Sie sind auf Seite 1von 25

Konstruktivisme sebagai

Perspektif Kontemporari yang


dominan dalam pembelajaran
sains

Dibentangkan oleh
JAMALUDIN BIN MUSA



Pengertian Konstruktivisme
Konstruktivisime merupakan proses
pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun
dalam minda manusia. Unsur-unsur
konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah
pengajaran dan pembelajaran di
peringkat sekolah, maktab dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan
tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan
sekolah tidak boleh dipindahkan
daripada guru kepada guru dalam
bentuk yang serba sempurna. Murid
perlu bina sesuatu pengetahuan
mengikut pengalaman masing-
masing. Pembelajaran adalah hasil
daripada usaha murid itu sendiri dan
guru tidak boleh belajar untuk murid.
Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan
sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti
mental yang digunakan oleh murid
sebagai bahan mentah bagi proses
renungan dan pengabstrakan. Fikiran
murid tidak akan menghadapi realiti yang
wujud secara terasing dalam persekitaran.
Realiti yang diketahui murid adalah realiti
yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya
telah mempunyai satu set idea dan
pengalaman yang membentuk struktur
kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep
atau pengetahuan baru, guru harus
mengambil kira struktur kognitif yang sedia
ada pada mereka. Apabila maklumat baru
telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan
sebahagian daripada pegangan kuat mereka,
barulah kerangka baru tentang sesuatu
bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina.
Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang
terkemuka berpendapat bahawa
pembelajaran yang bermakna itu bermula
dengan pengetahuan atau pengalaman sedia
ada murid.

Pendapat ahli
Konstruktivisme
Rutherford dan Ahlgren berpendapat
bahawa murid mempunyai idea
mereka sendiri tentang hampir semua
perkara, di mana ada yang betul dan
ada yang salah. Jika kefahaman dan
miskonsepsi ini diabaikan atau tidak
ditangani dengan baik, kefahaman
atau kepercayaan asal mereka itu
akan tetap kekal walaupun dalam
peperiksaan mereka mungkin
memberi jawapan seperti yang
dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori
konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran sebagai proses menyusun
atau membina pengalaman secara
berterusan. Beliau juga menekankan
kepentingan penyertaan murid di dalam
setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan
dalam konstruktivisme fungsi guru akan
berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik
pengajaran dan pembelajaran, penilaian,
penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum.
Sebagai contoh, perspektif ini akan mengubah
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
menumpu kepada kejayaan murid meniru
dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh
guru kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
murid membina skema pengkonsepan
berdasarkan kepada pengalaman yang aktif. Ia
juga akan mengubah tumpuan penyelidikan
daripada pembinaan model daripada kaca mata
guru kepada pembelajaran sesuatu konsep
daripada kaca mata murid.

