Sie sind auf Seite 1von 12

KONSEP MEMBINA GAYA HIDUP

GAYA HIDUP
Satu cara hidup yang mencerminkan sikap dan nilai seseorang atau kelompok.

Konsep membina gaya hidup merujuk kepada teori kaunseling Psikologi Individu oleh
Alfred Adler.
Adler berpendapat, gaya hidup akan kukuh apabila berumur 4 atau 5 tahun.
5 TEMA GAYA HIDUP ADLER
1. MINAT DIMILIKI SOSIAL
Gemar bermain dengan kanak-kanak lain secara kelompok.
Suasana keluarga yang bahagia sehingga menimbulkan perasaan dipunyai.
Bersifat menyokong dan hormat-menghormati dalam situasi sosial.
Bersifat empati dan suka bersosialisasi.
2. MENGIKUT
Lebih gemar mengikut daripada memimpin.
Berorientasikan peraturan dan bersifat konservatif.
Kurang selesa dengan tingkah laku yang terkeluar daripada status quo.
Cenderung dalam mengelak konflik dalam hubungan erat.
Menjaga hati orang lain
Melebihkan kepentingan orang lain.
3. BERTANGGUNGJAWAB
Suka mengawal orang lain.
Berusaha supaya kehendak ditunaikan.
Menarik perhatian orang lain terhadap diri.
Pendengar yang kurang berkesan, egosentrik dan cepat marah.
4. INGINKAN PENGIKTIRAFAN
Berasa selesa berada dalam persekitaran yang memberi pujian di atas kejayaan.
Mudah memberi pujian kepada orang lain.
Kurang sabar atau putus asa sekiranya tidak diberikan pengiktirafan di atas
kejayaan.
5. BERHATI-HATI
Bersikap terlalu berhati-hati dan kurang percaya pada diri, orang lain dan

persekitaran.
Bersifat gopoh dan tergesa dalam membuat keputusan, mengambil risiko tinggi dan
menunjukkan reaksi yang luar biasa terhadap emosi.

PENEROKAAN MINAT KERJAYA DAN NILAI KERJAYA


Gaya hidup individu mempengaruhi pemilihan kerjaya seorang individu. Gaya hidup
ditakrifkan sebagai satu cara hidup yang mencerminkan sikap dan nilai seseorang atau
kelompok. Contohnya, seseorang yang gaya hidupnya berorientasikan sifat menolong dan
membantu

orang

ramai

mungkin

bergerak

ke

arah

pekerjaan

seperti

kaunseling,kejururawatan atau profesion lain yang bersifat menolong orang lain.


Pemilihan kerjaya perlu melibatkan tiga perkara, iaitu mengenal diri, mengenal dunia
pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan. Setiap individu akan menggunakan
strategi-strategi tertentu supaya dapat mencapai matlamat mereka.
Taksiran minat kerjaya dibuat dengan menggunakan empat teknik ;
1. Anggaran : responden diminta untuk menunjukkan perasaan terhadap sesuatu
aktiviti
2. Teknik mencuba : sebagai pengganti kepada teknik anggaran yang didapati kurang
tepat
3. Skala kadar ; dan
4. Senarai semak : sebagai alternative kepada teknik mencuba yang didapati
mengambil masa yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi. Kedua-dua teknik ini
dicipta bertujuan untuk mengenal pasti minat kerjaya dengan lebih sistematik.
PENEROKAAN MINAT KERJAYA DAN NILAI KERJAYA

Ujian Minat Kerjaya

Ujian Nilai Kerjaya

Ujian Minat Kerjaya/ Inventori Minat


Ujian ini ialah ialah sejenis instrumen yang dicipta untuk mengukur dan menilai tahap minat
seseorang terhadap atau keutamaan bagi pelbagai jenis aktiviti dalam pelbagai bidang
seperti pendidikan, sosial, aktiviti rekreasi dan vokasional. Ujian ini dijalankan di dalam
bentuk ujian pensil dan kertas, laporan kendiri dan pemerhatian keatas tingkahlaku secara
langsung.
Penilaian dilakukan melalui skor yang diperoleh yang digunakan untuk membentuk
profil individu berhubung dengan minat terhadap satu-satu bidang pekerjaan. Antara
kegunaannya ialah digunakan dalam kaunseling kerjaya untuk golongan remaja dan orang
dewasa sahaja. Bagi kanak-kanak, versi khusus direka selaras dengan keperluan mereka.
Ujian ini juga digunakan oleh pelajar sekolah menengah untuk memilih opsyen-opsyen
kerjaya berkaitan dengan satu-satu bidang disamping memupuk kesedaran minat kerjaya
masing-masing. Ujian ini juga mempunyai kelemahan iaitu ujian ini hanya mengukur minat

