Sie sind auf Seite 1von 23

0

Isi Kandungan
1.0 Pengenalan 1
2.0 Definisi Perkembangan Emosi, Sosial Dan Fizikal 1-2
2.1 Perkembangan Emosi
2.2 Perkembangan Sosial
2.3 Perkembangan Fizikal
3.0 Teori Dan Model 3-4
3.1 Sosioemosi
3.2 Emosi
4.0 Ciri-Ciri Sosial, Emosi Dan Fizikal Pintar Cerdas 5
5.0 Pengenalan Kepada Kajian Kes 6-7
6.0 Latar Belakang Responden 8
7.0 Ciri-Ciri Responden. (Domain sosial, emosi dan fizikal) 9
8.0 Temuramah 10-13
9.0 Emotional And Physical Checklist For Talented Person 14-16
10.0 Assessment Multiple I ntelligence (Howard Gardner) 17-20
11.0 Pendekatan 21

12.0 Penutup 22





1

1.0 Pengenalan
Pengetahuan tentang perkembangan manusia boleh dibahagikan kepada tiga kategori asas
(Gallahue, 1993). Perkembangan ini penting bagi pergerakan dan interaksi yang berkesan dengan
dunia persekitaran setiap individu. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal ini adalah
keseimbangan iaitu stability, pergerakan iaitu locomotion, manipulasi iaitu manipulation.
Keseimbangan merujuk kepada kebolehan dalam mengekalkan kedudukan badan mereka relatif
kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku tersebut.
Manakala manipulasi pula adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek
dipersekitarannya.

Menurut Wright dan Sugden, 1999, dalam model peralihan, mereka mengaitkan tentang
kematangan seseorang individu berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengalaman. Proses
pembelajaran ini pula, boleh berlaku dalam ruang persekitaran serta perlu memenuhi kehendak
khusus setiap aktiviti yang diberikan kepada setiap individu tersebut. Schmidt dan Wrisberg,
2000, menjelaskan bahawa kemahiran fizikal seseorang individu yang perlu dilihat dalam dua
kategori iaitu sebagai tertutup atau terbuka. Bagi aspek kemahiran fizikal tertutup, ia bermakna
individu menjalankan aktiviti dalam persekitaran yang terkawal dan tidak berubah. Aspek
terbuka dalam kemahiran terbuka pula, bermaksud persekitaran dan situasi bagi seseorang
individu menjalankan aktiviti fizikal yang sentiasa berubah-rubah. Kedua-dua kategori ini amat
perlu bagi memperkembangkan kemahiran setiap individu.

2.0 Definisi Perkembangan Emosi, Sosial Dan Fizikal
2.1 Perkembangan Emosi
Emosi adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi iaitu dari aspek mempunyai
perasaan yang tenang dan berfikiran waras. Aspek rohani dan jasmani dari segi tingkah laku
yang menekankan tingkah laku yang terkawal serta memiliki dan memupuk sifat kasih saying,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelak ketawa,
kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta
menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataan Greek emovere
yang membawa maksud untuk keluar. Emosi akan ditonjolkan keluar sebagai satu bentuk bagi
2

memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh
manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi, Mohmood
Nazar Mohamad, 1992.
2.2 Perkembangan Sosial
Sunarto dan Hartono (1999), Hubungan sosial merupakan hubungan antara manusia yang saling
memerlukan. Hubungan sosial mulai dari tingkat sederhana dan terbatas, yang didasari oleh
keperluan yang sederhana. Semakin dewasa dan bertambah umur, keperluan manusia menjadi
kompleks dan dengan demikian tingkat hubungan sosial juga berkembang secara kompleks.
Syamsu Yusuf, 2007, menyatakan bahawa Perkembangan Sosial merupakan pencapaian
kematangan dalam hubungan sosial. Perkembangan sosial dapat pula didefinisikan sebagai
proses belajar untuk menyesuaikan diri terhadap norma-norma kelompok, moral dan tradisi bagi
meleburkan diri menjadi satu kesatuan dan saling berkomunikasi dan berkerjasama.
2.3 Perkembangan Fizikal
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-
bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts,
2007). Semasa pembesaran, individu akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan
menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku individu secara langsung dan tidak
langsung (Hurlock, 1978). Secara langsung perkembangan fizikal menentukan kebolehan
seseorang individu melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan
sebaya dalam sukan dan permainan. Jika individu tersebut tidak dapat bersaing, ia mungkin
mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak langsung,
perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Individu
yang disisih daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.
Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada


