertanya dengan
suara yang penuh simpati. Simpati pada nasib si mati.
Ada. Malangnya dia kata diorang semua dah jadi
macam dia. Harta peninggalan dia yang dah di wasiatkan dah buat diorang lupa pada tikar sejadah, lupa
pada janji Allah yang pasti, lupa pada ajal. Semua sibuk
dengan duniawi. Sibuk menguruskan bisnes si mati

yang mereka pusakai, sibuk bermewah-mewah, sibuklah. Dia tak nampak macam mana nak mintak secebis
doa dari darah dagingnya sendiri. Sampaikan dia pulak
rasa macam nak berdoa agar diorang tu kembali ke
pangkal jalan agar tak terima nasib yang sama tapi apa
kan daya. Malik menunduk. Terasa betapa dirinya pun
akan terima nasib yang sama andai peristiwa semalam
tak berlaku. Dia pun bercita-cita nak punya harta berjuta agar boleh bermewah-mewah. Siapa tak nak.
MasyaAllah. Sekarang baru aku nampak. Patut le
Nabi S.A.W. tak tekankan kita ummatnya supaya usaha
sekuat hati untuk jadi kaya raya untuk membela agama
sebab Baginda S.A.W. tahu bila ummatnya dah kaya,
usahkan nak bela agama, diri sendiri pun tak terbela.
Mudah sangat kita lupa diri dengan harta dunia yang
sementara. Nabi S.A.W. sendiri pun hidup sederhana
walau pernah di offer oleh Malaikat Jibril untuk jadikan dia sekaya Nabi Allah Sulaiman Alaihissalam. Dia
mintak dua saja. Mintak agar dia dapat sabar bersama
Allah dan mintak agar dapat syukur pada Allah sepanjang hayat Baginda S.A.W. Iwan termenung. Hanya
kata-kata yang keluar dari bibir. Bila mata hati terbuka,
mata kasar tiada terlihat pada alam lagi.

Siapa lagi yang patut kita ikut kalau


nak selamat dunia akhirat kalau bukan Rasulullah S.A.W. Lepas ni siapa
yang bercita-cita nak ikut Bill Gates
ke siapa-siapa yang kaya gila sampai
hilang akal atas dunia ni, satu perkataan aje yang terlintas kat
kepala hotak aku:

Kesian!

Malik pandang Iwan. Iwan


masih termenung. Terpaku.
Hanya kepalanya sahaja mengangguk setuju.
Tamat.

1 - Pemilihan produk

2 - Marketing

Kita perlu tahu siapa penulis produk bagi


mengenalpasti kredibilitinya, atau nilai
sendiri produk itu dengan melaburkan wang
untuk membelinya. Kita juga boleh lihat pada
3 elemen pada minisite tersebut, iaitu salesletter, desain dan kreativiti.
Apabila wujudnya persaingan, kita akan rasa
teruja untuk bersaing dalam mempromosikan
produk-produk niche Internet Marketing. Oleh
itu, jangan gentar pada saingan. Pandang pada
sudut positif.
Promosikan juga produk-produk bukan niche
Internet Marketing. Terdapat banyak pilihan
produk di luar sana. Manfaatkan mana yang ada.

Terdapat 4 teknik pemasaran yang dijamin efektif untuk pemasaran internet. 4

Teknik tersebut adalah pemasaran Facebook, forum, blog, dan emel.


Pemasaran emel paling relevan dan sentiasa berkesan.

3 - Mindset

Kita perlu menetapkan sasaran jualan. Apabila menetapkan sasaran, lihat

kemampuan diri terlebih dahulu. Sebagai contoh, kita mahu menjual 10


produk A sebagai affiliate, dalam masa satu hari.
Sasaran yang baik adalah sasaran yang memberikan tekanan pada diri
sendiri. Ia secara automatik memberi kesan dan tekanan positif kepada diri
sendiri.
Berdasarkan pengalaman, saya berjaya mencapai jualan sebanyak 53 unit, ketika mempromosikan
produk Eruwan Gerry, iaitu Jana Trafik Ebay. Ketika itu, sasaran jualan saya adalah 50 unit sahaja.
Apa yang paling penting, kita perlu mempunyai pelan tindakan selepas menetapkan sasaran, supaya ia
mudah untuk dicapai.