sahaja dan bukan tahap kebolehan individu berhubung dengan satu-satu bidang kerjaya,
maka ramalan kerjaya individu dalam bidang tersebut agak terhad dan tidak terjamin.
5 komponen penentu minat kerjaya
1. Personaliti
2. Motivasi atau dorongan
3. Paparan konsep kendiri atau identifikasi
4. Baka
5. Pengaruh persekitaran
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MINAT KERJAYA

Kebaikan

Kelemahan

Pupuk kesedaran tentang minat

Tidak ukur kebolehan individu

kerjaya

berhubung dengan kerjaya

Membiasakan murid dengan

Ramalan kejayaan individu dalam

opsyen-opsyen kerjaya berkaitan

kerjaya tidak terjamin

dengan satu-satu bidang


UJIAN MINAT KERJAYA
3 CONTOH UJIAN MINAT KERJAYA

Ujian self-directed search (SDS) : Holland 1931 Buku Oxford m/s 194
Salah satu instrumen yang sering diguna oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam
menjalankan ujian minat kepada pelajarnya.
Ujian ini dapat mengukur 6 bidang minat iaitu:

Realistik

Sosial

Investigatif

Enterprising

Artistik

Konvensional

CIRI PERSONALITI

PERSEKITARAN
KERJA

M
A
K
E
R
J
A
Y
A

Gemar tugas berbentuk konkrit.

Kurang bersosial.

operator

mesin,

Interaksi interpersonal kurang.

mekanik

kapal

li

terbang,

pelukis

plan

ti

jurugambar.

Tukang

paip,

dan

Pemikiran abstrak.

Bersifat analitikal dan berdikari.

fizik, ahli biologi,

Berorentasi tugas.

ahli

Ahli kimia, ahli


matematik.

Juruteknik

makmal, pekerja

ti

elektronik.

g
a
ti
f

Daya imaginasi yang tinggi.

Nilai estetika yang tinggi.

Pelukis,
pereka,penulis,

ti

Ekspresi kendiri melalui bidang

ahli

seni.

penyunting.

kritik,

ti
k

Mengutamakan masalah sosial

Suka berkawan.

Berminat

Guru, pensyarah,
pekerja

pada

aktiviti

kebajikan.

pendidikan.

i
a
l

Bersifat

ekstrovert,

dominan,

daya

suka memimpin.

pujuk

agresif,

tinggi,

Pengarah
sumber manusia,
penyelia

pengeluaran,
pengurus jualan.

u
s
a
h
a

konservatif.

o
n
v

Bersifat sosial, praktikal dan

Suka

dengan

berstruktur.

e
n
s
i
o
n
a
l

UJIAN NILAI KERJAYA

Perkeranian,
akuatan, pelayan

tugasan

tetamu

dan

penyimpan kira.

Satu alat ukuran yang digunakan untuk mengukur pelbagai nilai pekerjaan
secara positif, negatif atau neutral berdasarkan keutamaan masing-masing
(Nowak, 1986). Setiap manusia mempunyai satu set nilai dalam mengurus
kehidupan seharian. Ia merangkumi kepercayaan dan idea yang amat
penting bagi kita. Contohnya kita percaya bahawa kita mesti bersifat jujur
atau setia kepada rakan kita dalam apa jua keadaan. Oleh itu cara hidup dan
tindakan kita akan berasaskan kepada nilai-nilai tersebut.

