Sie sind auf Seite 1von 8

PENGENALAN

Pengaplikasian kaedah dan model pengajaran adalah penting supaya


sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai. Model pengajaran yang sesuai
digunakan untuk membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat kepada
pelajar dengan lebih jelas dan berkesan supaya objektif pembelajaran dan
pengajaran guru dapat dicapai. Bahan yang digunakan dapat membantu guru untuk
menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada pelajar agar mesej yang
ingin disampaikan jelas dan tepat.
Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih sempurna dan
dapat mencapai objektif pembelajaran dengan adanya perancangan yang lengkap
dan

sistematik.

Seseorang

guru

perlu

mengetahui

perkara

yang

hendak

dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran.


Mereka memerlukan satu perancangan yang rapi untuk memastikan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih efisien dan berkesan. Model
reka bentuk pengajaran yang digunakan adalah model ASSURE.
Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direkabentuk oleh
R. Heinrich, M. Molenda, J. Russell dan S. Smaldino. Perancangan pengajaran dan
pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini
sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan
pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model
rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan
bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang
ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan penggunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid untuk lebih
menguasai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan
teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu
juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model ASSURE.
Model ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama
iaitu:- A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ), S = State objective ( Nyatakan
Objektif ), S = Select, Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ), U =
Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ), R = Require Learner
Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) dan E = Evaluate and Revise ( Menilai
Dan Semak Semula).

Keenam-enam elemen di atas akan menjadi satu rangkaian langkah


berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait
antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap
bagi satu sesi pengajaran.

MODEL REKA BENTUK ASSURE

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap


langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan
teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Dunia
Sains dan Teknologi. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran
harian selama 60 minit untuk kelas 3 Gemilang yang memiliki seramai 38 orang
murid.

1) Analisis Pelajar (Analyze Learners)


Analisis merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus
peringkat masuk dan stail pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi umur, tahap,
tingkatan dan latar sosioekonomi. Berdasarkan rancangan pengajaran ciri-ciri umum
yang boleh diperolehi ialah melibatkan murid-murid tahun satu yang berumur tujuh
tahun. Manakala kompetensi khusus peringkat masuk merupakan pengetahuan
sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Stail pula merupakan trait
psikologi seperti persepsi. Di sini adalah seperti tahap kecerdasan yang pelbagai
iaitu lemah, sederhana dan pandai.
Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran
berlaku.Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis terhadap murid kita
dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :a) Ciri-ciri umum pelajar - Tajuk pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi
Tahun 3 Gemilang adalah haiwan ( memahami ciri haiwan )yang diambil dari
Dokumen Standard Kurikulum tahun 3. Murid berumur 9 tahun. Murid-murid ini
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka
adalah anak kepada penduduk pinggir bandar yang rata-rata bekerja samada di
sektor swasta mahupun kerajaan. Mereka ini sudah terdedah kepada penggunaan

ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti
yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Kompetensi khusus peringkat masuk - Guru juga perlu melihat
pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar,selain daripada melihat ciri-ciri umum
murid. Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada
murid merujuk kepada aras kebolehanmurid sebelum bermulanya pengajaran.
Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh murid, aras motivasi dan
penentu-penentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya
pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh murid.Di sini murid-murid
sememangnya telah sinonim dengan haiwan di persekitaran mereka, tetapi mereka
tidak tahu tentang ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Mereka boleh menyebut
pelbagai jenis haiwan tetapi tidak tahu tentang ciri-ciri tertentu yang terdapat pada
haiwan.
c) Stail / Gaya Pembelajaran - Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis
pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung
kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun
pergerakan murid , maka dengan inilah guru akan menentukan kaedah
pengajaran,media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat
murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Saya mendapati
murid-murid 3 Gemilang lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda
maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2) Nyatakan Objektif Pembelajaran ( State Objective )


Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru
kearahpencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya
realistic dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu
dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut Dokumen
Standard Prestasi dan Dokumen Standard Kurikulum. Malah panduan objektif yang
diambilkira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar
(Audience), peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan
tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai.
Perkara yang penting ialah guru perlu tahu bagaimana hendak mempraktikkannya
dan bagaimanaobjektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan

pengajaran yang berkesan sebagai contoh :-Pada akhir pembelajaran, murid-murid


dapat : 1). Mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Peringkat ini jelas
dilihat pada Langkah Pertama dan Langkah Kedua Pengajaran di mana penglibatan
semua murid untuk menyatakan ciri-ciri yang terdapat pada haiwan. Malah aktiviti
soal jawab juga dapat dilaksanakan dengan baik apabila mendapat respon yang
menggalakkan daripada penglibatan murid. 2). Mengelaskan haiwan berdasarkan
ciri pengelasan yang dipilih. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah keempat, murid
berbincang dan bekerjasama menggunting dan menampal gambar haiwan mengikut
ciri pengelasan yang dipilih dengan baik . Di peringkat ini juga, murid cuba membina
ayat sendiri bagi menjelaskan tentang ciri-ciri pengelasan haiwan yang dipilih secara
lisan.

