Sie sind auf Seite 1von 38

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,

22200 BESUT, TERENGGANU

KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI)


BAHASA MELAYU 1

NAMA

: LATIFAH BINTI ZAINOL


(890131-06-5494)
: NUR HIDAYAH BINTI HAMZAH
(870708- 35-5296)

UNIT

: PPISMP PENGAJIAN SOSIAL 2 SEM 3

MATAPELAJARAN : BAHASA MELAYU


PENSYARAH
TARIKH

: EN. FUADI BIN HJ ABD RAZAK


: 13 SEPTEMBER 2008

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan :.
Nama Penulis: Latifah Binti Zainol
Tarikh

: 13 SEPTEMBER 2008

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Tandatangan :.
Nama Penulis: Nur Hidayah Binti Hamzah
Tarikh

: 13 SEPTEMBER 2008

ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan
izinNya, kami dapat menyiapkan tugasan Bahasa Melayu bagi memenuhi KKBI
pada kali ini. Pada kali ini, kami telah diberi tugasan iaitu membuat memo dan
menyediakan minit mesyuarat.
Di kesempatan ini, kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan
penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah, Encik Fuadi Bin Hj Abd
Razak kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami
sepanjang menjalankan tugasan ini. Dengan adanya tugasan ini, kami dapat
memahami dengan lebih terperinci tentang dua perkara yang telah disebutkan
tadi.
Selain itu, tugasan ini telah banyak memberikan kami pengalaman baru
yang amat bermakna khususnya dalam kehidupan kami untuk mendalami ilmu
penulisan bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Segala ilmu yang diperolehi
akan kami gunakan pada masa akan datang.
Di sini juga kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa
yang sentiasa mendoakan kejayaan kami. Kepada rakan-rakan yang berkongsi
idea dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
proses membuat kerja kursus ini, terima kasih dari kami. Semua ini tidak akan
berjaya jika tidak ada bantuan daripada semua pihak yang telah disebutkan tadi.
Sekian, wassalam.

KANDUNGAN
Halaman Pengakuan

i (a), i (b)

Penghargaan

ii

Kandungan

iii

Soalan

iv

Pengenalan

Memo
Minit Mesyuarat
Penutup
Refleksi
Lampiran
Borang kolaborasi

PENGENALAN

Pada kali ini, kami telah diberi tugasan supaya menyiapkan memo dan minit
mesyuarat yang sangat berguna dalam sesebuah mesyuarat. Kedua-dua
komponen ini sangat penting dalam menjadikan mesyuarat itu berkesan dan
teratur.
Memo yang kami hasilkan ialah berkenaan dengan catatan dan
peringatan kepada ahli Persatuan Badminton Institut Perguruan Sultan Mizan
supaya hadir ke mesyuarat yang bakal diadakan pada tarikh yang telah
ditetapkan. Manakala minit mesyuarat tersebut pula ialah hasil daripada
perbincangan dan kata sepakat yang kami catatkan selepas mesyuarat
diadakan.

Di bawah juga merupakan catatan-catatan tentang memo dan minit


mesyuarat yang boleh dirujuk sebagai panduan untuk menulisnya dengan lebih
baik lagi.

PENGENALAN
Perkataan memo merupakan kependekan bagi perkataan memorandum.
Memorandum bermakna catatan atau peringatan. Memo ialah alat komunikasi
bertulis di dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Pendek kata,
memo juga merupakan sejenis surat tetapi biasanya hanya digunakan dalam
jabatan sendiri sahaja. Misalnya, untuk hebahan atau panggilan mesyuarat.
Terdapat empat prinsip penulisan memo untuk membentuk memo yang terbaik
dan berkualiti di mana lebih dikenali dengan kependekan 4C iaitu:

Prinsip
Penulisan
Memo
(4C)

Correct
(betul)

Clear
(jelas)

Comprehensive
(lengkap)

Concise
(ringkas)

BENTUK MEMO

Memo tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang tertentu seperti surat rasmi atau
lain-lain bentuk penulisan. Memo hanya boleh ditulis dalam dua bentuk sahaja
iaitu bentuk borang atau bentuk terbuka.

Memo bentuk borang

Memo bentuk terbuka

KAEDAH PENULISAN MEMO


Memo mestilah ditulis dengan ringkas iaitu dengan memulakan isi penting
dahulu. Kemudian, diikuti dengan data sokongan. Harapan atau pernyataan
tentang apa yang diharapkan oleh penulis ditulis akhir sekali. Kaedah ini dikenali
sebagai kaedah kun terbalik.