Nilai kerjaya dobahagikan kepada dua jenis ;

Intrinsik

- nilai yang berhubung dengan tugas. Contohnya membantu

orang lain

Ekstrinsik

- nilai yang berhubung dengan produk sampingan satu-satu

pekerjaan seperti

contoh menerima gaji yang tinggi

Cara Mengenalpasti Nilai Kerjaya

Menggunakan inventori nilai kerjaya.

Inventori nilai kerjaya digunakan untuk mengukur sejauh manakah kepentingan


pelbagai jenis nilai kepada seseorang.

Inventori nilai kerjaya mengandungi satu senarai nilai yang perlu diberi keutamaan
oleh responden yang berkenaan.

Inventori nilai bertujuan memastikan nilai kerjaya yang rapi dan memastikan
nilai yang boleh mengaitkan aspek kehidupan yang luas.

Contoh Inventori Ujian Nilai Kerjaya

http://www.cikgukaunseling.com/2012/09/inventori-nilai-pekerjaansidek.html

Skor yang diperoleh hasil pengambilan satu-satu ujian nilai kerjaya akan
digunakan untuk mengenalpasti pemilihan kerjaya yang wajar di mana nilai
kerjaya anda akan dipadankan dengan ciri-ciri pekerjaan. Sebaik-baiknya
anda juga mengambil ujian-ujian psikologikal lain yang berkaitan seperti
minat kerjaya, personaliti, kemahiran, aptitud, motivasi dan sebagainya untuk
mendapatkan satu profil yang mantap dan menyeluruh untuk membuat
keputusan kerjaya nanti.

TREN MASA KINI

Terdapat 2 jenis pilihan ujian minat kerjaya yang diambil secara online iaitu:

1. Ujian minat kerjaya yang mengukur hanya sebilangan kecil minat umum sahaja,
ditadbirkan sendiri dan dikira skor secara manual.
2. Ujian minat kerjaya yang mengandungi lebih daripada 200 item, dan skor dikira dengan
bantuan komputer.

KELEBIHAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM TAKSIRAN KERJAYA

Pengiraan skor secara in-house mengatasi masalah mengirim helaian jawapan kepada
pusat penskoran untuk tujuan pemerosesan ujian yang telah diambil.
Menjimatkan masa antara pengambilan ujian dan tafsiran keputusan ujian.
Menjimatkan kos kerana proses keseluruhan dijalankan dengan menggunakan program
bimbingan kerjaya berkomputer yang berbentuk interaktif.
Individu yang berkenaan boleh berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk
menjalani kaunseling kerjaya agar dapat membuat keputusan kerjaya yang lebih
mantap.

RUMUSAN

Dua elemen penting berkaitan dengan pemilihan kerjaya:

1. Minat
2. Nilai

Personaliti seseorang membentuk minat dan nilai yang secara tidak langsung berkait
rapat dengan kepuasan kerja.
Kerjaya yang kita ceburi adalah selaras dengan nilai yang kita pegang demi kepuasan
dan kesejahteraan hidup.

PENILAIAN INDIVIDU DENGAN APLIKASI INVENTORI PSIKOLOGI

INVENTORI PSIKOLOGI BOLEH MENERANGKAN TENTANG PRESTASI


DAN TINGKAH LAKU INDIVIDU

Ujian psikologi secara amnya boleh didefinisikan sebagai aplikasi prosedur


yang sistematik dalam usaha meninjau dan menerangkan tingkah laku
dengan

menggunakan

skala

numerik

atau

kategori-kategori

tertentu

(Cronbach, 1979). Kaplan dan Sacuzzo (1989) pula mendefinisikan ujian


psikologi sebagai satu set item yang direkabentuk untuk mengukur ciri-ciri
manusia yang berhubung dengan tingkah laku. Guion , 1965 dlm. Hamidah
Hj. Abd. Ghani (1982) mensifatkan ujian sebagai pembolehubah peramal
kerana ianya mengukur sifat yang ada hubungan dengan prestasi pekerjaan.
Menurut Hull (1928) ujian psikologi adalah pengukuran beberapa peringkat
tingkah laku individu yang dipilih dengan teliti.