3

3.0 TEORI DAN MODEL
3.1 Sosioemosi
Teori Kecerdasan Pelbagai Gardner
Kecerdasan Ulasan
Intrapersonal Mudah mengakses perasaannya sendiri,
membezakan pelbagai jenis keadaan emosi, dan
menggunakan pemahamannya sendiri untuk
memperkaya dan membimbing hidupnya. Mereka
suka bermeditasi dan berkontemplasi iaitu
memikirkan sesuatu perkara secara mendalam.
Sebaliknya, mereka juga sangat terfokus pada
tujuan, dan sangat disiplin.
Interpersonal Kemampuan untuk memahami dan bekerjasama
dengan orang lain. Kecerdasan ini lebih tertumpu
kepada kemampuan untuk memahami suasana hati,
perangai, niat, dan hasrat orang lain. Seseorang
yang mempunyai kecerdasan interpersonal
mempunyai rasa belas kasihan dan tanggungjawab
sosial yang besar serta boleh memanipulasi dan
licik dalam menangani masalah. Namun, mereka ini
mempunyai keupayaan untuk memahami orang lain
dan melihat dunia dari sudut pandangan yang
berbeza. Mereka sangat peka terhadap ekspresi
wajah, suara, gerak-isyarat serta kemampuan
membezakan kepelbagaian ekspresi.


4

3.2 Emosi
Teori Hierarki Keperluan Maslow

Menurut Maslow, manusia digerakkan oleh motivasi untuk memenuhi keperluan mereka.
Manusia mempunyai dua keperluan iaitu keperluan asas dan keperluan perkembangan.
Keperluan asas terdiri daripada keperluan fisiologi, keselamatan menyayangi dan disayangi dan
keperluan untuk rasa harga diri serta kesempurnaan kendiri. Apabila keperluan asas telah
dipenuhi, keperluan kepada sempurna kendiri dan perkembangan akan ketara. Manusia akan
mencari matlamat hidup dan berusaha ke arah sempurna kendiri dalam potensi diri yang ada
pada mereka.
Keperluan yang paling asas dalam hierarki perlu dipenuhi dahulu. Keperluan yang lebih
tinggi akan muncul kemudian semasa manusia melalui proses perkembangan. Keperluan
fisiologi dan keselamatan muncul semasa masih bayi, keperluan kasih sayang dan rasa harga diri
muncul semasa remaja dan keperluan untuk sempurna diri muncul semasa pertengahan umur.


Estetik
Mengetahui dan
memahami
Penghargaan dan Penerimaan
Kasih Sayang dan Kepunyaan
Keselamatan dan Perlindungan
Keperluan fisiologi
Sempurna
Kendiri
5

4.0 Ciri-Ciri Sosial, Emosi Dan Fizikal Pintar Cerdas

Ciri-ciri Ulasan
Sosial Persahabatannya berasaskan minat yang sama
dikongsinya tetapi bukan kerana umur yang sebaya
dengannya.
Jujur, peramah dan suka membantu.
Lebih gemar berkawan dengan individu yang lebih tua
dari usianya.
Sentiasa mengkritik orang lain kerana ingin melakukan
tugasan dengan terlalu berhati-hati sehingga lewat
menyempurnakannya atau menangguhkan kerja.
Tidak suka aktiviti berkumpulan kerana tidak percaya
orang lain boleh melakukan kerja dengan sempurna.
Mementingkan persahabatan kerana persahabatan adalah
segalanya.
Emosi Berkecenderungan menjadi seseorang yang sangat
mementingkan kesempurnaan.
Sangat sensitif dari segi emosi dan tingkah laku.
Sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan dan
mudah kecewa walau pun dalam hal-hal yang kecil.
Mudah mengalir air mata apabila melihat keindahan
matahari terbenam atau mendengar lagu yang
menyentuh hatinya.
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa bila
sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna.
Fizikal Melebihi purata dari aspek ketinggian, berat badan,
kekuatan dan kesihatan.

