Sie sind auf Seite 1von 30

ALAT MUZIK MELAYU

GAMELAN
Gamelan merupakan himpunan alat muzik
seperti bonang, gambang, gendang dan
gong. Perkataan 'gamelan' berasal daripada
perkataan Jawa iaitu 'gamel' yang
bermaksud memukul atau tukul. kemudian
gamelan diperkenal kan ke pahang dan
seterusnya ke Terengganu.
Alat-alat gamelan:


BONANG:
Bonang merupakan alat terpenting dalam
muzik gamelan, berfungsi sebagai intro lagu.
Bonang dimainkan dengan menggunakan
pengetuk kayu yang hujungnya berbalut.




GAMBANG:
Merupakan alat muzik yang diperbuat dari
kayu keras, mempunyai 21 keping kayu
berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu
berbeza ketebalan dan panjang. biasanya
dimainkan menggunakan 2 bilah kayu
pengetuk yang dipanggil 'mallet'. cara
memainnya dengan mengetuk menggunakan
kedua-dua belah tangan serentak.




KENONG:
Kenong menyerupai gong tapi lebih nipis,
bulat dan kecing berbanding gong. Alat ini
diletakkan di atas tali yang diikat pada kayu
yang diperbuat daripada kayu keras untuk
menghasilkan bunyi yang merdu setelah
diketuk. Alat pengetuk yang digunakan sama
sepeti pengetuk bonang.




SARON
Saron terdiri daripada bilah-bilah yang
disusun di atas tapak kayu. terdapat 3 jenis
saron iaitu saron demong, saron penerus
dan saron peking.


GENDANG:
Gendang merupakan satu alat yang penting
dalam setiap persembahan gamelan, ibarat
tidak lengkap sesebuah persembahan
gamelan tanpa gendang malah pincang.

GONG:
Berperanan seperti tulang belakang dalam
persembahan gamelan.

***************************************************
*************
*************************


NOBAT

Nobat adalah sejenis pancaragam DiRaja
yang hanya dimainkan di istana dan pemain
muziknya pula hanya boleh terdiri daripada
orang-orang tertentu sahaja. Sejak berabad,
nobat hanya sinonim di telinga penduduk
yang tinggal di sekitar kawasan nobat sering
dimainkan seperti Alor Setar, Kuala Kangsar,
Kelang dan Kula Terengganu. Manakala
masyarakat luar tidak banyak yang
mengetahui mengenai Nobat. Bertitik tolak
daripada ini, Yang DiPertuan Agong pertama
yang dilantik selepas negara mencapai
kemerdekaan iaitu yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan telah mengistiharkan muzik
Nobat sebagai muzik istana. Nobat telah
dimainkan di istana negara sebagai
pengesahan kepada pertabalan itu. Sejak itu
Nobat mula dikenali masyarakat umum.
ALAT-ALAT NOBAT:
SERUNAI

Alat ini bebentuk seperti 'flute'. Menurut
seorang pemain Nobat, batang serunai ini
diperbuat daripada batang pokok cili padi
dengan tujuan untuk memerdukan lagi
bunyinya. Bahagiannya diperbuat daripada
salutan perak dan sisinya daripada suasa.
Lidah serunai ini diperbuat daripada daun
thai. Ukur panjang serunai ini adalah 43 cm.
Mempunyai tujuh lubang dipermukaan atas
batang serunai dan satu lubang kecil
dibawahnya. Lubang ini akan menentukan
not lagu apabila dimainkan.

GENDANG IBU DAN GENDANG ANAK


Ukur panjang gendang ini adalah 20'
bersamaan dengan 50 cm. Manakala lebar
mukanya 7' jejari. Ia diperbuat daripada kayu
yang baik dan tahan lasak untuk
mengeluarkan bunyi yang baik. Ia
menggunakan kulit harimau di sebelah kanan
dan kulit kambing di sebelah kiri.

Permukaan kulit kiri dimainkan dengan
tangan manakala sebelah kanan pula
dimainkan dengan paluan kayu Kemuning.

Kedua-dua jenis gendang ini mempunyai tali
yang memudahkannya untuk digalas ke
tempat-tempat permainan. Di sekeliling
gendang tersebut dililit dengan rotan kertas
sepanjang 1 kaki. Alat ini dibalut dengan kain
berwarna kuning.
NAFIRI

Alat ini berbentuk yang panjangnya 33 cm.
Nafiri diperbuat daripada perak tulen. Ia
mempunyai Temeluk yang terdapat pada dua
bahagian berbentuk seperti buah 'kandis'.
Bahagian serombong Nafiri ini agak leper
dan berbunga-bunga.

GONG

Alat ini diperbuat daripada tembaga merah
daripada tanah Jawa. Batang pemukul gong
ini diperbuat daripada kayu keras yang kuat
dan disalut dengan kain kuning. Gong ini
digantung pada satu tempat khas dinamakan
cagak. Luas pemukaan gong ini adalah
kira-kira 18' dengan bahagian tengahnya
membonjol keluar.