Menurut Murphy dan Davidshofer (1998) sehingga kini terdapat lebih 1,000

ujian psikologi yang direkabentuk dan diterbitkan di negara barat bagi menilai pelbagai
aspek psikologi, daripada inventori personaliti hinggalah kepada ujian kepintaran skor
kendiri, daripada ujian pengamatan hinggalah kepada ujian bagi menilai pelbagai kemahiran
kognitif. Tujuan utama ujian psikologi ini diadakan untuk membandingkan tingkah laku dua
atau lebih pemohon. Lawshe dan Balma (1966) telah mengutarakan tiga tujuan utama ujian
psikologi dijalankan untuk menilai kecekapan, iaitu ujian yang berhubung dengan
pengetahuan serta kemahiran individu, untuk menilai prestasi pekerjaan yang cekap
mengandungi soalan yang ada hubungan dengan keupayaan yang dikehendaki bagi
prestasi kerja yang baik.

Pada masa kini, kebanyakkan ujian begitu meluas digunakan dalam bidang

pemilihan personal. Alat ujian psikologi telah digunakan secara meluas untuk melihat sifat
personal yang penting untuk menghurai dan memahami tingkah laku seseorang individu.
Misalnya kecerdasan, kebimbangan, konsep kendiri dan motivasi (Murphy dan Davidshofer
1998). Kita dapat mengetahui tingkah laku seseorang melalui penghuraian atau hasil
(gambaran) skor daripada ujian yang diperolehi. Keputusan alat ujian turut boleh digunakan
untuk meramal tingkah laku atau pencapaian seseorang dalam pemilihan personel.

Di Malaysia, ujian peperiksaan menjadi salah satu cara ukuran persekitaran

tahap pencapaian akademik individu sama ada di sekolah atau di pusat pengajian tinggi.
Keputusan yang diperolehi ini akan menghuraikan tahap pencapaian seseorang individu.
Skor yang diperolehi daripada ujian itu amat penting untuk digunakan di dalam bidang sains
tingkah laku (Aiken (1988), Allen dan Yen (1979). Anastasi (1982) melihat ujian mempunyai
peranan untuk memastikan perbezaan antara individu atau respon individu yang sama
dalam keadaan yang berbeza. Ini bermakna ujian boleh digunakan untuk membuat
keputusan tentang diri seseorang.

Ujian psikologi menyediakan maklumat tentang kemahiran, kebolehan,

pengalaman dan ciri-ciri yang boleh digunakan bagi menerangkan prestasi kerja masa akan
datang. Bergantung kepada jenis pekerjaan, prestasinya adalah fungsi kebolehan kognitif
dan bukan kognitif, pengalaman lalu, kemahiran sosial, kemahiran dalam melaksanakan

tugas khusus, tahap motivasi atau gabungan daripada kesemua faktor tersebut.
Inventori psikologi sememangnya sebagai peramal dalam menerangkan prestasi tingkah
laku individu. Keputusan yang diperolehi daripada sesuatu ujian yang dijalani oleh
seseorang individu akan menghuraikan perkara yang diukur.

Jenis inventori psikologi

1. Inventori minat dan kerjaya


Mengukur minat kerjaya, menentukan jenis personaliti seseorang dan

mengukur minat vokasional individu.


2. Inventori nilai pekerjaan
Untuk

mencapai

kepuasan

diri,

mencari

sebahagian

perkembangan

personaliti individu dan menentukan penglibatan, penumpuan dan pengekalan


bidang.
3. Inventori personaliti
Untuk mengenal pasti murid yang memerlukan kaunseling, membantu

perkembangan kurikulum program kerjaya dan asas program kerjaya kelompok.

Teori Perkembangan Kerjaya Holland

Teori Pemilihan Kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap


personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret

dan Faktor. Teori ini dibentuk berasaskan andaian bahawa minat vokasional
adalah satu daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian deskripsi
tentang minat individu juga menggambarkan personaliti seseorang. Tret-tret
personaliti

biasanya

dikenal

pasti

melalui

kecenderungan

terhadap

matapelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara


minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (dalam
Sidek Mohd Noah, 2002)

Teori Holland telah mengketegorikan individu kepada salah satu daripada


enam kategori yang diberikan oleh Holland berdasarkan pengamatannya
terhadap budaya masyarakat Amerika.

