Sie sind auf Seite 1von 12

DEFINISI DAN PENGERTIAN BUDI BAHASA

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata,kelakuan,sopan santun dan


tatatertib,akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata
mulia,dengan kata lain,setiap gerak laku,tutur kata,tata hidup,pemikiran dan perasaan
baik terhadap orang lain. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi
ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan
atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.Bagi masyarakat Melayu amnya,
perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang
diberikan kepada individu yang lain. Lazimnya,orang yang menaburkan budi tidak
mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau material,
mestilah diberi dengan ikhlas jika ingin diberkati ALLah SWT. Orang yang menerima
budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi diterima
dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.

DEFINISI KESANTUNAN
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada kesantunan
berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval seperti tingkah
laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975) mendefinisikan
kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu
interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa kesantunan berlaku
apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan
hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu, kesantunan dianggap sebagai
usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar (Brown dan Levinson, 1987). Dalam konteks kesantunan berbahasa pula,
Asmah Hj. Omar (2000) mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang
tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak
pendengar. Keadaan yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang
harmoni antara penutur dan pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar
sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adab resam, malah diperkukuh
oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang
berbunyi: Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah. Jadi, konsep
kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek berbahasa dan
perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep keihklasan. Seseorang itu
boleh menuturkan kata-kata yang indah atau menunjukkan tingkah laku yang sopan
dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan tersebut belum pasti menggambarkan
keihklasannya. Manusia boleh bertopeng dengan pelbagai wajah untuk mencapai
hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada sesiapa yang tahu. Nilai merujuk kepada
sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip yang memberikan arahan dan
menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran manusia dalam mengatasi masalah
(Kluckhon dan Strodtbeck (1961).
Nilai menjadi ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh
sesuatu perlakuan berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat
(Wan Abdul Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri
mengungkapkan kata panggilan aku dan kamu dalam perbualan mereka. Perlakuan
yang demikian dianggap tidak santun. Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian
yang sangat erat. Seseorang itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai
yang baik apabila bercakap menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu
meletakkan dirinya dalam sesuatu majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai
perlakuan dapat digambarkan dalam ungkapan berikut, sebagai contoh, marilah kita
sama-sama meneliti petikan yang berikut ini:

Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak. Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah. Kau dah pulang
Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut. Eh, masih bersih
kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah, kata ibunya di muka pintu.
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat
manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar
menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya
bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga. Dia meletakkan kasutnya
dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat daripada tong. Tempat itu dibuat
oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya teratur rapi. Ternyata ibunya amat
mementingkan kebersihan dan kesempurnaan. Emak! Esok Hari Guru di sekolah
Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi
yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan
harapannya itu. Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh
selera. Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya
untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai. Rizal nak nasi lagi?
tanya Ramli. Tak nak, bang. Ijai dah kenyang, jawab adiknya membahasakan Ijai
sebagai nama timang-timangan.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)

Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk
perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa.

(a) Perlakuan Bahasa
i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan
Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta.
Pelajaranlah harta buatmu, nak.
ii) Kata-kata pujian
Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,
iii) Kata panggilan yang sesuai
Rizal nak nasi lagi? tanya Ramli.
Tak nak, bang. Ijai dah kenyang, jawab adiknya membahasakan Ijai
sebagai nama timang-timangan.


(b) Bukan perlakuan bahasa
i) Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
ii) Air muka/ raut wajah
wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa
ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik
senyumannya.
iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan
nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.

Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal

Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai kematian
Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.
Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu hubungan
yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik antara manusia
dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik antara manusia
dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telah mengamalkan kesantunan jika
tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik antara kita dengan Pencipta.











Tutur kata,kelakuan,sopan santun dan
tatatertib,akal kebijaksanaan dan
perbuatan kebajikan tercantum dalam
kata-kata mulia,dengan kata lain,setiap
gerak laku,tutur kata,tata
hidup,pemikiran dan perasaan baik
terhadap orang lain
Menurut kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan
keenam 2002(m/s180), budi
didefinisikan sebagai
akal,kebijaksanaaan atau sifat baik,
perbuatan baik dan kebajikan
Bagi masyarakat Melayu amnya,
perkataan budi itu membawa pelbagai
maksud antaranya jasa dan sumbangan
yang diberikan kepada individu yang
lainu
Lazimnya,orang yang menaburkan budi
tidak mengharapkan balasan. Orang
yang menerima budi pula tidak dituntut
untuk membalas budi yang
diterima,memadai budi diterima dengan
penuh ikhlas dan kesyukuran.
Definisi
budi
bahasa