3) Memilih Kaedah Pengajaran (Select Methods, media and materials)


Perkara yang ketiga ialah select method, materials and media atau pilih
kaedah, media dan bahan. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan
tingkat kebolehan pelajar dan objektif pengajaran. Oleh kerana kelas tersebut terdiri
dari murid pelbagai kebolehan, maka kaedah yang dipilih ialah penyoalan,
perbincangan, berkumpulan dan pengajaran secara kelas. Media yang dipilih pula
ialah kad gambar dan persembahan power point. Manakala bahan yang dirancang
ialah lembaran kerja. Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan
selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian
objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada
pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal,
kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya.
Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan.
Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai
contoh, untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan sesi soal
jawab, latih tubi dan latihan. Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana
membuat pengelasan haiwan mengikut ciri-ciri pengelasan yang dipilih di dalam
kumpulan 3 bahan yang diberikan oleh guru iaitu gambar haiwan, kertas mahjong
dan pen marker. Tujuannya adalah supaya murid dapat melaksanakan tugasan yang
diberi berjalan dengan lancer di dalam kumpulan masing-masing. Kaedah ini dipilih
kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu

mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua
pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing
dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.

4) Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Utilise media and materials)


Langkah seterusnya ialah utilise media and materials atau guna media dan
bahan. Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan
dapat dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan
untuk menggunakan media dengan baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang
bahan yang akan digunakan, kemudian sediakan bahan, sediakan persekitaran yang
sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih, seterusnya
sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif dan akhir sekali ialah
sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan diingati oleh pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang
dibuat, media pengajaran yang digunakan sewaktu set induksi ialah haiwan maujud.
Manakala sewaktu proses pengajaran kad gambar dan persembahan power point
digunakan.Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk
dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan
bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai,
ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru
hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini
penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online.

5) Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation)


Langkah yang kelima ialah require learner participation atau libatkan pelajar.
Ia adalah penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktivitiaktiviti yang boleh dijalankan untuk libatkan pelajar ialah seperti latih tubi, latihan,
kuiz dan sebagainya. Guru juga melibatkan murid dalam kaedah berkumpulan.
Selain itu, penglibatan murid juga dibuat melalui kaedah perbincangan. Bukan itu
sahaja, murid-murid juga dilibatkan melalui aktiviti penilaian yang dirancang seperti
murid-murid diminta menuliskan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut
ciri-ciri yang tertentu. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan
memberi idea.Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran.

Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat


memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement
activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak
balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan
bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan
menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan

6) Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise)


Langkah yang terakhir dalam model ASSURE ialah evaluate and revise atau
nilai dan semak. Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara berterusan
dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran
sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika muridmurid dapat memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai. Nilai dan
semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara serta untuk
menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanannya. Penilaian
yang dibuat meliputi pencapaian pelajar berdasakan kemahiran, sikap dan objektif.
Selain itu media, kualiti media, pembelajaran, penggunaan guru dan murid turut
disemak. Untuk penilaian, guru mengedarkan kertas lembaran kerja yang meminta
murid-murid menyatakan ciri-ciri haiwan dan mengelaskan haiwan mengikut ciri-ciri
yang tertentu. Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran
dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau
menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang
perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi
gagal apabila dilaksanakan.
Justeru itu adalah penting untuk guru mencuba perancangan pengajaran ke
atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan
perancangan tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau
peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Data yang dikutip memberikan
maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE
amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif. Walaupun tugasan hanya
diberi pada akhir pengajaran, pelajar pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir
pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untukmencari kelemahan
pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang

di bawah tahap penguasaan. Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini,


latihan diberikanbertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses
pengajaran yang telah berlaku.

RUMUSAN
Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling
sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media
sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk
menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif
pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini
terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan objektif, kaedah
penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian
diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang
dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai.

RUJUKAN

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza Publishing


Sdn.Bhd.
2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar
Bakti.
3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.
5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam
Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.
6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah
Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Das könnte Ihnen auch gefallen