Sie sind auf Seite 1von 21

1

KONSEP DAN BENTUK- BENTUK JUAL BELI DALAM PERBANKAN


ISLAM
1.0 ABSTRAK
1.1PERKEMBANGAN SISTEM KEWANGAN ISLAM
Perkembangan sistem ekonomi Islam sememangnya telah diamalkan sejak zaman
Rasulullah saw lagi, namun kemunculan fahaman pemikiran kapitalis, sosialis serta pemikiran
ekonomi yang berbeza menyebabkan sistem ekonomi Islam dipinggirkan oleh umat Islam.
Disebabkan rentetan kejatuhan serta ketidakseimbangan yang wujud dalam sistem-sistem
tersebut, maka bermulalah satu perubahan di seluruh dunia untuk mempraktikkan sistem
ekonomi Islam yang seperti kita ketahui merangkumi pelbagai aspek kehidupan khususnya
sistem kewangan yang menjadi tumpuan bukan sahaja di negara-negara Islam tetapi juga di
negara-negara Eropah.
Fasa pertama bagi negara Malaysia, pembinaan sistem kewangan Islam (SKI) bermula
dengan penubuhan Tabung Haji sebagai institusi kewangan bukan bank Islam pertama di
Malaysia yang memberi banyak kelebihan dan menonjolkan institusi keislaman di Negara ini .
Fasa kedua pula bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan penawaran
produk-produk kewangan Islam di perbankan konvensional yang dikenali sebagai Skim
Perbankan Tanpa Faedah (yang kini dikenali sebagai Skim Perbankan Islam)
1
. Fasa ini
menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menawarkan SPI selari dengan perbankan
konvensional.
Selain itu, fasa ketiga pula iaitu pembinaan SKI memfokuskan kepada usaha
memperkukuhkan institusi kewangan domestik dan menjadikan Malaysia sebagai pusat
kewangan Islam antarabangsa di samping membuka pasaran kewangan Islam negara kepada
institusi-institusi kewangan luar negara.
----------------------------------------
1
Bank yang berkonsepkan faedah tanpa bunga yang dikenakan.

2
Dalam memastikan system ini dapat dilaksanakan dengan sempurna, ianya mengambil
masa yang lama kerana ianya dilakukan dengan berperingkat- peringkat dan beransur- ansur,
selaras dengan kemampuan Negara kita dan juga penerimaan semua rakyat, tambahan pula
Negara Malaysia memepunyai penduduk yang berbilang kaum, berbeza agama dan bangsa.
Pada masa kini, Sistem kewangan Islam sudah diterima oleh semua rakyat tempatan dan
berkembang pesat di Malaysia selaras dengan sistem kewangan konvensional. Antara beberapa
institusi kewangan Islam seperti Lembaga Tabung Haji, Bank Islam Malaysia, Bank Muamalat
Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Malaysia (YAPEIM), Syarikat Takaful Nasional,
Syarikat Takaful Malaysia dan Syarikat Takaful Ikhlas sedang beroperasi dengan
memberangsangkan.
Jika dibandingkan aktiviti utama perbankan konvensional dan perbankan Islam, ianya
tidak jauh berbeza. Ini kerana kedua-dua institusi perbankan ini menguruskan liabiliti
2
seperti
deposit dan dana pemegang saham bank selain mengurus dan mengembangkan asset kewangan
masing masing. Perbezaan yang nyata ialah Krangka Urus Tadbir Syariah (KUS)
3
yang menjadi
nadi sesebuah institusi kewangan Islam. Di bawah KUS, sesebuah institusi perbankan Islam
perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat syariah yang terdiri daripada sekurang kurangnya
lima orang pakar syariah dan kewangan Islam untuk memberikan khidmat nasihat dalam
pembangunan produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Jawatankuasa ini bukan hanya terlibat
dalam proses sebelum sesebuah produk kewangan dilancarkan ( pre execution stage) tetapi juga
bertanggungjawab untuk mengaudit peringkat selepas penawaran sesuatu produk (post execution
stage).
Disebabkan tanggungjawab jawatankuasa ini berat, institusi perbanklan Islam diwajibkan
menubuhkan jabatan Syariah yang berfungsi untuk membantu jawatankuasa Syariah dari sudut
melakukan penyelidikan Syariah berkaitan isu perbankan Islam, di samping melaksanakan
penilaian dan audit syariah. Seiring dengan perkembangan pesat sistem kewangan Islam di
Malaysia, maka insya Allah Malaysia berpotensi menjadi sebagai hab atau pangkalan utama
pusat sistem kewangan Islam di rantau ini.
2
deposit dan dana
3
organisasi yang memastikan keseluruhan operasi benar- benar menepati kehendak Syarak
dan menurut Islam

