Sie sind auf Seite 1von 19

APEA2313 Organisasi Sosial Kerja

TAJUK: Kepimpinan organisasi memainkan peranan sangat vital dalam


memastikan organisasi berjalan dengan baik dan produktif. Senaraikan
ciri-ciri kepimpinan yang terbaik dalam sesebuah organisasi.

NAMA AHLI: LEE CHEW CHANG AEP120002


MOHAMAD SALLEMAN BIN HUSING AEP120005
JEYA MHIRUNA THIRUCHELVAM AEP110004

PENSYARAH: DR. PARWAZALAM BIN ABDUL RAUF

ISI KANDUNGAN
BIL

PERKARA

MUKA SURAT

PENGENALAN

KONSEP

PERKEMBANGAN KEPIMPINAN

GAYA KEPIMPINAN

TEORI YANG BERKAITAN DENGAN KEPIMPINAN

CIRI-

CIRI

KEPIMPINAN

BERORIENTASIKAN 11

PEKERJA
7

KEPIMPINAN BERKESAN

13

CONTOH PEMIMPIN ORGANISASI

15

KESIMPULAN

17

10

RUJUKAN

19

1.0 PENGENALAN
Kepimpinan boleh membawa maksud yang berbeza kepada berlainan situasi dan
kelompok. Walaupun perkataan pemimpin muncul sejak tahun 1300, tetapi perkataan
kepimpinan cuma muncul pada tahun 1800 (Amiruddin, 1990).

Oleh kerana

perkataan kepimpinan itu membawa satu konsep yang sofistikated, maka banyaklah
1

definisi yang dikemukakan, hampir sama banyak dengan orang yang mengkaji
mengenai bidang ini. Kepimpinan dalam bahasa Melayu adalah istilah yang baru
dicipta pada tahun 1970 yang memberi makna kepada perkataan 'leadership'
(pimpinan).
Kepimpinan merupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi
terutama dalam memimpin organisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang
ingin dicapai bersama. Kepimpinan membawa banyak pengertian bergantung kepada
kesesuaian dan keperluannya. Walaupun kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks
untuk ditakrifkan namun ia membawa kepada suatu persamaan dari segi konteksnya
iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja sepasukan serta penentuan matlamat. Ini
bermaksud bahawa kepimpinan itu adalah suatu proses di mana seseorang individu itu
(pemimpin) mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamat bersama (Alimuddin,
2006).

2.0 KONSEP
Mengikut pengertian yang diberikan oleh Jaafar Muhamad (2007) bahawa
kepimpinan itu bermaksud aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara
sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Ismail Noor (2004)

mendefinisikan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpukan sumbersumber ke arah matlamat yang benar-benar bermatlamat.
Hussein Mahmood (1993) melihat kepimpimpinan sebagai suatu bentuk
tingkah laku pemimpin bagi mencari penyelesaian masalah dan bagi mencari jalan
untuk melaksanakan sesuatu tugasan yang bertujuan untuk mecapai matlamat sesuatu
organisasi itu. Kepimpinan lazimnya melibatkan suatu proses mempengaruhi orang
lain di dalam sesuatu organisasi dengan membina hubungan yang baik, menggerak
aktiviti dan memandu subordinat ke arah mencapai matlamat organisasi (Yulk, 2002).
Hoy dan Miskel (2005) berpendapat bahawa kepimpinan adala suatu proses sosial
yang merangkumi elemen rasional dan emosi. Kepimpinan juga menurut mereka
adalah suatu proses yang dikongsi oleh organisasi dan bukan milik seseorang
pemimpin itu sahaja.
Kajian-kajian sebelum ini telah mendefinisikan kepimpinan dengan pelbagai
pengertian. Mengikut pengertian yang mudah, kepimpinan adalah keupayaan
mempengaruhi individu atau sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat kumpulan
atau organisasi. Menurut Yukl (2002) kepimpinan selalunya dikaitkan dengan proses
struktur, kuasa, mendorong, merangsang, sumber ilham, menentu matlamat, mencipta
wawasan dan tanggungjawab memberikan motivasi kepada mereka yang berada di
bawah pimpinannya.
Kepimpinan juga adalah kebolehan untuk mengenali keperluan dan
melaksanakan perubahan, menentukan arah tujuan, memotivasi, mengilham,
membangun sumber manusia, berkomunikasi, membangunkan pasukan kerja,
berkongsi membuat keputusan, berintegriti serta sebagai penasihat dan jurulatih
kepada orang bawahan (Bass, 1990; Kouzes & Posner, 2007; Skipper & Bell, 2006).
3

Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah kebolehan seorang pemimpin untuk
menarik orang lain untuk mengikut apa yang dihajati tanpa sebarang paksaan. Ianya
merupakan aspek penting dalam kehidupan organisasi kerana pemimpin membantu
menunjukkan arah tujuan dan menentukan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh
orang bawahannya bagi memastikan matlamat organisasi tercapai.

3.0 PERKEMBANGAN KEPIMPINAN


Kepimpinan melalui perubahan-perubahan sejajar dengan perubahan masa dan
keperluan manusia sejagat. Misalnya, konsep kepimpinan transformasional mula
diperkenalkan oleh Burns (1978). Bermula dari lewat 1980 an dan awal 1990 an
organisasi korporat di barat mula mengamalkan kepimpinan transformasional dalam
struktur organisasi perniagaan mereka.
Kepimpinan transformasional dilihat sebagai sangat sesuai bagi mengantikan
amalan kepimpinan transaksional. Ini bermakna mereka mengubah struktur organisasi
mereka dari sistem kawalan berpusat, amalan kuasa hierarki yang mutlak, perbezaan
status yang ketara di antara tahap-tahap autoriti serta proses membuat keputusan yang
bersifat `top-down di mana pemimpin mempunyai kuasa mutlak membuat keputusan
tanpa penglibatan subordinat.

4.0 GAYA KEPIMPINAN


Gaya kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa
yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya bekerja kuat untuk
mencapai objektif organisasi. Gaya kepimpinan adalah bagaimana sesorang pemimpin
4

berinteraksi dengan orang yang dipimpin (Goetsh dan Davis (2003). Likert (1967)
menyatakan bahawa gaya kepimpinan seseorang boleh jadi kombinasi antara
beberapa gaya kepimpinan. Terdapat beberapa jenis cara kepimpinan yang utama
yang dikenalpasti dalam sejarah perkembangan manusia. Antaranya ialah demokratik,
autokratik, laisez faire dan perikemanusiaan.

4.1 Kepimpinan autokratik


Menurut Northouse, P. G. (1997), kepimpinan autokratik menerangkan suasana
perhubungan secara sehala antara pemimpin dengan pengikut. Semua perancangan,
keputusan, dasar perancangan dan perlaksanaan ditentukan oleh pemimpin itu sahaja.
Dalam konteks organisasi, corak autokratik terserlah melalui pemimpin yang hanya
menitikberatkan kecekapan operasi tanpa mengambilkira hal ehwal pekerja.
Antara ciri kepimpinan autokratik adalah seperti setiap polisi diputuskan oleh
pemimpin. Ini bermakna setiap jenis polisi yang ada dalam organisasi secara
penuhnya ditentukan oleh ketua atau pemimpin. Ini meliputi polisi kenaikan pangkat,
polisi keselamatan pekerja, dan sebagainya polisi yang berkait dengan pengurusan
organisasi. Dalam sistem autokratik ini juga, staf tidak tahu apa hala tuju pemimpin
kerana pemimpin hanya mengambil satu langkah dalam satu masa, staf tidak tahu
pelan tindakan pemimpin kerana tidak dikongsikan. Pemimpin sering memberikan
hukuman dan ganjaran untuk mencapai sesuatu objektif (Northouse, P. G., 1997).
Melalui gaya kepimpinan ini, terdapat kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri. Contoh kekuatan gaya kepimpinan autokratik adalah keputusan dapat
dicapai dengan segera, pemimpin memiliki kuasa pemutus dan operasi organisasi

