Sie sind auf Seite 1von 3

Resipi:Nasi ayam Hainan

Nasi ayam Hainan | Nasi

Wikipedia mempunyai rencana berkaitan:


Nasi ayam Hainan

Ayam Hainan

Bahan[sunting]
Bahan A (ayam)

1 ekor ayam (1 kg lebih)

3 biji bawang putih dicincang halus atau dikisar

1/2 buku halia saiz sederhana (dipotong nipis)

1 kiub pati ayam maggi

Sedikit garam

Bahan B (sambal lada)

1 biji lada benggala merah

2 biji bawang putih

1/2 biji bawang besar

3/4 buku halia saiz sederhana

1 sudu kecil minyak bijan

1 sudu besar gula

2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai

1 sudu besar cuka makan

Bahan C (nasi)

4 cawan beras biasa atau beras jasmine

2 sudu besar minyak

2 biji bawang putih

2 inci halia (dihiris nipis)

1 sudu besar minyak bijan

daun pandan (kalau nak untuk tambah wangi)

Bahan D (sup ayam)

1/2 bahagian air rebusan ayam tadi

1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam

Daun sup

Hidangan sampingan

Salad

Timun

Tomato

Cara membuat[sunting]
Untuk ayam:

Mula-mula letak ayam dalam periuk dan masukkan air, biar ayam tenggelam, masukkan juga
bawang putih dan halia, kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hingga
masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan.

Air rebusan ayam itu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.

Bila nak makan baru potong ayam dan letakkan sedikit kicap cair, renjis minyak bijan dan
hias dengan hirisan daun sup.

Untuk sambal lada:

Kisar semua Bahan B dan masak hingga agak pekat.

Untuk sup dan nasi:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih dan halia.

Setelah agak garing separuh bahan tumis itu dicurah dalam periuk nasi ayam, separuh lagi
akan digunakan untuk sup ayam nanti.

Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga
sedikit minyak bijan.

Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian
bahan tumis nasi ayam tadi.

Akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.

Hidang bersama daun salad, hirisan timun dan hirisan tomato sebagai pelengkap menu.

Das könnte Ihnen auch gefallen