3
Satu lagi perkara yang menarik ialah kajian menunjukkan bahawa sistem kewangan Islam di
negara ini bukan sahaja memenuhi keperluan rakyat yang beragama Islam, malah rakyat yang
bukan bergama Islam turut mengambil manfaat. Sebagai contoh, Public Bank Berhad yang
merupakan bank yang dimiliki oleh kaum Cina dan sebahagian besar pelanggannya juga adalah
masyarakat Cina, telah lama menyertai skim Perbankan Islam dengan menawar produk dan
perkhidmatan Perbankan Islam.

Walaubagaimanapun, terdapat segelintir umat Islam lebih memperhitungkan soal barangan
berlabel halal tetapi tidak mengambil berat tentang kehalalan sumber ekonomi dan kewangan
yang diperolehi.Islam bukan hanya menuntut agar makanan dan barangan mesti yang halal,
tetapi hakikatnya menuntut agar sumber ekonomi dan kewangan juga mestilah halal. Justeru itu
sebarang sumber pendapatan yang diperolehi dari kegiatan yang tidak halal amatlah ditegah dan
dilaknat serta dihilangkan keberkatannya.

Allah SWT telah berfirman dalam surah al Baqarah, ayat 275 yang bermaksud:
Allah menghalalkan juala beli dan mengharamkan riba.
Walaupun perkembangan perbankan Islam sudah sampai tahap yang membanggakan, tahap
kesedaran dan pengetahuan umat Islam terhadap aspek muamalat Islam dan produk perbankan
Islam masih banyak boleh diperbaiki.







4
2.0 PENGENALAN
2.1DEFINISI SISTEM PERBANKAN ISLAM
Istilah perbankan adalah kata terbitan daripada perkataan bank. Perkataan bank berasal
daripada perkataan Itali iaitu banco
4
yang bererti kepingan papan tempat meletak buku atau
sejenis meja iaitu bench tempat pertukaran wang yang digunakan oleh pemberi pinjam wang
dan penukar wang di Eropah pada abad pertengahan untuk mempamerkan duit mereka dan dari
sinilah permulaan perkataan bank
5
. Bank juga didefinisikan sebagai institusi yang menawarkan
perkhidmatan kewangan seperti jagaan wang, pertukaran mata wang, pemberian pinjaman dan
terimaan bil pertukaran. Qamus al-Munjid fi al-Lughah wa al-Alam pula menyatakan bank
sebagai tempat untuk meletakkan harta bagi tujuan pekerjaan tertentu di bawah penyelenggaraan
yang khusus.
Dari sudut kata lain perbankan Islam pula boleh didefinisikan sebuah bank yang bertepatan
dengan sistem nilai dan selari dengan nilai nilai akhlak dan ajaran Islam. Bagi tujuan ini, ia
mestilah menggunakan apa jua kaedah dan keadaan yang difikirkan bagi mewujudkan institusi
menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank khususnya kepada umat Islam yang
berlandaskan syarak. Ini bermakna, perbankan Islam bermaksud pelaksanaan operasi perbankan
yang berlandas prinsip yang ditetapkan Islam dn memberikan layanan bebas bunga kepada para
nasabahnya
6
.
Selain itu, sistem perbankan Islam pula bermaksud satu rangka kerja institusi perbankan dan
kewangan yang prinsip perjalanan dan amalannya berdasarkan kepada Syariah untuk
merealisasikan keadilan dalam pengagihan kekayaan dan pendapatan. Bukan itu sahaja, ia
sebagai suatu sistem perbankan yang beroperasi sama ada dari segi penyimpanan wang
mahupun urusan pinjaman dilakukan berlandaskan hukum Islam atau Syariah. Penggunaan
prinsip Syariah ini juga meliputi kontak-kontrak dan transaksi bank yang lain seperti urusan
kiriman wang, surat jaminan, surat kredit, tukaran wang asing dan sebagainya.