berjalan lancar tanpa banyak kerenah serta pemimpin boleh memanipulasi kekuatan
dan kelemahan pekerjanya.
Manakala kelemahannya pula adalah gaya kepimpinan ini mampu musnahkan
semangat pekerjanya. Ini disebabkan semua keputusan ditentukan sepenuhnya oleh
ketua dan penglibatan mereka dalam membuat keputusan adalah pada kadar
minimum. Pemimpin dalam gaya kepimpinan ini kebiasaannya kurang mengambil
peduli pendapat dan pandangan pekerja bawahan. Perkara ini akan mempengaruhi
tahap kepuasan pekerja dan secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada
tahap prestasi kerja pekerja. Selain itu, bagi organisasi yang mengamalkan
kepimpinan jenis autokratik ini juga akan menggugat kestabilan hubungan pekerja
dengan majikan dan juga pekerja dengan pekerja. Hubungan antara pemimpin dengan
pengikut menjadi kurang mesra ekoran daripada sikap pemimpin atau ketua yang
dianggap tegas dan kurang fleksibel dalam menentukan keputusan. Pekerja juga
terlalu bergantung kepada pemimpin. Melalui kepimpinan ini juga tidak berjaya
membantu individu yang berpotensi mengenengahkan idea mereka untuk membantu
perkembangan organisasi (A.John Bartky 1963).

4.2 Kepimpinan demokratik


Menurut Northouse, P. G. (1997), Corak kepemimpinan demokratik pula mempunyai
ciri-ciri

yang

berlawanan

dengan

corak

autokratik.

Dalam

organisasi,

pengimplimentasian gaya kepimpinan ini dapat dilihat apabila pemimpin memberikan


penekanan yang maksimum kepada kedua-dua aspek iaitu tugas dan manusia. Kerja
berhasil dari komitmen pekerja, penyatuan tujuan, saling hormat dan percaya
mempercayai antara pekerja dengan pemimpin.
6

Kepimpinan demokratik secara dasarnya banyak memberi galakan dan


sokongan kepada pengikut untuk mengambil bahagian dalam perancangan, keputusan
dan cara perlaksanaan. Kepimpinan demokratik ini adalah satu bentuk pemerintahan
yang mengamalkan cara memerintah secara demokrat, dimana setiap seuatu perkara
diputuskan melalui suara majoriti. Dalam pengurusan atau pentadbiran organisasi,
biasanya banyak mengamalkan gaya ini, agar pekerja merasakan pandangan mereka
diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai semangat kekitaan atau
kepunyaan.
Menurut Northouse, P. G. (1997), Ciri kepimpinan demokratik ini adalah
pemimpin

akan

memberikan

peluang

kepada

pekerja

bawahannya

untuk

mengutarakan pandangan, idea, atau komen supaya ianya mencapai kata sepakat dan
meberi kepuasan hati kepada semua pihak. Melalui pendekatan ini biasanya akan
memberikan satu keputusan yang mantap dan pembahagian tanggungjawab
diagihkaan secara sama rata supaya tidak wujud unsur-unsur penganiayaan atau bias
dalam struktur organisasi.
Namun pendekatan gaya kepimpinan turut mempunyai kekuatan dan
kelemahan. Antara kekuatannya adalah menggalakkan penglibatan semua pihak
dalam perancangan, membuat keputusan dan perlaksanaan, mampu menggunakan
kepakaran dan kemahiran yang dimilik oleh pekerjanya untuk mencapai objektif
organisasi, menggalakkan percambahan idea, melahirkan semangat dan kerja
berpasukan. Tetapi, gaya kepimpinan ini juga ada kelemahannya iaitu menyebabkan
proses pembuatan keputusan memerlukan masa panjang, pemimpin tidak memiliki
kuasa penuh, tindakan semerta sukar dilaksanakan dan risiko semasa pembuatan
keputusan kerana perlu berkompromi serta sukar untuk pemimpin mengambil sesuatu

tindakan terhadap pengikut kerana perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan
(Lunstedt, 1965).

4.3 Kepimpinan laissez-faire


Menurut Northouse, P. G. (1997), Laissez-faire ialah satu bentuk corak kepemimpinan
yang menunjukkan satu perhubungan yang paling sedikit antara pengikut dengan
pemimpinnya. Pemimpin hanya bertindak sebagai penyalur maklumat dan sumber
fizikal sahaja serta memiliki kuasa yang terlalu sedikit dalam membuat keputusan.
Pemimpin hanya akan membuat keputusan apabila diminta oleh pengikut.
Antaranya ciri kepimpinan laissez-faire adalah pemimpin memberi sepenuh
kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan, pemimpin mengambil bahagian
yang minimum dalam perbincangan dan penekanan terhadap peraturan juga tidak
terlalu ditekankan. Kekuatan gaya kepimpinan ini adalah memberi peluang kepada
setiap pekerja untuk membangunkan potensi diri. Melalui gaya kepimpinan ini,
pekerja tidak bergantung atau dikawal oleh pemimpin. Individu dalam organisasi
berpeluang belajar memimpin diri sendiri. Akan tetapi terdapat kelemahan juga dalam
gaya kepimpinan ini iaitu pekerja akan mengalami situasi dimana kurangnya
bimbingan dan arahan menjadikan objektif organisasi sukar dicapai (Lunstedt, 1965).

