Sie sind auf Seite 1von 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG CONTOH

PETAGAS 88200 KOTA KINABALU, SABAH.





KERTAS CADANGAN
MELUKIS MURAL



11 OGOS 2014 12 SEPTEMBER 2014



PROGRAM ANJURAN:
PRAKTIKUM PISMP TESL
AMBILAN JANUARI 2012 SEMESTER 6


1.0 PENGENALAN
Projek melukis mural merupakan salah satu projek yang akan dijalankan
oleh guru pelatih semester 6 dari Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya.
Aktiviti melukis mural ini akan dijalankan sepanjang tempoh guru pelatih
berpraktikum. Melalui aktiviti melukis mural, semangat kecintaan terhadap
sekolah dapat dipupuk. Di samping itu, suasana sekolah juga akan menjadi
lebih ceria. Aktiviti melukis mural ini berperanan dalam membangunkan minda
komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang ceria dan kondusif.
Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan
pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran
sekolah yang ceria dan kondusif.

2.0 RASIONAL
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang
penting dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek mulukis mural ini dijalankan
berhasrat menjadikan sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai
persekitaran pembelajaran yang ceria dan berseri. Persekitaran yang bersih
dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.
3.0 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang
menarik secara tidak langsung di sekolah.
3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di
sekolah.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik
dan indah.
4.2 Merancang dan melaksanakan projek yang dipersetujui oleh pihak
sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan,
akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara warga sekolah.
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.


5.0 NAMA PROGRAM
Projek Melukis Mural


6.0 ANJURAN
Guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan guru guru
SK Kg. Contoh, Petagas.


7.0 TARIKH
11 OGOS 2014 12 SEPTEMBER 2014


8.0 TEMPAT
SK Kg. Contoh, Petagas 88200, Kota Kinabalu, Sabah.


9.0 ORGANISASI
Penasihat : EN. Pg Dahlan Bin Pg Ibrahim
(Guru Besar SK Kg. Contoh, Penampang)

PN. Dk Zainun Pg Hj Yusop
(Penolong Kanan 1 SK Kg. Contoh, Penampang)

PN. Latifah Binti Michael
(Penolong Kanan HEM SK Kg. Contoh,
Penampang)


10.0 PELAN TINDAKAN PROJEK
Langkah Aktiviti
1 Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk melukis tema
yang telah diberi iaitu 21st Century Education melalui internet.
Mengukur saiz perkataan.
Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti pensil, pembaris,
tali, pita ukur dan kapur.
2 Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural; cat pelaka dan
berus.
Mencetak perkataan yang diperluakan untuk mural.
3 Mewarnakan perkataan-perkataan secara berperingkat.
4 Memperbaiki perkataan yang dilukis.
5 Menulis laporan dan refleksi hasil projek yang dijalankan.


11.0 SUMBER KEWANGAN
Peruntukan dari SK Kg. Contoh, Petagas.


12.0 ANGGARAN BELANJAWAN
BIL. PERKARA UNIT
HARGA
SEUNIT (RM)
JUMLAH (RM)
1. Cat Pelaka - 1 KG (hitam,
putih, merah, kuning, biru)
5 19.50 97.50
2. Painting Brush 10# 1 2.50 2.50
3. Painting Brush 6# 1 1.50 1.50
4. Painting Brush 2# 1 1.00 1.00
5. Artish Brush No.8 1 0.70 0.70
6. Artish Brush No.16 1 1.20 1.20
7. Artish Brush No. 0 1 0.50 0.50
JUMLAH KESELURUHAN RM104.90



13.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada
semua pihak.

Disediakan oleh:


...........
(DESIREE NG CHEE FOON)
Guru Pelatih,
IPG Kampus Gaya



Disemak dan Disahkan oleh:



(EN. PG DAHLAN BIN PG IBRAHIM)
Guru Besar,
SK KG. CONTOH, PETAGAS

Das könnte Ihnen auch gefallen