_______________________________
4
bench counter
5
Oxford Dictionary
6
pelanggan ,pembeli

5
2.2 KONSEP ASAS SISTEM PERBANKAN ISLAM
Prinsip perbankan Islam bukanlah sesuatu yang baru kerana ia telahpun dijelaskan secara
umum di dalam al-Quran dan Sunnah lebih daripada 1400 tahun yang lalu iaitu melalui
pengharaman riba
7
. Islam telah pun memberi satu panduan khusus berkaitan dengan sistem
perbankan Islam meskipun tidak secara khusus. Dengan turunnya ayat tentang
pengharaman riba, ia merupakan suatu perintis bagi membolehkan perbankan Islam lebih
berkembang dari masa ke semasa sehingga membawa pembaharuan hasil daripada modifikasi
yang lebih dinamik dan tersusun.
Tambahan pula, ketika zaman perkembangan Islam, Baitulmal telah dijadikan sebagai
satu institusi yang mengurus harta dan kewangan masyarakat ketika itu. Dengan erti kata lain
konsep jual beli sudah lama wujud sejak zaman Rasulullah SAW lagi di mana sejarah Islam telah
membuktikan bahawa masyarakat pada masa itu telah mempraktikkan amalan al-Wadiah dalam
kalangan mereka. Dalam hal ini, Baginda yang terkenal dengan sifat kejujurannya (al-Amin)
masih menyimpan segala harta yang diberi orang ramai sehinggalah saat akhir sebelum Baginda
berangkat dari Makkah ke Madinah dan telah melantik Saidina Ali untuk memulangkan segala
simpanan itu pada tuannya.
Namun yang jelas, konsep sistem perbankan Islam adalah merupakan suatu penglibatan
secara langsung dengan amalan kewangan yang berdasarkan Syariah Islam dan menggunakan
kaedah-kaedah Fiqh. Secara mudah, antara prinsip Islam yang perlu dipatuhi ialah penghapusan
riba, larangan sebarang bentuk gharar, larangan perjudian, fokus kepada aktiviti dan komoditi
yang halal dan menumpukan kepada konsep keadilan.
Oleh itu, meskipun sistem perbankan Islam dikatakan terikat dengan konsep-konsep
seperti disebut di atas, namun ia masih lagi menawarkan servis-servis seperti ditawarkan
perbankan konvensional seperti deposit, kemudahan kredit (credit facilities), pindahan wang
(fund transfer) dan sebagainya. Namun apa yang membezakan ialah sistem perkongsian untung
rugi menjadi alternatif kepada sistem perbankan konvensional yang berasaskan kepada riba.
_______________________________
7
al-ziyadah (tambahan)

6
Jila pembayaran dan penarikan bunga dilarang, bagaimana bank-bank islam beroperasi?
Dari sini kita dapat membuat kesimpulan bahawa perbankan Islam telah mewujudkan system
profit-and- loss-haring ( bagi-untung-dan-rugi ) bagi menggantikan system bunga. Terdapat
beberapa mekanisme utama dalam sistem perbankan Islam yang berasaskan perkongsian untung
rugi iaitu mudarabah ( profit sharing )dan syarikah atau musyarakah (partnership) yang
merupakan dua bentuk akad usahasama. Selain itu, kaedah lain bagi menggantikan ribadalam
sistem perbankan Islam antara lain ialah seperti al-Ijarah (leasing), sewa beli (al-I jarah thumma
al-Bay), al-Bay Bithaman Ajil (BBA) dan al-Murabahah (mark-up).
Oleh sebab itu, penggantian sistem urusan bank dan kewangan konvensional yang berasaskan
kepada riba kepada sistem berasaskan perkongsian untung rugi bukan sahaja menggantikannya
daripada sudut teknikal tetapi ia juga menggunakan konsep pembiayaan yang sesuai dengan
keperluan Syariah dan masyarakat Islam. Ini kerana penubuhan bank konventional hanyalah
semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan sedangkan konsep dan objektif penubuhan
perbankan Islam berdasarkan dua faktor utama iaitu faktor agama dan faktor keuntungan.
2.3PENGERTIAN JUAL BELI
Jual beli merupakan suatu pindahan hak milik kepada orang lain yang disertakan dengan harga,
dan persetujuan bersama. Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya yang bermaksud
Dan Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba
[al-Baqarah (2):275]
Persaksikanlah jika kamu berjual-beli
[al-Baqarah (2):282]
Sejak dari dahulu lagi, Islam melihat konsep jual beli itu sebagai suatu alat untuk
menjadikan manusia itu semakin matang dalam berpikiran kritis dan rasional, lebih-lebihan lagi
kegiatan yang melibatkan ekonomi sesebuah Negara Islam. Contohnya , pasar (market) yang
sentiasa menjadi tumpuan manusia setiap masa harus dijadikan sebagai satu tempat latihan yang
bertepatan bagi manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk memantapkan ilmu-ilmu yang
berkaitan muamalat Islam. Bukan itu sahaja, jual beli dalam Islam juga dapat menjadi wadah
untuk menghasilkan khalifah-kalifah yang pakar dari segi kewangan Islam pada masa hadapan.