Perbandingan Objektivisme
Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini
adalah kebanyakannya merupakan
paradigma objektivisme. Paradigma
ini gagal menyelesaikan banyak
masalah dalam pendidikan.
Perbezaan antara objektivisme
dengan konstruktivisme adalah sangat
nyata. Objektivisme berdasarkan
tanggapan bahawa wujud
pengetahuan di luar persepsi
manusia.
Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah
untuk memastikan pengetahuan
disampaikan secara objektif. Proses
pembelajaran dalam paradigma ini
hanyalah untuk menyalarkan pengetahuan
dari pendidik kepada murid. Pengetahuan
sains dari perspektif konsruktivisme
adalah penjelasan paling sesuai untuk
menghuraikan fenomena yang
diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata
pemutus tentang apa yang perlu diajar dan
siapa yang patut mengajar adalah dibuat
oleh `pakar' yang semestinya mengetahui
segala-galanya. Ini menyebabkan ramai
murid tidak dapat melihat keperluan belajar
sebagaimana yang dilihat oleh pihak
`pakar'. Model autoritarian ini menjadikan
guru sebagai sumber pengetahuan dan
menjadikan guru sangat penting dalam bilik
darjah.Murid dan juga orang awam
beranggapan guru mempunyai segala
jawapan bagi semua masalah. Sistem ini
gagal melahirkan murid yang produktif dan
berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap
orang murid mempunyai peranan dalam
menentukan apa yang akan mereka pelajari.
penekanan diberi kepada menyediakan
murid dengan peluang untuk membentuk
kemahiran dan pengetahan di mana mereka
menghubungkaitkan pengalaman lampau
mereka dengan kegunaan masa depen.
murid bukan hanya dibekalkan dengan
fakta-fakta sahaja, sebaliknya penekanan
diberi kepada proses berfikir dan kemahiran
berkomunikasi
Selepas satu sesi perbincangan murid
bersama sama menentukan perkara
penting yang harus dipelajari dan tujuan
mempelajarinya. Dalam proses ini murid
akan mengalami prosedur yang digunakan
oleh seorang saintis seperti
menyelesaikan masalah dan memeriksa
hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma
konstruktivisme, guru perlu mengubah
peranannya dalam bilik sains. Guru
mungkin akan berperanan sebagai pelajar
atau penyelidik. Dengan cara ini, guru akan
lebih memahami bagaimana murid
membina konsep atau pengetahuan.
Justeru itu guru akan memperolehi
kemahiran untuk membina dan
mengubahsuai kefahaman serta
berkomunikasi dengan orang lain. Guru
akan memahami bahawa proses
pembinaan dan pengubahsuaian konsep
merupakan satu proses berterusan dalam
kehidupan
Dalam paradigma konstruktivisme, murid
menganggap peranan guru sebagai salah
satu sumber pengetahuan dan bukan
sebagai seorang yang tahu segalanya.
Mereka menganggap pengetahuan
sebagai suatu yang boleh disesuaikan dan
boleh berubah. Mereka juga sedar
bahawa mereka bertanggungjawab
terhadap diri sendiri untuk menggunakan
pelbagai cara bagi memproses maklumatt
dan menyelesaikan masalah. Dalam erti
kata lain, guru adalah berperanan sebagai
seorang fasilitator dan pembimbing.
Hubungan guru dengan murid boleh
diumpamakan sebagai hubungan di antara
bidan dengan ibu yang melahirkan anak.
Guru bertanggung jawab membimbing dan
membantu murid mempelajari sesuatu
pelajaran dengan bermakna. Guru tidak
boleh belajar untuk murid. Murid yang
membina fahaman sendiri.Kebanyakan
teknik penilaian sekarang adalah
berdasarkan paradigma objektivisme.
Dalam pengujian yang dijalankan, murid
akan diuji sama ada dia dapat memberikan
jawapan yang dikehendaki oleh
penggubal soalan. Mereka juga dianggap
mempunyai tafsiran yang sama dengan
penggubal soalan tentang apa yang
dikehendaki dalam soalan. Oleh yang
demikan, soalan-soalan ujian tidak
sebenarnya menguji kefahaman dan
pengetahuan murid, tetapi hanya menguji
kemahiran murid untuk membekalkan
jawapan yang dikehendaki oleh penggubal
soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian
harus merangkumi cara menyelesaikan
masalah dengan munasabah dan
pengetahuan. Antara teknik-teknik
penilaian yang sedemikian ialah peta
konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi
dan ujian berpasukan.Pandangan ahli
konstruktivisme terhadap disiplin di dalam
kelas adalah berbeza dengan ahli
objektivisme. Ahli konstruktivisme
menganggap peranan guru adalah sebagai
pengurus kelas dan boleh menangani hal-
hal disiplin murid dengan sempurna.
murid diterima sebagi individu yang
mempunyai ciri-ciri perlakuan yang
berbeza di mana setiap individu itu
diangap penting dalam proses
pembelajaran dan perlu diberi perhatian
yang wajar. Mereka diberikan peluang
untuk membuat keputusan sendiri tentang
perkara-perkara yang akan mereka
pelajari. Melalui proses ini, mereka akan
lebih prihatin, bertanggungjawab dan
melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
mereka
Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat
bahawa guru harus berperanan sebagai
pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada
pilihan kecuali menurut peraturan dan
undang-undang yang ditetapkan. Mereka
yang ingkar akan didenda.Pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan
konstruktivisme memberi peluang kepada
guru untuk memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan
menentukan sendiri masa yang diperlukan
untuk memperolehi sesuatu konsep atau
pengetahuan.
Di samping itu, guru dapat membuat
penilaian kendiri dan menilai kefahaman
orang lain supaya kefahamannya tentang
sesuatu bidang pengetahuan dapat
ditingkatkan lagi.

Perbandingan Objektivisme Dengan
Konstruktivisme Dalam Pendidikan


Objektivisme Konstruktivisme
Tanggapan
Utama
Pengetahuan wujud
bebas dari
persekitaran
dalaman dan luaran
pelajar
Pengetahuan bukan
objektif, apa yang kita
benar-benar tahu dan
faham hanyalah
persepsi kit. Ia
ditentukan oleh kita
semua. Pengetahuan
tidak mempunyai
struktur mutlak





Kesan
Guru menolong
murid membina
pengetahuan dan
rangka konteks di
mana ia wujud.
Mereka mengguna
analogi, contoh dan
pelbagai kaedah
mengingat. Mereka
tanya soalan untuk
membantu murid
Guru menolong murid
membina kefahaman baru
dan menolong murid
merakamkannya ke dalam
struktur kognitif sedia ada.
Mereka melakukannya
dengan menolong murid
membentuk analogi, contoh
dan kaedah mengingat
murid sendiri, dan guru
menolong murid
membentuk soalan yang
perlu ditanya bagi
membimbing mereka ke
arah kefahaman yang lebih
tinggi






Respon Guru
"ada perkara yang
anda hendak tahu
dan saya akan ajar
kepada anda apa
yang saya tahu"
"Saya ajari ini,
mereka belajar ini"
"Pelajar ini
sungguh bijak,
mereka belajar apa
saja yang saya
ajarkan"
"Ada perkara yang
anda hendak tahu
dan saya akan
tolong anda
mengetahui
bagaimana anda
boleh belajar
mengenainya"
"Saya ajar ini,
mereka belajar itu"
"Pelajar ini
sungguh bijak,
mereka belajar
perkara yang saya
tidak pernah
rancang untuk ajar
mereka"



TAMAT

Das könnte Ihnen auch gefallen