NAKARA

Gendang satu muka berukuran 12 inci
panjang dan berukuran lilit 36 inci. Badannya
diperbuat dari kayu merbau yang berongga
dan permukaannya ditutup dengan kulit
kijang.
Nahara dimainkan dengan memalu
permukaan dengan dua batang rotan halus
berukuran 17 inci panjang. Semasa
dimainkan sebatang kayu anggaran 70 inci
panjang yang dibalut dengan kain baldu
kuning diletakkan di bawah nahara supaya
permukaan nahara mudah dipalu.
***************************************************
*************************
************************************

ALAT MUZIK INDIA
KANJIRA

Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin.
Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-
akan sama dengan alat tamborin barat yang
terdiri daripada rangka bulat diperbuat
daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-
kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan
kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga
berfungsi seakan-akan alat muzik kompang
atau tar disesetengah tempat.

CHENDA

Merupakan alat perkusi berbentuk silinder
yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini
digunakan dalam aktiviti kesenian dan
keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini
dipersembahkan dengan iringan alat-alat
muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam
dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti
pemujaan di negeri Kerala. Chenda
digantung pada pemain gendang supaya ia
tergantung tegak dengan bahagian atas
gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain
menggunakan 2 kayu pemukul untuk
memukul bahagian atas gendang tersebut.
Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu
Chenda (untuk bermain pelbagai variasi),
Veeku Chenda (untuk memainkan irama
asas) dan Acchan Chenda.


MRDANGAM

Mrdangam dimainkan dengan
meletakkannya secara selari di atas lantai.
Pemain akan memalu permukaan yang kecil
dengan tangan kanan, manakala memalu
permukaan besar dengan tangan kiri.
Mridangam diletakkan di atas kaki kanan dan
buku lali.Kaki kanan dilunjurkan sedikit
manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan
diletakkan pada rangka badan mridangam
serta bertentangan dengan badan pemain.

VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan
merupakan salah satu daripada alat muzik
yang tertua di India. Untuk memainkan alat
muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan
untuk menutup dan membuka lubang pada
venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai
saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu
Krishna yang selalu digambarkan sedang
memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik
venu ini boleh menghasilkan bunyi dua
setengah oktaf yang bersifat monofoni
seperti suara manusia. Dalam memainkan
alat muzik ini, jari amat berperanan penting
dalam menutup dan membuka lubang agar
menghasilkan bunyi yang menarik dan
penting dalam persembahan berdasarkan
muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik
yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini
tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan
bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat
didunia. Alat muzik ini mempunyai
persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang
terdapat di utara India tetapi memiliki saiz
yang lebih besar dengan badannya diperbuat
daripada kayu teguh dan loceng yang besar.
Alat ini juga ada yang diperbuat daripada
kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang
pada badannya, dan lima lubang yang
terdapat pada bahagian bawahnya yang
dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA


Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat
muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai
saraswati veena kerana mengambil sempena
nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu
digambarkan sedang bermain alat muzik ini
dan terkenal dalam masyarakat India. Selain
alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi
alat muzik veena yang terkenal di India iaitu
Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana
kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam
persembahan klasik Hindu, namun begitu
hanya alat muzik saraswati veena sahaja
digunakan dalam persembahan muzik
karnatak di India.

ALAT MUZIK KLASIK INDIA YANG LAIN,
ANTARANYA:

TAMPURA (4TALI) SITAR (5-
7 TALI)

TABLA

***************************************************
*******************
************************************
ALAT MUZIK SARAWAK

Muzik ini boleh didefinasikan sebagai salah
satu seni yang dihasilkan sama ada secara
individu atau berkumpulan. Ianya dapat
dimainkan dengan pelbagai jenis alat
muzik. Diantara alat-alat muzik yang
diperkenalkan adalah seperti berikut:


TAWAK

Dibuat dari perunggu berbentuk bulat.
Dindingnya tebal, berbusut di tengah-
tengah bahagian permukaannya. Ia
juga berpasangan (ibu dan anak). Bagi
tetawak ibu bunyinya rendah dan
bergema manakala tetawak anak, nada
bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat
menghasilkan bunyi seperti 'chak,
dong, peng'.


SAPE


Berbentuk seperti gambus panjang
bertali empat. Badannya panjang dan
berbentuk hampir empat segi dan
diperbuat dari kayu jokuvang.
Dipermukaan sapeh ini kebiasaannya
didapati ukiran bermotif orang Iban
Sarawak serta diwarnakan samada
merah atau hitam.

ENGKROMONG


Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentuk periok. Berbusut di tengah
permukaannya. Lapan buah gong bagi satu set diatur berbaris di atas para yang
panjang. Semua alat-alat muzik ini dimainkan oleh kaum lelaki.
Walaubagaimanapun ada sebahagian kecil alat-alat muzik ini dimainkan serta
dipratikkan oleh kaum wanita khususnya warga tua masyarakat Iban. Selain daripada
dimainkan untuk hari perayaan mereka, iaitu Hari Gawai ia juga dipamerkan
kepada orang ramai terutama para pelancong yang ingin mengetahui kebudayaan
seni muzik masyarakat Iban khususnya dinegara ini.

