Sie sind auf Seite 1von 2

AKTIVITI PENERAPAN

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan di dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran
sebagai wahana untuk menerapkan pemikiran Shahnon Ahmad kepada murid-murid.

Di

antaranya ialah 3 teknik kelompok aktiviti yang sesuai semasa proses tersebut iaitu,
2.1. Kumpulan kaedah informatif kaedah bacaan terarah, kaedah simposium
2.2 Kumpulan kaedah partisipatif kaedah pernyataan, kaedah lampasan otak, kaedah
perbincangan/diskusi kelompok, kaedah buzz group, kaedah forum, kuiz, kajian kes, kaedah
peristiwa dan main peranan.
2.3. Kumpulan kaedah partisipatif-eksperiensial - kaedah penemuan, kaedah demostrasi, kaedah
ungkapan kreatif dan lain-lain.
Dua kaedah yang menjadi pilihan untuk pengajaran penghayatan karya agung ialah teknik
menyelesaikan masalah dan teknik membuat projek.

Kedua-dua kaedah ini lebih menjurus

kepada aktiviti murid-murid dengan pengawasan yang minima daripada guru dengan suntikan
elemen didik hibur untuk memastikan murid-murid tidak bosan semasa proses tersebut
berlangsung.

Teknik Menyelesaikan Masalah


John Dewey dan Gagne merumuskan beberapa langkah menggunakan teknik ini iaitu;
2.4.1 Menyedari masalah
2.4.2 Kenal pasti masalah
2.4.3 Perancangan mencari solusi
2.4.4 Mencari maklumat untuk solusi
2.4.5 Mengenal pasti rumusan penyelesaian masalah
2.4.6 Menilai langkah penyelesaian yang diambil

2.4.7 Mengesahkan penyelesaian masalah.

Das könnte Ihnen auch gefallen