7
Jual beli menyeliputi unsur unsur seperti pertukaran barang dengan barang atau barang dengan
wang. Kedua pula adalah matlamat untuk mendapat keuntungan dari jual beli tersebut. Apa yang
penting urusan jualan beli harus mempunyai kontrak yang sah dari segi syarak dan yang pasti
ianya adalah persetujuan bersama antara penjual dengan pembeli
8
.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu makan harta orang lain dengan cara yang batil,
kecuali dengan perniagaan ( jual -beli) yang dilakukan di atas dasar suka sama suka di antara
kamu
[al- Nisa (4):29]
Bermaksud:
Jual beli dilakukan atas dasar saling rela (antara penjual dan pembeli).
H. Riwayat al-Bayhaqi]
2.4 HUKUM JUAL BELI

Hukum Jual Beli
Hukum jual beli adalah perkara yang harus berdasarkan al Kitab, as Sunnah, ijma serta qiyas :
Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:
Tidaklah menjadi dosa, jika kamu mencari kurnia dari Tuhan.
[ al-Baqarah (2):198 ]
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud:
kami jadikan malam sebagai kelubung untuk beristirehat dan Kami menjadikan siang terang
untuk mencari nafkah hidup. [ al- Naba : 10 11 ]
__________________________________
8
Dr.Sobri Salamon, Perniagaan Menurut Pandangan Islam


8
Dalam perniagaan moden, pembeli atau penggunaselalu dikira mengambil keuntungan kerana
disifatkan hak pengguna sentiasa diutamakan sedangkan hak penjual pula diabaikan. Hal yang
demikian menggambarkan bahawa kontrak jual beli adalah berat sebelah, seolah-olah
menunjukkan risiko pada pengguna sahaja. Tetapi ianya berbeza dalam konteks jual beli
mengikut syarak Islam. Ini bermaksud kedua dua pihak diberi hak yang sama banyak, sama ada
sesuatu jualan itu dapat ditandatangani kontraknya atau tidak, atau kontrak yang sudah
ditangani boleh dibatalkan.
Ahli ahli fiqah menamakan hak penjual (syarikat atau bank) dan hak pengguna sebagai khiyar
9.
Allah SWT dan RasulNya telah menekan bahawa urusan jual beli hendaklah dilakukan oleh
kedua belah pihak dan kebebasan untuk memilih kontrak atau membatalkan kontrak adalah
dibenarkan. Jikalau dilihat dari segi hukum fiqah, hak ini dibahagikan kepada beberapa bentuk.
Pertama, persetujuan dalam pertemuan ( majlis ). Ini bermaksud persetujuan untuk
menandatangani kontrak jual beli sesuatu barang telah tercapai dalam pertemuan dengan penjual
( syarikat ) dengan pembeli. Hal ini dapat disahkan melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Daud r.a.:
Maksudnya : Jual beli dilakukan dengan tawar -menawar , jika kedua- dua jujur dan nyata maka
mereka diberkat tetepi jikakedua-duanya dusta dan merahsiakan maka keberkatannya akan
lenyap.
Bentuk kedua adalah di mana salah satu pihak meminta tempoh dalam jangka masa yang
tertentu sebelu m tandatangan dibuat dan dipersetujui oleh pihak yang diminta. Dengan erti kata
lain kedua- dua pihak mendapat keuntungan yang sama iaitu dari segi tandatangan penerimaan
kontrak atau tempoh yang dipersetujui berssma. Hadis meriwayatkan :
Orang-orang Islam adalah tertakluk pada ikatan syarat- syarat yang dipersetujui.
[Riwayat Abu Daud]
___________________________________________
9
hak memilih yang diberi kepada kedua belah pihak (penjual dan pembeli)

9

Apabila mendapati barangan yang dibeli tidak menepati seperti yang digambarkan dalam
perjanjian, kontrak tersebut berhak dimansuhkan dan mereka (pengguna) ada hak untuk
menggantikannya dengan barang yang sempurna. Keadaan ini menunjukkan bentuk jual beli
yang keempat. Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda :
Maksudnya :
Sesiapa yang berunding untuk jual beli hendaklah dibuat tanpa tipu daya.
[Riwayat al-Bukhari]
Rasulullah SAW memberi amran dalam membuat sesuatu penipuan dalam urusan jual beli.
Lebih-lebihan lagi penipuan pada barang atau harga baranag yang dijual adalah dikerah sama
sekali.perkara ini adalah bentuk jual beli yang keempat. Apabila sesuatu penipuan berlaku
pembeli berhak memulangkan barangan yang diberi dan mendapat bayaran semula dengan
sepenuhnya.
Sabda Rasulullah SAW yabg bermaksud:
Adalah tidak halal seorang Islam menjual barang cacat kepada pengguna dengan tidak
menyatakan kecacatan itu.
[ Riwayat Ahmad &Ibn Majah]

