Sie sind auf Seite 1von 3

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN TEMPAT KEMBARA

KELAB KEMBARA TESL 1 PISMP AMBILAN JAN 2012


Tarikh

6 Julai 2014 (Ahad)

Masa

2.00 petang

Tempat

Bilik Gerko (Astaka)

Kehadiran

:
1. Encik Faizal bin Ghazali (Pensyarah Penasihat)
2. Ainul Hakim Bin Hashim (Pengerusi)
3. Ng Pin Ting (Naib Pengerusi)
4. Balqis Binti Abdullah (Setiausaha)
5. Adam Ariff Bin Zulkifli (Bendahari)
6. Farah Mudrikah Bt Zaimy (AJK)
7. Fatin Daratul Ain Bt Johari (AJK)
8. Ain Fatihah Bt Mohd Kasim (AJK)
9. Atiqah Bt Mohd Amirudin Vincent (AJK)
10. Hani Syazwani Bt Abdul Ghani (AJK)
11. Ahmad Zulfaqqar Bin Ahmad Zabrin (AJK)
12. Anil Raj A/L Annamalai (AJK)
13. Farhana Atiqah Bt Ahmad Radzuan (AJK)
14. Amir Aiman Bin Ruzlani (AJK)
15. Ahmad Khairunnaim Bin Ab Kadir (AJK)
16. Akashah Bin Osman (AJK)
17. Chai Xiao Ling (AJK)

Agenda Mesyuarat:
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran


Pensyarah Penasihat Kelab dan semua ahli jawatankuasa. Beliau turut melahirkan rasa
bangga kerana semua ahli jawatankuasa dapat hadir pada mesyuarat kali kedua ini.

1.2

Pengerusi menjelaskan bahawa tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk


membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan kembara yang akan
dianjurkan oleh kelab ini dan beberapa masalah berbangkit.

2.0 Pengesahan Minit mesyuarat Jawatankuasa yang Pertama


Saudari Fatin Daratul Ain mengesyorkan supaya minit mesyuarat yang lalu disahkan tanpa
sebarang pindaan. Usul beliau disokong oleh Saudari Farah Mudrikah.
3.0 Aktiviti yang dirancang

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN TEMPAT KEMBARA


KELAB KEMBARA TESL 1 PISMP AMBILAN JAN 2012
3.1 Pengerusi meminta semua anggota memberikan pendapat bentuk kegiatan
yang akan
diadakan.
3.2

Pensyarah Penasihat Encik Faizal bin Ghazali mengusulkan supaya pihak kelab
mengadakan kegiatan kembara di Taman Negara, Jerantut, Pahang. Saudari Farhana
Atiqah pula mengusulkan supaya

diadakan kegiatan berkayak di Taman Cabaran,

Putrajaya. Manakala Saudara Pengerusi Ainul Hakim mengusulkan aktiviti dijalankan di


Pulau Tinggi, Johor.
3.3

Pensyarah Penasihat memberikan pendapatnya. Beliau lebih cenderung menggalakkan


kegiatan mendaki gunung Terisek yang terdapat di Taman Negara kerana semua anggota
dapat menyertainya. Jika diadakan kegiatan berkayak , hanya anggota-anggota yang tahu
berenang saja yang dapat menyertainya. Manakala, terdapat beberapa anggota lain yang
berpendapat bahawa sekiranya ke Pulau, terdapat sebilangan pelajar perempuan yang
tidak dapat mengikuti aktiviti yang semestinya akan bertumpu kepada aktiviti air. Semua
ahli jawatankuasa bersetuju dengan pendapat Pensyarah Penasihat.

3.4 Saudara Akashah selaku AJK Program diminta menyediakan maklumat yang berkaitan.
3.5 Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa yang lain untuk memperoleh maklumat
yang berkaitan berkenaan dengan Taman Negara, Jerantut. Maklumat tersebut
merangkumi

anggaran

pembelanjaan,

perancangan

aktiviti,

persediaan

makanan,

pengangkutan dan sebagainya.


Tindakan : Semua AJK

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa dan Pensyarah Penasihat
yang sudi menghadiri mesyuarat itu hingga selesai. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4 petang.

Yang bertugas,

6 JULAI 2014

(BALQIS BINTI ABDULLAH)


Setiausaha,
Kelab Kembara TESL 1 Ambilan Januari 2012,
IPG Kampus Tun Hussein Onn,

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN TEMPAT KEMBARA


KELAB KEMBARA TESL 1 PISMP AMBILAN JAN 2012
Batu Pahat, Johor.

Das könnte Ihnen auch gefallen