6

5.0 Pengenalan Kepada Kajian Kes

























LANGKAH 1:Permulaan garis dasar
-Mengkaji teori dan model
-mengkaji ciri-ciri emosi, sosial dan
fizikal Pintar Cerdas.

LANGKAH 2:Mengenalpasti individu
yang menepati ciri-ciri menurut model-
model
LANGKAH4:Temuramah
-ibu bapa
-guru-guru
-responden

-Teori yang digunakan dalam kajian saya ialah
Multiple Intelligence oleh Howard Gardner iaitu
kecerdasan interpersonal dan intrapersonal bagi
mengkaji sosial Pintar Cerdas. Selain itu, Teori
Hierarki Keperluan Maslow digunakan untuk
mengkaji emosi Pintar Cerdas. Selain itu,
menggunakan Checklist Emotional Dan
Physical For Talented Person.


Temuramah telah dijalankan pada 18
September 2010 bertempat di kediaman
responden. Soalan-soalan yang diutarakan
adalah bekenaan dengan sosial, emosi,
fizikal dan pengalaman hidup responden.
7
































LANGKAH 6:Menilai dan mengkaji semula
ciri-ciri responden menurut model-model

LANGKAH 5: Assestment dan
Emotional And Physical Checklist
For Talented Person

-guru
-ibu bapa
-rakan-rakan


LANGKAH 7:Kajian berjaya
- Checklist ini telah dibina oleh Albert J. Bernstein,
Ph.D.
- Assessment pula adalah hasil usaha Poon Chong
Kim daripada Fakulti Pendidikan di Universiti
Teknologi Malaysia di dalam laporan projeknya
yang bertajuk Pola Kecerdasan Pelbagai di dalam
kalangan Pelajar Pintar CerdasChecklist ini telah
diberikan kepada guru dan rakan responden
manakala assessment telah dinilai oleh saya
sendiri dan keluarga responden

Jika tidak memenuhi kriteria-kriteria,
ulang langkah 2 dan seterusnya.
8

6.0 Latar Belakang Responden








a. Nama : Muhammad Amin B. Sobri
b. Umur : 21 Tahun
c. Jantina : Lelaki
d. Alamat : No.6 Taman Sri Idaman 06600, Kuala Kedah,
Alor Star, Kedah.
e. Tarikh Lahir : 18 Mac 1989
f. Tempat Lahir : Hospital Besar Alor Star
g. Agama : Islam
h. Bangsa : Melayu
i. Status : Bujang
j. Universiti : UiTM Shah Alam (Fakulti Muzik)
k. Hobi : Menyanyi
l. Email : amin30_89@yahoo.com.my





9

7.0 Ciri-Ciri Responden. (Domain sosial, emosi dan fizikal)
Sangat sensitif dari segi
emosi dan tingkah laku
Mudah kecewa walaupun dalam hal-hal yang kecil tetapi
boleh mengalir air mata mendengar lagu serta sanggup
untuk berhenti makan kerana sangat simpati terhadap
haiwan

Sangat menitikberatkan
hal-hal keadilan

Sangat teliti dalam hal-hal betul atau salah bukan sahaja
untuk diri sendiri malah untuk orang lain

Bersemangat dan
bertenaga
kurang tidur berbanding rakan sebaya tetapi masih
mampu dan mempunyai tenaga.

Pandai berjenaka

Mampu mencipta suatu situasi jenaka untuk
menghiburkan orang di sekeliling.