5.0 TEORI YANG BERKAITAN DENGAN KEPIMPINAN

Keupayaan seseorang pemimpin memimpin sesuatu organisasi dipengaruhi oleh


pendekatan dan cara-cara yang dipraktikkan. Proses ini memerlukan kemahiran dan
pengetahuan yang tinggi dan relevan bagi memacu seseorang pemimpin
8

mengadaptasikan peranan samada dalam berkomunikasi, berhubung, berfkir dan


sebagainya. Dalam organisasi, seseorang pemimpin yang baik akan mempunyai nilai,
motivasi, dan potensi diri yang baik untuk mempengaruhi ataupun menjadi model
yang baik kepada ahli-ahli yang lain dalam organisasi. Dalam bidang kepimpinan ini,
wujud beberapa teori yang diadaptasi bersesuaian untuk mewujudkan gaya
kepimpinan yang baik. Antara teori yang amat berkait rapat dengan kepimpinan ialah
seperti Path Goal Theory, teori sifat dan juga teori behaviorisme atau teori tingkah
laku, dan teori keperluan Maslow.
5.1 Teori Path Goal
Teori yang berkait rapat dengan kepimpinan ini adalah teori kepimpinan bersasaran
ataupun Path Goal Theory. Secara amnya, teori ini berpendapat bahawa sesebuah
organsasi harus mempunyai sasaran yang jelas dan jitu samada dari sudut
memberikan informasi kepada subordinat dan juga menentukan gerak kerja pemimpin
atasan sendiri. Teori ini digelar Path Goal Theory kerana pendekatan utamanya
adalah bagaimana seseorang pemimpin mempengaruhi subordinat (Bass, B. M., &
Bass, R., 2009).
5.2 Teori Great Man
Teori kepimpinan yang seterusnya ialah teori Great Man yang boleh dikatakan amat
berkait rapat dengan kepimpinan. Teori ini diasaskan oleh Thomas Carlyle di mana
beliau menganggap pembangunan di dunia adalah hasil pencapaian orang-orang yang
masyhur di dunia. Teori ini menganggap kemampuan kepemimpinan diwarisi.
Dikatakan bahawa pemimpin yang hebat dilahirkan dan bukan dibentuk great
leaders are born, not made apabila wujud pemimpin seperti Abraham Lincoln, Julius
Caesar, Mahatma Gandhi, dan Alexander the Great. Teori ini menggambarkan
9

pemimpin hebat adalah wira, mitos dan ditakdirkan memimpin apabila diperlukan.
Istilah "Great Man" digunakan kerana pada masa itu kepimpinan dianggap sebagai
kualiti lelaki sahaja, khususnya dalam kepimpinan ketenteraan. Ahli sejarah Thomas
Carlyle percaya kepada teori ini dan mengatakan "The history of the world is but the
biography of great men". Carlyle mengatakan, pemimpin yang berkesan adalah
mereka yang berbakat dengan mempunyai sifat-sifat yang tertentu serta mendapat
petunjuk yang maha kuasa (Bass, B. M., & Bass, R., 2009).
5.3 Teori Traits
Teori seterusnya yang amat berkait dengan kepimpinan ini adalah teori sifat atau
Traits Theory. Teori ini boleh dianggap hampir sama dengan teori "Great Man"
yang mana menganggap manusia mewarisi kualiti dan sifat yang menjadikan mereka
sesuai menjadi pemimpin. Teori ini juga menganggap sifat personaliti, sosial, fizikal
atau intelektual membezakan antara pemimpin dan bukan pemimpin. Pemimpin yang
berjaya mempunyai minat, kemampuan, dan sifat personaliti yang berbeza daripada
pemimpin yang tidak berkesan. Sifat utama yang telah dikenalpasti menurut teori ini
meliputi usaha, tahap cita-cita yang tinggi, bertenaga dan berinisiatif. Pemimpin juga
dikatakan mempunyai keinginan yang kuat untuk memimpin orang lain demi
mencapai matlamat. Selain itu, ciri-ciri utama pemimpin dalam teori sifat ini adalah
berkarisma, kreatif dan fleksibel (Bass, B. M., & Bass, R., 2009).
6.0 CIRI- CIRI KEPIMPINAN YANG BERORIENTASIKAN PEKERJA
6.1 Mengambil berat terhadap pekerja
Berdasarkan beberapa persamaan daripada beberapa kajian, dapat disimpulkan ciri
seorang pemimpin yang mengambil berat terhadap pekerja adalahseseorang pemimpin
yang mempunyai kemahiran mendengar secara aktif, mempunyai perasaan empati
10