Betapa pentingnya bentuk-bentuk jual beli diantara penjual dan pembeli dalam memastikan hak-
hak sentiasa dipelihara dan dihormati untuk mengelakkan pencarian mata rezeki berlaku dalam
keadaan kotor dan ianya penting untuk mengelakkan berlaku sesuatu konfrantasi
10
antara
syarikat dengan pembeli.
_____________________
10
persemukaan antara dua pihak ( yang bertentangan )


10
3.0 Kontrak Jual Beli Meliputi jual beli dalam Perbankan Islam
3.1 I jarah Thumma Bai
Seperti yang kita ketahui, Ijarah merujuk kepada akad sewa atau upah yang melibatkan
pertukaran antara faedah atau manfaat daripada sesuatu aset atau tenaga kerja dengan bayaran
atau upah tertentu dalam tempoh yang dipersetujui. Dalam konteks kewangan
Islam, konsep ijarah sering digunakan dalam kontrak-kontrak pembiayaan seperti
pembiayaan harta tanah, pembiayaan kenderaan, pembiayaan projek dan
pembiayaan peribadi. Terdapat juga produk kewangan yang membolehkan
pelanggan menyewa aset daripada institusi kewangan Islam berasaskan konsep
ijarah dengan pilihan (option) untuk memiliki aset sewaan tersebut pada akhir
tempoh sewaan berasaskan konsep ijarah muntahia bi al-tamlik atau al-ijarah
thumma al-bai`.
3.1.1 Penggunaan al-I jarah thumma al-Bai` dalam Pembiayaan Kenderaan
Pembiayaan secara al-ijarah thumma al-bai(AITAB) ini melibatkan dua jenis kontrak, iaitu
kontrak sewaan(ijarah) disusuli kontrak jual beli (al-bai`).
Pada permulaan, institusi kewangan Islam atau PI(Perbankan Islam) akan memeterai satu
perjanjian ijarah dengan pelanggan. Melalui perjanjian ijarah ini, bank akan
melantik pelanggan sebagai ejen untuk membeli kenderaan yang telah dikenal
pasti oleh pelanggan. Kemudiannya, institusi kewangan Islam tersebut akan menyewakan
kenderaan kepada pelanggan bagi satu tempoh masa tertentu dan dari situ pelanggan mempunyai
pilihan untuk membeli kenderaan berkenaan daripada institusi kewangan Islam. Sekiranya

11
pelanggan memilih untuk membeli kenderaan tersebut, institusi kewangan Islam dan pelanggan
akan memeterai satu perjanjian al-bai` dan hak milik kenderaan tersebut akan
berpindah daripada institusi kewangan Islam kepada pelanggan.
3.1.2 Pembatalan Kontrak I jarah
Apabila pihak-pihak yang berkontrak memilih untuk tidak meneruskan kontrak yang dimeterai
bersama, secara tidak langsung pembatalan kontrak adalah dibenarkan.
Ianya boleh berlaku atas pelbagai sebab, antaranya bagi mengelakkan
berlakunya ketidakadilan, menghindarkan kerugian dan sebagainya.
3.2 I STI SNA
I stisna merupakan satu akad jual beli yang melibatkan pembuatan, penghasilan
atau pembinaan aset tertentu yang dengan spesifikasi dan syarat tertentu yang
dipersetujui antara penjual, pengilang/pemaju dan pelanggan. Dalam konteks
masa kini, istisna lazimnya digunakan dalam sektor pembinaan dan pembuatan
misalnya melalui istisna selari (istisna muwazi) bagi membiayai aktiviti pembinaan
dan pembuatan.
3.2.1 Penggunaan I stisna dalam Pembiayaan Projek
Sesebuah bank Islam akan menawarkan pembiayaan projek berasaskan
akad istisna` untuk membaharui dan menaik taraf bangunan premis perniagaan
pelanggan. Mekanisma pembiayaan secara istisna tersebut adalah seperti yang berikut:



12
i. Pada permulaan.pelanggan memberikan kontrak menaik taraf bangunan premis perniagaannya
kepada institusi kewangan Islam pada suatu harga tertentu contohnya RM2 juta yang akan
dibayar secara ansuran;
ii. Dalam hal ini, perbankan Islam kemudiannya akan melantik kontraktor untuk
menjalankan kerja menaik taraf bangunan tersebut mengikut spesifikasi yang
ditetapkan dalam perjanjian pada harga contohnya RM1 juta yang akan
dibayar secara tunai;
iii. Bagi melindungi pembiayaan tersebut, pelanggan akan mencagarkan bon
konvensional sebagai sekuriti. Cagaran bon tersebut akan dikuatkuasakan
oleh bank Islam (hanya terhad kepada nilai pokok bon sahaja
tanpa faedah) sekiranya pelanggan gagal melunaskan pembayaran mengikut
syarat-syarat perjanjian
iv. Sekiranya kerja penaiktarafan bangunan gagal diselesaikan, pelanggan tidak
perlu membayar harga yang dipersetujui dan bank Islam akan
menguatkuasakan terma-terma dalam perjanjian bagi menuntut ganti rugi
daripada kontraktor.





13
Rasulullah SAW juga pernah menggunakan akad istisna untuk menempah pembuatan cincin
baginda SAW seperti yang diriwayatkan dalam hadis berikut:
Daripada Nafi, sesungguhnya Abdullah telah membicarakan kepadanya:
bahawa Rasulullah SAW telah menempah/membuat cincin emas untuk dirinya
sendiri. Apabila baginda memakainya, baginda akan memusingkan batu permata
ke arah tapak tangannya. Maka orang ramai pun mula menempah cincin emas
untuk mereka sendiri. Rasulullah SAW menaiki mimbar dan memuji
kebesaran Allah SWT dan bersabda: Aku telah menempah cincin ini
untukku, tapi aku tidak akan memakainya lagi, maka baginda membuang cincin
tersebut dan diikuti oleh orang ramai.
*Bon konvensional merupakan aset mudah tunai dan memenuhi syarat barangan
yang boleh dicagarkan. Dalam penerimaan bon konvensional sebagai
cagaran ke atas pembiayaan secara Islam, sebahagian ulama menerima amalan tersebut
kerana cagaran dibuat bukan bertujuan pemilikan tetapi hanya untuk sekuriti.

3.3 BAI AL-TAWARRUQ
Tawarruq merujuk kepada urus niaga muamalah yang melibatkan dua peringkat
urus niaga. Pada peringkat pertama, urus niaga tersebut melibatkan pembelian
secara kredit antara pembeli dengan penjual asal sesuatu aset, dan pada peringkat
kedua, pembeli kemudiannya akan menjual aset tersebut secara tunai kepada pihak
ketiga. Ia dinamakan tawarruq kerana ketika membeli aset tersebut secara kredit,

14
pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya, tetapi hanya
ingin menjualnya semula bagi memperoleh wang tunai. Ia juga dikenali sebagai
murabahah komoditi dan digunakan secara meluas dalam produk deposit,
pembiayaan, pengurusan aset dan tanggungan serta pengurusan risiko.

3.3.1 Produk Deposit Berasaskan Tawarruq
Terdapat cadangan daripada institusi kewangan Islam untuk menawarkan produk
deposit berasaskan konsep tawarruq atau murabahah komoditi. Mekanisme
deposit murabahah komoditi yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
i. Pelanggan (pendeposit) melantik institusi kewangan Islam sebagai wakil untuk
membeli barangan komoditi daripada peniaga A mengikut harga tunai dalam
pasaran komoditi logam yang diiktiraf;
ii. Institusi kewangan Islam kemudiannya membeli daripada pelanggan komoditi
logam tersebut secara belian tangguh pada harga kos ditambah margin
keuntungan
iii. Kemudiannya , institusi kewangan Islam tersebut menjual semula komoditi barangan tersebut
kepada peniaga B pada harga tunai dalam pasaran komoditi logam.
Hasil daripada urus niaga (ii) di atas, institusi kewangan Islam akan menanggung
liabiliti (amaun kos komoditi ditambah margin keuntungan) untuk dibayar kepada
pelanggan pada tempoh matang. Harga komoditi yang dibeli daripada peniaga
logam A dan harga yang dijual kepada peniaga logam B adalah sama.