Sangat teliti dan
mementingkan
kesempurnaan
Tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa
bila sesuatu tidak dapat dilakukan dengan sempurna

Perkembangan

Perkembangan fizikal intelektual, emosi dan sosial
adalah tidak sekata.
10


8.0 Temuramah
Temuramah mengenai responden telah dijalankan kepada ibu bapa dan rakan-rakan responden
yang mana mereka ini merupakan orang yang paling rapat dengan responden. Temuramah
bersama ibu bapanya dijalankan di rumahnya. Manakala temuramah bersama rakan- rakannya
dijalankan secara tidak formal. Soalan-solan yang diutarakan adalah berkaitan perkembangan
responden semenjak lahir hingga sekarang.

Perkembangan Penilaian dan ulasan
Ibu bapa Rakan -rakan
Fizikal Amin mula berjalan pada umur 1
tahun 3 bulan dan beliau pernah
menghadapi masalah obesiti ketika
kecil.
Pada usia 3 tahun berat badannya
sesuai dengan ketinggian dan
mempunyai BMI yang seimbang.
Pertumbuhan fizikal beliau pada
masa kini adalah normal dan
menunjukkan beberapa ciri
kepintaran dalam domain muzik
iaitu mahir dalam mengendalikan
alat muzik seperti guitar, drum, dan
bongo.
Ulasan: Masalah obesiti yang
dialami adalah kerana selera makan
yang tinggi pada waktu kecil.
Amin merupakan seorang yang
aktif dalam bidang muzik. Dia
juga aktif dalam bidang sukan
seperti sepak takraw dan futsal.
Perkembangan fizikal adalah
seimbang, dan tidak mempunyai
sebarang komplikasi. Merupakan
seorang yang aktif dan suka
melakukan aktiviti pada masa
lapang seperti jamming, karaoke,
bersukan dan melancong.
Beliau juga merupakan seorang
yang tegas dan mempunyai bakat
dalam bidang kepimpinan.
Ulasan: Amin dikategorikan
bagai individu pintar cerdas
kerana kebolehan beliau dalam
11

Kemahiran beliau bermain alat
muzik dan mengahayati irama
muzik adalah dipengaruhi oleh
ginetik dan persekitaran.
pelbagai domain seperti muzik,
sukan dan penglibatan secara
aktif dalam bidang kepimpinan

-
Bahasa Amin fasih bertutur ketika berusia
1 tahun 9 bulan. Mudah untuk
mengingati sesuatu perkara seperti
lirik lagu. Suka mendengar irama
muzik melalui radio ketika berusia
3 tahun dan menggerak-gerakkan
badan apabila mendengar irama
muzik tersebut.



Ulasan: Individu pintar cerdas
dapat bertutur dalam bahasa dan
ayat yang kompleks semasa baru
berusia lebih kurang dua tahun.
Kebolehan responden bertutur
berbeza dengan kanak-kanak lain
yang hanya mampu mengucap dan
mengunakan beberapa patah
perkataan serta rangkaian ayat
mudah sahaja.
Amin mempunyai kosa kata dan
tatabahasa yang baik dalam
penulisan dan pertuturan. Mudah
menghafal sesuatu perkara baru.
Suka menghafal lirik lagu.
Menurut teman baiknya, Amin
sudah menghafal kira-kira 150
lirik lagu. Beliau menguasai
teknik menghafal lirik lagu
melalui kaedah mendengar dan
menyanyikan semula lagu
tersebut.
Ulasan: Individu pintar cerdas
mempunyai perbendaharaan kata
yang banyak, tepat dan mengingat
apa yang dibaca dan didengar
dengan mudah. Mereka juga
mempunyai tatabahasa yang
tinggi dalam pembinaan ayat.

12

Kognitif Amin mula membaca ketika umur
3 tahun, menulis dengan kronologi
yang betul ketika berumur 3 tahun
6 bulan. Beliau mempunyai
kebolehan mengingat yang sangat
baik, dan mampu menyelesaikan
masalah tanpa bantuan orang lain.



Ulasan: Perkembangan individu
pintar cerdas adalah lebih cepat
berbanding individu biasa yang
lain. Mereka juga peka dan
mempunyai keupayaan kognitif
yang baik disamping mahir
melakukan sesuatu perkara di luar
dari kemampuan normal.