Isi Penting
Data Sokongan
Harapan

BAHASA MEMO

Gaya bahasa dalam penulisan memo adalah berbeza gaya penulisan bagi surat
rasmi. Secara keseluruhannya, memo lebih memberi tumpuan kepada isi. Isi
sangat penting dalam memo kerana perkataannya yang kurang tetapi harus
menyampaikan satu maksud yang perlu difahami oleh semua. Bahasa yang
digunakan dalam memo mestilah menepati perkara seperti berikut:

Ringkas,
padat
Ringkas,
padat
dan
jelas
dan jelas

Tidak
Tidak
menimbulkan
menimbulkan
sikap
negatif
sikap
negatif
kepada
pembaca
kepada
pembaca

Lembut
dan
Lembut
dan
berdiplomasi
berdiplomasi
Bahasa
Memo
Bahasa
Memo

Elakkan
teguran
Elakkan
teguran
yang
bersifat
yang
bersifat
negatif
negatif

Tidak
Tidak
menimbulkan
menimbulkan
prasangka
prasangka

MINIT MESYUARAT
PENGENALAN
Minit mesyuarat adalah satu rekod bertulis tentang perkara yang telah
dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat. Jika rekod tidak disimpan dengan
sempurna ataupun tidak dibuat sebarang catatan, tindakan susulan tidak dapat
diambil. Minit atau catatan mesyuarat mesyuarat ditulis oleh setiausaha. Peranan
setiausaha amat penting dalam merakamkan setiap agenda dalam mesyuarat.
Catatan dibuat secara ringkas terhadap perkara yang penting dan merupakan
keputusan bagi perbincangan tersebut.
CIRI-CIRI MINIT MESYUARAT YANG BAIK

Sah

Pengedaran

Minit yang
baik

Ringkas

Lengkap

1. Sah
Fakta yang ditulis dalam minit tersebut tepat dan benar. Malah, bahan yang
dicatat bersamaan dengan perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat.
Inilah ciri yang mengesahkan sesuatu minit mesyuarat.
2. Lengkap
Tiada bahan atau perkara yang tertinggal atau ditokok tambah. Bahan
tersebut itu juga mestilah tersusun agar dapat difahami oleh ahli yang tidak
dapat hadir. Selain itu, perjalanan mesyuarat itu juga dapat diikuti dengan
mudah.
3. Ringkas
Minit mestilah ringkas tetapi jangan sampai agenda atau isinya ada yang
tidak dicatatkan. Pendek kata, minit mesyuarat mestilah direkod secara tepat,
padat dan jelas. Catatan setiap perkara yang dibincangkan mestilah diikuti
dengan nota yang menunjukkan samada tindakan lanjut perlu atau hanya
untuk makluman sahaja.
Catatan Minit
Tindakan

: (nama pihak yang akan mengambil tindakan)

Ataupun
Catatan Minit
Tindakan

: Untuk makluman sahaja.

Minit juga mestilah dalam ayat pasif, tidak terlalu kompleks hingga boleh
mengelirukan pembaca. Pegawai atau sesiapa sahaja yang membuat, menerima
atau memberi arahan mesti dicatatkan namanya. Nama atau individu yang
terbabit juga boleh ditulis sebagai makluman sahaja dalam ruang sebelah kanan
minit mesyuarat agar kelihatan jelas di pandangan.

4. Pengedaran
Selewat-lewatnya minit mesyuarat hendaklah diserah kepada ahli dalam
jangka masa seminggu selepas mesyuarat. Draf minit itu dikemukakan
kepada pengerusi untuk kelulusan dan persetujuannya tidak lewat tiga hari
dari tarikh mesyuarat. Minit tersebut perlulah dicetak lebih kerana ada ahli
yang tidak membawa minit mesyuarat pada perjumpaan pada masa akan
datang.
FORMAT MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat....
(mencatatkan nama mesyuarat)
Bil.Tahun
(catatkan no. Bil dan tahun)
Tarikh

Masa

Tempat

Hadir
(Senaraikan nama-nama ahli yang hadir, bermula dengan nama Pengerusi
mesyuarat. Susunan nama ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut
kekananan)
Hadir Bersama
(Senaraikan nama-nama pegawai yang bukan ahli tetapi dijemput khas untuk
menghadiri mesyuarat. Susunan nama ini juga mengikut kekananan)