kepada orang lain, bersifat terbuka dan sentiasa memahami pekerja serta sentiasa
mentrasformasikan diri dan juga pekerja lain ke arah mencapai matlamat organisasi
(Greenleaf, 1970; Larry Spears, 1996; Thompson, 2010; Laub, 1999)
Manakala Barbuto & Wheeler (2006) pula mendefinisikan pemimpin yang
berorientasikan pekerja sebagai seorang pemimpin yang mengutamakan kesenangan
orang lain. Mereka juga mempunyai motivasi diri dan kesedaran diri untuk
mengorbankan kepentingan diri semata-mata untuk berkhidmat kepada orang lain.
Patterson (2003) pula seorang pemimpin yang mengambil berat terhadap pekerja akan
mempunyai rasa murah hati, suka dan merendah diri terhadap pekerja demi mencapai
matlamat bersama organisasi.
6.2 Memberi kuasa kepada pekerja
Campbell (1991) mempunyai definisi yang paling ringkas bagi menerangkan
pemimpin berorientasikan pekerja. Mengikutnya, pemimpin yang berorientasikan
pekerja hanya mempunyai nilai memberikan kuasa kepada pekerja. Tugas pemimpin
dalam memberikan kuasa adalah untuk memilih, membangun serta berkongsi kuasa
mereka dengan pekerja. Mereka juga akan bersikap komited terhadap pencapaian
matlamat organisasi.
Russel & Stone (2002) pula mengatakan seseorang pemimpin yang memberi
kuasa kepada pekerja akan membuat pekerja atau orang lain berasa penting.
Pemimpin tidak akan membuat orang lain berasa rendah akan diri. Mereka juga akan
memberikan kuasa kepada orang lain dengan cara mendengar dengan baik. Selain itu,
seorang pemimpin juga akan menitikberatkan kerja secara berpasukan bagi
melahirkan rasa kecintaan dan persamaan dalam sesebuah organisasi itu.

11

Manakala, mendapati beberapa tokoh berpendapat seorang pemimpin yang


mengagihkan tugas kepada pekerja juga akan memberi kuasa kepada pekerja supaya
mereka dapat membuat sesuatu keputusan demi kepentingan bersama organisasi
tersebut (Greenleaf, 1970; Larry Spears, 1996; Patterson, 2003; Page & Wong, 2000)
6.3 Membangunkan pekerja
Barbuto & Wheeler (2006) berpendapat pemimpin mengambil tanggungjawab untuk
membangunkan orang lain demi kesejahteraan mereka serta memastikan setiap
strategi dan keputusan yang dirancang mencerminkan usaha dan komitmennya untuk
membangunkan manusia.

Thompson (2010) pula mengatakan seorang pemimpin

yang berorientasikan pekerja akan mempunyai komitmen dalam membangunkan dan


mengembangkan potensi peribadi pekerja. Pemimpin akan menghargai, mengiktiraf
dan mengalakkan mereka dalam membangunkan organisasi (Page & Wong, 2000).
Manakala Robert K. Greenleaf (1970) mengatakan seorang pemimpin yang
berpegang kepada orientasi pekerja, akan berusaha untuk membangunkan setiap orang
dalam organisasi bagi membantu para pekerja mengembangkan aspek keperibadian
dan nilai professional mereka supaya matlamat organisasi dapat dicapai.