4- Promosi banyak produk dalam satu masa


Jika kita sudah berpengalaman dalam pemasaran affiliate, maka kita boleh cuba

mempromosikan pelbagai produk dalam satu masa.


Bagi yang baru menceburi bidang affiliate, maka fokus pada satu produk sahaja,
sehingga mencapai sasaran jualan yang ditetapkan.

5 - Pelaburan untuk belajar affiliate

Kita perlu berani melaburkan wang untuk belajar mengenai pemasaran affiliate menerusi seminar, bengkel atau ebook yang ditulis oleh individu yang mempunyai ilmu tentang subjek affiliate.
Berani melaburkan wang tidak menjamin kita boleh berjaya. Ia harus disertakan sekali dengan tindakan selepas
belajar.
Kita perlu sentiasa merendah diri, dan terus belajar mengenai pemasaran affiliate. Walaupun pada ketika itu kita sudah
mempunyai pengalaman yang luas mengenai subjek ini.

ada zaman sekarang orang berhubung dengan melalui Internet. Juga orang membuat keputusan dan membeli produk juga melalui Internet. Justeru itu penulisan email copy di dalam
bidang perniagaan Internet adalah fasa kritikal yang menentukan kejayaan sesebuah perniagaan Internet milik anda. Malah tidak keterlaluan jika saya katakan andaikata sebesar mana
pun empayar perniagaan Internet nya tidak dapat tidak ianya bergantung pada setiap emel yang
dihantar.

Malah kejayaan empayar itu bermula dari angka


1 pelangggan newsletter nya sendiri

Subjek Yang Menarik Dan Berkuasa - Subjek adalah perkara pertama yang menentukan emel
anda dibuka atau pun tidak. Ada juga yang mengatakan ianya perlu disokong dengan siapakah
status anda (pengirim emel) . Subjek perlu menarik perhatian. Tekankan dengan unsur faedah, spesifik, segera dan peribadi di dalam subjek. Jangan gunakan huruf besar pada kesemua perkataan
kerana ianya kelihatan seolah SPAM.
Contoh: Ahmad, ebook semalam ada saya attachkan. Cepat download!
Gunakan ruang dengan baik
- Menulis emel yang lintang pukang tentu sekali membuatkan
emel anda tak dibaca habis. Tulis dalam format yang ringkas dan kemas. Gunakan bullet point jika
sesuai dan selalulah gunakan pengasingan bahagian. Jika gunakan system autoresponder sentiasa
patuh pada had lebar ruang tulisan yang ditetapkan.
Buddy Mail - Tulis emel anda seolah anda menulis kepada kenalan dan kawan-kawan anda. Gunakan penerapan tulisan seperti bercerita dan seolah anda berbual perkara yang biasa di dalam
kehidupan seharian anda. Hanya promosikan produk secara soft selling bakal memberikan hasil
yang lebih lumayan.
Link Jualan - Anda boleh menyatakan terus terang link jualan produk anda tetapi terdapat satu
cara yang lebih menarik. Semasa anda menulis emel secara buddy mail cuba selitkan link produk
anda di dalam karangan dan penceritaan anda secara santai dan tak nampak seperti anda ingin
menjual secara terus. Bercerita sambil menjual!
Fokus - Sebelum anda menghantar emel pastikan anda periksa ejaan dengan teliti. Jangan nanti
penerima menyangkakan anda jenis orang yang kurang cerdik. Juga cuba untuk promosi hanya
satu produk pada setiap emel yang dihantar. Mempromosikan sekali tiga produk menampakkan
anda seorang yang tak ikhlas dan tamak.
Masa
- Mungkin ada yang berpendapat emel mudah dibuka oleh pengirim pada wantu pagi. Ya
betul tetapi mudah juga untuk dipadam. Jadi cuba hantar pada waktu tengahari selepas makan.
Hari yang terbaik? Jumaat adalah pilihan tepat tanpa saingan. Selasa jangan sekali kerana anda
bersaing dengan beratus emel yang lain. Tetapi Ahad adalah hari terbaik untuk CLICK-THROUGH
RATES (CTR) .

