Sie sind auf Seite 1von 9

SMK MERPATI, SANDAKAN

BUKU PANDUAN UNIT


PEPERIKSAAN
Blog: uppsmkmerpati.blogspot.com

2015

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

SMK MERPATI, WDT

54

PEJABAT POS WISMA PERSEKUTUAN

ISI KANDUNGAN
CARTA ORGANISASI UNIT PEPERIKSAAN ...................................................................................................................................................................................................................................................3
TAKWIM INDUK UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI SANDAKAN TAHUN 2015 .................................................................................................................................................................4
PROSEDUR UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI .....................................................................................................................................................................................................................................5
PROSEDUR PEPERIKSAAN (GURU): PENGURUSAN KERTAS SOALAN & TEMPAT PEPERIKSAAN ...............................................................................................................................7
PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGASSEMASA PEPERIKSAAN PT3 DAN SPM DIJALANKAN .......................................................................................9

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

CARTA ORGANISASI UNIT PEPERIKSAAN


SMK MERPATI SANDAKAN 2015

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

TAKWIM INDUK UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI SANDAKAN TAHUN 2015


AKTIVITI UNIT PEPERIKSAAN
Sesi persekolahan bermula
Penghantaran Headcount
Pra-pendaftaran calon SPM
Pendaftaran calon SPM
Penghantaran kertas soalan
Taklimat Pengurusan Peperiksaan Kepada Semua
Guru
GM/ Percubaan/ Peperiksaan

JAN
5hb
26hb
(T5)

FEB

MAC

APR

MEI

JUN

JUL

OGS

SEP

OKT

NOV

1hb (T4)

SU SPM
SU SPM
SU Dalaman

2-13hb
22hb
(PPT)

29hb
(GM2,
Pcb
PT3)

CATATAN
SU Dalaman & SU SPM

2-27hb
25hb
(GM1)

DIS

12hb (Pcb
SPM)

9hb
(PAT)

26hb

Penyelaras UPP
9-13hb
(GM1
T4&T5)

11-22hb
(PPT
T1-T5)
2hb
(GM1)

10-14hb
(GM2,
Pcb PT3)
19hb
(PPT)

Tarikh Akhir Key-in Markah

1-11hb
12-15hb
(Pcb
(PT3)
SPM)
28/9-9/10hb
(PAT T1-T4)
4hb
28hb (PAT)
(GM2,
Pcb
PT3)

2hb
(SPM
mula)

SU Dalaman
SU PT3

SU Dalaman

29hb
(Pcb
SPM)
21/6-3/7hb
(Geografi)
5-17hb
(Sejarah)

Ujian Pelbagai Instrumen

SU PT3

4-28hb
(Bertutur)

SU PT3/Panitia
SU SPM/Panitia

11hb
(Mendengar
BM)

Ujian Lisan

12hb
(Mendengar
BI)
3hb

Jadual Anjal
Amali Sains SPM

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

28/9-1/10hb
(SPM)

5-15hb

SU SPM/ Jadual Waktu


SU SPM/ Panitia

PROSEDUR UNIT PEPERIKSAAN SMK MERPATI


Setiausaha Peperiksaan Dalaman
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Menyediakan jadual waktu peperiksaan peringkat sekolah.


Menyediakan jadual pembina soalan.
Menguruskan percetakan, pembahagian dan tempat penyimpanan kertas soalan.
Memastikan keselamatan kertas-kertas soalan berada di dalam keadaan selamat.
Memastikan kertas-kertas soalan diedarkan kepada pengawas peperiksaan sebelum peperiksaan dijalankan.
Memastikan skema jawapan dan JSU/JSI disediakan oleh Ahli Jawatankuasa panel penggubalan soalan.
Memastikan jadual pemeriksaan kertas jawapan mengikut jangka masa yang ditetapkan.
Memastikan kertas soalan, skema jawapan dan JSU / JSI disimpan untuk rujukan.
Menetapkan tarikh perjumpaan ibubapa dengan guru untuk membincangkan kemajuan pelajar.

Setiausaha Peperiksaan PT3 dan SPM


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

9.
10.
11.
12.