Amin mudah memahami sesuatu
subjek yang dipelajari dan suka
bertanya kepada guru dan rakan-
rakan jika beliau tidak memahami
sesuatu perkara. Mahir dalam
berhujah dan sentiasa
melontarkan idea-idea yang
bernas dalam menyelesaikan
sesuatu permasalahan.

Ulasan: Mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi. Ini
menyebabkan beliau sentiasa
berfikir berkaitan pelbagai
perkara dan sentiasa berusaha
mencari sebab kejadian sesuatu
perkara. Mempunyai idea-idea
baru yang bernas dan suka
berimaginasi. Oleh itu, pelbagai
pertanyaan yang diajukannya
mencerminkan rasa ingin tahunya
tentang apa/mengapa/ dan
bagaimana sesuatu itu terjadi.

Sosial Amin suka bersosial. Dia
mempunyai rakan yang ramai dan
selalu menghabiskan masa bersama
rakan-rakannya di perpustakaan,
pusat latihan nyanyian dan di
Amin lebih suka mempunyai
ramai kenalan. Beliau gemar
menghabiskan masa lapangnya
dengan alat muzik kegemarannya
iaitu guitar ataupun membaca
13

padang bola. Selain itu, Amin
merupakan anak yang pandai
membawa diri, dan tidak pernah
membawa masalah kepada dirinya
dan keluarga,


Ulasan: Beliau merupakan anak
yang baik kepada keluarnya, pandai
membawa diri. Lebih suka
menghabiskan masa lapang dengan
membuat aktiviti kegemarannya
seperti bersukan, menyanyi dan
bermain alat muzik.
Selain itu, beliau mempunyai
kawan yang ramai dan mudah
untuk didampingi oleh sesiapa
sahaja mahupun kawan lama atau
kenalan baru.
komik, dan mengunjungi pusat
latihan nyanyian bersama rakan-
rakannya.



Ulasan: Responden mempunyai
tahap sosial yang tinggi. Beliau
seorang yang beremosi sederhana
dan tidak sukakan suasana yang
melibatkan orang ramai. Individu
pintar cerdas tergolong kepada
dua iaitu ekstrovert dan introvert.
Personaliti ekstrovert ialah
individu yang suka bergaul, cepat
mengeluarkan pendapat, mudah
mesra, kreatif dan lebih bersikap
terbuka (Che Mah & Mariani,
2001) manakala introvert adalah
sebaliknya. Dunn et al. (1989)
dan Williams (1992),
menunjukkan bahawa pelajar
pintar cerdas dari personaliti
introvert lebih cenderung belajar
bersendirian daripada belajar
berkumpulan.


14

9.0
THE SMARTEST, MOST TALENTED, ALL-AROUND BEST PERSON IN THE WORLD
TEST:
Type Yes No
1. This person has achieved more than most people his or her age. /
2. This person is firmly convinced that he or she is better, smarter, or
more talented than other people.
/
3. This person loves competition, but is a poor loser. /
4. This person has fantasies of doing something great or being famous,
and often expects to be treated as if these fantasies had already come true.
/
5. To this person it is very important to live in the right place and
associate with the right people.
/
6. This person often feels put upon when asked to take care of his or her
responsibilities to family, friends, or work group.
/
7. This person becomes irritated when other people dont automatically
do what he or she wants them to do, even when they have a good reason
for not complying.
/
8. This person thinks most criticisms of him or her are motivated by
jealousy.
/
9. People either love or hate this person. /
10. Despite this persons overly high opinion of him or herself, he or she
is really quite intelligent and talented.
/

Prepared by: ALBERT J. BERNSTEIN, Ph.D.
EMOTIONAL AND PHYSICAL CHECKLIST FOR TALENTED PERSON
15

Checklist ini telah diberikan kepada rakan-rakan dan juga ahli keluarga responden. tujuan
checklist ini digunakan dalam kajian saya ialah untuk mengenal pasti dan mengukuhkan lagi
kenyataan bahawa responden saya tergolong dalam golongan pintar cerdas. antara checklist yang
digunakan dalam kajian saya ialah mengenai perkembangan fizikal, emosi dan sosial