BagaimanakaH proses pembayaran komisyen dibuat


KEpada para affiliate?

Komisyen akan dibayar oleh pemilik produk selepas


komisyen anda melepasi minimum yang telah ditetapkan. Untuk produk tempatan, kebanyakannya komisyen
akan dibayar ke akaun Maybank , CIMB serta Paypal.
Manakala untuk produk luar negara, mereka akan membayar komisyen melalui cek, wire transfer, Paypal ataupun
Western Union.

Produk apakah yang sesuai untuk dipromosi oleh newbie yang


baru nak berjinak-jinak dalam pemasaran affiliate?

Pada pendapat Prof, produk bukan niche make money adalah produk
yang sesuai untuk mereka promosi. Ini bagi mengelakkan daripada
bersaing hebat dengan otai-otai affiliate. Masih banyak lagi produk
bukan niche make money di pasaran tempatan ini. Pendapat ini hanyalah pendapat peribadi Prof.Sekiranya anda mempunyai list dan
strategi pemasaran yang cukup berkesan, mungkin anda juga boleh
mempromosi produk make money. Belum cuba belum tahu kan?

Sekiranya pembeli dari


link affiliate saya meminta
pulangan wang kembali kepada
pemilik produk, adakah komisyen saya juga turut ditolak?

Untuk produk pasaran tempatan, memang pemilik produk tersebut perlu menanggung risiko
sepenuhnya sekiranya pembeli produk meminta
pulangan wang kembali. Namun, ia bergantung
kepada terma & syarat yang dipersetujui
oleh pemilik produk dan para affiliate. Jika
di pasaran luar seperti Clickbank, Clickbank akan menolak kembali komisyen affiliatesekiranya terdapat pembeli meminta
pulangan wang kembali.

Sekiranya saya mempromosikan produk di Facebook, adakah


cara TAGGING gambar kepada rakan-rakan adalah satu
strategi yang betul?

Ya, tagging gambar kepada rakan-rakan merupakan satu cara


yang amat berkesan. Namun, elakkan daripada TAG gambar secara
keterlaluan sehingga menganggu ketenteraman rakan anda. Gunakan teknik soft selling kerana terbukti teknik tersebut membantu ramai affiliate mendapat jualan produk mereka promosikan.

Kadang-kadang saya
ternampak para affiliate
menawarkan terlampau banyak
bonus di forum. Adakah ini satu
strategi yang berkesan?

Ya, antara tip dan strategi berkesan


yang dikongsikan oleh Rahman Basri adalah dengan menawarkan bonus berkaitan.
Tapi, ia tak bermakna anda boleh menawarkan terlampau banyak bonus sehinggakan para pembeli hilang fokus. Cukup
hanya menawarkan bonus berkualiti serta
ada kaitan dengan produk yang hendak
dibeli.

http://www.tenniswelcomecenter.com/
Sekarang ini, semua perkara kita boleh belajar melalui internet termasuklah bermain tenis dengan mempelajari
melalui video training dan sokongan melalui forum online.
Menakjubkan!

http://www.betterbadminton.com
Mungkin selepas ini jurulatih negara kita boleh mempertimbangkan untuk membuat training secara maya.
Sistem membership untuk siapa yang ingin belajar bermain badminton secara profesional. Cukup mudah!

http://www.howplaysoccer.com/
Bukan itu sahaja, nak belajar bermain bola sepak pun
boleh. Dunia sekarang ini memang cukup mudah.
Jadi, terserah kepada diri sendiri untuk gunakannya
ataupun tidak!

TUNGGU KEMUNCULAN

EDISI # 5 KOMIK NIAGA


JULAI INI!
UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT LANJUT
BERKENAAN PERNIAGAAN INTERNET
SERTA AKTIVITI-AKTIVITI YANG
KAMI ANJURKAN, ANDA DISARANKAN
UNTUK MELANGGAN NEWSLETTER
KAMI MELALUI LINK DI BAWAH

www.KomikNiaga.com

Ikuti perkembangan Matbiz


& Komik Niaga di Facebook!
http://www.facebook.com/KomikNiaga

Das könnte Ihnen auch gefallen