Memberi penerangan tentang hal-hal yang berkaitan mengenai peperiksaan kepada guru tingkatan.
Mengedarkan borang-borang kemasukan peperiksaan (Borang Sekolah / Borang Sementara) untuk diisi oleh pelajar dengan kerjasama guru tingkatan.
Menghadiri taklimat peperiksaan yang berkaitan yang biasanya diberikan oleh JPN dan Lembaga Peperiksaan.
Mengumpulkan, menyemak borang-borang kemasukan (Borang Sementara) dengan kerjasama guru tingkatan.
Mengisi borang komputer kemasukan peperiksaan PT3 / SPM.
Memasukkan data pelajar ke dalam komputer dan membuat salinan untuk JPN, Lembaga Peperiksaan dan Sekolah.
Makluman kepada Penolong Kanan jika ada pelajar yang tidak mampu membayar dan memerlukan bantuan PIBG/Tabung Kebajikan Sekolah untuk tindakan
selanjutnya.
Menguruskan borang-borang yang berkaitan dengan peperiksaan PT3/SPM:
Analisis keputusan peperiksaan
Borang keterangan pelajar yang tidak memiliki kad pengenalan
Borang-borang yang berkaitan
Menentukan bilik-bilik darjah yang akan digunakan sebagai bilik peperiksaan bertulis dan peperiksaan lisan.
Menyediakan pelan tempat duduk calon bilik peperiksaan dalam 4 salinan.
Menyediakan label meja calon yang ditampal di atas meja.
Menyediakan perkara-perkara berikut untuk peperiksaan :

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

Almari / Jam dinding / Cop sekolah / lakri / Kapur / Pemadam / Lain-lain


Menyediakan papan tunjuk arah untuk digunakan semasa peperiksaan.
Menyediakan bilik-bilik peperiksaan dan kelengkapan-kelengkapan yang diperlukan untuk calon persendirian jika ada.
Bekerjasama dengan Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dalam menentukan kelancaran perjalanan peperiksaan amali dan pendidikan seni.
Penyelaras peperiksaan PT3 dan SPM mesti berada di sekolah pada hari terakhir peperiksaan dan pastikan bilik-bilik darjah ditutup dan barang-barang yang
dipinjamkan dikembalikan ke pejabat.
17. Mendapat 2 set soalan PT3 dan SPM untuk rujukan sekolah.
18. Menyelaras penyediaan sijil untuk Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)
19. Menganalisis keputusan peperiksaan dengan bantuan Ketua Panitia Mata Pelajaran.
13.
14.
15.
16.

Guru Penyedia Soalan


1. Kertas soalan yang telah digunakan pada tahun-tahun terdahulu tidak dibenarkan diulang semula pada tahun-tahun berikutnya.
2. Soalan ujian/peperiksaan hendaklah ditaip sepenuhnya atau menggunakan kaedah copy and paste. Kaedah cut and paste atau fotostat terus dari buku tidak
dibenarkan sama sekali.
3. Jenis font soalan yang ditetapkan ialah Arial 11.
4. Kertas soalan bersama JSU dan Skema Jawapan hendaklah sampai kepada pentadbir seminggu sebelum tarikh ujian/peperiksaan.
5. Semua guru penyedia kertas soalan ujian/peperiksaan DIINGATKAN supaya :
i. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menaip soalan ujian/ peperiksaan.
ii. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menyusun, mengkokot dan membungkus kertas soalan.
iii. Tidak melibatkan mana-mana pelajar untuk membantu dalam menyemak dan menanda kertas soalan yang telah dijawab.
Pelaksanaan Ujian/Peperiksaan
1. Ujian dan peperiksaan yang diadakan sebanyak dua kali setahun adalah untuk memastikan kesinambungan proses PDP. Pelaksanaan ujian dan peperiksaan
hendaklah berasaskan sukatan pelajaran serta format terkini yang telah ditetapkan.
2. Sebarang penangguhan ujian / peperiksaan adalah tidak dibenarkan kecuali bagi pelajar yang mewakili sekolah di dalam aktiviti yang dianjurkan oleh PPD / JPN /
KPM atau mengikut budi bicara tuan pengetua. Guru pengiring / guru penasihat / guru penyelaras adalah bertanggungjawab untuk memastikan pelajar tersebut
menjawab soalan ujian / peperiksaan mengikut masa yang diperuntukkan di bawah pengawasan guru pengiring / penyelaras itu sendiri.
3. Pelajar yang tidak menduduki ujian/peperiksaan atas kebenaran pihak pentadbir sekolah atas sebab-sebab yang diterima dibenarkan menduduki peperiksaan di
luar jadual peperiksaan. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab tidak dibenarkan sama sekali menduduki ujian / peperiksaan tersebut.
4. Setiausaha Peperiksaan Dalaman perlu memastikan guru mata pelajaran menyemak, menanda kertas soalan dan memasukkan markah ujian/peperiksaan pelajar
berkenaan.
5. Analisis item hendaklah disediakan bagi kertas soalan berbentuk objektif dan subjektif untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun,
Peperiksaan Percubaan PT3 dan SPM.
6. Refleksi 1, 2 dan 3 hendaklah disediakan oleh guru mata pelajaran (R1), Ketua Panitia (R2) dan Ketua Bidang (R3) bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun,
Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaan Percubaan PT3 / SPM.
7. Keputusan ujian dan peperiksaan semua pelajar akan dipamerkan supaya masing-masing sentiasa berusaha dan bersaing untuk mempamerkan yang terbaik untuk
tatapan umum dan akan berasa malu jika keputusan yang tidak baik dipamerkan serta menjejaskan maruah diri.
UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

