Sie sind auf Seite 1von 4

LAPORAN KIK

Tarikh

: 19.01.2015

Masa

: 2.00 pm

Tempat

: Bilik Gerakan

1. Tazkirah (Ust Abd Aziz bin Yunus)


- Kepentingan memberi tazkirah sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri
dan orang lain.
- Dua perkara yang perlu ada bagi mereka yang ingin mendapat kemuliaan:
a) Perkataan yang baik
b) Amalan yang soleh
2. Ucapan Guru Besar ( Pn. Norzailan binti Abdul Manaf)
- Meminta setiap KIK / mesyuarat dibuat catatan atau laporan secara bertaip dan
diedar kepada semua guru.
- Menyatakan bahawa misi dan visi sekolah adalah sama seperti misi dan visi
Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Menerangkan hasrat beliau yang perlu dicapai oleh sekolah pada tahun 2015:
Kurikulum:
a) UPSR - Meningkatkan GPS kepada 1.86, 12 orang calon mendapat 5A, dan
lulus 100%.
b) Tahun 1 hingga Tahun 5 pencapaian melebihi 70% lulus bagi semua mata
pelajaran.
c) Mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.
d) Anugerah Guru Cemerlang.
e) Calon pra sekolah terbilang.
f) Anugerah kelas Pemulihan Khas terbaik.
Hal Ehwal Murid:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Kehadiran murid melebihi 95% setiap hari.


Mencapai sifar ponteng.
Sekolah mempunyai etos yang tersendiri.
Murid mempunyai personality unggul.
Kantin mencapai gred A
Persekitaran sekolah ceria dan selamat.

Kurikulum:

a) Kecemerlangan ditingkatkan.
b) Sekolah kebitaraan ragbi
c) Inovasi guru (semua guru digalakkan menghasilkan inovasi dalam PdP)
Pengurusan dan Pentadbiran:
a) PdP yang berkesan
b) Pengurusan buku rekod mengajar - RPH boleh dibuat dalam bentuk buku atau
fail, perlu dihantar pada setiap hari Jumaat dan ditulis refleksi selepas setiap kali
PdP.
c) Kehadiran guru ke sekolah punch card perlu diketik pada waktu sampai ke
sekolah dan semasa hendak pulang.
d) Cuti - guru perlu memohon lebih awal jika ingin menganmbil CRK. Jika guru
mendapat MC, maklumkan dengan menelefon kepada Guru Besar, bukan SMS.
e) Guru perlu memaklumkan kepada Guru Besar secara lisan jika ingin keluar dari
kawasan sekolah pada waktu persekolahan.
f) SKT - semua guru diwajibkan menilis SKT dan dihantar sebelum 01.02.2015.
g) Minit curia perlu ditulis dalam buku yang disediakan selepas guru menghadiri
kursus, bengkel atau mesyuarat.
3. Ucapan GPK Pentadbiran (Pn Hjh Endon binti Muda)
- Memaklumkan perubahan target untuk KPI 2015 iaitu 1.86% bagi GPS.
- Program pagi diteruskan seperti tahun-tahun lepas. Pengisian perlu dibincang
dalam mesyuarat panitia.
# Guru Besar mencadangkan program pagi dijenamakan semula dengan memberi
nama baru.
4. Ucapan GPK HEM (En. Noorlhisham bin Sapuan)
- Memaklumkan bahawa pengagihan wang bantuan awal persekolahan telah selesai.
- Urusan pengaagihan bantuan seterusnya ialah Bantuan Yayasan Pahang berjumlah
RM26,000 dan KWAMP.
- RMT telah bermula pada minggu lepas. Terdapat 20 menu disediakan (1 menu
setiap hari).
- Kempen Guru Penyayang seorang guru menjaga di pintu pagar setiap pagi untuk
menyambut pelajar (seperti jadual yang telah diedarkan).
- Perhimpunan Rasmi dikendalikan oleh guru bertugas, jawatankuasa engawas dan
jawatankuasa disiplin.
- Gotong-royong keceriaan akan diadakan di kawasan kolam, taman herba dan
dataran ilmu.
- APDM guru kelas perlu membuat key-in data bermula hari ini (19.0.2015) termasuk
data keadiran pada minggu lepas.

Buku kedatangan murid dan buku daftra murid perlu dilengkapkan oleh guru kelas.
Memaklumkan tentang Pegawai Operasi Kawalan Keselamatan yang baru ialah En.
Yusnizan.

5. Ucapan GPK Ko Kurikulum (En. Zulkifli bin Harun)

Bola baling pertandingan peringkat kelopok ialah pada 26.02.2015 manakala


pertandingan perigkat daerah ialah pada 28.02.2015.
Pertandingan merentas desa akan diadakan di SMK Selendang pada 27.01.2015.
guru terlibat ialah Cik Nor Ashiqin binti Shaharom dan Cik Noor Asyikin Aini binti
Burhanudin.
Larian merentas desa peringkat sekolah pada 13.02.2015 jika mengikut
perancangan. Tarikh sebenar akan ditetapkan kerana tarikh tersebut bertembung
dengan kejohanan ragbi.
Aktiviti ko kurikulum akan bermula pada bulan Februari.
Hoki SKK4 terpilih sekali lagi sebagai tuan rumah bagi kejohanan hoki peringkat
daerah.

6. Hal-hal lain
- Guru Besar:
a) Buku panduan pengurusan atau takwim akan diedar pada bulan Februari.
b) Sistem fail panitia, HEM dan ko kurikulum akan diselaraskan.
c) Program sekolah perlu dikendalikan oleh pelajar.
- Pn. Noraini binti Mat Said mencadangkan Pn. Herita Zurhazalina dilantik sebagai
Ketua Panitia Bahasa Malaysia.
# dipersetujui oleh Guru Besar atas pertimbangan bahawa Pn. Noraini akan cuti
bersalin.
- Pn. Zanariah memaklumkan bahawa mesuyuarat panitia Matematik akan diadakan
pada hari Khamis, 22.01.2015.
- Pn. Normala memberi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti sempena Minggu
Pusat Sumber yang akan diadakan minggu depan:
a) Sudut pusat sumber kelas
b) Sudut NILAM
c) Pertandingan mewarna dan melukis poster 3 pemenang setiap aliran
- En. Muhamad memohon pihak pentadbir memberi jawatan ketua penasihat TKRS
kepada guru lain kerana beliau telah mempunyai banyak jawatan dan tugas lain.
# respon Guru Besar akan disemak dan diputuskan kemudian.
- Ust. Abd Aziz memaklumkan tentang program solat Dhuha bersama pelajar Tahun
Enam akan dijalankan pada setiap pagi Jumaat.
- En. Mazli:
a) Jamuan 3 dalam 1 akan diadakan di sekolah sahaja.
b) Mesyuarat Tahun 6 akan diadakan pada minggu depan dengan focus kepada
Headcount dan kemenjadian murid.

Ustz.Yuzmariza:
a) Kedai buku sekolah telah menempah buku log untuk kegunaan program pagi.
b) Meminta penjelasan tentang baju sukan sekolah.
# respon Guru Besar perkara tersebut akan dibincang dalam mesyuarat exco.
Pn. Norzailan memaklumkan bahawa warna rasmi / utama sekolah ialah ungu,
jingga dan putih.

7. Penutup

KIK ditangguhkan pada pukul 4.20 pm dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih
Kafarah.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

..

Azarudin bin Hassan

Pn. Norzailan binti Abd Manaf


Guru Besar
SK (LKTP) Keratong 4