Tidak Hadir
(Senaraikan nama ahli yang tidak hadir dan nyatakan sebab tidak hadir.
Susunan nama ini juga hendaklah mengikut kekananan)
Urusetia
(Senaraikan nama pegawai yang menjadi urusetia mesyuarat. Susunan nama
mengikut kekananan)
1. Perutusan Y. Bhg. Pengerusi
Ruang ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting yang
telah dibangkitkan oleh pengerusi mesyuarat. Perkara-perkara penting ini
tidak semestinya dibangkitkan semasa mesyuarat membincangkan perkaraperkara berbangkit atau semasa membincangkan kertas kerja atau di akhir
mesyuarat.)
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan
tanpa pindaan atau disahkan tertakluk pindaan-pindaan tertentu. Jika ada
pindaan, nyatakan pindaan-pindaan berkenaan.
3. Perkara-perkara Berbangkit
Ruang ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang
dibangkitkan di dalam mesyuarat yang lepas.
Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah sentiasa
dicatat. Untuk memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan peranggan minit
mesyuarat yang lepas yang membincangkan perkara yang sama hendaklah
dicatatkan.
Jika perkara-perkara berbangkit ini masih memerlukan tindakan,catatkan juga
pihak yang perlu mengambil tindakan.

4. Perbincangan Kertas-kertas Kerja


Bagi mesyuarat tertentu, beberapa kertas kerja dibentangkan untuk
perbincangan. Perkara-perkara yang perlu direkod di dalam ruangan ini ialah:
(a) Tajuk kertas kerja
(b) Agensi yang menyediakan kertas kerja berkenaan
(c) Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan
(d) Isu-isu penting yang dibincangkan di dalam kertas kerja berkenaan
(e) Pandangan atau komen ahli-ahli mesyuarat mengenai isu-isu yang
dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan dan
(f) Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu yang dibangkitkan serta tindakantindakan susulan yang perlu diambil seterusnya.
5. Hal-hal lain
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang dibincangkan di dalam
mesyuarat, yang pada mulanya tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat.
6. Penutup
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti berikut:
(a) Ucapan terima kasih daripada Pengerusi mesyuarat
(b) Apabila mesyuarat tamat, atau ditangguhkan
(c) Catatan mengenai tarikh mesyuarat yang akan datang jika
tarikhnya telah ditentukan.
Urusetia
(Mencatat nama agensi atau bahagian atau unit yang bertanggungjawab dalam
menguruskan mesyuarat)
Tarikh
(Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan)

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,


22200, BESUT, TERENGGANU
Tel : 09- 6957031 ext- 2013,2014, 2015, 2016
Fax : 09- 6957429

MEMO

Kepada: Semua ahli Persatuan Badminton Institut Perguruan Sultan Mizan


Rujukan: IPSMB.TR(HP)0067 Jld 1 (01) 001
Tarikh : 05 Ogos 2008
Perkara : MENGADAKAN MESYUARAT KALI PERTAMA PERSATUAN
BADMINTON
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa semua ahli Persatuan Badminton seperti yang
dicatatkan di atas di jemput hadir pada butiran seperti berikut iaitu,:
Tarikh : 5 Ogos 2008
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Bendahara IPSMB
3. Agenda :
a) Ucapan Pengerusi
b) Pengesahan minit mesyuarat
c) Hal- hal lain
d) Ucapan penangguhan

4.Kehadiran anda adalah diwajibkan.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

( NUR HIDAYAH BT HAMZAH)

Minit Mesyuarat Persatuan Badminton Institut Perguruan Sultan Mizan,


22200 Besut, Terengganu
Tarikh

: 5 Ogos 2008

Hari

: Selasa

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Dewan Bendahara

Hadir

:
1. Latifah Binti Zainol

(Pengerusi)

2. Syahnaz Bin Shaharudin

(Naib Pengerusi)

3. Nur Hidayah Binti Hamzah

(Setiausaha)

4. Muhammad Ashraf Bin Abd. Rashid

(Bendahari)