Enam personaliti tersebut ialah

Realistik (R),

Sosial (S),

Investigatif (I),

Enterprising (E) dan

Artistik (A),

Conventional (C).


Setiap jenis personaliti terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai

desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga,
kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal daripada interaksi antara individu dengan
faktor-faktor ini, individu akan menyukai aktiviti-aktiviti tertentu dan tidak kepada aktivitiaktiviti yang lain. Seterusnya, aktiviti-aktiviti ini kian diminati dan minat ini mendorong
kepada pembentukan kumpulan kecekapan tertentu.
Berdasarkan kepada enam kategori individu tersebut, Holland (Zunker, 1994,

Osipow, 1973, Sidek Mohd Noah, 2002) telah mencadangkan enam personaliti individu yang
boleh dipadankan dengan pekerjaan tertentu, iaitu:

i. Realistik atau agresif- sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan


kemahiran dan masculinity. Individu realistic biasanya akan memilih kerjaya
yang akan membenarkan mereka mengekspresi segala ciri yang dimiliki oleh
mereka. Kerjaya yang mereka pilih adalah seperti mekanik, juruteknik, tukang
kayu dan lain-lain. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur,
tulen, keras kepala, materialistic, keras hati, tidak menyendiri dan lain-lain.

ii. Investigatif atau intelektual - sesuai dengan pekerjaan yang lebih


memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia, doktor dan lain-lain.
Individu investigative mempunyai ciri-ciri analitikal, berhati-hati, kritikal,
kompleks, ingin tahu, rasional, menyisih diri, pendiam dan lain-lain.

iii. Artistik atau imaginative - artis, sama ada dalam bidang muzik atau seni.
Individu artistic menyukai aktiviti-aktiviti yang kabur, bebas dan tidak
sistematik yang memerlukan mereka memanipulasi bahan-bahan dan
perkataan, disamping menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik
dan berperaturan. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah rumit, tunggang tebalik,
emosional, ekspresif, idealistic, imaginative, bebas, intuitif dan lain-lain.

iv. Sosial - individu sosial akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
memanipulasi

orang

lain

seperti

memberitahu,

melatih,

mendidik,

memperkembang dan mengubati disamping menghindari aktiviti-aktiviti


eksplisit, berstruktur dan aktiviti yang melibatkan bahan, peralatan dan mesin.
Mereka mempunyai ciri-ciri seperti berpengaruh, berkerjasama, sabar,
peramah, pemurah, suka menolong, idealistic, empati, baik hati dan lain-lain.

Mereka meminati kerjaya seperti pendidik, ahli psikologi, pegawai kebajikan


dan kaunselor.

v. Enterprising atau extrovert - individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti


memanipulasi orang lain seperti mengarah, membujuk dan memimpin untuk
mencapai

matlamat

organisasi

dan

keuntungan

ekonomi

disamping

menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka


mempunyai ciri-ciri seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah
bersetuju,

bercita-cita

tinggi,

angkuh,

bertenaga,

suka

menunjuk,

menggembirakan, berusaha, yakin diri dan lain-lain. Kerjaya yang mereka


pilih ialah seperti ahli politik, pengurus, eksekutif dan perniaga.

vi. Conventional atau praktikal - individu conventional memiliki minat,


kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti berhati-hati, akur,
teliti, defensif, cekap, sukar dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal,
cermat dan lain-lain. Mereka memilih kerjaya seperti kerani, setiausaha atau
operator. Individu yang cenderung bersifat cekap cenderung memilih
pekerjaan berorientasikan konvensional.
Teori Holland telah memberi sumbangan dan telah diaplikasikan dengan

meluas dalam pelbagai bidang seperti membantu dalam pemilihan kerjaya, penyelidikan
dalam sains sosial, pendidikan, perniagaan dan perindustrian. Alat-alat ukuran untuk
mengukur jenis personaliti serta aspek-aspek lain telah dirangka dan diperkenalkan seperti
Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), Vocational Exploration
and Insight Kit (VEIK) dan My Vocational Situation Inventory (MVS) (Sidek Mohd Noah,
2002).

Das könnte Ihnen auch gefallen