PROSEDUR PEPERIKSAAN (GURU): PENGURUSAN KERTAS SOALAN & TEMPAT PEPERIKSAAN


1. Penggubal Soalan
Ditetapkan oleh panitia semasa mesyuarat panitia.
2.

Penyediaan Kertas Soalan


2.1 Kertas soalan perlu bertaip [ Arial, Font 11 , 1.5 spacing ]
2.2 Guru-guru hendaklah memaksimumkan penggunaan ruang pada kertas soalan.
2.3 Soalan perlulah mengikut format peperiksaan sebenar.
2.4 Format muka depan bagi kertas soalan dapatkan dari unit peperiksaan.
2.5 Pastikan soalan yang disediakan tidak mengandungi unsur - unsur menghasut, menghina , berbau politik atau yang boleh dipertikaikan.
2.6 Kertas soalan hendaklah disemak oleh Pengetua / Penolong Kanan / Ketua Bidang/Ketua Panitia, untuk disahkan.
2.7 Kertas soalan hendaklah dihantar untuk direso sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh peperiksaan tersebut.
2.8 Kertas soalan hendaklah disusun mengikut kelas dan disertakan dengan borang pengesanan perjalanan peperiksaan (tali pengikat soalan).
2.9 Kertas soalan yang telah lengkap disusun hendaklah diserahkan ke unit peperiksaan.

3. Kertas Jawapan Pelajar


3.1 Kertas OMR, test pad dan kertas graf boleh diperolehi daripada setiausaha peperiksaan dalaman.
3.2 Test pad dan kertas graf hanya dibekalkan untuk pelajar bagi peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan peperiksaan percubaan sahaja.
3.3 Kertas OMR hanya digunakan sekiranya soalan tersebut melebihi 30, sekiranya kurang dari itu diharapkan guru dapat menyediakan ruangan
jawapan pada kertas soalan.
3.4 Pastikan bilangan kertas jawapan yang diedarkan mencukupi dan tidak berlaku pembaziran.
3.5 Kertas jawapan hendaklah dipungut selepas setiap kali habis peperiksaan pada hari tersebut.
4. Semasa Peperiksaan Dijalankan.
4.1 Guru pengawas perlulah berada di bilik peperiksaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
4.2 Guru perlu memastikan dan mengarahkan pelajar untuk meletakkan beg dan peralatan yang tidak diperlukan di luar atau di belakang kelas.
4.3 Sekiranya peperiksaan berlangsung pada waktu rehat, guru sebelum waktu rehat hendaklah keluar 10 minit lewat dan guru selepas rehat
masuk mengawas 10 minit awal.
4.4 Pastikan tidak berlaku sebarang penyelewengan semasa peperiksaan berlangsung.
4.5 Guru hendaklah sentiasa bergerak semasa pengawasan bagi mengelakkan penyelewengan berlaku.
4.6 Jangan lepaskan pelajar sebelum waktu tamat persekolahan [ 1.50 petang untuk hari Isnin hingga Khamis dan 11.50 pagi untuk hari Jumaat]
4.7 Kertas jawapan pelajar hendaklah diserahkan kepada guru berkenaan dan sekiranya guru tersebut tiada, bolehlah diserahkan kepada
UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

4.8

setiausaha peperiksaan dalaman.


Lengkapkan borang pengesanan perjalanan peperiksaan. Sila catatkan pelajar yang tidak hadir, meniru atau lain lain yang berkaitan bagi
memudahkan guru yang menanda.

