Sie sind auf Seite 1von 4

INTERVENSI MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA

Terdapat beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran yang


dapat digunakan oleh guru sebagai langkah intervensi untuk
membantu murid mengatasi masalah dalam kemahiran
mengeja.

1. Kaedah Abjad
Kaedah ini sememangnya digunakan untuk mengajar murid
mengeja. Murid perlu mengenal semua abjad sebelum murid
berjaya mengeja sesuatu perkataan dengan baik. Contohnya :
untuk mengeja "ibu", murid perlu kenal abjad "i", "b" dan "u".

2. Kaedah Fonik/Fonetik
Kaedah ini adalah berdasarkan bunyi sebutan dalam suku kata
dan menggabungkannya dengan suku kata yang lain. Untuk
mengeja sesuatu perkataan, murid perlu membunyikan hurufhuruf terlebih dahulu, kemudian membentuk suku kata dan
seterusnya perkataan. Contohnya: Perkataan bola dieja [b
(beh) + o (o) = bo] dan l (leh) + a (a) = la]. Kedua-dua suku kata
kemudian digabungkan iaitu [bo] + [la] dan ia menjadi [bola].

3. Kaedah Elektik
Kaedah elektik adalah kaedah campuran atau gabungan di
antara dua pendekatan iaitu pendekatan membina dan
pendekatan cerakinan. Beberapa kaedah digabungkan seperti
kaedah bunyi, kaedah abjad dan kaedah suku kata, kaedah
rangkai kata, kaedah ayat. Kaedah ini adalah mengikut prinsip
psikologi membaca, maka ia dapat disesuaikan dengan
kehendak dan kebolehan murid untuk membaca dalam
sebarang keadaan.
Cara pengajaran:
Huruf: Guru memperkenalkan huruf abjad berdasarkan bunyi
huruf sahaja. Contonya, a - ayam, u - ular. Guru tidak boleh
memperkenalkan nama huruf abjad.
Suku kata: Guru mengajar suku kata menerusi perkataan.
Contohnya, ba - baju, bakul, basikal, bawang.

4. Kaedah Suku Kata


Kaedah ini dimulakan dengan suku kata yang asas iaitu KV,
KVK, KVKVK dan seterusnya.

5. Teknik Perisian Komputer


Pembelajaran membaca merupakan aktiviti kognitif yang
melibatkan pengutipan maklumat daripada teks yang dibaca.
Melalui penggunaan perisian komputer, bahan-bahan boleh
dihasilkan bukan sahaja dalan bentuk teks malah dalam bentuk
visual dan audio. Hubungan antara teks dengan imej sebagai
elemen dalam proses membaca dapat dilihat menerusi teori
dwipengkodan.
Teori dwipengkodan (Paivio, 1986) menjelaskan bahawa murid
yang didedahkan dengan dua mod pembelajaran (melalui
visual dan verbal) dapat meningkatkan ingatan dan kefahaman.
Dalam teknik ini, murid diberi peluang untuk membina makna
teks yang dibaca menerusi penghasilan gambaran visual.
Namun demikian, menurut Wienstein dan Mayer (1986) serta
Post dan Carreker (2002), murid tidak berupaya menghasilkan
gambaran visual secara efektif jika murid tidak dibantu oleh
guru menerusi galakan atau pendedahan menggunakan
strategi pembelajaran ini.

6. Mendengar Perakam Suara


Murid mendengar dengan teliti dan mengulangi cara mengeja
yang dimainkan oleh pita rakaman.

7. Kaedah Multisensori
Kaedah ini adalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap
pelbagai deria seperti deria visual, deria sentuhan, deria suara,
dan gabungan semua deria. Kaedah ini membantu murid
terutamanya murid yang mengalami masalah pembelajaran.

Das könnte Ihnen auch gefallen