Sie sind auf Seite 1von 1

AKHLAK DALAM MUAMALAT

Kecantikan akhlak adalah antara keindahan yang terpancar dalam Islam. Ianya ibarat tatahan
berlian kehidupan yang menjadi nilai tambah (value added) kepada seseorang. Pemilik akhlak
yang baik, bukan setakat akan disenangi dalam 'habluminannas' (hubungan sesama manusia),
bahkan juga dalam 'habluminallah (hubungan dengan ALLAH). Secara realitinya, apabila
ramai orang begitu senang bersama kita, banyak perkara kebaikan akan terjalin. Kehadiran
kita akan ditunggu-tunggu, manakala ketiadaan kita akan begitu dirasai...
Pendorong akhlak yang baik adalah perasaan takwa yang begitu mendalam kepada ALLAH
SWT. Bukannya mengharapkan imbuhan tertentu yang bakal diperolehi. Jika ini sandaran
akhlak, ianya akan bermusim sifatnya. Sebagai contoh, seorang pekerja akan mempamerkan
akhlaknya yang baik hanya ketika menghampiri musim penilaian oleh majikan. Andaikata,
hasil penilaian tidak menepati apa yang dia inginkan, maka akhlak yang baik itu akan
'ditanggalkan' dengan penuh rasa amarah dalam diri...
Akhlak yang baik perlu berada dimana-mana, samada 'ada' yang melihat ataupun tidak.
Kerana asasnya, ALLAH SWT itu ada dimana-mana. Dia sentiasa melihat, memerhati dan
menilai setiap gerak-geri hamba-Nya. Dan seterusnya, akan memberikan ganjaran samada 'on
the spot' di dunia ini ataupun 'ditangguhkan' hingga hari pembalasan (yaumuddin) di Akhirat
kelak.
Apa jua peranan kita, akhlak yang baik adalah menjadi 'pakaian wajib' yang perlu melitupi
tubuh badan kita sepanjang masa. Dalam konteks muamalat, seorang peniaga, pengguna dan
penggubal & penguatkuasa tidak dapat (laa budda) mesti melaksanakan tangunggjawab
mereka dengan penuh berakhlak.
Antara akhlak muamalat yang nampak mudah tapi amat payah untuk dilakukan, iaitu tidak
menipu atau menyatakan kebenaran walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Semestinya,
ketiga-tiga unit muamalat (iaitu pengguna, peniaga dan penggubal & penguatkuasa) perlu
melazimkan diri mereka untuk sentiasa berurusan tanpa menyembunyikan kebenaran.
Adalah tidak sepatutnya seorang pembeli meminta gantian barang yang dibeli akibat
kerosakan yang berpunca daripada kecuaian dirinya. Dia tidak wajar menipu peniaga dengan
mengatakan barang tersebut memang telah rosak sebelum dapat digunakan. Dialog ini
seringkali kita dengar, "Betul tokey, sampai saja rumah bila nak bukak balik tepon ni dah tak
hidup'. Padahal, iainya terhempas sebaik saja sampai di rumah.
Adalah tidak sepatutnya seorang penjual menyembunyikan maklumat sebenar tentang produk
atau perkhidmatan yang dijual. Banyak perniaga hari ini tidak akan sesekali menyatakan apa
kelemahan atau kekurangan sesuatu produk atau perkhidmatan mereka. Perhatikan iklaniklan yang terpapar di merata-rata, semuanya berlumba-lumba menonjolkan kebaiakan dan
kelebihan masing-masing. Sehingga sesetengah pembeli yang tidak begitu berhati-hati
menjadi tertipu. Apabila produk atau perkhidmatan sudah berpindah tangan, barulah baik
buruknya yang sebenar diketahui.
Adalah tidak sepatutnya penggubal & penguatkusa undang-undang tidak menyatakan
kebenaran yang sebenar apabila menggubal & menguatkuasa undang-undang (iatu kerajaan)
terhadap pembeli & peniaga. Tidak sepatutnya kerajaan meluluskan peruntukan undangundang tertentu untuk membenarkan kenaikan harga barang atau perkhidmatan tertentu
dengan menjadikan alasan kenaikan harga pasaran semasa. Sedangkan realitinya hanya untuk
memberikan keuntungan yang berlipat ganda kepada kelompok peniaga tertentu.
Sekiranya, kita semua dapat bermuamalat dengan akhlak yang baik. InsyaALLAH kehidupan
umat akan lebih aman damai dan sejahtera.

Das könnte Ihnen auch gefallen