15
Keputusan di atas adalah berdasarkan pertimbangan terhadap dalil-dalil dan
pandangan berkaitan keharusan tawarruq seperti yang berikut:

Firman Allah SWT yang memberi maksud:
...padahal Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba...92
Dengan pengertian umum ayat ini ia membawa kepada satu persepakatan antara
para ulama bahawa konsep tawarruq dibolehkan kerana ia merupakan sebahagian
daripada kegiatan jual beli. Ia mungkin berlaku dengan tujuan memperolehi wang tunai
sama adadengan pengetahuan atau tanpa pengetahuan semua pihak yang terlibat. Ia
juga mungkin dilakukan kerana desakan keadaan atau sebagai kebiasaan
dalam amalan sesetengah pihak atau institusi.
ii. Kaedah fiqah:
Menurut kaedah asal hukum, mua`malah adalah harus, kecuali ada dalil yang
mengharamkannya.
iii. Pandangan ulama semasa telah mengharuskan penggunaan tawarruq
berdasarkan pandangan dalam kalangan mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafii
yang mengharuskan penggunaan tawarruq.




16
3.3.2 Produk Pembiayaan Berasaskan Tawarruq
Kaedah pembiayaan murabahah komoditi yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:
i. Pihak bank Islam membeli komoditi logam daripada peniaga logam A
secara tunai dalam pasaran komoditi logam yang diiktiraf;
ii. Kemudiannya Institusi kewangan Islam menjual komoditi logam tersebut kepada
pelanggan secara kredit pada harga kos ditambah margin keuntungan
iii. Pelanggan melantik institusi kewangan Islam sebagai wakil untuk menjual
komoditi logam tersebut kepada peniaga logam B secara tunai dalam pasaran
komoditi logam.
Jualan secara tunai daripada pelanggan kepada peniaga logam B akan
membolehkan pelanggan mendapatkan amaun tunai pembiayaan, manakala jualan
secara tangguh daripada institusi kewangan Islam kepada pelanggan akan
mewujudkan obligasi kewangan yang perlu dibayar oleh pelanggan dalam tempoh
yang telah dipersetujui.








17
3.4 BAI AL-INAH
Bai al-`inah yang dikategorikan dalam kontrak jual beli dalam perbankan Islam merujuk
kepada kontrak yang membabitkan urus niaga jualan dan pembelian semula aset oleh
penjual. Dalam urus niaga ini, penjual menjual asset kepada pembeli secara tunai dan
kemudian membelinya semula secara pembayaran tertangguh dengan harga yang lebih
tinggi daripada harga jualan secara tunai. Selain itu, keadaan ini juga berlaku apabila
penjual menjual aset kepada pembeli secara pembayaran tertangguh dan
kemudian mendapatkan semula dengan membelinya secara tunai pada harga yang lebih rendah
daripada harga jualan secara tertangguh. Konsep bai al-inah ini selalu digunakan dalam sistem
perbankan dan pasaran modal Islam diMalaysia untuk memenuhi pelbagai keperluan peserta
pasaran khususnya pada peringkat awal perkembangan sistem kewangan Islam.
i-Firman Allah SWT yang memberi maksud :
...padahal Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba...
Dlam hal ini, dua perjanjian jual beli yang dimeterai secara berasingan dan bebas, tidak
berkaitan antara satu sama lain serta menggunakan lafaz jual beli yang berlandaskan
Syarak merupakan elemen-elemen penting dalam jual beli bai al- inah yang selari dengan
tuntutan ayat di atas. Sehubungan dengan itu,dua perjanjian jual beli bai` `inah antara
penjual dan pembeli berdasarkan elemen-elemen tersebut adalah sah di sisi Syarak.



18
ii. Sebahagian fuqaha mazhab Syafii serta sebahagian daripada mazhab Hanafi
seperti Imam Abu Yusuf berpandangan bahawa bai al- inah adalah harus.
iii. Imam Syafii telah menghuraikan tentang keharusan bai al- inah dalam kitabnya,
al-Umm, seperti yang berikut:
iv. Imam Subki memetik kata-kata Imam Syafii seperti yang berikut:
Apabila seseorang telah menjual sesuatu barang dalam sesuatu tempoh dan
pembeli telah menerimanya, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dia
membelinya semula daripada orang yang telah membeli barang tersebut
daripadanya dengan harga kurang atau lebih, secara hutang atau tunai kerana
ia merupakan jual beli yang berlainan daripada jual beli yang pertama.