Untuk menjawab checklist ini, penilai hendaklah menjawab ya atau tidak bagi setiap soalan
untuk checklist ini. Keputusan dinilai berdasarkan jumlah ya atau tidak yang diberikan oleh
penilai. Jika responden mendapat banyak jawapan ya, responden adalah dikategorikan sebagai
individu pintar cerdas manakala jika banyak jawapan tidak, responden hanya individu yang
normal. Rajah 1 menunjukkan keputusan bagi penilaian yang dibuat oleh penilai.

EMOTIONAL AND PHYSICAL
CHECKLIST FOR TALENTED PERSON
YES
NO
90%
10%

Rajah 1: Peratus dalam menentukan kriteria perkembangan fizikal, emosi dan
sosial.

Mengikut statistik yang dinyatakan di atas, 80% ciri-ciri berkenaan dengan perkembangan adalah
bertepatan dengan diri responden dan hanya 20% peratus sahaja tidak benar. Statistik ini telah
dinilai setelah checklist ini telah diberikan kepada beberapa individu yang mengenali responden.


16

Ciri-ciri Ulasan
Kebolehan mencapai sesuatu di luar
kemampuan usianya.
Responden telah membuktikan apabila beliau
boleh menghafal lirik lagu ketika umur 3 tahun
dan mahir bermain alat muzik bongo seawall
umur 5 tahun.
Sangat yakin bahawa dia lebih baik, lebih
pintar, atau lebih berbakat daripada orang
lain.
Beliau sentiasa bermotivasi, dan berusaha untuk
mencapai kejayaan. Tidak mudah berputus asa
dan yakin boleh.
Gemar menyertai pertandingan, tetapi
akan berasa tidak bermotivasi jika kalah.
Beliau gemar menyertai pertandingan, dan tidak
merasakan kekalahan adalah suatu perkara yang
mendukacitakan. Sebaliknya, beliau sentiasa
berfikiran positif dan berusaha untuk
memperbaiki kelemahan.
Mempunyai daya imaginasi yang tinggi
atau menjadi terkenal, dan sering
mengharapkan diperlakukan seolah-olah
fantasi sudah menjadi kenyataan.
Beliau suka berimaginasi. Sebagai contoh,
beliau pernah mengimpikan untuk berduet
bersama penyanyi terkenal tanah air dan
antarabangsa. Antaranya, Yassin, Adibah Nor,
Jason Ardon, penyanyi klasik Perancis.
Sangat mementingkan suasana hidup di
tempat yang selesa dan bergaul dengan
orang yang ramai.
Beliau amat mementingkan keselesaan dalam
menjalani kehidupan seharian. Suka bergaul
dengan masyarakat setempat dan mempunyai
ramai kenalan.
Responden sentiasa berfikir secara kritikal
untuk meningkatkan motivasi dalam diri.
Beliau gemar menguji kemahiran berfikir
secara kritikal. Menurut beliau, individu yang
gemar berfikir adalah individu yang
mempunyai daya kreativiti, dan sentiasa
bermotivasi dalam melakukan sesuatu perkara.
17

Walaupun pendapat orang lain terlalu
tinggi terhadap dirinya, tetapi dia
mengambil secara positif.
Beliau sentiasa berfikiran positif, dan suka
kepada cabaran untuk meningkatkan jatidiri dan
sentiasa bemotivasi.


