Sie sind auf Seite 1von 4

Langkah-langkah mengatasi jurang ekonomi antara luar bandar dan bandar.

Umum mengetahui, apabila memperkatakan tentang transformasi, Negara kita sering


dikaitkan dengan pembangunan terutamany pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi
merupakan salah satu elemen penting yang sangat diperlukan oleh Malaysia sebagai penawar
kepada masalah kemiskinan terutamanya di kawasan-kawasan luar Bandar. Kawasan-kawasan
luar Bandar di setiap pelosok negeri di Malaysia mempunyai kadar pertumbuhan ekonomi yang
sangat rendah dan menyebabkan kemiskinan terus melanda kawasan tersebut. Berdasarkan fakta
dan pengalaman yang saya alami, masyarakat dikawasan luar Bandar di negeri sabah adalah jauh
lebih rendah daripada kadar pertumbuhan ekonominya dibandingkan dengan kawasan-kawasan
luar Bandar di setiap negeri di semenanjung. Ini disebabkan ada beberapa tempat ataupun
kampung yang masih belum ada sumber elektrik. Sebagai contoh, kg.kaingaran, kg.malinsau dan
di sebahagian kawasan perancangan tidak ada sumber elektrik lebih dari 60 tahun sehinggalah
sekarang. Perkara ini agak mengejutkan tetapi hakikatnya adalah benar. Pertumbuhan ekonomi
luar bandar seperti kampung-kampung tersebut sangat rendah terutaman dari segi sumber elektrik
mahupun kewangan. Penduduk-penduduk di kawasan ataupun kampung tersebut mencari nafkah
kehidupan dengan menoreh getah. Dengan hasil getah, mereka dapat membeli keperluan rumah
terutamanya keperluan dapur. Walaubagaimanpun, hasil getah yang mereka dapat sebenarnya
tidak mencukupi dan masih hidup dalam serba kekurangan. Ini adalah kerana harga getah rendah
dan juga dipengaruhi oleh cuaca. Apa yang sering ditekankan adalah keperluan pembangunan
ekonomi untuk kesejahteraan manusia dan pentingnya mengekalkan integriti alam sekitar
merupakan satu tuntutan yang selari dan perlu dilakukan secara bersama. Dalam proses
transformasi yang berlaku, masyarakatnya perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi dalam
aspek social, politik bahkan ekonomi supaya mereka dapat membangun selari dengan
pembangunan persekitaran semasa. Transformasi pembangunan yang berlaku pastinya memberi
implikasi kepada perubahan manusia yang bersifat kualiti dan kuantiti dalam kehidupan. Jika
ditinjau dengan lebih mendalam, keperluan kesejahteraan manusia perlu disokong oleh usaha
mengekalkan kesihatan alam sekitar. Pengekalan pertumbuhan ekonomi yang baik juga amat
diperluklan sejajar dengan pembangunan dunia ke era yain lebih moden. Pertumbuhan ekonomi
kawasan bandar adalah jauh lebih baik daripada kawasan luar bandar. Ekonomi kawasan bandar
dipengaruhi oleh teknologi-teknologi canggih seperti komputer, telefon, wi-fi dan sebagainya.
Ekonomi kawasan bandar juga jauh lebih tinggi kerana adanya banyak kilang makanan, barangbarang yang membolehkan penduduk di sekitar tersebut senang untuk mendapatkan keperluan
seharian. Tambahan pula, peluang pekerjaan dikawasan bandar juga banyak dan memberi
peluang kepada penduduk di sekitar tersebut untuk mengisi kekosongan yang ada walaupun gaji
pekerjaan dikira dikira rendah dalam anggaran RM800-RM1000 sebulan, tetapi nilai tersebut
sangat tinggi jika dibandingkan dengan sumber kewangan penduduk kawasan luar bandar.
Manakala pertumbuhan ekonomi kawasan luar bandar lebih bersifat tradisional iaitu dari sumber
hutan, tanah dan terutamanya seperti getah , kelapa sawit dan perikanan. Sebagai contoh , purata
pendapatan penduduk daripada hasil menoreh getah adalah RM100-RM800. Nilai tersebut adalah