5. Selepas Peperiksaan
5.1 Guru-guru adalah WAJIB menanda / menyemak semua kertas jawapan pelajar.
5.2 Bagi guru-guru yang cuti bersalin , berkursus atau pun yang akan berpindah adalah masih bertanggungjawab untuk memeriksa, menilai dan
merekod markah pelajar.
5.3 Markah pelajar hendaklah dimasukkan oleh guru mata pelajaran mengikut kelas yang diajar ke dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah
(SAPS) atau komputer di bilik guru.
5.4 Buku penyata / slip peperiksaan hendaklah dihantar ke pejabat dua minggu selepas peperiksaan.
6. Penyediaan Tempat Peperiksaan
6.1 Peperiksaan Dalaman
Penyusunan bilik bilik peperiksaan hendaklah dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pastikan susunan meja mengikut jarak + 1.5 m dari pusat ke pusat meja dan tidak rapat dengan dinding.
Kedudukan pelajar hendaklah mengikut senarai nama sebagaimana dalam jadual kedatangan.
Pastikan kelas peperiksaan berada dalam keadaan yang kondusif untuk pelajar.
6.2

Peperiksaan Percubaan dan Awam


Guru-guru yang mengajar kelas-kelas peperiksaan diminta memberikan kerjasama dalam proses penyediaan tempat peperiksan dan kawalan
pelajar.

7. Am
7.1 Pelajar yang terlibat dengan aktiviti sekolah semasa peperiksaan/ ujian dijalankan ataupun yang tidak hadir pada hari peperiksaan
Guru tingkatan ataupun guru yang bertanggungjawab perlulah memaklumkan kepada setiausaha peperiksaan agar soalan dapat dikuarantinkan dan
satu masa akan ditetapkan bagi mereka mengambil peperiksaan tersebut.
7.2 Bagi pelajar yang melakukan penyelewengan semasa peperiksaan (meniru atau ada tanda-tanda untuk meniru )
Guru pengawas hendaklah memaklumkan nama pelajar berkenaan ( pelajar yang meniru atau yang membenarkan kertasnya ditiru ) kepada guru
mata pelajaran.
Tindakan (mengikut kes) akan diambil termasuklah membatalkan keputusan peperiksaan pelajar tersebut ataupun memberikan markah kosong
(sifar)

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

PANDUAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU BERTUGASSEMASA PEPERIKSAAN PT3 DAN SPM DIJALANKAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

16.
17.

Guru dikehendaki hadir setengah jam lebih awal dan balik setengah jam lebih lewat.
Guru hendaklah berada di pejabat semasa peperiksaan berjalan.
Mengarahkan pelajar beratur di dataran kejat untuk urusan doa, teguran dan pesanan
Menguruskan calon sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Mengeluarkan surat pengesahan calon bagi yang tertinggal slip peperiksaan atau kad pengenalan.
Menguruskan calon-calon yang jatuh sakit pada waktu peperiksaan dijalankan.
Mencatatkan laporan perjalanan peperiksaan didalam buku laporan yang disediakan.
Menentukan kemudahan-kemudahan dan bekalan-bekalan asas terdapat di dalam peti kecemasan.
Mengawal disiplin calon-calon sewaktu di luar dewan peperiksaan.
Menyediakan dan membekalkan kepada ketua pengawas keperluan asas. Bahan-bahan peperiksaan seperti gam, pensil, pen sekiranya perlu.
Menghubungi dan memberitahu pengetua sekiranya berlaku kes-kes yang perlu pemerhatian segera.
Sekiranya terdapat calon yang tidak hadir pada hari peperiksaan, guru bertugas diminta menghubungi calon dengan merujuk buku rekod kehadiran pelajar atau
mengambil tindakan yang sewajarnya.
Bekerjasama dengan Jawatankuasa Gerakan Payung bagi mengatur tempat tinggal dan makanan untuk calon yang tidak dapat pulang kerana banjir atau
perintah berkurung.
Menguruskan makan/minuman calon-calon yang di dalam kuarantin.
Menentukan pengemas bilik telah menjalankan tugas-tugas berikut apabila tamat peperiksaan pada tiap-tiap hari:
(a) Dikemaskan susunan kerusi meja
(b) Bilik-bilik darjah dibersihkan
(c) Bakul sampah di bilik-bilik peperiksaan dikosongkan
(d) Menyimpan jam-jam peperiksaan di bilik peperiksaan atau di pejabat sekolah
(e) Tingkap dan pintu dewan peperiksaan ditutup.
(f) Menyediakan alat siaraya atau megaphone di dewan peperiksaan dan menyimpan semula di pejabat setelah sesuatu peperiksaan tamat.
Menghubungi Pengetua / Penolong Kanan jika terdapat masalah yang tidak dapat diselesaikan.
Lain-lain tugas yang diminta oleh ketua pengawas.

UNIT PEPERIKSAAN, SMK MERPATI SANDAKAN 2015

Das könnte Ihnen auch gefallen