7.0 KEPIMPINAN BERKESAN


Keberkesanan pemimpin merujuk sejauh mana pemimpin, menerusi pengaruhnya,
mampu mempengaruhi pengikutnya ke arah mencapai matlamat atau memperoleh
ganjaran yang diingini. Terdapat dua cara untuk mengenali pemimpin yang berkesan.
Iaitu melihat kepada keberkesanan tugas dan keberkesanan interaksi (Aminuddin,
1990). Ukuran keberkesanan tugas dilihat dari aspek:
12

1.

Sebanyak mana masa dan tenaga digunakan secara minimum untuk mencapai

matlamat pengikut.
2.

Sejauhmana kepuasan dan keputusan positif yang dibuat untuk organisasi

dapat dirasai oleh pengikut.


3.

Kualiti daya pengeluaran dan ganjaran yang diperoleh serta dendaan yang

dapat dielakkan.
Manakala keberkesanan interaksi dilihat dari aspek:
1.

Wujud keharmonian dan tiada perbalahan dalam kelompok.

2.

Kepuasan interaksi dalam organisasi yang dirasai oleh pengikut.

3.

Keserasian hubungan yang sebenarnya atau diamati dengan yang dikehendaki

antara anggota kumpulan.


Walau bagaimanapun, pengertian keberkesanan pemimpin sebenarnya
bergantung kepada pendapat pengikut. Pengikut yang menentukan keberkesanan
pemimpin berdasarkan perkara yang dipertimbangkan oleh mereka. Pandangan
pengikut biasanya berbeza dengan pandangan pemimpin. Misalnya, apabilka hendak
memantapkan keberkesanan jabatan dalam organisasi, keberkesanan pemimpin lebih
difokuskan kepada hasil projek yang disiapkan pada masa yang telah ditetapkan. Pada
pandangan pengikut pula keberkesanan kepimpinan dilihat pada keterbukaan dan
pertimbangan pemimpin terhadap keperluan dan perhatian yang diberikan kepada
pembangunan kerjaya mereka.
Pengertian pemimpin yang berkesan perlu dibezakan dengan pemimpin yang
berjaya. Pemimpin yang berkesan mampu meningkatjan kepuasan dan pengeluaran
pengikutnya sedangkan pemimpin yang berjaya ialah mereka yang dinaikkan pangkat
13

dengan cepat. Berdasarkan pendapat Luthans (1988) menerusi penemuan kajian


beliau terhadap kepimpinan pengurus organisasi, pemimpin yang berkesan lebih
berfokus kepada komunikasi, mengurus konflik, latihan, pembangunan, dan
memotivasikan pengikut. Sebaliknya fokus aktiviti pemimpin yang berjaya lebih
kepada mewujudkan rangkaian atau interaksi dengan pihak luar kumpulan, bersosial,
dan berpolitik.

8.0 CONTOH PEMIMPIN ORGANISASI

Datuk Mohd. Farid


Ariffin

14

Datuk Mohd. Farid Ariffin merupakan presiden Majlis Kanser Nasional


(MAKNA). MAKNA ditubuhkan sejak tahun 1995 dan merupakan satu organisasi
bukan kerajaan (NGO) yang masih bergiat aktif membantu pesakit kanser di seluruh
Malaysia tanpa mengira umur, jantina, bangsa, dan kaum.
Datuk Farid merupakan satu contoh pemimpin yang menjadi tulang belakang
kepada kewujudan MAKNA yang melawan kanser dari semua aspek. Datuk Farid
merupakan seorang pemimpin yang baik. Ini adalah kerana melalui pengalaman
bekerja sebagai seorang pelajar praktikal, pengkaji mendapati bahawa, sebagai
seorang pemimpin organisasi, Datuk Farid seorang pemimpin yang mempunyai nilai
kepimpinan bersifat demokrasi. Corak kepimpinan demokratik sentiasa menggalakkan
pekerjanya mengambil bahagian bersama dalam membuat sesuatu keputusan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah usaha sama daripada perbincangan semua
pekerja.
Datuk Farid juga seorang pemimpin yang berorientasikan pekerja. Ini adalah
kerana Datuk Farid seorang yang mempunyai sifat empati terhadap pekerjanya, dan
sentiasa mengambil berat terhadap pekerjanya. Beliau akan menjalankan sesi berbual
15

dengan setiap pekerja pada hari tertentu. Selain itu juga beliau memberikan suasana
bekerja yang selesa dan memberikan masa bekerja yang fleksible kepada pekerja. Ini
membolehkan pekerja melakukan kerja dengan selesa dan senang hati. Beliau juga
sentiasa komited dalam membangunkan pekerja-pekerjanya demi perkembangan diri
mereka dan juga demi kebaikan organisasi. Datuk Farid merupakan contoh pemimpin
organisasi yang baik sekali.