10.0 Assessment Multiple I ntelligence (Howard Gardner)

Assessment yang digunakan adalah berdasarkan teori Howard Gardner iaitu kecerdasan
pelbagai. Menurut Howard Gardner, individu yang pintar cerdas mungkin menguasai dan
mempunyai kemahiran luar biasa, dalam salah satu daripada lapan kecerdasan pelbagai (Multiple
Intelligence) dan mungkin sederhana dalam bidang-bidang yang lain.
Assessment ini menggunakan kaedah penomboran dalam skala pengukuran digunakan. Secara
terperinci, sistem gred adalah berdasarkan:
1 sangat tidak setuju (STS)
2 tidak setuju (TS)
3 setuju (S)
4- sangat setuju (SS)

Setelah itu, pemarkahan dikira dengan menambahkan kesemua jumlah bagi setiap bahagian
seterusnya mencari peratus untuk kesemua-semua bahagian tersebut untuk membandingkan
tahap kecerdasan responden. Rajah 2 menunjukkan kecerdasan yangdigunakan dalam
mengenalpasti perkembangan social, emosi dan fizikal responden. Domain kecerdasan
interpersonal dan intrapersonal adalah dititikbeatkan.







18

Kecerdasan Interpersonal

STS TS S SS

Saya dapat berinteraksi dengan orang lain dengan baik.

1

2

3

4

Saya suka menyertai kelab dan sangat aktif dalam organisasi.

1

2

3

4

Saya suka menyertai kelab dan sangat aktif dalam organisasi.

1

2

3

4

Saya mempunyai beberapa orang sahabat yang sangat rapat.

1

2

3

4

Saya suka membantu rakan-rakan lain yang bermasalah dengan
pelajaran.

1

2

3

4

Saya suka bekerjasama dengan rakan-rakan lain dalam kumpulan.

1

2

3

4

Rakan-rakan sering meminta nasihat saya kerana saya seperti seorang
yang mempunyai cirri kepimpinan semulajadi.

1

2

3

4

Saya lebih suka rakan menyoal saya untuk menguji tahap hafalan saya
tentang sesuatu perkara.

1

2

3

4

Saya akan meminta pandangan dan nasihat daripada rakan-rakan lain
yang lebih matang jika terlibat di dalam pertengkaran.

1

2

3

4

Saya akan meminta pertolongan daripada pihak yang bertanggungjawab
jika berlaku kerosakan pada sesuatu alat.

1



2

3

4


Saya lebih suka menyusun dan mengorganisasi hasil kerja kumpulan
semasa pembentangan kumpulan bersama rakan-rakan.

1

2

3

4




19

Kecerdasan Intrapersonal

STS TS S SS

Saya suka menyelesaikan sesuatu tugas tanpa gangguan daripada
sesiapa.

1

2

3

4

Saya suka menyimpan dan menulis diari.

1

2

3

4

Saya suka dan amat berpuas hati tentang diri saya dalam banyak
perkara.

1

2

3

4

Saya tidak suka bersesak-sesak.

1

2

3

4

Saya amat pasti tentang kelemahan dan kelebihan diri saya sendiri.

1

2

3

4

Saya suka menyumbang sesuatu buah fikiran yang unik hasil pemikiran
saya sendiri semasa pembentangan kumpulan bersama rakan-rakan.

1

2

3

4

Saya lebih suka mencuba sendiri membetulkan sesuatu peralatan yang
rosak atau tidak berfungsi dengan baik.


1

2

3

4

Saya suka menjauhkan diri daripada sesuatu pertengkaran sehinggalah
saya berasa tenang.

1

2

3

4

Saya akan memejamkan mata dan membayangkan situasi jika
menghafal sesuatu isi pelajaran.

1

2

3

4

Saya amat pasti tentang kehendak diri sendiri, serta seorang yang
berdikari tanpa bergantung kepada persekitaran.


1



2

3

4









20


Rajah 2 :Kecerdasan Pelbagai
naturalis
muzik
logik matematik
interpersonal
kinestatik
verbal linguistik
visual ruang
intrapersonal
11.68%
7.48%
17.58%
8.88%
9.81%
12.62%
15.42%
16.36%

Hasil daripada Assessment Multiple Intelligence Howard Gardner, domain kecerdasan
interpersonal dan intrapersonal responden telah membuktikan bahawa beliau merupakan seorang
yang berbakat dan pintar. Hasil daripada penilaian ini, responden menunjuk kebolehan yang
tinggi dalam domain kecerdasan intrapersonal di mana domain ini menguji tahap sosioemosi
responden.
Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang intrapersonal merupakan mereka
yang boleh menyelesaikan masalah yang kompleks berkaitan sosioemosi dengan mudah serta
boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, sesuatu permasalahan. Selain itu,
individu yang mempunyai kecerdasan interpersonal dan intrapersonal yang tinggi terdiri daripada
indiividu yang pintar dan mempunyai kemahiran dalam aspek-aspek tertentu.