5. Wan Norlail Bin Saad


6. Mohd. Khairi Ilyas Bin Jamalus
7. Akhimullah Bin Abd. Hamid
8. Mohd. Faiz Bin Abd. Samad
9. Mohd. Zafuan Bin Mohd. Nor Peah
10. Nur Amira Nabila Binti Nasir
11. Nurul Hasanah Binti Ahmad Radzi
12. Aini Syazwani Binti Abd. Rahman
13. Asma Binti Hassan
14. Syarifah Aisyaton Binti Syed Ghazali
15. Nur Zulaikha Binti Ahmad Zaini
16. Siti Nur Khaznina Binti Kharudin
17. Siti Hajar Fatimah Binti Abd. Khabir
18. Nursyafizah Binti Ibrahim
19. Khirun Syazwan Binti Ahmad
20. Amira Afiqah Binti Marzuki
21. Darliana Suraya Binti Desa

22. Ahmad Faizal Bin Mahmud


23. Siti Mastura Binti Sazali
24. Saleha Binti Abas
25. Suryani Ahmad Kassim
26. Abu Bakar Bin Azam
27. Saiful Ikhwan Bin Abdul
28. Hafizah Binti Akram
29. Ahmad Bin Muhammad
30. Saifullah Bin Kulkarnain
31. Ahmed al-Karimi Bin Saufi
32. Fauzan Bin Syahied
33. Nurul Syuhada Binti Lutfi
34. Nuruddin Bin Khalid
35. Siti Salwa Binti Saufa
36. Al-Hasyir Bin Mazalan
37. Ahmad Junaidi Bin Azlan
38. Suriani Selamat
39. Ahmad Sapuan Bin Azli
40. Siti Mastura Binti Karnain

Hadir Bersama : Dr. Maznah Binti Abd. Samad


Encik Hazram Bin Ismail
Tidak Hadir
Urusetia

: Tiada
:
1. Azman Bin Azmin
2. Siti Kamizah Binti Tajudin
3. Hamzah Bin Zaki

BIL. AGENDA
1.
Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan
bacaan Surah Al-Fatihah semoga dipermudahkan segala urusan
serta kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada semua yang
hadir.

1.2. Pengerusi juga melahirkan rasa berpuas hati kerana tiada ahli
yang lewat atau tidak hadir. Semua ahli menunjukkan komitmen dan
kesungguhan yang tinggi. Seterusnya, pengerusi memulakan
perlantikan ahli-ahli jawatankuasa yang baru menggantikan ahli
jawatankuasa bagi semester lepas. Perlantikan ini dijalankan dengan
persetujuan semua ahli melalui undian.

1.3. Bagi tahun ini, pengerusi berharap bahawa Persatuan


Badminton akan bergerak lebih aktif.
2.

Pengesahan Minit Mesyuarat


Tiada.

3.

Perkara-perkara Berbangkit
Tiada.

4.

Perbincangan Kertas-kertas Kerja


Tiada.

5.

Hal-hal lain

5.1.Terdapat beberapa perkara lain yang dicadangkan oleh


pengerusi seperti bayaran yuran persatuan sebanyak RM 2.00
sebulan. Yuran ini amat berguna dalam menjayakan setiap aktiviti
persatuan. Setiap ahli bersetuju dengan jumlah bayaran tersebut
dan berjanji akan menjelaskannya dalam masa yang terdekat. Hal
ini demikian kerana menurut pengerusi, dalam masa yang terdekat,
kejohanan badminton akan diadakan.
5.2. Selain itu, pengerusi turut menasihati dan mengingatkan ahli-ahli
supaya sentiasa melibatkan diri dalam setiap acara yang dijalankan
oleh persatuan dan hadir dalam setiap perjumpaan. Hal ini bagi
memudahkan pemberian sijil-sijil bagi mereka yang aktif dalam
persatuan. Malah, pengerusi juga menggalakkan ahli supaya
menghormati sesama ahli.
5.3. Pengerusi juga menegur sikap sesetengah ahli yang tidak mahu
menyumbang tenaga dalam sesetengah perkara yang memerlukan
bantuan.
5.4. Cadangan agar dianjurkan lawatan ke Badminton Association
Malaysia (BAM) supaya ahli didedahkan dengan teknik dan kaedah
sebenar perlawanan.
Cadangan: Abu Bakar b. Azam
Sokongan: Hafizah Binti Akram.
5.5.

Pengerusi mencadangkan mengadakan jamuan pada hujung


Semester untuk meraikan kejayaan aktiviti pada semester ini.

