Sie sind auf Seite 1von 7

TAJUK

MEMBUKA DAN MEMASANG PAM AIR JENIS PAM EMPAR

LECTURE NAME

EN AMIZAN YAHYA BIN JAMIL

COURSE

JJ615 MECHANICAL COMPONENT AND MAINTENANCE

1.0 OBJEKTIF KURSUS


Dalam menjalankan kursus ini kami sebagai pelajar haruslah mancapai objektif yang
telah ditetapkan ,antaranya:
Dapat mengetahui setiap fungsi serta nama komponen yang terdapat didalam
sesebuah pum empar.
Memahami cara pum empar bekerja serta cara kerja setiap komponen yang terdapat
didalam pum empar.
Mengamalkan ciri keselamatan dalam melakukan proses kerja.
2.0 TEORI
A. JENIS JENIS PAM
Terdapat dua jenis pam anjakan positif utama iaitu :
1.
Pam Salingan (Reciprocating Pump)
Pam salingan mempunyai halaju (RPM) kendalian yang rendah. Tetapi ia mempunyai
kapasiti yang tinggi untuk aliran / sesaran yang besar. Walaupun terdapat aliran
bertentangan dalam pam, ia masih beroperasi dengan cekap kerana jumlah isipadu
yang besar boleh dipindahkan.
2.

Pam berputar (Rotary Pump)


Pam ini lebih ringkas pembinaannya berbanding dengan pam salingan. Ia boleh
beroperasi sehingga halaju 7000 rpm. Ia dibina dengan kapasiti yang tinggi untuk
sesaran yang lebih banyak. Ruang operasinya lebih kecil berbanding dengan pam
salingan tetapi kapasitinya yang boleh dimuat adalah sama. Ia boleh mengepam
semua jenis cecair kecuali yang bersifat melelas.

B. PAM EMPAR
Pam empar beroperasi menambahkan kelajuan cecair dengan menggunakan daya
empar. Pam empar mempunyai satu impeller (pendesak) yang berputar untuk
memperolehi tekanan dan halaju. Air akan mengalir dari bahagian tengah kemasukan

ke tepi impeller dan seterusnya ke pembaur. Penggerakan air tadi dapat menukarkan
tenaga kinetik kepada tekanan tekanan kerana kekurangan laju.
pam empar ialah sejenis mesin yang menggerakan cecair dengan daya empar. Daya
empar ini hihasilkan oleh jasad yang berputar di mana jirim-jirim cecair bergerak keluar
menjauhi pusat putaran. Dalam pam empar, cecair bergerak dari mata (pusat putaran)
dan bergerak melalui bilah dan keluar dari impeller. Jirim cecair ini mempunyai dua
halaju iaitu halaju tangen dan halaju jejarian. Paduan kedua-dua halaju ini akan
menghasilkan halaju paduan yang berarah di mana cecair bergerak keluar dari impeller
ke perumah pam dan menjadi semakin kekurangan. Manakala cecair dari bakalan
akan mengisi semula ruang yang kekurangan tersebut. Sejumlah besar tenaga halaju
ini akan ditukarkan kepada tenaga tekanan bagi menghasilkan tekanan yang lebih
besar pada bahagian keluaran pam.
C. MAKSUD PENYEBUAN DALAM PAM EMPAR
Penyebuan bermaksud, keadaan di mana sejumlah air akan dimasukkan ke dalam
ruang pendesak sedikit demi sedikit bagi mengelakkan udara terperangkap dalam
sistemnya. Tujuan air dimasukkan adalah bagi menghasilkan seal yang baik antara
bilah dan perumah. Dengan adanya seal yang baik, maka vakum yang lebih tinggi
akan terhasil dan akan dapat menyedut air yang lebih banyak dari punca bekalan. Ini
akan dapat membolehkan kecekapan pam meningkat dan seterusnya berfungsi
dengan baik.
Tekanan yang dihasilkan oleh impeller adalah berkadar terus dengan ketumpatan
cecair di dalam perumah. Oleh itu, dalam keadaan kering, impeller hanya
memusingkan udara dalam perumah dan tekanan yang dihasilkan adalah tidak
mengcukupi untuk menyedut air dari bekalan. Dengan itu, cecair perlu terlebih dahulu
diisi ke dalam pam (priming) untuk membolehkan ia beroperasi.
Bagi memastikan pam empar sentiasa dalam keadaan penyebuan dan tidak
diselubungi gas, kebanyakan pam empar diletakkan atau ditempatkan bawah aras
punca (air) di mana pam tersebut melakukan sedutan.

D. PERBEZAAN ANTARA PAM HIDROSTATIK DAN PAM HIDRODINAMIK

Pam Hidrodinamik (Pam Empar)

Pam HidroStatik (Pam Salingan)

Pembinaan mudah.

Pembinaan lebih rumit.

Sesuai untuk kadar aliran yang besar.

Sesuai untuk kadar aliran yang kecil.

Memerlukan luas lantai kecil dan tapak

Memerlukan luas lantai dan tapak yang

yang mudah.

kuat / kukuh.
2

Kos senggaran kurang.

Kos senggaran lebih tinggi.

Sesuai untuk kelajuan tinggi.

Sesuai untuk kelajuan rendah.