3.5 BAI MURABAHAH
Bai Murabahah ialah perniagaan yang melibatkan penjualan barangan di antara penjual
dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui
bersama oleh kedua belah pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti
memaklumkan kepada pembeli kos sebenar asset dan margin keuntungan semasa perjanjian
jualan dibuat. Bagi perniagaan Bai Murabahah, ia adalah satu bentuk jual beli dan konsep jualan
dengan harga yang lebih tinggi daripada harga modal. Mengikut syaraknya, system jual beli akan
dimaklumkan kepada pembeli harga modal akan membawa kepda kerosakan pada akad dan jual
beli ini. Contohnya, seseorang yang ingin menjual rumah yang dibelinya mesti memaklumkan
harga sebenar jualan asal beliannya rumaht ersebut kepada pembeli. Kelebihan bagi konsep ini
ialah nilai amanah dan ketelusan penjual dalam mendedahkan nilai asal belian sesuatu barang
yang dijual dan margin keuntungannya.dengan adanya sifat kebenaran, pembeli akan mempunyai
keyakinan untuk membeli barangan dari penjual tersebut.

19
Dalam hal ini, para imam dari mazhab empat dan ulama sekata bahawa jualan secara murabahah
adalah harus hukumnya di sisi Syarak
11
.
3.4.1 Mekanisma dalam pembiayaan secara Murabahah adlah seperti yang tertera:
1. Pelanggan melihat kereta atau rumah di pameran lalu tertarik untuk membelinya.
Kebiasaan pelanggan akan membuat bayaran tempoh sebnyak 10% daripada nilai asset
yang dikehendaki.
2. Kemudiannya, pelanggan akan mendapatkan Institusi Kewangan Islam untuk membiayai
lebihan 90% daripada asset tersebut.
3.Pada peringkat awalan, pihak bank akan menyemak permohonan dari segi rekod hutang
pelanggan, jenis jenama kereta atau lokasi rumah, umur pelanggan dan lain- lain. Jika ianya
diluluskan, barulah piahak bank bakan memeterai perjanjian dengan pelanggan. Dengan
perjanjian tersebut, piahak bank akan membeli rumah atau kereta tersebut dengan membayar
90% daripada harga penuh. Oleh itu ianya menjadi milik bank serta merta tetapi bank tidak
akan meletakkan namanya atas asset tersebut bagi memudahkan urusan pindah milik rasmi.
4. Setelah sah pemilikan bank akan asset secara milik manfaat,maka bank akan menjual asset
tersebut dengan harga mark up. Pelanggan bersetuju membayar harga jualan dan mengetahui
dengan jelas nilai harga jualan dan mengetahui dengan jelas nilai mark up yang diambil oleh
pihak bank. Apa yang penting, semua bayaran tersebut akan dibuat atas tempoh yang telah
ditetapkan sama ada 3, 5, 7, atau 9 tahun bagi kereta dan mana man tempoh sehingga tiga
puluh tahun bagi pembelian rumah.
___________________________________
11
Dr. Sobri Salamon, perniagaan menurut Islam, ms 79

20
4.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya konsep dan bentuk-bentuk jual beli yang berlaku dalam perbankan Islam
mempunyai kelebihan tersendiri yang tersendiri di mana ianya memudahkan pelanggan untuk
membuat urusan jual beli dengan perbankan Islam tanpa rasa beban dan ragu untuk membayar
kadar faedah yang ada pada perbankan Islam. Perbankan Islam telah mematuhi hokum Islam
dimana ianya selaras dengan pengharaman riba di dalam mana-urusan jual beli. Allah SWT ada
berfirman dalam surah Al-Baqarah (2) 278 yang memberi maksud Hai orang-orang yang
beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba ( yang belum dipungut) jika
kamu orang orang yang beriman. Hal ini menunjukkan riba telah diharamkan di sisi Islam.
Oleh itu, seperti Negara kita, Malaysia telah memilih jalan yang selamat untuk menubuhakan
sebauah Perbankan Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad(1993) yang mana tujuaanya
berpaksikan Islam dan untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada terjebak dengan
urusan jual beli yang diharamkan oleh Allah SWT. Oleh itu, pentingnya kita sebagai khalifah
bumi dalam memahami dan mengetahui ilmu muamalat Islam bagi memartabatkan umat Islam di
seluruh dunia dengan menjauhi apa yang dilarangNya..











21
5.0 Senarai Rujukan
Dr. Sobri Salamon (1984). Bank Islam. Persatuan Ulama Malaysia , Nurin Enterprise
Dr. Sobri Salamon (1998). Perniagaan Menurut Pandangan Islam. Academe Art & Printing Al-
Rahmaniah
Mervvyn Lewis dan Latifa Algaoud (2001), Perbankan Syariah (Prinsip, Praktik ,Prospek).
Edward Elgar, Massachusetts.
Mohammad Muslehuddin (1974) .Banking and Islamic Law. Islamic Research Academy,
Karachi
M .Umer Chapra (1985). Kearah Sistem Kewangan Yang Adil. The Islamic Foundation

Das könnte Ihnen auch gefallen