Sie sind auf Seite 1von 3

2

2.0 ISU TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID



Pada tahun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan satu projek rintis
Program Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti
tanda-tanda tekanan, keresahan dan kemurungan. Dapatan yang diperoleh menerusi projek
tersebut medapati bahawa murid-murid sekolah di Malaysia mengalami tahap tekanan emosi
yang tinggi (Hakimi Ismail, 2011). Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan Menteri Kesihatan
pada masa itu menyatakan bahawa daripada 6540 orang murid yang telah disaring, 17.1
peratus daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan
yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk. Projek rintis ini telah dijalankan sekitar Mac 2011
yang lepas dan melibatkan hampir enam buah sekolah di enam negeri. Dapatan daripada
program ini ternyata agak membimbangkan dan Datuk Seri Liow Tiong Lai berharap agar
program ini diperluaskan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Perkara ini penting demi
meningkatkan kesejahteraan emosi dan mental murid serta sebagai persediaan awal kepada
murid sekolah tentang bagaimana menangani stres.
Masalah tekanan emosi dalam kalangan murid bukan sahaja berlaku di negara kita, malah
isu ini juga sudah tidak asing lagi di luar negara. Berdasarkan data yang dikumpul oleh Pusat
Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Amerika Syarikat tahun 2005 hingga 2011, didapati
bahawa kanak-kanak sekitar usia 3 hingga 17 tahun menghadapi pelbagai gejala akibat
daripada tekanan emosi yang tidak diurus dengan baik. Data yang dikumpulkan menunujukkan
sejumlah 6.8 peratus daripada mereka dikesan menghidapi ADHD, 3.5 peratus daripadanya
pula bermasalah dalam tingkah laku seharian, 3.0 peratus lagi sentiasa keletihan dan 2.1
peratus lagi berhadapan dengan masalah kemurungan berpanjangan (McLaughlin & Christner,
2009). Sementara itu kajian di yang dijalankan oleh Persatuan Psikologi Amerika pada tahun
2009 juga mendapati hampir 44 peratus daripada 536 orang murid sekolah dalam lingkungan
usia 8 hingga 12 tahun mengalami tekanan emosi di sekolah (Munsey, 2010). Peratusan ini
dikhuatiri semakin meningkat tahun demi tahun memandangkan pelbagai cabaran yang perlu
dihadapi oleh golongan ini demi bersaing dan memenuhi kehendak semasa.
Masalah tekanan emosi dalam kalangan murid ini juga turut berlaku di sekolah tempat saya
menjalani latihan internship. Maklumat ini telah saya perolehi sendiri daripada Guru Bimbingan
dan Kaunseling di sekolah tersebut Puan Nur Qisna Binti Alias yang menceritakan sendiri
pengalaman beliau mengendalikan kes tekanan emosi yang berlaku di sekolah itu. Antara kes
3

yang paling diingatinya ialah kes konflik diri yang dialami oleh salah seorang murid di sekolah
tersebut beberapa tahun lalu. Murid tersebut merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik
beradik dan sering dibebani dengan pelbagai tugasan di rumah kerana bapanya bertugas
mengikut shift manakala ibunya pula hanya akan berada di rumah selepas jam 10 malam.
Abang dan kakaknya pula tinggal di asrama. Dia yang berada di Tahun 6 merupakan seorang
murid yang pandai tetapi sering mendakwa dirinya tidak disayangi oleh kedua-dua ibu dan
bapanya. Ibu dan bapanya juga sering bertengkar terutama sekali berkaitan kewangan. Dia
turut mendakwa dirinya sering menjadi mangsa kesalahan orang lain dan tidak pernah
berpeluang untuk membela diri kerana ibu bapanya tidak ada masa untuk mendengar apa yang
ingin diperkatakan. Ekoran daripada tekanan emosi yang dialaminya, dia menjadi seorang yang
cepat marah dan sentiasa kelihatan resah terutama sekali apabila berhadapan dengan
masalah. Pada waktu-waktu tertentu dia juga akan bertindak menggores-gores pada lengannya
hingga mendatangkan kecederaan.
Pada tahun 2007, negara telah digemparkan dengan kematian seorang murid lelaki
berbangsa India yang dipercayai membunuh diri akibat tekanan emosi yang dihadapinya
(Utusan Malaysia, 2007). Mangsa yang merupakan seorang murid tahun enam dari Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sempah Nibong Tebal, Pulau Pinang dipercayai
membunuh diri akibat kecewa dengan keputusan UPSR nya. Dia yang sebelum ini
menjangkakan untuk mendapat 4A hanya memperolehi 4B, 2C dan 1D dalam peperiksaan
tersebut. Tanpa diduga oleh ahli keluarganya mangsa dijumpai tergantung pada jeriji tingkap
bilik tidurnya dengan sehelai kain selimut. Anak kedua dari lima beradik itu ditemui oleh
kakaknya selepas dia didapati tidak keluar bermain-main dengan adik beradiknya yang lain.
Menurut bapa mangsa, selepas mendapat keputusan UPSR pada 15 November 2007, mangsa
kelihatan murung dan sedih kerana tidak mendapat keputusan seperti yang diharapkan iaitu
sekurang-kurangnya 4A. Tindakan nekad mangsa menggantung dirinya ekoran daripada
tekanan emosi yang dialami membuatkan ahli keluarga mangsa berasa amat sedih dan terkejut.
Berdasarkan bukti-bukti yang dinyatakan sebentar tadi, jelas menunjukkan bahawa masalah
tekanan emosi dalam kalangan murid berada dalam tahap yang sangat serius bukan sahaja di
peringkat negara kita, malah di peringkat antarabangsa. Sebagai seorang bakal guru saya akui
bahawa sedikit sebanyak timbul perasaan bimbang dan takut dalam diri saya sekiranya perlu
berhadapan dengan kes-kes seperti ini. Saya juga terfikir adakah ilmu dan pengalaman saya
yang sangat sedikit ini mampu untuk membantu saya menangani masalah emosi yang dihadapi
oleh murid saya kelak. Atau dalam situasi yang lebih teruk lagi, adakah saya akan menjadi
4

salah satu penyebab kepada tekanan emosi dalam kalangan murid saya? Dalam usaha
menjadi bakal guru yang cemerlang saya telah cuba mempraktikkan segala ilmu pedagogi yang
dipelajari dalam mendidik anak-anak murid saya semasa menjalani latihan praktikum dan
internship di sekolah. Saya juga telah mendapatkan nasihat dan pendapat daripada guru-guru
yang berpengalaman berkenaan dunia pendidikan agar lebih bersedia untuk menghadapi dunia
pendidikan yang sememangnya penuh dengan cabaran. Walaupun saya tidak pernah
berhadapan dengan sebarang kes yang membabitkan murid dan tekanan emosi sepanjang
mengajar di beberapa buah sekolah sebelum ini, namun saya dapat merasakan betapa
beratnya tugas guru yang diberi amanah untuk menyelesaikan masalah seperti ini. Oleh itu,
adalah sangat tidak adil sekiranya ibu bapa dan masyarakat bertindak menuding jari kepada
golongan pendidik semata-mata berhubung masalah ini.

Das könnte Ihnen auch gefallen