Penghantaran

dalam

bentuk

terus- Penghantaran dalam bentuk denyutan.

menerus.
Kecekapan kurang.

Kecekapan tinggi.

Perlu penyebuan.

Tidak perlu penyebuan.

E. Komponen pam empar

3.0 ALATAN DAN PERALATAN


Untuk melengkapkan proses pembukaan dan pemasangan kotak gear ia memerlukan

beberapa alatan dan peralatan bagi memudahkan proses tersebut


Kunci Inggris (Adjustable shifting spanner)

Kunci Inggris digunakan untuk membuka atau melonggarkan kepala nut dan bolt yang
ukurannya dapat diubah sesuai dengan limit maksimumnya. Kunci Inggris mempunyai
3

sudut 15 darjah dan terhadap bahagian pegangan dengan ukuran lebar mulut antara
13 mm 35 mm. Selain itu,ia mempunyai sudut 45 darjah pada pegangannya dengan
ukuran lebar mulut antara 26 mm 83 mm.
Cara penggunaannya adalah dengan cara memutarkan penyetel rahang, sementara mulut

kunci ditempatkan pada kepla nuts, dan mulut kunci disetel sesuai ukuran nut dan bolt.
Open end spanner

Open end spanna dibuat dari logam padu Chrome Vanadium, dengan tangkai (shank)
membentuk sudut 15 darjah pada bahgian hujungnya dan 90 darjah .Biasanya ; ukuran
6 mm dan 7 mm, dan seterusnya. Ukuran kunci menunjukkan lebar dari mulut kunci
yang yang berati juga menunjukkan lebar ukuran kepala .Ukuran spanner terdiri dari

ukuran metrik (mm) dan imperial (inch).


Kunci Soket (Socket Wrench)

Fungsi Kunci Soket adalah alat berbentuk silinder yang dibuat dari baja tensil tinggi atau
sejenis logam paduan iaitu chrome vanadium dan untuk memperbaiki pemukaan ia
diletakkan dengan nikel. Pada bahgian hujung soket terdapat bentuk segi empat, dan
hujungnya mempunyai dimensi hexagonal (seperti kunci ring) untuk digunakan pada

nut , untuk membuka dan memasang nut.


Pemutar skru

Pemutar skru mempunyai pelbagai set dalam ukuran dan bentuk yang berbeza, panjag,
pendek, sangat pendek.Pemutar skru terdiri dari batang yang terbuat dari baja keras

berkualiti tinggi dengan satu mata pada satu ujungnya dan pemegang dibuat dari
plastik atau kayu yang dipasang pada batangnya.
Pemutar skru digunakan untuk melonggarkan dan memasang skru dari komponenkomponen kendaraan bermotor . Pemutar skru juga dapat digunakan untuk
mencongkel dan menekan serta mendorong seperti pada pemasangan pengahpus
kaca.

5.0 LANGKAH KESELAMATAN


Di dalam menjalankan tugasan pemasangan dan membuka kotak gear ,setiap pelajar
haruslah mengetahui serta mematuhi setiap arahan dan langkah keselamatan yang
telah ditetapkan didalam makmal.Antara langkah keselamatan yang harus dipatuhi
ialah:

Sentiasa memakai pakaian keselamatan seperti kasut keselamatan dan blazer bagi

mengelakan berlakunya kecederaan .


Sentiaasa mematuhi arahan yang diberikan oleh pensyarah.
Gunakan alatan dan peralatan yang bersesuaian dengan kerja yang hendak dilakukan

dan ia berkeadaan baik.


Sebarang kemalangan yang berlaku haruslah diberitahu kepada pensyarah atau

penjaga makmal.
Setiap alatan yang didapati mempunyaikerosakan haruslah dilaporkan kepada penjaga
makmal atau pensyarah.

ALATAN KESELAMATAN

KEGUNAAN

Kasut keselamtan

Ia

berfungsi
untuk
melindungi
bahagian kaki anda daripada
mengalami
kecederaan
yang
diakibatkan oleh jatuhan benda
berat,tajam dan sebagainya.

Blazer
Ia berfungsi melindungi anggota badan
daripada mengalami kecederaan
akibat terkena benda tajam.

6.0 LANGKAH KERJA


i
Proses pembukaan kotak gear
Langkah kerja

Gambaran

7.0 PERBINCANGAN
Ketika melakukan praktikal ini kami sekumpulan menghadapi beberapa masalah ketika ingin
menjalankan proses membuka pam empar.Hal ini kerana kami menghadapi masalah
pemilihan spanner yang mengikut saiz yang sesuai dengan nut yang terdapat pada
pam empar tersebut.Selepas proses membuka kami melakukan proses pemasangan
semula.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulan yang kami perolehi daripada melakukan praktikal ini ialah mempelajari
mengenai pam air jenis empar yang berfungsi sebagai penyaluran air ke suatu
tempat.Pada akhir ujikaji dijalankan ,kami memperolehi ilmu dan mempelajari cara
membuka dan memasang

komponen yang terdapat didalam pam empar


6

tersebut.Disamping itu,kami juga mengetahui nama dan fungsi setiap komponen yang
ada pada pam empar .Walaupun ilmu yang diperolehi tidak banyak namun ianya dapat
membantu kami dalam bidang pekerjaan pada masa hadapan.
.

Das könnte Ihnen auch gefallen