**********************************************
*******************************

ALAT MUZIK SABAH
Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai
contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat
daripada buluh.
Alat lain seperti gambus, kompang dan
gendang diperbuat daripada kulit kambing.
Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu
lembut dan menyerupai gitar panjang bertali
tiga yang dibuat daripada giman, sejenis
gentian pokok palma. Alat-alat muzik di
Sabah, dikelaskan kepada ;


Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang
atau gagayan)
Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau
dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan)
Membranofon -(kompang,gendang
atau tontog).


GONG
Gong merupakan tulang belakang dalam
kebanyakan arena permainan muzik dan
ianya digunakan dalam hampir kesemua
upacara sosial.
Bilangan gong yang dimainkan bersama
berbeza-beza mengikut keperluan
masyarakat setempat. Satu atau dua buah
gendang juga sering dipalu bersama untuk
menseragamkan iramanya.
Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah
dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga
digunakan sebagai hantaran berian, upacara
kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan
pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini
suku kaum Rungus di Kudat ada membuat
gong yang dibentuk dari kepingan besi
galvanic yang dibeli di sini.
Gong yang lebih popular mempunyai dinding
yang tebal, bibir yang dalam serta tombol
yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia
atau Berunei.



BUNGKAU
Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis
pokok palma yang dikenali sebagai polod
oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk
mengukir bentuknya, ianya memerlukan
tangan yang halus dan mahir. Alat ini
lazimnya ditemui di kawasan-kawasan suku-
kaum Dusun.
Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat
ini digetarkan dengan memukulnya dengan
ibu jari. Getaran kepingan kayu ini
menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan
meletakkannya di hadapan mulut sipemain
boleh membesarkan bunyinya melalui salun
(bunyi yang berbalik).
Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan
dengan mengubah mulut serta kedudukan
lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya
disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar
ianya tidak rosak dan sentiasa dalam
keadaan bersih.


SOMPOTON (Erofon)
Organ mulut merupakan alat yang sangat
menarik di antara alat-alat musik tempatan di
Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah
labu yang kering dengan lapan batang paip
buluh yang disusun dalam dua lapisan.
Salah satu daripada paip ini tidak
mempunyai bunyi dan berfungsi untuk
memperseimbangkan kedudukan bentuk alat
tersebut. Dengan meniup atau menyedut
mulut labu, sipemain boleh menghasilkan
satu bunyian harmoni yang merdu.
Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam
Bungkau) diletakkan pada dasar tiap-tiap
tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut
dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu
kemudian ditampal dengan lilin lebah.
Kepingan kecil polod diletakkan di dalam
labu dan menambah salun alat yang baru
disiapkan.
Paip-paip buluhnya diikatkan bersama
dengan rotan yang telah diraut nipis.
Semada memainkan sompoton, seseorang
pemain menutup dan membuka tiga daripada
empat paip terpendek pada hujungnya
dengan tiga jari tangan kanan dan tiga
lubang kecil pada dasar paip terpendek serta
hadapan dan belakang paip yang lebih
panjang dengan jari tangan kiri.
Sompoton ini boleh dimainkan secara
perseorangan untuk hiburan persendirian
atau dalam kumpulan untuk mengiringi
tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum
Kadazandusun.


TOGUNGGAK (idiofon)
Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku
kaum Murut, Togunggak di kalangan suku
kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di
Penampang., idiofon bambu paluan ini
dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring
tarian atau perarakan di pesta-pesta.
Satu set alat-alat muzik ini merangkumi
enam (togunggu') hingga tiga puluh
(tagunggak) buah, bergantung kepada suku
kaum. Muzik yang dikeluarkan menyerupai
satu set gong sesuatu kumpulan, dengan
setiap idiofon diselaraskan bunyinya
mengikut gong sebenar yang dimainkan.


KULINTANGAN (Idiofon)
Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat
Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara
tradisional ianya juga digunakan oleh suku
kaum Bajau dan beberapa suku
Dusun/Kadazan.
Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis
dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan
upacara keagamaan, di mana ianya diiringi
oleh gong-gong tradisional.
Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah
gong-gong cerek yang kecil. Setiap
daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian
yang berbeza-beza apabila dipukul.
Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun
dalam satu barisan di atas sebuah rangka
kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di
atas lantai berhadapan dengan barisan gong
sambil memukulnya dengan dua pemukul
kayu kecil.


SUNDATANG
Diperbuat dari kayu bernama tembailing atau
kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali
loyang diperbuat dari akar polo
Di Tambunan ianya dimainkan untuk
mengiring tarian sundatang magarang. Ianya
dimainkan juga untuk hiburan persendirian
dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh
suara.

Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan
nada tali-talinya dibetulkan dengan
memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini.

***************************************************
***************
**********************************


ALAT MUZIK CINA




KUMPULAN PEMUZIK TRADISIONAL CINA -
PETER TANG


ERHU

Das könnte Ihnen auch gefallen