Sie sind auf Seite 1von 3

KONSEP MEMBINA GAYA HIDUP

GAYA HIDUP
Satu cara hidup yang mencerminkan sikap dan nilai seseorang atau kelompok.

Konsep membina gaya hidup merujuk kepada teori kaunseling Psikologi Individu
oleh Alfred Adler.
Adler berpendapat, gaya hidup akan kukuh apabila berumur 4 atau 5 tahun.
5 TEMA GAYA HIDUP ADLER
1. MINAT DIMILIKI SOSIAL
Gemar bermain dengan kanak-kanak lain secara kelompok.
Suasana keluarga yang bahagia sehingga menimbulkan perasaan dipunyai.
Bersifat menyokong dan hormat-menghormati dalam situasi sosial.
Bersifat empati dan suka bersosialisasi.
2. MENGIKUT
Lebih gemar mengikut daripada memimpin.
Berorientasikan peraturan dan bersifat konservatif.
Kurang selesa dengan tingkah laku yang terkeluar daripada status quo.
Cenderung dalam mengelak konflik dalam hubungan erat.
Menjaga hati orang lain
Melebihkan kepentingan orang lain.
3. BERTANGGUNGJAWAB
Suka mengawal orang lain.
Berusaha supaya kehendak ditunaikan.
Menarik perhatian orang lain terhadap diri.
Pendengar yang kurang berkesan, egosentrik dan cepat marah.

4. INGINKAN PENGIKTIRAFAN
Berasa selesa berada dalam persekitaran yang memberi pujian di atas

kejayaan.
Mudah memberi pujian kepada orang lain.

Kurang sabar atau putus asa sekiranya tidak diberikan pengiktirafan di atas
kejayaan.

5. BERHATI-HATI
Bersikap terlalu berhati-hati dan kurang percaya pada diri, orang lain dan

persekitaran.
Bersifat gopoh dan tergesa dalam membuat keputusan, mengambil risiko
tinggi dan menunjukkan reaksi yang luar biasa terhadap emosi.

TREN MASA KINI

Terdapat 2 jenis pilihan ujian minat kerjaya yang diambil secara online iaitu:
1. Ujian minat kerjaya yang mengukur hanya sebilangan kecil minat umum sahaja,
ditadbirkan sendiri dan dikira skor secara manual.
2. Ujian minat kerjaya yang mengandungi lebih daripada 200 item, dan skor dikira
dengan bantuan komputer.
KELEBIHAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM TAKSIRAN KERJAYA
Pengiraan skor secara in-house mengatasi masalah mengirim helaian jawapan
kepada pusat penskoran untuk tujuan pemerosesan ujian yang telah diambil.
Menjimatkan masa antara pengambilan ujian dan tafsiran keputusan ujian.
Menjimatkan kos kerana proses keseluruhan dijalankan dengan menggunakan
program bimbingan kerjaya berkomputer yang berbentuk interaktif.
Individu yang berkenaan boleh berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling
untuk menjalani kaunseling kerjaya agar dapat membuat keputusan kerjaya
yang lebih mantap.
RUMUSAN
Dua elemen penting berkaitan dengan pemilihan kerjaya:
1. Minat
2. Nilai
Personaliti seseorang membentuk minat dan nilai yang secara tidak langsung
berkait rapat dengan kepuasan kerja.
Kerjaya yang kita ceburi adalah selaras dengan nilai yang kita pegang demi
kepuasan dan kesejahteraan hidup.

Das könnte Ihnen auch gefallen