definisi kesantunan
Tidak merujuk kepada kesantunan berbahasa semata-
mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval
seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara.
Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai
perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam
sesuatu interaksi.
Dalam masyarakat Melayu,
kesantunan bukan sahaja
merujuk kepada latar sosio
budaya msayarakatnya
yang berpegang pada adab
resam, malah diperkukuh
oleh pegangan Islam yang
dianuti. Hal ini tergambar
dalam perbilangan adat
yang berbunyi: Adat
bersendikan hukum,
hukum bersendikan kitab
Allah. Jadi, konsep
kesantunan tidak lengkap
jika perbincangannya
terbatas kepada aspek
berbahasa dan perlakuan
semata-mata, jika tidak
dikaitkan dengan konsep
keihklasan
Dalam konteks
kesantunan berbahasa
pula, Asmah Hj. Omar
(2000) mengaitkannya
dengan penggunaan
bahasa sehari-hari
yang tidak
menimbulkan
kegusaran, kemarahan
dan rasa tersinggung
daripada pihak
pendengar. Keadaan
yang demikian akan
menimbulkan suasana
hubungan yang
harmoni antara penutur
dan pendengar
Fraser dan Nolan
(1981) pula
menyatakan bahawa
kesantunan berlaku
apabila kontrak
perbualan digunakan
oleh penutur dan
pendengar bagi
mengekalkan
hubungan yang
harmoni dalam
komunikasi
kesantunan
merangkumi dua
bentuk hubungan,
iaitu hubungan yang
baik antara manusia
dengan manusia dan
hubungan yang baik
antara manusia
dengan Pencipta
CIRI-CIRI ORANG BERBUDI BAHASA

CIRI-CIRI PENERANGAN
Bertimbang rasa Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada
sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.
Bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak
menyinggung perasaan orang
memahami pendapat yang berbeza dan belajar
menyesuaikan diri dengan orang lain
Bertoleransi bersikap sabar
sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan,
fikiran dan kepercayaan orang lain
Bertolak ansur tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi
sebelah pihak semata-mata
tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
mudah memaafkan kesalahan orang lain
Bersopan santun lemah-lembut
tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong
dalam pergaulan dengan orang lain
perilaku yang sopan
Ramah mesra mudah diajak berunding
mesra dan memberi senyuman
penyabar dan tidak emosional
Tidak mementingkan
diri sendiri
tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi
kepentingan orang lain juga
selalu tolomg menolong antara satu sama lain
memberi bantuan kepada orang yang memerlukankan
bantuan

CIRI-CIRI KESANTUNAN BAHASA

1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya
tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.

2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau
kesopanan ketika menggunakan bahasa.

3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan
panggilan yang tersendiri.

4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat
dan ganti nama.

5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata
dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat,
umur, dan keakraban hubungan.

6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang
penuh dengan adab tata tertib.

7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk
di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik,
tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya.

8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa.
Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur
dan keakraban hubungan.

9. Contoh :
Pak Digunakan untuk orang lelaki yang sama sebaya dengan ayah kendiri.
Mak Digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak
kendiri
Tok Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya
dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga
tidak semua kendiri.
Kakak Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan
juga tidak semuda kendiri.
Adik Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda
daripada kendiri.

10. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik
atau Pak Cik.

11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada :

i) Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah,
Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak
Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan
jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long,
Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah,
Bang Cik dan Kak Cik.
ii) Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan.
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak
Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-
ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua.
Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar
dan sebagainya.

12. Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin,
manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal).
Tuan digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri,
dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya,
daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri,
dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan
sebagainya.
Saudara digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur
dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat
dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam
mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan
penggunaan gelaran saudara.
Tetuan hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik
atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti:
Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran
Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang
besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,
Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku,
Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun
(Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah
pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke
dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia
seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku(Aceh).

15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka,
Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang
dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di
Terengganu).
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti
Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

16. Gabungan Gelaran :
i) Kekeluargaan + keagamaan. Pak Haji
ii) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. Tuan Haji
iii) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
iv) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku,
Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
v) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh:
Tuan Haji Nik
vi) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
vii) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan
Sri Prof. Raja Haji Osman

17. Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja
Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku
Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat
Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan
Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran
Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan
kerajaan (selain Tun dan Toh Puan)
atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha

Das könnte Ihnen auch gefallen