sangat rendah dan ini menyebabkan kemiskinan yang melampau membelenggu kehidupan
penduduk kawasan luar bandar.
Oleh itu, terdapat beberapa langkah-langkah untuk mengatasi jurang antara pendudukpenduduk kawasan luar bandar dan kawasan bandar di Malaysia. Pertama, kerajaan perlu
mengalihkan arah tumpuan, strategi pembasmian kemiskinan dikalangan golongan
termiskin khususnya di kawasan-kawasan luar Bandar disetiap negeri. Golongan termiskin
ini perlu di bantu dari segi ekonomi dan pengurusan pendapatan yang berkesan. Salah satu
tujuannya adalah untuk meningkatkan keupayaan menghasilkan pendapatan dan menguruskan
harta ataupun kewangan dengan bijaksana. Dengan ini bantuan yang diberikan oleh kerajaan
dapat diteruskan melalui usaha mereka sendiri didalam kehidupan mereka. Sebagai contoh,
kerajaan menjalankan projek agropolitan yang melibatkan pembangunan tanah bersepadu untuk
meningkatkan taraf hidup golongan miskin di kawasan luar bandar. Faktor yang menyokong
pembangunan tanah bersepadu ialah kawasan luar bandar banyak sumber asset semulajadi yang
masih belum diterokai. Tambahan pula, apabila adanya pembangunan tanah di kawasan luar
bandar, ekonomi penduduk-penduduk di kawasan tersebut akan meningkat dan seterusnya
menurunkan perbezaan ataupun jurang ekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.
Program pembasmian kemiskinan ini juga untuk kumpulan minority termasuk orang asli dengan
tidak mengambil kira perbezaan keperluan dan tahap pembangunan mereka. Melalui pengalihan
arah tumpuan strategi pembasmian kemiskinan kepada golongan termiskin , nescaya tahun demi
tahun jurang ekonomi antara kawasan luar bandar dan bandar akan berkurangan.
Selain daripada itu, kerajaan perlu menitikberatkan hal turun naiknya harga getah.
Kenapa kerajaan perlu menitikberatkan akan hal ini? Aktiviti tani merupakan salah satu kegiatan
ekonomi utama yang dilakukan oleh penduduk kawasan luar bandar. Pembangunan aktiviti tani
merangkumi kegiatan pertanian dan perikanan. bidang pertanian merupakan bidang yang amat
penting dalam meningkatkan ekonomi penduduk kawasan luar bandar bahkan kepada Negara.
Sebagai contoh, salah satu aktiviti dalam bidang pertanian ialah menoreh getah. Getah
merupakan salah satu asset terpenting Negara dalam aspek pembangunan ekonomi. Jika kerajaan
ingin menjaga ekonomi Negara, kerajaan perlu mengetahui dalang-dalang yang mengusahakan
pembangunan ekonomi dalam aspek pertanian khususnya getah iaitu penduduk-penduduk
kampung yang hanya berpendapatan RM100-RM800 sebulan. Merekalah pengusaha-pengusaha
getah yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi dalam pertanian. Pendapatan
penduduk kawasan luar Bandar yang bekerja sebagai penoreh getah sangat rendah tetapi
pekerjaan mereka khususnya sebagai penoreh getah memberi impak yang positif kepada
pembangunan ekonomi Negara. Jika kita bayangkan tidak ada pengusaha getah di Negara kita,
Malaysia tidak akan menghasilkan kereta seperti proton, exora dan sebagainya kerana kereta
memerlukan tayar. Tayar adalah diperbuat daripada getah, 10% daripadanya adalah campuran
kimia untuk tujuan tahan lama dan 90% daripadanya adalah asli. Bidang pertanian seperti getah
adalah sangat penting. Kerajaan perlu menitikberatkan turun naiknya harga getah kerana apabila
harga getah terlalu rendah pendapatan penduduk luar bandar juga akan rendah walaupun