Penutup
6.1.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang, mesyuarat kali

berikutnya akan ditentukan dan diberitahu kemudian. Mesyuarat


diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah wal asry. Semua ahli
bersurai.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Nur Hidayah Binti Hamzah

Latifah Binti Zainol

Setiausaha Persatuan Badminton

Pengerusi Persatuan Badminton

Institut Perguruan Sultan Mizan

Institut Perguruan Sultan Mizan

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN,


22200, BESUT, TERENGGANU
Tel : 09- 6957031 ext- 2013,2014, 2015, 2016
Fax : 09- 6957429

MEMO PENGERUSI

Kepada: Semua ahli Persatuan Badminton Institut Perguruan Sultan Mizan


Rujukan: IPSMB.TR(HP)0067 Jld 2 (02) 002
Tarikh : 15 Ogos 2008
Perkara : MENGADAKAN MESYUARAT KALI KEDUA PERSATUAN
BADMINTON
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa semua ahli Persatuan Badminton seperti yang
dicatatkan di atas hadir pada butiran seperti berikut iaitu
Tarikh

: 15 Ogos 2008

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Dewan Bendahara IPSMB

3. Agenda :
a) Ucapan Pengerusi
b) Pengesahan minit mesyuarat
c) Perkara- perkara berbangkit
d) Perbincanagn kertas kerja
e) Hal- hal lain
f) Penutup
4.Justeru , kehadiran anda adalah diwajibkan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

( NUR HIDAYAH BT HAMZAH)


Setiausaha Persatuan Badminton IPSMB

Minit Mesyuarat Persatuan Badminton Institut Perguruan Sultan Mizan,


22200 Besut, Terengganu

Tarikh

: 15 Ogos 2008

Hari

: Jumaat

Masa

: 2.00 petang

Tempat

: Dewan Bendahara

Hadir

:
1. Latifah Binti Zainol

(Pengerusi)

2. Syahnaz Bin Shaharudin

(Naib Pengerusi)

3. Nur Hidayah Binti Hamzah

(Setiausaha)

4. Muhammad Ashraf Bin Abd. Rashid

(Bendahari)

5. Wan Norlail Bin Saad


6. Mohd. Khairi Ilyas Bin Jamalus
7. Akhimullah Bin Abd. Hamid
8. Mohd. Faiz Bin Abd. Samad
9. Mohd. Zafuan Bin Mohd. Nor Peah
10. Nur Amira Nabila Binti Nasir
11.Nurul Hasanah Binti Ahmad Radzi
12.Aini Syazwani Binti Abd. Rahman
13.Asma Binti Hassan
14.Syarifah Aisyaton Binti Syed Ghazali
15.Nur Zulaikha Binti Ahmad Zaini
16.Siti Nur Khaznina Binti Kharudin
17.Siti Hajar Fatimah Binti Abd. Khabir
18Nursyafizah Binti Ibrahim
19.Khirun Syazwan Binti Ahmad
20Amira Afiqah Binti Marzuki
21.Darliana Suraya Binti Desa
22.Ahmad Faizal Bin Mahmud
23.Siti Mastura Binti Sazali

24.Saleha Binti Abas


25.Suryani Ahmad Kassim
26.Abu Bakar Bin Azam
27.Saiful Ikhwan Bin Abdul
28.Hafizah Binti Akram
29.Ahmad Bin Muhammad
30Saifullah Bin Kulkarnain
31.Ahmed al-Karimi Bin Saufi
32.Fauzan Bin Syahied
33.Nurul Syuhada Binti Lutfi
34.Nuruddin Bin Khalid
35. Al-Hasyir Bin Mazalan
36. Ahmad Junaidi Bin Azlan
37. Suriani Selamat
38. Ahmad Sapuan Bin Azli
39. Siti Mastura Binti Karnain
Hadir Bersama : Dr. Maznah Binti Abd. Samad
Encik Hazram Bin Ismail
Tidak Hadir
Urusetia

: Siti Salwa Binti Saufa

Bersebab

:
4. Azman Bin Azmin
5. Siti Kamizah Binti Tajudin
6. Hamzah Bin Zaki

BIL
1

AGENDA
Ucapan Pengerusi

(Cuti sakit)

1.1.

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan

ucapan salam dan bacaan Surah Al-Fatihah semoga dipermudahkan


segala urusan serta kata-kata aluan dan ucapan terima kasih kepada
yang hadir pada kali ini.
1.2.