Setiap individu mempunyai dua belahan otak iaitu otak kanan dan kiri. Otak hemisfera
kiri berfungsi untuk mengawal dan menguasai aktiviti-aktiviti logikal dan akademik seperti
bahasa dan matematik. Sementara otak di hemisfera kanan pula menguasai perkara-perkara yang
berkaitan dengan imaginasi dan kreativiti seperti muzik, imaginasi pengenalan objek dan
sebagainya. Responden saya dominan dengan penggunaan otak kirinya. Justeru, dia tidak mahir
dalam bidang muzik yang dikawal oleh otak kanan.

21

11.0 Pendekatan

Jangka Pendek Jangka Panjang
Sentiasa melibatkan beliau dalam pertandingan
nyanyian. Melalui pertandingan ini, beliau
dapat menyesuaikan diri dengan orang ramai,
di samping dapat meningkatkan tahap
sosiolisasi beliau dan meningkatkan kebolehan
beliau dalam bidang nyanyian.
Mencari penaja untuk responden mengadakan
persembahan di khalayak umum untuk
meningkatkan tahap keyakinan diri apabila
berhadapan dengan orang ramai
Mempromosikan responden melalui laman
web atau laman sosial supaya beliau lebih
dikenali ramai. Selain itu menggalakkan beliau
melibatkan diri dalam laman sosial seperti
facebook, yahoo messenger, dan skype.
Melalui laman sosial ini, beliau boleh
berkongsi minat yang sama dengan rakan-
rakan yang berada di luar Negara.
Mencari penaja atau biasiswa untuk
responden melanjutkan pelajaran dalam
bidang muzik dan dapat meningkatkan mutu
industri muzik tanah air pada masa hadapan.
Sentiasa mengikuti perkembangan beliau dari
masa ke semasa untuk memberi sokongan
moral dan memastikan beliau sentiasa
bermotivasi untuk memajukan diri dalam
bidang yang diminati.
Mencari penaja untuk beliau merealisasikan
impian untuk berduet dengan penyanyi
terkenal tanah air dan antarabangsa.




22

12.0 Penutup
Individu pintar cerdas adalah satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara. Kegagalan membantu
inidividu pintar cerdas bagi memperkembangkan potensi dan bakat mereka adalah satu kerugian
yang besar kepada Negara dan masyarakat keseluruhannya. Sekiranya penekanan sebegini tidak
diberi perhatian, dikhuatiri potensi dan bakat pelajar pintar cerdas ini akan terbantut dan lambat
berkembang. Pengajaran guru yang tidak mencabar pemikiran mereka akan menyebabkan
mereka cepat berasa jemu dan bosan, seterusnya akan menghilangkan minat belajar. Personaliti
terutama watak, perangai, tingkah laku dan cara gaya pembelajaran mereka perlu difahami oleh
guru bagi merancang strategi pengjaran yang sesuai. Jika dipupuk bakat yang ada tentu dapat
memperkemas dan memantapkan keistimewaan yang dikurniakan kepada mereka.
Selain guru, ibu bapa dan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam usaha
melahir dan mendidik anak pintar cerdas. Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta keyakinan
yang membolehkan mereka mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar cerdas. Salah
satu kemahiran yang perlu digarap oleh ibu bapa adalah mengisi ruang kasih sayang sekeluarga.
Hubungan yang erat, suasana keluarga yang harmoni adalah antara perkara dan keperluan yang
perlu wujud dalam memberi sokongan kepada anak-anak pintar cerdas.

Das könnte Ihnen auch gefallen