9.0 KESIMPULAN
Kepimpinan merupakan salah satu topik yang sangat menarik dalam dunia organisasi.
Apalagi di tengah perubahan persekitaran organisasi yang begitu dinamik. Semakin
banyak perubahan yang berlaku, maka kepimpinan-pun semakin diperlukan.
Kepemimpinan merupakan faktor penting dalam organisasi, kerana kemampuan
16

seorang pemimpin dalam mempengaruhi ahli menjadi faktor dominan yang


menentukan berjaya tidaknya suatu organisasi, pemimpinlah yang menjadi
penyelaras, motivator, dan pemangkin yang akan membawa organisasi pada puncak
kejayaan. Oleh kerana itu orang selalu mengaitkan kegagalan atau kejayaan organisasi
dengan pemimpinnya baik itu di syarikat, agensi kerajaan, politik, swasta mahupun
badan sosial.
Berdasarkan kepada kajian-kajian lepas, ramai penyelidik telah membuat
kajian dan menfokus tentang kepentingan kepimpinan sebagai kunci utama kepada
kejayaan sesebuah organisasi. Justeru, dapat dirumuskan pemimpin yang mempunyai
ciri-ciri berorientasikan pekerja sentiasa mengambil berat terhadap masalah
pekerjanya dan berusaha membangunkan pekerjanya kea rah mewujudkan pasukan
kerja yang dinamik dan efisien. Pemimpin ini juga bersedia memberi kuasa kepada
pekerja bawahannya di dalam melaksanakan tugas dan berkongsi membuat keputusan
di dalam mencapai matlamat organisasi.

10.0 RUJUKAN
Bass, B. M., & Bass, R. (2009). The Bass handbook of leadership: Theory, research,
and managerial applications. Simon and Schuster.
Fazila Suhaili, (2004), Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Tahap Prestasi
Guru Di Sekolah, Kajian Kes di Sekolah Kebangsaan Pusa Sarawak, Universiti
Malaysia Sarawak, Tesis.

17

Ghazali, N. (2007). Tahap amalan kepimpinan transformasional dalam kalangan


pengetua sekolah menengah bandar Tangkak (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia, Faculty of Education).
Ishak Mad Shah (2006). Kepimpinan dan hubungan interpersonal dalam organisasi.
Penerbit UTM.
John Bartky, A. (Nov. 1963), The Depressive State of Educational Leadership, Taylor
& Francis, Ltd. Jurnal, pp. 131-135.
Lundstedt, S. (Jun. 1965), Administrative Leadership and Use of Social Power;
Public Administration , Wiley, Journal, Vol. 25, No. 2, pp. 156-160
Mohd. Farid Rahmat. Gaya Kepimpinan Pengurusan Persatuan dan Kelab (UQP1021)
Northouse, P. G. (2012). Leadership: Theory and practice. Sage Publications.
Noraini Misran & Ahmad Othman (2011). Hubungan ciri-ciri kepimpinan
berorientasikan pekerja terhadap kejayaan projek di kalangan kontraktor dalam
industry pembinaan. International Conference on Management (ICM 2011)
Proceeding.
Robert, J House, (April 1975), Path Goal Theory Of Leadership, Washington
Uiversity, Journal.
Supratiknya, A. (1993), Teori-Teori Sifat dan Behaviouristik, Penerbit Kanisius,
Ebook, pp, 357-397.
Syd Abdul Rahman Syd Zain, (2004), Persepsi Stail Komunikasi Kepimpinan
Mempengaruhi Komitmen Pegawai Sokongan Dalam Jabatan Kerajaan, Seminar
Sosioekonomi & it ke ll 2004, UUM, Kertas Kerja.
Yukl, G.A. 1998. Leadership in Organization. Second Edition. New Jersey: PrenticeHall, Inc.

18

Das könnte Ihnen auch gefallen