Pengerusi mengucapkan tahniah di atas pelantikan AJK yang


dilantik dan mengharapkan organisasi kali ini berjalan lancar.
Semua AJK diharapkan dapat memberi kerjasama dan
komitmen yang tinggi pada persatuan.

2.1.

Pengesahan minit mesyuarat


Pengesahan minit mesyuarat terdahulu oleh pengerusi iaitu Minit
Mesyuarat Unit 1 bil. 1/2008 di sahkan dengan pindaan.
Cadangan: Saleha Binti Abas.
Sokongan : Al-Hasyir Bin Mazalan.

3.1

Perkara- perkara berbangkit

(a) Kutipan yuran


Cadangan oleh Ahmed al-Karimi supaya bayaran yuran ditingkatkan
kepada RM 5.00 kerana jumlah yang telah ditetapkan kecil nilainya
berbanding dengan kejohanan yang memerlukan belanja yang lebih
besar. Ahli- ahli bersetuju dengan cadangan ini.
Tindakan : Bendahari
(b) Sikap ahli
Pengerusi berpuas hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh ahli di atas
sikap kerjasama serta ramah dan mesra yang ditunjukkan sepanjang
perjumpaan.
(c)Lawatan

Cadangan lawatan ke BAM dipersertujui.


Tindakan : Setiausaha
(d)Jamuan
Ahli bersetuju jamuan dianjurkan untuk meraikan kejayaan dan aktiviti
yang dicapai pada semester ini.
Tindakan : Bendahari

(a) Perbincangan Kertas Kerja


Mesyuarat telah menyenaraikan beberapa aktiviti yang ingin atau
dilaksanakan bagi semester ini. Antara akitiviti yang dicadangkan
adalah:
(a) Kejohanan Terbuka Badminton
(b) Menganjurkan perlawanan bagi merapatkan ukhwah.
(c)Belanjawan dan tentatif program.
(d) Ahli bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan dalam
kertas kerja.
Tindakan : mesyuarat ketiga

Hal- hal lain


5.1

Perbincangan menggunakan gelanggang badminton pada waktuwaktu tertentu untuk meningkatkan kemahiran bermain. Semua
bersetuju latihan dijalankan di bawah bimbingan Encik Hazram bin

Ismail berdasarkan kepada jadual yang akan ditetapkan.


Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
kerana sudi menghadirkan diri dan memberi komitmen kepada
persatuan. Pengerusi berharap agar pada mesyuarat akan datang setiap

ahli memberi pandangan dan cadangan untuk tujuan penambahbaikan.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Mesyuarat seterusnya
akan diberitahu kemudian.

Urusetia
Persatuan Badminton IPSMB
Tarikh
15 Ogos 2008

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Nur Hidayah Binti Hamzah

Latifah Binti Zainol

Setiausaha Persatuan Badminton

Pengerusi Persatuan Badminton

Institut Perguruan Sultan Mizan

Institut Perguruan Sultan Mizan

INSTITUT PERGURUAN SULTAN MIZAN


22200 BESUT TERENGGANU

KERTAS CADANGAN
KEJOHANAN
BADMINTON TERBUKA
____________________________________________________

PADA

TARIKH : 25 0GOS 28 OGOS 2008


MASA

: 8.30 PAGI 5.00 PETANG

TEMPAT: GIMNASIUM IPSM

PENDAHULUAN

Gerko Persatuan Badminton IPSM


menganjurkan

satu

pertandingan

telah mengambil inisiatif untuk

permainan

terbuka

badminton

pada

tarikh,waktu dan tempat yang telah dicadangkan.Pertandingan ini dianjurkan


adalah bertujuan untuk menggalakkan bergiat aktif dalam sukan .Di samping itu
juga pertandingan ini dianjurkan juga bagi mencungkil bakat-bakat terpendam
mana-mana

pelajar

yang

pandai

bermain

tetapi

tidak

berpeluang

menonjolkannya..Pertandingan ini akan diruruskan sepenuhnya oleh ahli-ahli


Gerko Persatuan Badminton.Ini dapat melatih pelajar menguruskan sesuatu
pertandingan dengan baik.

