Sie sind auf Seite 1von 2

AKTIVITI PERNIAGAAN

Terdapat dua kategori utama:


Pengeluaran
Perkhidmatan

Pengeluaran
-aktiviti menghasilkan barang untuk dijual.
-jenis aktiviti pengeluaran:

1. Ekstraktif
- mengeluarkan atau mengekstrak bahan mentah daripada perut bumi tanpa mengubah bentuk
asalnya. Contoh pembalakan,perlombongan dan perladangan.

2. Barangan Konsumer
- barangan yang dibeli oleh pengguna akhir untuk kegunaan sendiri atau keluarga. Contoh gula,
minyak dan sabun.

3.Barangan Industri
-barangan yang dibeli dengan tujuan untuk dijual semula atau diproses semula untuk menghasilkan
barangan baru atau barangan yang dibeli untuk membantu operasi perniagaan. Contoh bahan kimia dan
jentera, minyak masak untuk kegunaan di restoran dan mesin jahit untuk menjahit pakaian yang
ditempah oleh pelanggan.

4.Pembuatan
- aktiviti menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang siap atau barang separuh
siap.Contoh : getah digunakan untuk menghasilkan tayar dan sarung tangan.

5.Pemasangan
-aktiviti memasang komponen-komponen untuk menghasilkan barang siap. Contoh komponen elektrik
dipasang untuk menghasilkan TV dan radio.

Perkhidmatan
-aktiviti melibatkan penawaran barang tidak nampak.
-jenis aktiviti perkhidmatan:

Runcit
-mendapatkan bekalan barang daripada pemborong untuk dijual kepada pengguna.
-tugas: memecah pukal,memperagakan barangan,memberi perkhidmatan dan
khidmat selepas jualan.
Borong
-membeli barang secara pukal daripada pengeluar dan mengagihkan barang dalam kuantiti yang kecil
kepada peruncit atau pelanggan.
-tugas: memecah pukal dan membungkus semula barang dalam kuantiti yang lebih kecil dan
menyediakan pengangkutan untuk mengagihkan barang.

Kewangan
-menawarkan perkhidmatan kewangan kepada pengguna.
-Contoh: bank,syarikat insurans,syarikat amanah saham dan syarikat sekuriti.

Profesional
-

menawarkan perkhidmatan yang khusus.

Contoh: firma perakaunan, firma guaman, klinik perubatan.

Perhotelan
aktiviti perhotelan menawarkan perkhidmatan penginapan,makanan dan minuman serta
kemudahan rekreasi untuk pelancong.

Pendidikan
-

pendidikan secara formal untuk menyediakan sumber tenaga manusia.

Das könnte Ihnen auch gefallen