You are on page 1of 2

Aktiviti 1 CASTLE OF STRAW @ Menara straw

Pengenalan
Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta memahami dan meningkatkan kemampuan diri
dari segi kepimpinan dan kaedah penyelesaian masalah serta mewujdkan semangat
bekerjasama dalam sesuatu pasukan.

Objektif aktiviti

Membentuk kerja berpasukan dalam kalangan peserta

Menekankan kesepaduan kesatuan, kesetiaan dan kesanggupan dalam kerja berpasukan.

Membentuk sikap bertolak ansur dalam kerja berpasukan.

Membuat keputusan dalam keadaan kritikal.

Membentuk disiplin diri

Bina menara paling tinggi berdasarkan kreativiti kumpulan dengan menggunakan

Penyedut minuman (straw)

Gunting

Pita selofan

Prosedur
1. Setiap peserta dibahagikan ke dalam kumpulan seramai 7/8 orang
2. Setiap kumpulan diserahkan 3 bungkus penyedut minuman (straw), 1 unit pita selofan
dan 1 unit gunting.

3. Bina menara menggunakan bahan-bahan yang telah diserahkan


4. Menara yang dibina mestilah mempunyai ketinggian sama dengan ketinggian
sebatang pambaris panjang (60 cm) atau lebih daripadanya.
5. Pemenang diukur dengan menimbang kekuatan menara dengan menggunakan kertas
A4 sebagai beban. Kumpulan yang mampu menampung berat A4 yang banyak dikira
sebagai pemenang.
6. Masa diberi selama 30 minit dan setiap wakil kumpulan diminta menerangkan
gambaran menara yang telah dibina kepada ahli kumpulan yang lain

KESIMPULANNYA:
Bukanlah mudah untuk membentuk satu pasukan kerja yang mempunyai semangat
berpasukan lagi efektif bagi mencapai sesuatu matlamat. Ahli-ahli pasukan perlu
selalu berjumpa untuk membuat perbincangan dan melaporkan perkembangan tugasan
yang diberikan. Kerja berpasukan harus dibentuk dengan betul, dipantau secara
berterusan, sentiasa diperbaiki mana-mana kesilapan, terdiri dari ahli-ahli pasukan
yang mempunyai sifat-sifat tertentu, barulah dapat mencapai sesuatu matlamat.