OBJEKTIF
1.Menjadikan program ini salah satu daripada acara wajib dalam aktiviti
kokurikulum yang mana ia merupakan satu platform yang boleh menjadikan
seseorang pelajar itu seimbang dari semua aspek.
2. Bertujuan menggalakkan pelajar agar bergiat aktif dalm bersukan.
3.Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah.
4. Melatih pelajar-pelajar menganjurkan sesuatu pertandingan dengan baik
disamping memberi peluang kepada mereka menyertai pertandingan ini.
5. Mencungkil bakat-bakat terpendam dalam mana-mana pelajar yang boleh
bermain dengan baik.
6. Mengeratkan lagi silaturrahim antara pelajar disamping mengurangkan
tekanan yang terhasil daripada proses pembelajaran.
AHLI JAWATANKUASA INDUK

PENAUNG

: DR. MAZNAH BT ABD SAMAT


(TUAN PENGARAH IPSMB)

PENYELARAS

: ENCIK HAZRAM B. ISMAIL

PENGERUSI

: LATIFAH BT ZAINOL

SETIAUSAHA

: NUR HIDAYAH BT HAMZAH

BENDAHARI

: MOHD ASHRAF B. ABD RASHID

AJK PENDAFTARAN
NURUL HASANAH AHMAD RADZI
SITI HAJAR FATIMAH ABD. KHABIR
MOHD KHAIRI ILYAS JAMALUS
AJK PENYERTAAN
ASMA HASSAN
WAN NORLAIL SAAD
DARLIANA SURAYA DESA
AJK PERALATAN
NUR ZULAIKHA MOHD ZAINI
AINI SYAZWANI ABD RAHMAN
SHAHNAZ SHARUDDIN
AJK KESELAMATAN
AMIRA NABILA MOHD ANSIR
SITI NUR KHAZNINA KAMARUDDIN
AJK TUGAS KHAS
KHIRUN SYAZWAN AHMAD
TENTATIF PROGRAM

TARIKH
25 OGOS 2008

MASA
8.30 PAGI- 9.00 PAGI

PROGRAM
PENDAFTARAN

9.00 PAGI-12.00 TGH

PESERTA

HARI
2.00 PTG- 5.00 PTG

PERTANDINGAN
KUMPULAN A DAN B
PERTANDINGAN

26 OGOS 2008

9.00 PAGI- 12 TGH


HARI

27 OGOS 2008

KUMPULAN A DAN B

2.00 PTG- 5.00 PTG

SEPARUH

9.00 PAGI- 12 TGH

KUMPULAN C DAN D
PERTANDINGAN AKHIR

HARI

BELANJAWAN

KUMPULAN C DAN D
SEPARUH
AKHIR
AKHIR

Sumber Perbelanjaaan
Tanggungan Maktab

Jumlah
RM 150

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

RM 100

Kutipan Ahli Persatuan Badminton

RM 80

Jumlah Keseluruhan

RM 330

- Peruntukan yang diminta ini adalah bertujuan untuk pembiayaan kos


pertandingan yang dianjurkan serta melancarkan lagi perjalanan pertandingan
yang akan dianjurkan.
Cadangan oleh Ahmed al-Karimi supaya bayaran yuran ditingkatkan
kepada RM 5.00 kerana jumlah yang telah ditetapkan kecil nilainya berbanding
dengan kejohanan yang memerlukan belanja yang lebih besar. Ahli- ahli
bersetuju dengan cadangan ini. Jumlah kutipan ahli Persatuan Badminton yang
baru ialah RM 200, setelah ahli membayar RM 3.00 lagi. Jumlah keseluruhan
ialah RM450.

PENUTUP
Oleh itu,adalah amat diharapkan agar Pertandingan Terbuka Badminton
ini dapat dianjurkan dengan penuh sempurna dan bejaya.Kejayaan penganjuran

pertandingan ini adalah amat penting bagi mengalakkan pelajar aktif dalam
bersukan.Melalui pertandingan ini,kita dapat melatih pelajar mengendalikan
sesuatu pertandingan dengan baik dan member peluang kepada pelajar untuk
mengembangkan bakat mereka dalam sukan badminton.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

....

