Sie sind auf Seite 1von 1

1.

0 ARTIKEL
ARKIB : 02/09/2011
Guru kerja luar semakin serius, kementerian perlu kaji
KUALA LUMPUR 1 Sept. Kementerian Pelajaran perlu melakukan pemantauan yang menyeluruh
berhubung fenomena guru membuat kerja luar kerana ia boleh mengganggu dasar pendidikan
negara.
Sambil menyifatkan fenomena itu semakin serius kebelakangan ini, Pensyarah Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Anuar Ahmad berkata, Kementerian Pelajaran
juga perlu menjalankan kajian mengenai perkara itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Oleh kerana tiada data yang dapat membuktikan hal ini berlaku, sukar untuk Kementerian
Pelajaran mengambil langkah mengatasinya.
Pihak persatuan guru juga pasti akan menafikannya tetapi cubalah bertanyakan kepada ibu
bapa kerana sebahagian besar daripada rungutan mengenai perkara ini datangnya daripada
mereka, katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Menurut Anuar, antara kerja luar yang sinonim dengan guru adalah mengajar di kelas tuisyen
berbayar, terlibat dengan perniagaan skim piramid (MLM), menjadi ejen insurans serta pelbagai
produk seperti pakaian, aksesori perhiasan dan barangan kecantikan.
Katanya, disebabkan komitmen pemikiran, masa dan tenaga lebih terarah kepada kerja luar, ada
guru yang mengabaikan tugasan hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Akibatnya guru-guru ini secara fizikalnya akan menjadi letih dan tiada masa untuk membuat
persediaan pengajaran.
Tidak hairan selepas 13 tahun anak-anak kita di sekolah rendah, namun masih belum
berkeupayaan untuk menulis walau hanya sebaris ayat bahasa Inggeris dengan lengkap, katanya.
Apa yang membimbangkan, kata Anuar, disebabkan sistem pendidikan negara tidak membenarkan
ulangan kelas, pelajar yang gagal menguasai pelajaran juga akan tetap mengikuti kenaikan kelas.
Ditanya adakah faktor gaji menjadi penyebab utama, Anuar berkata, skim gaji guru ketika ini
sebenarnya masih boleh memenuhi semua keperluan hidup dengan baik dan berkualiti.
Tetapi ada guru yang masih belum berpuas hati bila membandingkan pendapatannya dengan
eksekutif di sektor korporat yang berpendapatan berlipat kali ganda.
Apa yang lebih diperlukan ialah memastikan setiap guru benar-benar memahami
tanggungjawab mereka, katanya.

Artikel
Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0902&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri
&pg=dn_18.htm#ixzz3A8TcKWzN
Utusan Melayu (M) Bhd

Das könnte Ihnen auch gefallen