pemasaran getah bergantung daripada permintaan syarikat dalam Negara mahupun luar Negara.
Tinggi rendahnya ekonomi penduduk bergantung daripada hasil pekerjaan mereka. Apabila
pendapatan penduduk luar bandar rendah, maka jurang ekonomi antara penduduk luar Bandar
dan Bandar akan menjadi besar. Kedua, apabila harga getah tidak terlalu rendah, ini akan
mengelakkan kemiskinan yang melampau dikalangan penduduk tempatan. Kemiskinan yang
melampau sangat mempengaruhi jurang ekonomi penduduk luar bandar dan bandar kerana
ekonomi sesuatu komuniti tidak akan dikatakan tinggi jika pendapatan penduduknya adalah
rendah. Selain itu, pertumbuhan ekonomi penduduk luar bandar akan meningkat dari segi sumber
kewangan. Tindakan kerajaan mempertimbangkan harga getah akan membantu bukan sahaja
jurang ekonomi antara luar bandar dan bandar dapat dikecilkan malah taraf hidup penduduk luar
Bandar dan Bandar juga akan meningkat.
Langkah seterusnya kerajaan perlu memberi peluang pekerjaan yang sesuai kepada
penduduk luar bandar. Peluang pekerjaan yang diberikan oleh kerajaan akan meningkatkan
ekonomi penduduk luar Bandar selain melalui pekerjaan mereka dalam pertanian. Melalui dasar
ini wujud guna tenaga dan pembangunan pesat kearah masyarakat perdagangan dan perindustrian
Bumiputera (MPPB) yang aktif sebagai strategi yang berkesan untuk mempertingkatkan
penyertaan bumiputera yang lebih bermakna dalam sektor-sektor moden. Penglibatan masyarakat
luar Bandar didalam sektor kerajaan mahupun swasta sedikit sebanyak membantu mereka untuk
meningkatkan sumber kewangan dan taraf hidup. Ekonomi penduduk kawasan luar Bandar
dilihat daripada sumber kewangan kemudahan asas seperti air, elektrik dan kemudahan
perhubungan. Semua elemen ini merupakan perkara yang sangat penting untuk mengurangkan
perbezaan jurang ekonomi penduduk kawasan luar Bandar dan Bandar. Sebagai contoh, kerajaan
memberi peluang pekerjaan kepada penduduk luar Bandar dikilang-kilang makanan ataupun
barang. Pekerjaan ini adalah tidak mustahil dilakukan oleh penduduk luar Bandar apabila mereika
dilatih dan diajar dengan sangat efektif. Kerajaan tidak seharusnya membuka peluang pekerjaan
hanya kepada penduduk di kawasan Bandar sahaja tetapijuga kepada penduduk kawasan luar
Bandar. Dalam mengisi peluang pekerjaan, kerajaan sangat mementingkan ilmu pendidikan
melebihi kemahiran malah hakikatnya 70% daripada pekerjaan memerlukan kemahiran yang
baik. Kerajaan juga seharusnya tidak memandang rendah penduduk kawasan luar Bandar
walaupun mereka kurang berpendidikan daripada penduduk di kawasan Bandar. Penduduk luar
juga ada kebolehan untuk bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Sebagai contoh, penduduk
kampung yang bernama Puan.Rusini yang tinggal Kg.gaur, iaitu salah satu kawasan luar Bandar
di sabah , bekerja sebagai pembantu pengurus biasiswa di yayasan sabah dengan kelayakan
akademik yang rendah tetapi kemahiran bekerja yang tinggi dan tanggungjawab ada padanya
membolehkan mereka mendapat pekerjaan. Kerajaan perlu mengetahui bahawa peluang
pekerejaan juga layak diberikan kepada penduduk kawasan luar Bandar kerana selain aktiviti
pertanian, mereka juga dapat menjana pendapatan dari pekerjaan di sektor kerajaan ataupun
swasta. Ini akan meningkatkan sumber kewangan dan semakin lama akan meningkatkan ekonomi
penduduk luar bandar.

Kesimpulannya, dalam isu ketidakseimbangan ekonomi akan kita ungkap perbezaan


ekonomi antara semenanjung Malaysia dan Malaysia timur (sabah dan Sarawak). Pencapaian
ekonomi semenajung Malaysia lebih mendominasikan ekonomi Negara. Ini disebabkan pelaburpelabur lebih berminat untuk mengembangkan perniagaan di semenanjung yang lebih berupaya
dalam perkembangan ekonomi Negara. Salah satu faktor masalah ini ialah kerajaan terlalu
memberikan tumpuan yang lebih kepada pembangunan kawasan semenanjung Malaysia
khususnya kawasan bandar. Pembahagian hasil ekonomi yang lebih mengutamakan
pembangunan kawasan Bandar juga menjadi salah satu punca. Keadaan ini menyebabkan hasil
ekonomi yang disalurkan kepada kawasan timur khususnya pembangunan untuk kawasan luar
Bandar jauh lebih rendah. Hasil ekonomi kawasan luar Bandar di Malaysia timur khususnya di
sabah yang kaya dengan sumber aset semula jadi dalam aspek pertanian telah disalurkan ke
semenanjung Malaysia untuk tujuan pembangunan Bandar, kilang-kilang dan sebagainya.
Sebagai contoh, hasil getah yang terdapat di sabah di salurkan ke pusat lembaga getah iaitu di
semenanjung Malaysia kerana Malaysia timur tidak mempunyai kilang getah untuk memproses
hasil getah. Ini menyebabkan kawasan luar bandar di Malaysia timur tidak dapat dibangunkan.
Kerajaan seharusnya membina kilang memproses getah di Malaysia timur supaya melalui hasil
ekonomi getah, pembangunan kawasan luar bandar dapat dijalankan. Tumpuan pembangunan
ekonomi di kawasan luar Bandar perlu diberikan perhatian serius supaya bukan sahaja dapat
mengurangkan jurang ekonomi antara penduduk luar Bandar dan Bandar tetapi memajukan dan
meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar. Pencapaian ekonomi Negara dilihat apabila
setiap rakyat mendapat hak yang sama dalam pembangunan ekonomi Negara tidak kira penduduk
kawasan luar Bandar ataupun kawasan bandar. Pencapaian ekonomi Negara yang baik apabila
ekonomi antara penduduk kawasan luar bandar dan bandar adalah seimbang.

Das könnte Ihnen auch gefallen