Nur Hidayah bt. Hamzah

Latifah Binti Zainol

(Setiausaha Pertandingan)

(Pengerusi Persatuan Badminton)

Diluluskan oleh,

Dr. Maznah bt Abd Samat


(Tuan Pengarah IPSMB)

PENUTUP

Sebagai konklusi, sesuatu memo dikeluarkan apabila mesyuarat sesuatu


pertubuhan akan dijalankan bertujuan untuk memanggil ahli hadir ke mesyuarat
yang akan dijalankan. Minit mesyuarat pula adalah satu catatan mengenai
perkara yang berbangkit dan cadangan ketika mesyuarat dijalankan dan keadah
yang betul mengadakan sesuatu mesyuarat ialah mempunyai memo dan minit
mesyuarat.
Kandungan memo hendaklah mempunyai ciri- ciri seperti tarikh, tempat,
masa dan tujuan mesyuarat diadakan. Manakala minit mesyuarat haruslah
mempunyai catatan minit mesyuarat yang lalu sebagai rujukan bagi mesyuarat
yang akan dijalankan juga sebagai pemberitahuan kepada ahli mesyuarat
mengenai program yang telah dilakukan pada mesyuarat yang lalu.
Ringkasnya, sesuatu pertubuhan yang ingin mengadakan mesyuarat perlu
mengikut prosedur yang sebenar untuk mengadakan mesyuarat seperti
mengeluarkan memo dan mempunyai minit mesyuarat.

REFLEKSI

Syukur alhamdulillah kerana kami dapat menyiapkan tugas yang diberi ini
dalam masa yang telah ditetapkan. Namun begitu, kami menghadapi beberapa
masalah pada mulanya seperti kesukaran untuk mendapatkan maklumat
berkaitan memo dan minit mesyuarat berkenaan. Hal ini berlaku kerana
kesuntukan masa untuk mencari maklumat di internet dan perpustakaan.
Namun begitu, dengan bantuan rakan-rakan yang baik hati dapat juga
kami mendapatkan sumber-sumber yang boleh dirujuk untuk memudahkan kerja
ini disiapkan.
Selain itu, keadaan masa yang tidak mengizinkan telah menyebabkan
kami agak jarang berjumpa dengan pensyarah untuk bertanyakan perkara
berkaitan tugasan. Hal ini telah menyebabkan kami kurang mahir dalam
membuat kerja kursus ini. Agak sukar bagi kami untuk mencari dan membetulkan
mana-mana

kesilapan

yang

dilakukan.

Namun,

kami

memperbetulkan kelemahan ini pada masa akan datang. Insyaallah.

BIBLIOGRAFI
Buku

akan

cuba

Omardin Haji Ashaari (2001), Kaedah Mengendalikan Mesyuarat, Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.
Samsudin Wahab (2005), Surat, Minit Mesyuarat, Dokumen Perniagaan &
Laporan. Selangor Darul Ehsan: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Ying Soon Goh, Goh Ying Soon & Wan Mohd. Nazif bin Wan Mohd. Noor (2006).
Kemahiran Menulis. Selangor Darul Ehsan: PTS Profesional Sdn. Bhd.
Internet
http://fsktm.um.edu.my/~nadi/nadiMinit.htm
http://www.geocities.com/ppkljpbd/minit.htm
www.memo.com

LAMPIRAN

Das könnte Ihnen auch gefallen

  • LarianCergasSKAmer2015
    LarianCergasSKAmer2015
    Dokument5 Seiten
    LarianCergasSKAmer2015
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • Apakah Pengertian Gaya Bahasa
    Apakah Pengertian Gaya Bahasa
    Dokument4 Seiten
    Apakah Pengertian Gaya Bahasa
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • 4 Badminton
    4 Badminton
    Dokument2 Seiten
    4 Badminton
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • Jur 3
    Jur 3
    Dokument2 Seiten
    Jur 3
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • RPHTH1
    RPHTH1
    Dokument3 Seiten
    RPHTH1
    Matt Catt Kucing Liar
    Noch keine Bewertungen
  • Budi Bahasa
    Budi Bahasa
    Dokument12 Seiten
    Budi Bahasa
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • Front Page
    Front Page
    Dokument3 Seiten
    Front Page
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah
    Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah
    Dokument1 Seite
    Pengembaraan Dan Asas Pandu Arah
    Khairul Adham Mat Akhir
    100% (1)
  • RPHTH3
    RPHTH3
    Dokument6 Seiten
    RPHTH3
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • Buli
    Buli
    Dokument1 Seite
    Buli
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen
  • Be Lan Jawan
    Be Lan Jawan
    Dokument2 Seiten
    Be Lan Jawan
    Nur Athirah Shafie
    Noch keine Bewertungen